Tuesday, September 19, 2006

Wajibkah Menjawab Seruan Azan?

1) Al-Imam an-Nawawi di dalam Syarah Soheh Muslim menyebut lebih kurang :

"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."

2) As-Son'ani pula di dalam Subulus salam menyebut lebih kurang : "Dan telah berbeza pendapat (di kalangan para ulama) tantang kewajipan menjawab azan...... Jumhur ulama' berpendapat tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan dengan satu perbuatan Nabi saw ketika mana baginda mendengar tukang azan melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah." ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat daripada neraka." (Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim). Jumhur Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahud azan seperti laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan seperti hadith dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada sunat atau istihab..."

Berdasarkan dua pendapat ulama ini maka jelaslah hukum menjawab azan itu adalah sunat sahaja. Wallahua'alam.

No comments: