Monday, October 02, 2006

Solat Mengikut Sunnah

Semua muslim mengaku mencintai nabinya dan suka mengamalkan sunnah nabi. Ttp kebanyakan kita tdk memahami kaedah mengamalkan sunnah dgn betul. Maka kita lihat ramai orang yg mengamalkan sunnah yg kecil dan meninggalkan sunnah yg lebih besar dan lebih utama.

Antara sunnah yg besar dan utama utk kita contohi ialah bersolat mengikut cara nabi.

1. BERDIRI MENGHADAP KIBLAT

· Seseorang itu wajib berdiri betul/berdiri tegak kecuali dlm keadaan2 yg tertentu.
· Mghadap kiblat adalah salah satu rukun solat. Solat tdk sah jika tdk mghadap kiblat.
· Wajib mghadap tepat ke arahnya jika seseorang berada berhampiran kaabah. Jika berada jauh drpnya, hanya disyaratkan mghadap ke arahnya.
· Jika seseorang tersilap slps berusaha utk mengetahui arah kiblat, solatnya tetap sah dan tdk wajib mengulangi solat.
· Jika sedang bersolat, seseorang dtg mberitahu arah kiblat yg sebenar, dia wajib menghadap ke arah itu dgn segera dan solatnya sah.

2. MENGHADAP SUTRAH

· Ramai umat Islam yang mengabaikan sutrah (penghadang) ketika solat, sedangkan perkara ini dituntut oleh agama. Sehingga sebahagian ulama mengatakan ianya adalah wajib. Antara ulama yang berpendapat wajib mengadakan sutrah ini ialah al-Syeikh Nasiruddin al-Albani. Namun insyaallah pendapat yang lebih kuat dalam hal ini adalah pendapat kebanyakan ulama yang mengatakan sunat, pendapat inilah yang dipilih oleh al-Syeikh Muhammad Soleh bin Uthaimin. Jumhur ulama yang mengatakan sunat berdalilkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas ra. :

Maksudnya : "Bahawasanya Nabi saw pernah bersembahyang di Mina, tanpa ada sutrah." (al-Bukhari)

· Baginda pernah bersabda :

Maksudnya : "Jika dia tidak dapati sesuatu (untuk jadikan sutra), maka hendaklah dia gariskan (buatkan) satu garisan."

· Nabi saw bersabda :

Maksudnya : "Bersutrahlah kamu di dalam solat walaupun dengan sebilah anak panah." (Khulasah hadith : Hasan, al-Baghawi di dalam Syarh al-Sunnah)

· Dengan itu, solat yg dilakukan di bahagian tgh masjid dan berjauhan dgn dinding atau tirai adalah perbuatan org yg lalai dgn perintah Rasulullah saw.

3. NIAT

· Niat adalah salah satu rukun solat. Ia dilakukan dgn cara memastikan dalam hati solat apakah yg ingin didirikan sama ada solat sunat atau solat fardhu.
· Melafazkan niat dgn lidah pula adalah bercanggah dgn sunnah Nabi. Hal ini tdk pernah disebut oleh seorang pun di kalangan pengikut imam-imam mazhab yg masyur termasuk imam Syafie.
· Niat adalah perbuatan hati. Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah untuk mengucapkan atau melafazkannya. Allah mengetahui apa yang ada dalam qalbu setiap orang.

4. TAKBIRATULIHRAM

· Dimulakan dgn lafaz ‘Allahuakbar’ dan merupakan salah satu rukun solat.
· Kedua2 tangan hendaklah diangkat ketika bertakbir. Dibolehkan mengangkatnya sebelum atau selepas takbir. Semua itu ada dlm sunnah.
· Ketika mengangkat tangan, jari-jemari hendaklah direnggangkan sedikit. Kedua2 belah tapak tangan hendaklah diletakkan sejajar dgn kedua2 bahu.
· Perbuatan sesetengah org yg mengangkat tangan ke paras telinga dan menyentuhnya adalah tiada dlm sunnah.

5. MELETAKKAN TANGAN KE DADA

· Kedua2 belah tangan hendaklah diletakkan di atas dada, dlm keadaan tangan kanan berada di atas tangan kiri. Ia adalah sunnah nabi.

6. MEMANDANG TEMPAT SUJUD

· Hendaklah menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tdk boleh memandang ke kiri, ke kanan atau memandang ke langit.

7. MEMBACA DOA IFTITAH/ISTIFTAH

· Hendaklah memulakan bacaan dlm solat dgn doa istiftah spt yg dilakukan oleh nabi saw.
· Terdapat byk doa istiftah yg diterima drp nabi saw.

8. MEMBACA TA’AWWUZ

· Bacaan ta’awwuz hendaklah dibaca slps doa istiftah sbg meminta perlindungan kpd Allah.
· Bacaan ini boleh dilakukan dgn pelbagai cara. Antaranya: a’uzubillahi minasyaitonirrajim (aku berlindung kpd Allah drp syaitan yg direjam)

9. MEMBACA AL-FATIHAH

· Hendaklah membaca basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) dgn suara perlahan sama ada dlm solat yg dibaca secara jahar(kuat) atau sirr(perlahan).
· Bacaan basmalah termasuk sebahagian drp surah al-Fatihah.
· Membaca surah al-Fatihah adalah salah satu rukun solat dan mestilah membacanya dgn sempurna. Sesiapa yg meninggalkan membacanya tdk sah solat.
· Disunatkan membaca ayat demi ayat dan berhenti di setiap waqaf ayat sptmana yg dilakukan oleh Rasulullah saw. Nabi saw tdk terus menyambung bacaan dgn ayat yg berikutnya.

10. MEMBACA SURAH

· Selepas membaca Fatihah, disunatkan membaca satu surah atau sebahagian surah lain pada 2 rakaat yg pertama.
· Panjang atau pendeknya surah itu berbeza dlm setiap solat. Disunatkan membaca surah yg lbh panjang ketika solat subuh berbanding dgn solat fardhu yg lain. Ketika solat malam, sunnah membaca surah yg lbh panjang berbanding semua solat fardhu. Sunnah juga memanjangkan bacaan surah pd rakaat pertama berbanding rakaat kedua.
· Bagi 2 rakaat terakhir pula (kadangkala sunnah mbaca surah lain slps Fatihah dlm 2 rakaat terakhir), disunatkan membaca lbh pendek berbanding 2 rakaat pertama.

11. RUKUK

· Setelah selesai membaca surah, dia hendaklah diam seketika sekadar menarik nafas. Kemudian mengangkat kedua2 belah tgnnya spt takbiratullihram. Bertakbir (menyebut Allahuakbar) itu hukumnya wajib.
· Kemudian barulah rukuk. Ini adalah rukun solat. Ketika rukuk, kedua2 belah tapak tgn hendaklah di atas kedua2 lutut. Jari-jemari hendaklah direnggangkan sehingga ia kelihatan seolah2 memegang erat kedua2 lututnya.
· Tulang belakang hendaklah diluruskan dan diratakan sehingga jika disiram air ke atasnya, pasti air tdk mengalir ke bawah.
· Tidak boleh mendongak atau menundukkan kepala, ttp hendaklah diratakan sama dgn tulang belakang.
· Kedua2 belah siku dan lengan hendaklah dijarakkan dgn tubuh.
· Ada beberapa zikir yg dibaca ketika rukuk, antaranya: Subhana rabbiyal ‘azim (3x atau lebih). · Seelok2nya seseorang hendaklah menyamakan antara waktu rukuk, i’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Jika dia memanjangkan rukuk, sunnah juga dia memanjangkan i’tidalnya. Begitulah seterusnya.
· Tidak dibenarkan membaca ayat quran ketika rukuk dan sujud.

12. I’TIDAL

· Ini adalah rukun solat. Hendaklah menegakkan tulang belakang slps bgn drp rukuk.
· Bacaan yg dibaca ialah Sami’Allahu liman hamidah dan kedua2 belah tgn hendaklah diangkat sbgaimana takbiratulihram.
· Kemudian berdiri tegak dan membaca Rabbana wa lakalhamd. Terdapat juga bacaan lain yg lbh panjang.

13. SUJUD

· Sujud adalah rukun solat. Ketika turun utk sujud, hendaklah menurunkan tangan terlebih dahulu sebelum lutut. Ini adalah perintah dan amalan rasulullah. Baginda melarang sujud spt unta, iaitu menurunkan lutut sebelum tapak tangan.
· Jari-jemari hendaklah dirapatkan dan lurus ke arah kiblat.
· Kedua2 belah tapak tangan hendaklah diletakkan sejajar dgn bahu (kadangkala boleh juga meletakkannya sejajar dgn telinga).
· Kedua2 belah siku hendaklah diangkat supaya tdk terkena lantai kerana keadaan itu menyamai perbuatan anjing.
· Seseorang wajib mengenakan 7 anggota sujud ke lantai iaitu, dahi & hidung, kedua2 belah tapak tgn, kedua2 belah lutut, dan hujung kedua2 belah kaki.
. Antara bacaan yg diriwayatkan ketika sujud ialah Subhana rabbiyal a’la (3x atau lebih).
· Sunat memperbanyakkan doa ketika sujud kerana antara sebab doa dimakbulkan ialah berdoa ketika sujud.

14. IFTIRASY (ANTARA DUA SUJUD) & IQ’AA (MENEGAKKAN KEDUA2 BELAH KAKI)

. Duduk antara dua sujud adalah rukun solat.
· Ketika bgn drp sujud, dia hendaklah mengangkat kepala sambil bertakbir (mengucapkan Allahu akbar). Kemudian duduk dlm keadaan tenang.
· Hendaklah duduk di atas kaki kiri yg disimpuhkan. Kaki kanan hendaklah ditegakkan dan jari-jemari kaki kanan dirapatkan dan lurus ke arah kiblat.
· Boleh juga duduk Iq’aa, iaitu dgn menegakkan dan merapatkan kedua2 belah kaki, jari-jemarinya rapat dan lurus ke arah kiblat, kemudia duduk di atas tumitnya.
· Antara bacaan yg dibolehkan ialah Allahummaghfirli warhamni wajburni warfa’ni wa’aafini warzukni. Boleh juga membaca rabbighfirli rabbighfirli….
· Kemudian wajib sujud utk kali kedua disertai dgn takbir.

15. ISTIRAHAH

· Wajib bertakbir apabila bgn drp sujud kedua utk meneruskan rakaat yg seterusnya.
· Sebelum bangun, hendaklah duduk sebentar (istirahah) yakni dgn duduk di atas kaki kiri spt duduk antara dua sujud.

16. RAKAAT KE-2

· Pada rakaat kedua, hendaklah melakukan sptmana rakaat pertama, ttp tdk perlu membaca doa istiftah.
· Seelok2nya rakaat ke-2 dilakukan lbh ringkas berbanding rakaat pertama.

17. TAHIYAT AWAL

· Cara duduk tahiyat awal ialah iftirasy (bersimpuh) spt yg telah dijelaskan. Ttp tdk boleh duduk secara Iq’aa.
· Tapak tangan hendaklah diletakkan di atas paha dan lutut. Hujung siku diletakkan diatas paha dan tdk berjauhan dari lambung.
· Semua jari tangan kanan perlu digenggam kecuali jari telunjuk perlu diarahkan ke arah kiblat. Ibu jari mestilah dirapatkan dgn jari hantu. Pandangan mata mesti ditujukan ke arah jari telunjuk.
· Tahiyat awal hukumnya wajib dan terlepas melakukannya hendaklah sujud sahwi.
· Bacaan tahiyat dan selawat adalah seperti yg telah diketahui umum. Bagaimanapun hadis ttg cara bacaan tahiyat sgt byk. Bolehlah mencari rujukannya sendiri.

18. RAKAAT KE-3 & KE-4

· Ketika bangun drp tahiyat awal, seseorang boleh mengangkat kedua2 belah tangannya semasa bertakbir. Begitu juga ketika berdiri utk rakaat yg ke-4.

19. QUNUT NAZILAH

·

20. TAHIYAT AKHIR

·

21. MENGUCAPKAN SALAM

Friday, September 29, 2006

Memegang Quran Ketika Solat

Soalan:

Apakah hukum makmun memegang quran di dlm solat terawih atas alasan utk mghayati bacaan imam?

Jawapan:

Memegang Mushaf atas alasan itu adalah bertentangan dgn sunnah, kerana beberapa sebab:

1. Ia menghalang seseorang dari meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri semasa berdiri, yg mana ia adalah sunnah nabi.

2. Menyebabkan berlakunya pergerakan yg tdk mustahak spt membuka mushaf, menutupnya dan meletakkannya di bawah lengan.

3. Pergerakan2 ini mgganggu org lain yg sedang solat.

4. Ia mghalang org yg solat melihat tmpat sujud. Ramai ulama berpendapat, melihat tmpat sujud merupakan sunnah dan elok dilakukan.

5. Seseorang yg melakukan perkara itu boleh terlupa bhw dia sedang bersolat.

-Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi-

--------------------------------------------------------------------------------------

Soalan :

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bolehkah seorang imam melihat kitab suci Al-Quran dari melihat ke tempat sujud. In kerana kebanyakkan imam khususnya pada bulan Ramadhan seiring melihat teks Al-Quran apabila menunaikan solat Tarawih. Adakah terdapatnya hadis dari nabi berkaitan hal ini.

Jawapan :

Al-Qadhi Abu Ya'la pula memakruhkan di dalam solat fardhu, dan tidak mengapa di dalam solat sunat jika dia tidak menghafalnya. Jika dia menghafal, maka perbuatan itu juga adalah makruh.
Namun terdapat hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya demikian juga oleh Malik bahawasanya Zakwan, iaitu hamba Sayyidah 'A-isyah pernah menjadi imam kepadanya dalam bulan Ramadhan dan Zakwan membaca dengan melihat kepada mashaf.

Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari menyebut: "Dijadikan dalil dengannya akan keharusan seorang yang sedang solat membaca dari mashaf. Namun sebahagian melarangnya kerana perbuatan tersebut menyebabkan pergerakan yang banyak."

al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz menyebut :

"Tidak mengapa bacaaan dengan melihat mashaf ketika qiyam Ramadhan, kerana perbuatan tersebut bertujuan mendengarkan para makmum keseluruhan al-Quran, kerana dalil-dalil syara' dari al-Kitab dan al-Sunnah telah menunjukkan disyariatkan membaca la-Quran di dalam solat, dan ianya umum termasuk membaca dari mashaf dan dari hafalan. Telah thabit juga dari 'A-isyah yang menyuruh hambanya Zakwan mengimamkannya qiyam Ramadhan, dan Zakwan membaca dengan melihat mushaf seperti yang disebut oleh al-Bukhari di dalam kitab sahihnya secara ta'lik."

Insyaallah pendapat yang benar ialah pendapat yang membenarkan seseorang yang sedang solat termasuk imam melihat dan memegang mushaf berdasarkan perbuatan sahabat dan 'A-isyah yang pernah melakukannya; asal saja tdk melakukan pergerakan yg byk. Wallahu a'lam.

Beza Solat Lelaki Dan Wanita

Sebahagian ulama berpendapat bhw cara melaksanakan solat antara lelaki dan wanita berbeza. Mereka mengemukakan byk hadis utk menyokong pendapat itu. Ttp, kesemua hadis itu daif dan tdk boleh dijadikan hujah.

Pendpat yg tepat, wanita boleh melakukan setiap perkara yg dilakukan oleh lelaki di dalam solat. Dia mesti mengangkat tangan dan merenggangkan anggota tubuhnya. Dia mesti meluruskan tulang belakang ketika rukuk dan menjauhkan sedikit perut drp kedua2 belah pahanya. Begitu juga meninggikan kedua2 belah paha drp kedua lutut ketika sujud. Dia juga perlu bersimpuh di atas kaki kiri (iftirasy) ketika tahiyat awal dan bersimpuh di atas lantai (tawarruk) ketika tahiyat akhir. (Rujuk al-Syarh al-Mumti’, jil. 3, ms. 303-304)

Antara sifat rukuk itu ialah menjauhkan dua siku dari kedua-dua rusuk badan. Dalilnya adalah perbuatan Abi Mas'ud 'Utbah bin 'Amr ra:

Maksudnya "Adalah dia rukuk dengan menjauhkan dua tangannya.... dan dia berkata : Demikianlah yang aku lihat Nabi saw menunaikan solat." (Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa-ie)

al-Syaukani di dalam Nail al-Awtar berkata : "(maksud menjauhkan dua tangannya) yakni menjauhkan kedua-duanya daripada rusuk..." Dan beliau beliau berkata rijal sanad hadith ini thiqaat.

Nabi saw bersabda :

صلوا كما رأيتموني أصلي

Maksudnya : Sembahyanglah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan sembahyang.

Arahan di dalam hadith ini adalah umum. Ia merangkumi lelaki dan perempuan, kesemua mereka mesti mendirikan solat sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

Al-Albani di dalam kitabnya Sifat solat Nabi saw berkata :

"Setiap yang telah disebutkan dari sifat solat Nabi saw adalah sama antara lelaki dan wanita. Tidak terdapat di dalam sunnah apa yang membezakan wanita dalam sebahagian sifat tersebut, bahkan ia termasuk di dalam keumuman sabda Nabi saw "Sembahyanglah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan sembahyang." Adapun hadith yang menunjukkan adanya perbezaan diantara lelaki dan wanita di dalam solat adalah hadith-hadith yang tidak sahih. (Sila lihat akhir kitab Sifat Solat Nabi saw oleh al-Albani)

Jika seseorang wanita mengerjakan solat di tmpat yg boleh disaksikan oleh kaum lelaki spt di Masjidilharam atau di tmpat awam kerana terdesak, dia hanya perlu menjaga auratnya agar tdk terbuka, bukan merapatkan anggotanya.

Sunday, September 24, 2006

Allah Senantiasa Menerima Do'a

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:

Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah. (Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya. Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"

Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya: "Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.

Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T. Sabda Nabi saw:

Maksudnya: "Do`a itu adalah ibadah"

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)

Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita. Sabda Nabi saw:

Maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a"

(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)

Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.

- Artikel Dr Mohd. Asri B. Zainul Abidin -

Bacaan Penutup Selepas Membaca Quran

Tidak diketahui adanya bacaan-bacaan tertentu daripada nabi saw selepas baginda membaca al-Quran. Bahkan bacaan Sodaqallaahul 'Aziim (صدق الله العظيم) yang sering dibaca selepas membaca al-Quran itu sendiri bukanlah amalan yang diambil dari Nabi saw, demikian juga bukan dari para sahabat baginda saw.

al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz berkata :

"Menjadikan kebiasaan (sering) membaca sadaqallaahul 'Aziim ketika habis membaca al-Quran al-Karim tidak kami ketahui asalnya (dari sunnah), maka tidak perlu untuk menjadikannya sebagai kebiasaan. Bahkan berdasarkan kaedah syarak (ia) menjurus kepada bid'ah jika seseorang beranggapan bacaaan tersebut adalah sunnah, maka sepatutnya meninggalkan (dari berterusan mengucapkannya selepas membaca al-Quran).... Adapun jika seseorang melakukannya kadang-kadang tanpa ada anggapan ianya dari sunnah, maka tidak mengapa. Kerana Allah swt adalah yang benar dalam semua perkara. Akan tetapi menjadikannya sebagai kebiasaan selepas membaca al-Quran sepertimana yang dilakukan kebanyakan manusia hari ini, ianya tidak ada asal (dari sunnah)."

Wallahu a'lam.

Duduk Di dalam Masjid Dalam Keadaan Junub Dan Haid

Para ulama berbeza pendapat tentang orang yang berjunub dan Haid untuk duduk di dalam masjid kerana firman Allah :

ولا تقربوا الصلاة وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون، ولا جنبا إلا عابري سبيل حتى تغتسلوا

Maksudnya : "Dan jangan kamu mendekati solat sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu tahu apa yang katakan, dan jangan juga (mendekati solat) orang yang berjunub, melainkan orang yang hendak melintasi sahaja sehingga kamu bersuci (mandi)..." (al-Nisa' : 43)


Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut:

Terdapat beberapa ulama yang mengharuskan bagi orang yang berjunub - demikian juga bagi yang berhaid dan bernifas - untuk duduk didalam masjid samaada dengan wudhu atau tanpa wudhu. Kerana tidak thabit larangan tersebut dari hadith yang sahih. Adapun hadith :

إني لا أحل المسجد لحائض ولا جنب

Maksudnya : "Sesungguhnya aku (Nabi saw) tidak membenarkan masjid bagi orang yang berhaid dan berjunub." (Hadith ini didhoiefkan juga oleh al-Albani di dalam Dhoief Abi Daud)

Ramai ulama mendhoiefkannya. Dan tidak terdapat dalil atas pengharamannya, maka jadilah perkara ini kekal sepertimana asal (harus).

Kerana itu, Imam Ahmad, al-Muzani, Abu Daud, Ibn Munzir dan Ibn Hazm menjadikan dalil (harus orang junub dan haid duduk di dalam masjid) dengan hadith Abi Hurairah di dalam al-Bukhari dan Muslim dan selain mereka :

المسلم لا ينجس

Maksudnya : "Orang muslim itu tidak najis."

Demikian juga dengan kias orang yang berjunub dengan orang musyrik. Kerana (sebahagian ulama) telah mengharuskan orang kafir masuk di dalam masjid. Maka orang muslim yang berjunub tentu lebih utama (untuk dibenarkan masuk di dalam masjid).

Maka aku (al-Qaradhawi) cenderong kepada pendapat ini kerana mengikut dalil-dalil (yang ada), dan berjalan di atas manhaj kami dalam memberikan kemudahan dan keringanan, terutamanya bagi wanita yang haid, sesungguhnya mereka lebih utama diberikan keringanan dari orang yang berjunub, kerana janabah adalah dengan pilihan, maka dia boleh membuat pilihan iaitu dengan mandi (menghilangkan janabah), ini berbeza dengan seorang wanita yang haid. Sesungguhnya Allah telah tetapkannya (haid) kepada orang-orang wanita, dan mereka tidak berkuasa untuk menahannya, maka mereka (orang wanita yang berhaid) lebih utama diberikan keuzuran berbanding orang yang berjunub. Sebahagian wanita yg dlm haid jika berhajat pergi ke masjid untuk menghadiri pengajian atau seumpamanya, maka jangan dihalang daripadanya.

Cara Solat Malam/Tahajjud/Terawih

Berdasarkan salah satu fatwa dari Ibn al-Uthaimin, tidak boleh melakukan solat tarawih 4 rakaat sekaligus demikian juga 8 rakaat sekaligus. Ini sepertimana perkataannya :

"...Tidak boleh solat tarawih 4 rakaat dengan satu salam, kerana perbuatan ini bersalahan dengan petunjuk Nabi saw, kerana Nabi saw telah bersabda ketika ditanya tentang solat malam, baginda menjawab (solat malam itu) dua rakaat-dua rakaat, dengan makna syarak telah menjadikannya (solat malam) dua rakaat-dua rakaat tanpa ada tambahan..

..Kerana itu Imam Ahmad rh berkata : "Jika seseorang bangun kerakaat yang ketiga iaitu dalam solat sunat malam hari, (keadaannya) seolah-olah dia bangun untuk rakaat yang ketika dalam solat Subuh." Yakni sepertimana jika dia bangun untuk rakaat yang ketiga dalam solat Subuh, maka batallah sembahyangnya, demikian juga jika dia bangun untuk rakaat yang ketiga dalam solat tahajjud, ia juga membatalkan solat tahajjudnya, jika dia melakukannya dengan sengaja. Jika dia terlupa dan kembali semula (tidak sempurnakan rakaat tersebut) apabila dia ingat (yang dia telah tersilap), dan dia sujud sahwi di akhir solatnya. Sebahagian manusia menyangka melakukan solat malam dengan 4 rakaat dengan satu salam berdalilkan dari hadith 'A-isyah r'anha ketika beliau ditanya bagaimana solat (malam) Nabi saw dalam bulan Ramadhan, lalu beliau menjawab :

Maksudnya : "Adalah Nabi saw tidak melebihkan dalam bulan Ramadhan dan selainnya dari 11 rakaat, baginda sembahyang 4 (rakaat), dan jangn kamu tanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda solat 4 (rakaat), dan jangan kamu tenya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda solat 3 rakaat."

Maka sebahagian orang beranggapan dari perkataan 'A-isyah bahawasanya baginda menunaikan solat malam 4 rakaat dengan satu salam. Akan tetapi sebenarnya bukan begitu, kerana telah thabit dari dari 'A-isyah juga bahawasanya baginda (saw) solat dengan 11 rakaat, dan baginda memberi salam selepas setiap dua rakaat. Berdasarkan ini maka difahami dari perkataannya (perkataan 'A-isyah dalam hadith di atas) : "Baginda solat empat kemudian empat" yakni baginda solat empat rakaat dengan dua salam, kemudian baginda berehat seketika, kemudian baginda memulakan semula sembahyang 4 rakaat dengan 2 salam, kemudian baginda berrehat seketika, kemudian baginda menunaikan 3 rakaat. Maka perkataan 'A-isyah yang umum diterangkan maksudnya dalam perkataannya yang lain. Akan tetapi dikecualikan perkara ini (tidak boleh menunaikan lebih dari 2 rakaat 1 salam) solat al-Witr, kerana jika seseorang witir dengan tiga rakaat, maka harus dia memberi salam selepas 2 rakaat (kemudian selepas 1 rakaat), dan (harus juga) jika dia menunaikan semua 3 rakaat itu dengan 1 salam dan 1 tasyahhud. Jika dia witir dengan 5 rakaat, dia himpunkan semua (rakaat) dengan 1 tasyahhud dan 1 salam. Jika dia witir dengan 7 rakaat, demikian juga caranya (Harus), Jika dia witir dengan 9 rakaat, dia duduk pda rakaat yang ke 8 dan bertasyahhud tanpa memberi salam, kemudian dia menunaikan rakaat yang kesembilan, dan dia bertasyuhhud dan memberi salam. Maka solat witir ini dikecualikan. Kalau dia menunaikan solat selain dari witir, jika dia bangun untuk rakaat yang ke 3, kemudian dia teringat, walaupun seandainya dia telah membaca al-Fatihah, maka hendaklah dia kembali duduk untuk tasyahhud dan memberi salam, kemudian dia sujud sahwi selepas salam." - Tamat perkataan Ibn al-Uthaimin -

Tuesday, September 19, 2006

Wajibkah Menjawab Seruan Azan?

1) Al-Imam an-Nawawi di dalam Syarah Soheh Muslim menyebut lebih kurang :

"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."

2) As-Son'ani pula di dalam Subulus salam menyebut lebih kurang : "Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan...... Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw ketika mana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..."

Berdasarkan dua pendapat ulama ini maka jelaslah hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja. Wallahua'alam.

Bolehkah Wanita Memakai Perfume?

Dalil dari hadith melarang wanita memakai minyak wangi, antara dalil tersebut :

1) Maksudnya : Dari Ghunaim bin Qais dari al-Asy'ari katanya : Sabda nabi saw : "Mana-mana wanita yang memakai wangian, lalu dia berjalan di tengah-tengah kaum untuk mereka mendapat baunya, maka wanita itu (seperti) penzina." (Hadith riwayat al-Nasa-ie dan dihasankan oleh al-Albani di dalam sahih sunan al-Nasa-ie)

2) Maksudnya : Dari Abu Hurairah ra, katanya, sabda Nabi saw : "Apabila seorang wanita hendak keluar ke masjid (dalam keadaan dirinya berwangian), maka hendaklah dia mandi (membersihkan) dari wangian itu sepertimana dia mandi dari janabah." (Riwayat al-Nasa-ie dan disahihkan oleh al-Albani di dalam sahih sunan al-Nasa-ie)

Cara Memotong Kuku

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya:

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied: "Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. ..."

Dr. Abdul Wahab pula berkata: "Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa."

Wallahu a'lam

Menanam Pokok Di Atas Kubur: benarkah dapat meringankan seksa kubur?

Hadis Nabi saw,

Maksudnya : “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur.Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

al-Syeikh Abdul Rahman al-Sahim menyebut bahawasanya perbuatan memacakkan pelepah tamar dalam hadith di atas kepada dua kubur ini adalah perkara khusus yang dilakukan oleh Nabi saw kepada dua kubur itu, kerana perkara ini adalah perkara ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapapun. - tamat -

Nabi saw memacakkan dua pelepah tamar hanya pada dua kubur tersebut. Baginda tidak memacakkan pada kubur yang lain. Ini sebagai bukti yang jelas bahawasanya perbuatan Nabi saw adalah khusus untuk dua kubur itu sahaja tidak yang lainnya.

Maka kepercayaan menanam pokok di atas kubur dapat meringankan azab kubur adalah tidak tepat disebabkan perbuatan Nabi saw tersebut adalah khusus. Bukan untuk semua kubur. Wallahu a'lam.

Wednesday, August 30, 2006

Sujud Ketika Membaca Ayat Sajadah

Sabda Nabi saw : "Apabila seseorang anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu dia sujud, maka Syaitan menjauhinya dan menangis, dan dia (Syaitan) berkata : Alangkah binasanya aku, disuruh kepada anak Adam untuk sujud, lalu dia sujud, maka bagi dia syurga, dan disuruh aku sujud, lalu aku engkar, maka bagi aku neraka." (Hadith riwayat Muslim)

Cara Menguap

Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi saw, baginda bersabda :

فإذا تثاءب أحدكم فليرده ما استطاع ولا يقل هاه هاه فإنما ذلكم من الشيطان يضحك منه

Maksudnya : "Jika seseorang kamu menguap, maka dia kawal (berusaha tidak menzahirkannya) setakat yang dia termampu, dan jangan dia kata Haa Haa, kerana sesungguhnya demikian itu dari perbuatan syaitan, dia ketawa kerananya."
(Sahih Abi Daud oleh al-Albani dan dikeluarkan juga oleh al-Bukhari)

Bolehkah Makan Dengan Tangan Kiri?

Daripada Ibn Umar bahawasanya Nabi saw bersabda :

"Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
(Dianggap sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, dan hadith ini dikeluarkan juga oleh Muslim)

Hukum Mewarnakan Rambut

Sebahagian ulama melihat adanya 'Illah dalam larangan mewarnakan rambut dengan warna hitam, Sebahagian mereka mengatakan 'Illah larangan tersebut ialah kerana adanya unsur penipuan, seperti seorang tua yang mewarnakan rambutnya supaya orang ramai menganggapnya masih muda. Bagi orang muda yang tidak ada unsur penipuan jika dia mewarnakan rambutnya, mereka berpendapat perbuatan ini tidak mengapa.

Namun begitu 'Illah ini tidak dinyatakan oleh Nabi s.a.w. sendiri, ianya adalah ijtihad sebahagian para ulama. Bagi sesiapa yang berasakan pendapat ini adalah kuat dan lebih benar, insyaallah ia boleh mengamalkannya. Namun bagi sesiapa yang merasakan lebih selesa untuk dia mengambil jalan berhati-hati dan meraikan lafaz Nabi s.a.w. di dalam hadith baginda maka eloklah ia menjauhinya. Maksudnya : "Ubahlah (warnakanlah) rambut putih ini, dan jauhilah ia dari warna hitam." (Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam.

Lewat Qadha' Puasa: perlukah membayar fidyah?

Jika qadha Ramadhan dilewatkan sehingga masuk Ramadhan yang berikutnya disebabkan keuzuran yang dibenarkan Syara', maka perbuatan ini tidak termasuk di dalam dosa. Maka puasa yang ditinggalkan itu hanya perlu digantikan sahaja sebanyak hari-hari yang ditinggalkan.

Adapun jika qadha puasa Ramadhan dilewatkan DENGAN SENGAJA sehingga masuk Ramadhan yang berikutnya tanpa keuzuran, maka perbuatan ini adalah DOSA. Para ulama bersepakat puasa ramadhan yang ditinggalkan wajib diqadha. Cumanya mereka berbeza pendapat apakah qadha sahaja atau apakah qadha beserta membayar fidyah jika qadha puasa itu dilewatkan sehingga masuknya Ramadhan yang berikutnya.

· Imam Malik, as-Syaf'ie dan Ahmad berpendapat QADHA BESERTA DENGAN MEMBAYAR FIDYAH. Pendapat ini berdasarkan beberapa riwayat daripada Sahabat seperti Abu Hurairah dan Ibn 'Abbas r.'anhum.

· Imam Abu Hanifah pula berpendapat QADHA SAHAJA tanpa Fidyah. Beliau berdalilkan dengan ayat al-Quran bahawasanya ALLAH s.w.t. hanya menyuruh orang-orang yang tidak dapat berpuasa Ramadhan supaya menggantikannya sahaja, dan ALLAH tidak menyuruh supaya disertakan sama membayar fidyah. Ayat tersebut adalah firman ALLAH di dalam surah al-Baqarah ayat 185 : ( وَمَنْ كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ) البقرة/185 Maksudnya : "Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka GANTIKANLAH (puasa yang ditinggalkan) pada hari-hari yang lain." (al-Baqarah 185)

Al-Imam al-Bukhari memilih pendapat Abu Hanifah dalam permasalahan ini. Beliau di dalam kitab sohehnya menyebut : "Telah berkata Ibrahim - iaitu Ibrahim an-Nakha'ie - Jika seseorang tidak dapat berpuasa sehingga masuk Ramadhan yang berikutnya maka hendaklah ia menggantikannya, dan beliau (Ibrahim an-Nakha'ie) tidak melihat perlunya membayar fidyah. Diceritakan daripada Abu Hurairah dan Ibn 'Abbas secara Mursal bahawasanya perlu juga mengeluarkan firyah. Kata al-Bukhari : "Akan tetapi ALLAH tidak menyebut supaya membayar fidyah, sesungguhnya ALLAH hanya menyebut ( فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ) maksudnya : "Maka GANTILAH pada hari-hari yang lain."

Kata as-Syeikh Ibn 'Uthaimin r.h. : "Adapun pendapat-pendapat sahabat, sesungguhnya kehujjahannya ada perbincangan. Jika ianya bersalahan dengan zahir al-Quran, seperti di sini, kewajipan memberi makan (fidyah) bersalahan dengan zahir al-Quran, kerana ALLAH ta'ala tidak mewajibkan melainkan menggantikan puasa yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain, dan ALLAH tidak mewajibkan lebih daripada itu......... Barangkali apa yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Ibn 'Abbas itu (tentang ganti dan bayar fidyah) mungkin boleh difahami arahan tersebut adalah dalam bentuk Sunat, bukan dalam bentuk Wajib. Maka yang benar dalam masaalah ini adalah hanya perlu gantikan puasa shj, dan berdosa jika melewatkan qadha puasa (dengan sengaja)." (Syarah al-Mumti' 6/451).

Kesimpulan

Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka yang perlu dilakukan ialah mengqadhakan puasa yang ditinggalkan, dan bertaubat dari kesalahan jika sengaja melewatkan qadha tersebut. Jika mahu mengeluarkan fidyah bagi setiap hari yang dilewatkannya maka perbuatan itu adalah BAIK.

Bolehkah Menonton Wayang?

Menonton panggung wayang adalah haram kerana beberapa sebab, antaranya:

1- Adanya promosi iklan-iklan arak sebelum bermulanya satu-satu tayangan filem. Mustahil seorang muslim boleh bersekongkol sama menonton iklan tersebut yang mengandungi unsur-unsur ghairah, walaupun ia hanya ditayang seketika sahaja.

2- Berlakunya percampuran antara lelaki dengan wanita tanpa kawalan, bahkan dalam suasana yang gelap, lebih parah kita adalah sebahagian daripada mereka.

3- Suasana panggung wayang itu sendiri tidak menepati kehendak syarak, atas sebab-sebab di atas. Mustahil seorang muslim yang berpegang kuat dengan agamanya rela bersama dalam suasana yang sebegini.

Alhamdulillah, kita juga bersetuju dengan pendapat yang mengatakan asal menonton wayang itu adalah harus atas kaedah "Asal setiap sesuatu adalah harus". Namun asas dalam keharusan sesuatu perkara itu hendaklah ianya berjalan menepati kehendak syarak. Kalau suasana panggung wayang itu sendiri mengandungi perkara-perkara yang haram, maka tak kira sama ada kita pergi tonton dengan adik ataupun dengan sesiapa, ianya adalah perbuatan bersekongkol dengan ahli maksiat.

Sunday, August 27, 2006

Menyentuh Kemaluan: batal wudhuk?

Masalah menyentuh kemaluan, para ulama berbeza pandangan samaada ia membatalkan wudhu ataupun tidak, di bawah ini sebahagian petikan kasar dari fatwa al-Qaradhawi.
Terdapat beberapa pandangan dalam masaalah ini :

1- Tidak membatalkan wudhu. Pendapat ini diriwayatkan dari 'Ali, Ibn Mas'ud, 'Ammar, Huzaifah, 'Imran bin Husain dan Abu Darda' dari kalangan sahabat Nabi saw. Ini juga pendapat Rabi'ah, al-Thauri, Ibn Munzir, Abu Hanifah dan sahabatnya dan satu riwayat daripada Ahmad.
Hujah mereka adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie tentang seorang badwi yang bertanya kepada Nabi saw :

Maksudnya : "Wahai Rasulullah ! Apa pandangan kamu tentang seorang lelaki yang menyentuh kemaluannya ? Jawab Nabi saw : "dan bukankah ia itu tidak lain melainkan seketul daging daripada kamu atau sebahagian daripada kamu ?"

Ibn Hajar di dalam Bulugh al-Maram berkata : Hadith ini dikeluarkan oleh al-Khamsah, dan ianya disahihkan oleh Ibn Hibban. al-Son'ani di dalam Subul al-Salam berkata : "Hadith ini diriwayatkan juga oleh Daruqutni, dan al-Tohawi berkata : Sanadnya Mustaqim tanpa Mutdtarib, dan ianya disahihkan juga oleh al-Tabrani dan Ibn Hazm. Mereka berkata : "Kerana ianya (kemaluan) satu anggota dari badan insan, maka dia tidak membatalkan wudhu dengan menyentuhnya, sama seperti menyentuh anggota yang lain."

2- Membatalkan wudhu. Ini yang zahir dari mazhab Ahmad, demikian juga pandangan Ibn Omar, Sa'id bin Musayyib, 'Ato, Urwah, Sulaiman bin Yasar, al-Zuhri, al-Auza'ie, al-Syafi'ie dan masyhur dari Malik.

Hujah mereka ialah hadith yang diriwayatkan dari Busrah binti Sofwan oleh Malik di dalam al-Muwatta', sabda Nabi saw :

Maksudnya : "Sesiapa yang menyentuh kemaluanya, maka hendaklah dia berwudhu."
al-Tirmizi berkata : Hadith ini hasan sahih. Berkata al-Bukhari : Hadith ini أصح شيء في الباب. Hadith ini juga disahihkan oleh Ahmad.

Sesuatu yang penting untuk diketahui [perkataan al-Bukhari (أصح شيء في الباب) asahhu syai' fi al-bab] tidak memaksudkan kesahihan hadith tersebut, bahkan ia membawa maksud itulah sebaik-baik yang ada, walaupun ia tidak sampai ke darjat sahih dengannya semata-mata.

Pendapat Yang Dipilih Oleh al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi di bahagian akhir fatwanya berkata :

"Dan yang kami pilih (tarjih) ialah pendapat yang pertama, iaitu tidak batal wudhu dengan menyentuh kemaluan. Jika menyentuhnya dengan syahwat (selama-mana tidak keluar sesuatu) hanya disunatkan wudhu sahaja. Kerana sesungguhnya perkara yang termasuk Umum al-Balwa berlaku kepada semua manusia. (jika menyentuh kemaluan membatalkan wudhu) pasti Nabi saw akan menerangkannya dengan penerangan yang menyeluruh, dinaqalkan dari baginda, diketahui di kalangan umat islam (zaman Nabi saw). Tidak dapat digambarkan bahawasanya hukum sebegini hanya khusus diketahui oleh seorang atau dua orang dari kalangan mereka (sahabat Nabi saw), bukan semuanya..."

"Tidak ada satu hadith yang sahih dalam perkara ini selain hadith Busrah binti Sofwan. Dan yang ajaib, perkara ini yang khusus untuk lelaki dinakalkan dari seoran perempuan. Kalaupun kami berpendapat ia sahih, kami pasti mengatakan : sesungguhnya perkara ini (sentuh kemaluan) padanya mustahab (sunat untuk berwudhu). Ia bertepatan dengan asas yang kami pilih, iaitulah asal dalam arahan-arahan Nabi (selain al-Quran) adalah al-Istihbab (sunat), melainkan setelah tertegaknya qarinah (bukti) yang membawa maksud wajib..."

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata :

"Yang lebih zahir bahawasanya wudhu sesiapa yang menyentuh kemaluan adalah mustahab (sunat) bukan wajib."

"Inilah yang jelas dari salah satu riwayat dari imam Ahmad, ini dengan jalan menghimpunkan hadith-hadith dan athar-athar (yang ada tentang wudhu bagi yang menyentuh kemaluan), dengan memahami arahan (berwudhu bagi orang yang menyentuh kemaluan) itu adalah dalam bentuk sunat. Ia tidak berperanan sebagai pembatal kepada sabda Nabi saw "Bukankah ia (kemaluan) sebahagian daripada kamu". Maka memahami arahan berwudhu sebagai arahan sunat adalah lebih utama dari membatalkannya." tamat petikan fatwa.
Wallahu a'lam

Kongsi Raya

Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid, di dalam fatwanya, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut :

"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinakalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selamat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya. Perkara ini jika selamatpun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya. Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang Muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetapi tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86) Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

Kesimpulan

Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut.

Hari raya adalah hari untuk menzahirkan kepercayaan-kepercayaan agama. Apakah mungkin umat Islam yang memiliki aqidah mentauhidkan Allah dapat menyambut perayaan lain yang penuh dengan kesyirikan dan kebatilan? Kongsi raya membawa maksud reda dan setuju kepada kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut. Apakah masuk akal, seseorang Muslim yang mentauhidkan Allah mengucapkah tahniah kepada seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan mereka? Sesungguhnya Kongsi Raya tidak mendatangkan kebaikan kepada umat Islam melainkan ia menghakis keimanan dan jati diri umat Melayu Muslim. Wallahua’lam.

Menyentuh Perempuan: batal wudhuk?

Insyaallah pendapat yang lebih kuat adalah pendapat Mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wudhu dengan menyentuh atau mencium isteri samaada dengan syahwat ataupun tidak, selagi mana tidak keluar sesuatu dari kemaluannya.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Habin bin Abi Thabit dari 'Urwah dari 'A-isyah r'anha katanya (maksudnya): "Bahawasanya Nabi saw pernah mencium sebahagian dari isteri-isterinya kemudian baginda pergi menunaikan solat dan baginda tidak memperbaharui wudhu baginda." Urwah berkata : Aku bertanya (kepada 'A-isyah): "Siapakah dia (isteri yang baginda saw cium itu) ? melainkan kamu" Kemudia kata 'Urwah : "Lalu 'A-isyah senyum." (Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah dan Sahih al-Tirmizi).

Makan Sambil Berjalan & Minum Berdiri

Harus makan dalam keadaan berdiri jika ada keperluan dan hajat untuk melakukannya. Jika tidak ianya dihukumkan dengan makruh Imam at-Tirmizi meriwayatkan dari Ibn Omar r.'anhuma katanya (maksudnya) :

"Kami makan di zaman Nabi saw, dan kami (pernah) makan dalam keadaan berjalan, dan (pernah) kami minum dalam keadaan berdiri." (al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih at-Tirmizi)

Penulis kitab Tuhfah al-Ahwazi menyebut : "Padanya (hadith di atas) bukti keharusan makan dalam keadaan berjalan.

Imam Ahmad pula meriwayatkan bahawasanya Ali bin Abi tolib minum berdiri, lalu ramai manusia melihat kepadanya, seolah-olah mengingkari perbuatannya. Lalu beliau berkata :

"Apa yang kamu semua lihatkan ? Sesungguhnya aku minum berdiri, kerana aku telah melihat Nabi saw minum berdiri. Dan aku juga minum dalam keadaan duduk, kerana aku juga telah melihat nabi saw minum dengan duduk." (Berkata Ahmad Syakir di dalam Tahkik al-Musnad : "Isnadnya soheh")

Seperti yang telah dinyatakan di atas, makan dan minum dengan berdiri adalah makruh hukumnya, dan makan dengan duduk adalah sunat. Tidaklah menjadi satu kesalahan apabila kita tidak duduk ketika makan di tempat yang tidak mengizinkan kita untuk duduk. Pilihlah cara makan yang sesuai, perkara ini adalah luas. Wallahu a'lam.

Sunnah Memakai Serban

Kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam isu serban tiga pelajar

"Kenyataan Hakim Mahkamah dalam isu serban tiga bekas pelajar berkenaan adalah bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan hakim berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah. Cumanya, alangkah baiknya jika dia tidak mengaitkan dengan janggut. Ini kerana bagi janggut itu ada hadith khusus untuknya. Adapun serban bukan tuntutan agama. Tidak wajar mengorbankan masa depan para pelajar tersebut dalam isu yang remeh dan tidak disuruh oleh Islam. Bapa para pelajar berkenaan telah memahami dan mempraktikkan Islam secara salah. Dia tidak memahami keutamaan agama. Jika hakim sifatkannya 'angkuh', ia mungkin benar. Islam pada akidah, ibadah dan sistem hidup yang bertunjangkan akidah. Serban adalah budaya Arab yang dipraktik oleh Nabi s.a.w bersesuaian dengan kearaban baginda. Dinamakan dengan 'al-sunnah al-jibiliyyah'. Seperti mana baginda suka memakan labu, bahagian bahu kambing dan seumpamanya. Maka seseorang tidak wajar berbalah ke mahkamah untuk mempertahankan sunnah makan kambing di sebuah tempat yang tidak mengizinkan daging tersebut dimakan di situ. Ini adalah lambang kedangkalan. Namun jika tempat tersebut menghalang pengamalan wajib Islam, maka patut ditentang. Jika sekolah menyuruh membuka aurat, kita akan tentang. Tiga pelajar ini terinaya dalam kesilapan kefahaman mereka. Islam seperti ini patut dibaiki" - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin -

Dalam penghakiman, yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Kamaruddin Kamsun, Abdul Hamid berkata, daripada apa yang dapat dipastikannya, al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban.

“Saya tahu Rasulullah memakai serban. Tetapi Baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi...."

“Adakah itu bermakna menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman Baginda?” katanya.

Tiada Doa Selepas Iqamah

Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil salah seorang anggota tadris jami'ah al-Qasim menyebut: "Doa selepas Iqamah tidak ada asal baginya dan tidak aku ketahui adanya dari sunnah apa yang menunjukkan atas pensyariatannya."
Wallahu a'lam.

Bergerak Lebih 3 Kali Semasa Solat

Menghadkan 3 kali pergerakan itu tidak ada di dalam dalil, ianya sekadar pandangan para ulama. Kita menghormati dan memuliakan para Ulama. Namun sesuatu yang diketahui umum, bahawa pandangan sesiapa sahaja, selain Nabi s.a.w. kadangkala benar kadangkala tidak. Maka memuliakan kalam Nabi itu mesti didahulukan dari kalam sesiapa sahaja. Inilah sikap yang sewajarnya bagi setiap umat Islam. Dalam masa yang sama ada ramai juga ulama lain yang tidak menghadkannya kepada 3 kali pergerakan.

Wallahu a'lam, insyaallah pandangan ulama yang tidak menghadkan itu lebih kuat kerana ada dalil yang menyokongnya. Seperti perbuatan Nabi s.a.w. yang mendukung dan meletakkan Umamah anak kepada Zainab iaitu cucu baginda s.a.w. di dalam solat. Demikian juga arahan menghalang orang yang lalu di depan solat, jika dia membantah kita dibenarkan menolak dan mencegahnya. Membunuh serangga yang berbisa ketika solat dan lain-lain. Semua ini menunjukkan kebenaran untuk bergerak lebih dari 3 kali pergerakan jika ada keperluan.

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz menyebut menghadkan gerakan di dalam solat hanya dengan 3 gerakan adalah pendapat sebahagian ulama tidak ada padanya dalil dari Nabi s.a.w.

Qunut Subuh: dibaca atau tidak?

Hadis-hadis yang ada menunjukkan nabi saw tidak berterusan berqunut. Pendapat Iman Syafie ra dalam dua hal iaitu bab qunut dan menjaharkan Basmalah adalah tidak kuat tetapi ini tidak mengurangkan sedikit pun mertabat beliau sebagai tokoh ulama yang kita sanjungi. Inilah ketandaan, mereka juga tidak dapat lari dari sedikit sebanyak kesalahan sebagai insan. Tiada yang maksum melainkan Nabi. Begitu juga sedikit sebanyak kecacatan di dalam Sahih Bukhari bagi menandakan ianya bukan Al-Quran. Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah sebagaimana yang sering dikumandangkan oleh setiap orang. Dalam masa yang sama kita tetap merujuk kepada ulama-ulama besar tanpa taksub kepada mereka.

Qunut subuh adalah perkara Khilafiah. Ianya berlegar antara yang mana harus dan yang mana lebih afdhal. Ia adalah perkara Ijtihadiah. Orang yang melakukan qunut dalam solat subuh, sembahyangnya sah, dan orang yang tidak qunut dalam solat subuh, sembahyangnya juga sah. Yang melakukan qunut itu Sunnah dan yang meninggalkannya juga adalah sunnah.

Permasalahan doa qunut subuh ini sudah dibahaskan oleh kebanyakna ulama hadith dan feqah.. kesimpulannya, buat pun sunnah tapi meninggalkannya lebih lagi dekat kepada sunnah.. Tapi yang menjadi bidaahnya ialah apabila menganggap ianya wajib dibaca setiap solat subuh.

Baginda Rasullullah S.A.W apabila beliau hendak berdoa membinasakan seseorang atau berdoa untuk kebaikan seseorang maka beliau akan berqunut di rakaat akhir sembahyang, tidak semestinya ketika solat subuh sahaja. Apabila telah hilang bahaya atau sebab diadakan qunut nazilah itu, maka didapati baginda akan meninggalkannya, bermakna tidak dilakukan secara berterusan.

Pendapat Imam syafi'i bahawa basmalah sentiasa dijaharkan dalam solat jahar adalah tidak kuat.
Imam Ibn Qayyim telah menghimpunkan hadis jahar dan sirr basmalah dan membuat kesimpulan bahawa Rasulullah selalunya mensirrkan basmalah dan kekadang menjaharkannya(rujuk fiqh Sunnah jil.1).

Selain itu, ada juga hadis yg menyebut mengenai melakukan qunut subuh secara terus-menerus:
Dari Sa’ad bin Abi Thariq Al Asja’i Radhiyallahuanhu, dia berkata, ‘Saya bertanya pada ayahku, “Wahai Ayah, sesungguhnya engkau telah shalat di belakang Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam, Abu Bakar, Usman, dan Ali, apakah mereka melakukan qunut di shalat shubuh?” Ayahnya berkata, “Wahai anakku, itu perkara yang diada-adakan. (Shahih Sunan Tirmidzi 330).

Saturday, August 26, 2006

Introduction* + Kewajiban Ber Ittiba’

Di dalam Al Qur’an Allah swt berfirman: “Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Ali-Imran: 31)

As Sa’dy dalam tafsirnya mengatakan: “Ayat ini merupakan tolok ukur cinta seseorang kepada Allah dengan sebenar-benarnya cinta atau hanya pura-pura mengaku cinta. Tanda cinta kepada Allah adalah ittiba’ (mengikuti) Rasulullah yang Allah telah menjadikan sikap ini (ittiba’) dan segala apa yang diserukan sebagai jalan untuk mendapatkan cinta dan ridha Allah . Dan tidak akan didapati kecintaan dari Allah ridha dan pahala-Nya, melainkan dengan cara membenarkan apa yang dibawa Rasulullah sebagaimana yang ada dalam Al Qur’an dan As Sunnah, dengan cara melaksanakan apa yang dikandung keduanya, dan menjauhi apa yang dilarangnya.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda (maksudnya): "Apa yang aku larang, tinggalkanlah. Dan apa yang aku perintahkan, kerjakanlah semampu kalian. Karena sesungguhnya kebinasaan orang-orang sebelum kalian adalah karena banyaknya perselisihan dan pertentangan mereka terhadap para nabinya". (HR. Bukhari Muslim)

Imam Malik Bin Anas Berkata:"Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Salallhu 'Alaihi Wasallam". (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)

Abu Uthman berkata:"Demikianlah seharusnya seseorang dalam mengagungkan hadith-hadith Nabi, menerimanya dengan sepenuh penerimaan, kepasrahan dan mengimaninya. Membantah orang yang menempuh jalan selain ini, sebagaimana yang dilakukan oleh Harun Ar-Rasyid rahimahullah terhadap orang yang dengan beraninya membantah hadith dengan mengatakan:"Bagaimana mungkin?" yang tujuannya adalah membantah dan mengingkarinya. Padahal seharusnya ia menerima semua yang diberitakan oleh Nabi.

Manhaj salaf adalah manhaj yang benar. Manhaj inilah yang mendapatkan pujian kebaikan dari lisan Rasulullah berikut dengan orang-orang yang berjalan di atasnya, sebagaimana sabda beliau: “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian orang-orang setelah mereka, dan kemudian orang-orang setelah mereka.” (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim dari shahabat Imran bin Husein dan Abdullah bin Mas’ud)

Maka, para pengikut manhaj ini adalah generasi terbaik yang diridhai oleh Allah swt.


Introduction

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu'alaikum wbt...

Pertama skali, sebab utama blog ini dibina tdk lain hanyalah semata2 utk mencari pahala sampingan selain drp amalan2 wajib yg byk kekurangan. InsyaAllah blog ini boleh dijadikan antara salah satu cara dakwah dlm menyampaikan mesej islam dan lain2 info yg bermanfaat.

Motif utama blog ini adalah utk mengajak kita semua supaya melakukan setiap amalan dan perbuatan berdasarkan dalil2 atau hujah2 yg kuat sama ada drp Quran, hadis atau pun pendapat ulama. Saya menyeru kpd kita semua supaya meninggalkan apa yg tdk pasti kpd apa yg pasti dan mempunyai dalil. Kita tdk mahu lagi sekadar mengikut scr membuta tuli dan sedang kita langsung tak tahu adakah amalan kita ni sama dgn amalan nabi saw.

Saya memudahkan blog ini, meringkaskan perbincangan dan membuat kesimpulan sy yg sendiri kerana sasaran utama sy ialah golongan awam. Saya tdk mahu blog ini menjadi “al-ahkam” yang baru atau menjadi spt web2 agama lain yang membincangkan scr panjang lebar. Mungkin panjang perbahasan ttg sesuatu isu menjadikan org tdk berminat utk membacanya. Itulah antara sebab sy meringkaskan blog ini.

Ada bahagian yg sy ambil satu pandangan shj drp banyak pandangan ulama dan ada yg sy tuliskan lbh drp satu pandangan, kemudian sy bandingkan mana hujah yg lbh kuat. Apb sy menyatakan satu pandangan shj..tdklah bermakna tdk ada pandangan lain ttg perkara tersebut. Mungkin saja ada, tetapi sy hanya mengambil pendapat yg sy rasakan lbh kuat berdasarkan penelitian sy utk memudahkan org membaca blog ini. Bagi sesiapa yg merasakan hujah2 ringkas yg sy nyatakan tdk kuat atau masih ragu2, maka bolehlah mereka merujuk sendiri kpd org alim (org yg berilmu) atau merujuk kpd laman2 web yg mengemukakan hujah2 dan perbahasan yg panjang lebar. Apabila sy mengemukakan beberapa pandangan berlainan drp ulama dan tdk membuat kesimpulan ttg mana satu hujah yg lbh kuat..maka terpulang kpd pembaca utk berpegang kpd hujah yg dia rs lbh kuat.

InsyaAllah, kita akan rasa lbh khusyuk dgn amalan kita apabila kita tahu ianya sama dgn apa yg nabi amalkan wlaupun dlm beberapa hal ia kelihatan bercanggah dgn amalan masyarakat.

Bagi perkara2 yg dirasakan baru atau bercanggah dgn amalan masyarakat biasa, maka diharap agar kita boleh berbeza pendapat dan berlapang dada dgn pegangan masing2 asal saja kita beramal atas dalil2 dan hujah2 yg kita yakin lbh dekat dgn makna hadis dan alQuran.

Saya amat menggalakkan sesiapa shj utk memberi komen dan kritikan scr baik. Jika terbukti ada mana2 yg sy nyatakan itu salah, maka sy sedia memperbetulkannya semula.

Wassalam…