Sunday, November 25, 2007

Sejenis Perasaan: Part 2

Saya ada membaca blog seorang kawan perempuan. Dalam satu post, dia ada menceritakan tentang hubungan cintanya dgn seorg lelaki. Dia merasakan betapa perlunya berdating/couple dahulu sblm kawin supaya dpt mengenali hati budi lelaki yg bakal menjadi pasangan hidupnya itu.

Menurut apa yg ditulis, dia mengakui bhw berdating dan berdua-duan itu haram. Namun dia sanggup melanggar batasan itu kerana baginya adalah sangat2 penting utk mengenali perangai dan sifat teman lelakinya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Baginya itulah cara utk melihat adakah mereka serasi utk hidup bersama atau tdk. Malah ibunya juga seidea dgnnya dan merestui hubungan mereka berdua. Yang paling mengejutkan ialah ibunya juga menyatakan kesanggupan menanggung dosa perbuatan couple/dating anaknya itu semata2 utk memberi mereka peluang berkenalan dgn lebih mendalam. Saya kira inilah kesannya apb hati kita terikat kpd perkara lain lebih drp syariat Allah.

Saya juga pernah bersembang dgn teman lelakinya. Kebetulan teman lelakinya adalah antara kenalan rapat sy. Ternyata persepsi mereka terhadap perkara ini adalah sama. “Aku tak kesah org nk kata apa pun, aku tak kesah buat salah pun...asalkan aku dpt kenal calon isteri aku dgn baik”. Saya rasa pasti ramai yg berfikiran sama spt mereka.

Semua org ingin berpasangan. Ingin dekat dgn org yg dia cintai. Ingin keluar berdua-duaan, berpegang tangan, makan bersama, belajar bersama, duduk sebelah menyebelah, meluahkan perasaan cinta, selalu berhubung dan mcm2 lg. Itu adalah fitrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai.

Memang diakui perlunya utk mengenali hati budi pasangan kita sblm berkahwin. Sesiapa pun pasti tidak mahu mengambil risiko berkahwin dgn org yg tdk dikenali hati budinya. Maka sy tdk rasakan suatu perkara yg salah utk bercinta sblm kawin. Asalkan ia melalui proses dan cara yg betul, jgn melarat terlalu lama dan jgn melanggar batas2 agama.

Sebenarnya, ‘mengenali hati budi pasangan’ hanyalah suatu alasan yg direka semata-mata utk membenarkan perbuatan dating mereka. Selebihnya mereka hanya ingin memuaskan keinginan dan kehendak nafsu shj . Padahal banyak lagi cara lain yg boleh dilakukan jika ingin mengenali pasangan.

Bagi saya, perkara yg paling penting dlm percintaan ialah kejujuran dan kesetiaan. Tetapi dukacitanya dua perkara itu sangat sukar utk dilihat dan dinilai. Kita mungkin mempunyai dua ciri tersebut. Tetapi sampai bila pun kita tidak dapat mempastikan adakah pasangan kita juga memiliki dua ciri tersebut. Maka mahu tak mahu, kita terpaksa menambah satu lagi ciri penting dlm hubungan cinta; iaitu kepercayaan. Memberi dan meletakkan sepenuh kepercayaan kpd pasangan kita bahawa dia juga akan jujur dan setia sepertimana kita jujur dan setia terhadapnya.

Sememangnya kepercayaan itu sukar utk diberikan kpd org lain. Sebab itulah sesetengah pasangan merasakan perlunya utk berdating dan selalu berhubung. Kerana dari situ mereka menilai kesetiaan dan kejujuran pasangan mereka. Segala keprihatinan dan kasih sayang yg diterima akan membuatkan seseorang itu merasa dirinya lebih dihargai dan diperlukan. Itu adalah normal, terutama dipihak wanita yg pastinya selalu curiga akan komitmen pasangannya terhadap dirinya. Maka mereka sentiasa mahukan sesuatu sbg bukti cinta. Hadiah, ucapan kasih sayang, selalu menelefon, ber’sms’...itu semua adalah bentuk2 pembuktian cinta atau komitmen yg mana sangat diingini oleh wanita walaupun tdk disuarakan.

Jadi bagaimana cara sepatutnya utk meyakinkan pasangan kita bahawa kita ini jujur, setia dan committed dlm hubungan cinta ini?

Sesebuah hubungan cinta antara lelaki dan perempuan sepatutnya diasaskan dengan tujuan perkahwinan. Maka barulah hubungan yg dibina itu akan menjadi serius dan bukan sekadar utk berseronok-seronok shj. Menyatakan kesudian untuk/akan mengahwini seseorg adalah keputusan dan komitmen terbesar dlm sesebuah hubungan percintaan. Itulah nilai penghargaan seseorang terhadap diri pasangannya. Jika penghargaan dan komitmen yg terbesar itu sudah diluahkan, maka tdk perlu lg kpd komitmen-komitmen picisan yg lain.

Dating, selalu contact, lafaz kasih sayang etc adalah bentuk-bentuk penghargaan yg akan memberi impak negatif kpd diri org yg bercinta. Kerana dari situlah unsur-unsur lagha terbit, di situlah punca berlakunya fitnah, di situlah punca berlakunya zina dan di situlah platform syaitan menjalankan tugasnya.

Bagaimanakah yg dikatakan menjalinkan hubungan cinta tanpa berdating dan selalu contact itu?

Saya tdk ada jawapan yg tepat utk soalan itu. Namun, saya kira kesimpulan jawapan utk soalan itu ada di dalam lirik nasyid Kasih kekasih (In Team) dan Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC). Saya bukanlah peminat industri nasyeed. Tetapi sy juga suka mendengar lagu2 nasyeed tertentu, terutama yg membawa makna dan mesej yg baik. Walaupun kedua-dua lagu ini mampu utk membuatkan seseorg berkhayal, tetapi lirik lagunya tetap mempunyai makna dan pengajaran yg tersendiri. Mesej liriknya lebih kurang begini:

“Rasa kasih dan rindu semasa bercinta tdk sepatutnya diluahkan. Pasangan yg bercinta perlu memendam perasaannya di dlm hati dan memohon kpd Tuhan supaya menenangkan segala gelora dan keresahan jiwanya. Jika kepercayaan itu wujud dlm sesebuah hubungan cinta, sudah tentu masing2 akan sedia faham akan perasaan cinta dan rindu pasangannya terhadap dirinya; tanpa perlu utk mendengar luahan dari pasangannya sendiri. Yang perlu dibuat ialah terus bersabar menanti hadirnya hari pernikahan yg akan menghalalkan segala bentuk luahan, penghargaan, keprihatinan dan komitmen yg ingin ditunjukkan selama ini. Itulah bentuk ujian yg menguji kekuatan dan keteguhan iman bagi insan-insan yg berkasih”.

Masalahnya, bolehkah keyakinan terhadap diri pasangan dibina jika hanya bersandar kpd niat baiknya sahaja? Iaitu niat utk berkahwin.

Ya, pasti sukar utk melakukan sedemikian. Namun, itulah risiko percintaan yg perlu diambil oleh setiap org yg memasuki alam ini, termasuklah mereka-mereka yg berdating saban hari. Tiada jaminan sesebuah perhubungan itu akan kekal walaupun kerap berdua-duaan umpama belangkas. Inilah risiko yg terpaksa diambil dengan hanya bersandar kpd sebuah kepercayaan.

Apa-apa pun, ini semua bersangkut paut dengan iman dan kemahuan. Seseorg itu boleh mendengar berpuluh-puluh siri kuliah pengurusan cinta secara islam dan membaca bermacam-macam buku atau artikel tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tetapi pada akhirnya, ilmu dan kefahaman itu belum tentu dapat menundukkan hatinya drp terjebak secara salah ke alam percintaan yg penuh ranjau ini. Akur kpd batas pergaulan dalam hubungan cinta itu sangat bergantung kpd kekuatan iman dan mujahadah terhadap nafsu.

Wallahua’lam.

UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu

Kupendamkan perasaan ini,
Kurahsiakan rasa hati ini

Melindungkan kasih yang berputik,
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Ilahi,
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini,
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi,
Untukku menghadapi resahnya hati ini

Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu,
Di hati ini aku rindu padamu

Tulus sanubari menantikan hadirmu,
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu,
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman,
Insan yang berkasih


In Team - Kasih Kekasih

Tak perlu aku ragui,
Sucinya cinta yang kau beri

Kita saling kasih mengasihi,
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui,
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi,
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan,
Syariat tetap membataskan

Pelajari ilmu rumahtangga,
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau menyintaiku
Bersabarlah sayang,
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan,
Dengan ikatan pernikahan
Di sana kita bina,
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita,
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu,
Moga jodoh berpanjangan


Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata.

Monday, November 19, 2007

Kekuatan Iman

Kalau ada yg perasan, di sini antara org yg paling kerap melaungkan azan Subuh di masjid ialah seorg mualaf. Malah pada waktu solat yg lain pun tdk sedikit bilangan dia melaungkan syiar agama itu. Jika tdk azan pun, dia antara org yg kerap berjemaah di masjid. Saya kadang2 hairan, bagaimana seseorg yg belum genap setahun islamnya mempunyai kekuatan utk mengamalkan islam dgn sebaik itu.

Kalau di tempat sy, org yg bertanggungjawab menguruskan masjid ialah seorg yg tua, yg mana tdk keterlaluan utk sy katakan usianya sudah hampir dgn kematian. Dialah yg dtg awal ke masjid memasang kaset bacaan al-quran, dia yg mnjadi bilal dan dia jugalah antara yg kerap menjadi imam solat. Sekali lg sy hairan, bagaimana org yg spt ini mampu bangun setiap pagi yg dingin utk melaungkan azan, mengejutkankan org lain yg masih lena.

Namun solat jumaat tdk dilakukan di masjid itu. Masjid yg ditunaikan solat jumaat adalah lbh besar dan cantik, walaupun designnya kurang sempurna. Mungkin kerana arkitek dan engineernya tdk begitu prihatin terhadap perkara ini. Masjid ini terletak di tempat yg agak tinggi. Kalau tak silap, perlu menaiki tdk kurang dari 25 anak tangga utk sampai ke ruang solat. Jenis tile yg digunakan juga agak licin, terutama semasa hujan. Tapi bukan pasal masjid ni yg sy nk kisahkan sebenarnya.

Pernah suatu masa, ketika dlm perjalanan pulang dari kedai, sy singgah di masjid tersebut kerana kebetulan azan asar sedang dilaungkan. Ketika sy sedang menaiki tangga masjid, sy dapati ada seorg lelaki tua yg sedang bersusah payah memanjat tangga itu. Dia tdk perasan kehadiran sy di situ. Apb mendekati belakangnya, saya semacam terkaku seketika, terbantut niat sy utk membantunya menaiki tangga. Dia seorg yg sgt tua, menggunakan tongkat yg spt kerusi (berkaki empat), begitu bersusah payah sekali utk sampai ke ruang solat. Sehingga sy dpt mendengar suaranya yg memberi motivasi kpd dirinya sendiri; “Sikit lagi, sikit lagi”. Fikiran sy antara sedar dan tdk, melayang memikirkan betapa jauhnya perbezaan iman antara kami. Benarlah sebagaimana yg dimaksudkan oleh Izzudin Abdul Salam bhw kadar pahala tdk diukur atas banyaknya ibadat, tetapi ia diukur atas kadar susah melaksanakannya.

Ini jelas menunjukkan bhw amal soleh itu tdk bergantung kpd kekuatan jasmani, tetapi ia bergantung kpd kekuatan iman. Hanya iman yg kuat mampu menjana amal yg berkualiti. Sebab itu seorg yg kuat fizikal dan aktif bersukan belum tentu mampu menekuni ibadah ritual dgn baik. Walhal solat hanya terdiri drp beberapa pergerakan ringan dan ringkas shj. Kita pelik apb melihat ramai yg berusaha menjaga kesihatan diri, tetapi mereka malas dan langsung tdk ada inisiatif utk menjaga kesihatan hati dan iman. Ibadat pun dilakukan sekadar utk melepaskan tanggungjawab shj. Hasilnya, yg memenuhi masjid2 adalah terdiri drp golongan tua shj. Golongan muda pula lbh ramai yg memenuhkan padang bola berbanding ruang solat masjid.

Jika ditanya mana yg lbh penting, pasti semua menjawab kesihatan iman lbh penting, tetapi keutamaaan tetap diberi kpd penjagaan fizikal dan kecantikan. Sebab kita hari ini lebih risau tentang apa yg org lain nilai terhadap diri kita melebihi apa yg Allah nilai. Sebagaimana jasad memerlukan latihan dan senaman supaya sihat, maka lebih-lebih lagilah hati kita ini memerlukan latihan kerohanian yg terdiri drp pelbagai ibadat sunat. Kekuatan iman inilah yg kita guna utk mempertahankan diri drp godaan syaitan. Kerana musuh yg satu ini tdk dpt dilihat dan lantas tdk dpt ditentang mggunakan kekuatan fizikal.

Iman itu juga bukan sekadar pengakuan, tetapi ia mestilah diterjemahkan dlm bentuk amal soleh. Banyak bercakap ttg akidah, ibadat, halal dan haram tdk berguna jika tdk disusuli dgn pengamalan terhadap apa yg diucapkan. Iman juga tdk pernah sunyi drp ujian. Ujian dan musibah yg melanda adalah salah satu bentuk pembuktian iman. Berjaya atau gagal bergantung kpd sejauh mana kuatnya mujahadah kita. Kerana ujian ini selalunya selari dgn kehendak nafsu, yg mana nafsu itu kuat mempengaruhi hati dan fikiran kita. Maka jgn senang2 mengeluh, “Kenapa la aku ni malas nk beribadat, kenapa la aku ni byk buat maksiat, kenapa la aku ni solat tak khusyuk”. Kerana yg dikatakan iman itu bukanlah sesuatu yg senang dikecap, tetapi ia memerlukan kita melawan nafsu dan memaksa diri menelusuri suatu jalan yg penuh dengan halangan dan rintangan. Itulah kesusahan yg perlu ditempuhi utk sampai ke dlm daerah iman.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?” (al-Ankabut:2).

Kita kerap melihat cermin utk menilik rupa paras dan fizikal kita. Tetapi kita kurang melihat Quran utk menilik hati dan iman kita. Apakah benar2 telah terpantul ajaran al-kitab itu pada perlakuan dan perangai kita?

Sunday, November 18, 2007

Sikap Pembersih

Selama sy di sini, sy memperhatikan bhw ramai org yg mengambil remeh ttg kebersihan diri dan tempat tinggal. Ditambah lg dengan kesibukan aktiviti harian yg menyebabkan kita tdk punya byk masa utk melakukan kerja2 membersih dan mengemas. Namun sy tdk rasakan kekurangan masa adalah alasan yg baik, kerana faktor utama ialah sikap dan perangai kita sendiri.

Kalau di hostel lelaki, tak ramai yg rajin menyapu dan membersihkan bilik. Malah sukar utk menemui sebatang penyapu pun dlm sesetangah rumah yg mana mempunyai seramai 12 org ahli itu. Bilik penuh dgn habuk dan tak kurang yg penuh dgn sawang pd bhgn syiling. Mgkin mereka cuma mgharapkan makcik cleaner membersihkannya setiap kali cuti semester shj. Kalau dijenguk ke dlm loker2 mereka, jarang sgt yg melipat dan menyusun pakaian dgn kemas. Malah ada sesetengah yg suka melonggokkan shj pakaiannya di dlm loker.

Iklim di Malaysia menyebabkan badan kita mudah berpeluh apb melakukan aktiviti, terutama pd siang hari. Maka, cubalah elakkan memakai baju yg sama tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Sesetengah org sekadar menjemur baju yg sudah dipakainya sehingga kering, kemudian memakainya semula pd esok harinya bersama dengan semburan perfume. Padahal bakteria2 peluh masih lg melekat pd baju tersebut. Ada juga yg gemar mengumpul dan membasuh pakaian seminggu skali shj. Selagi tak genap seminggu, selagi itu la dipakainya baju yg telah sedia dipakai. Tuala mandi pun jarang2 dibasuh, sedangkan tuala itulah yg paling kerap digunakan utk mengelap badan. Maka sepatutnya tuala itulah yg paling dijaga kebersihannya.

Ramai juga yg langsung tdk memasang cadar pada tilam. Sudah la tdk bercadar, tidur pula tdk berbaju. Kadang2 tu dengan selamba shj mereka boleh berbaring di atas lantai. Sebab itu sesetangah org mempunyai byk jerawat dan bintik2 pd bhgn belakang badannya. Kerana dia sendiri tdk menjaga kebersihan dan kesihatan kulitnya. Malah ada org yg lgsg tdk peduli ttg panau yg ada di badan. Ada juga yg bhgn blakangnya semacam ditumbuhi yis (ntah la apa nama yg tepat utk penyakit kulit tersebut). Kita suruh pergi ke klinik ambil ubat sapu pun tdk diendahkannya. Siapa lg yg nk diharapkan menjaga kesihatan kulit kita kalau bkn tuan punya body tu sndiri. Mgkin sebab masalah kulit itu berada di bhgn blakang badan. Kalaulah berada di bhgn depan badan dan dpt dilihat dgn jelas oleh mata kepala mereka sndiri, tentu mereka akan lbh menjaga kesihatan kulit mereka. Kadang2 ada betulnya juga kata sesetengah org yg lelaki tu pengotor. Nak marah pun tak boleh.

Benar agama kita menganjurkan dan menggalakkan kita menjaga kebersihan; dalam dan luaran. Tetapi sy kira perkara kebersihan ini jika tdk dikaitkan dgn agama pun tak mengapa. Sebab suka kpd kebersihan ini adalah fitrah semulajadi dlm diri setiap insan, yg mana sebenarnya tdk perlu diajar pun. Namun masih ramai yg gagal memenuhi tuntutan fitrah ini.

Saya kira antara cerita yg paling berjaya membawa mesej kebersihan diri dan tempat tinggal ialah siri cerita Full House. Walaupun kisah percintaan yg dilakonkan itu seperti tdk berpijak di alam nyata, tetapi jalan ceritanya penuh dengan kelucuan dan keriangan melakukan aktiviti2 membersih dan mengemas rumah. Malah cerita tersebut juga berjaya menjadikan aktiviti memberus gigi sebagai suatu amalan rutin yg sangat menyeronokkan.

Sikap malas dan endah tak endah menyebabkan kita gagal menerapkan unsur2 bersih dan kemas dlm hidup kita. Kalau di hostel, sy sendiri mengambil masa hampir sebulan menyusun selipar/kasut ahli2 rumah supaya kelihatan teratur. Setiap hari dlm 2,3 kali sy menyusun selipar2 yg berterabur, sehinggalah sy dapati selipar dan kasut mereka mula tersusun dgn sendirinya. Nampaknya mereka sudah ada habit menyusun selipar/kasut mereka sendiri dan tdk ada lg yg sekadar mencampakkannya ikut suka shj.

Salah satu kegilaan sy di kampus ialah mengambil daun pokok pandan utk dijadikan pewangi loker. Di kampus ini tak byk kawasan yg ditanam dgn pandan wangi. Kebanyakan pandan yg ditanam di area hostel bukan jenis yg wangi. Tapi better sy rahsiakan tempatnya. Nanti ramai pula yg mencantas daun pandan itu. Nak cantas pun ada cara, kalau tak habis rosak pokok tu. Sy dapati pokok pandan ni cepat tumbuh, sebab tu sy selalu ambil daunnya utk dibuat pewangi loker. Barulah loker jadi sentiasa segar dan wangi. Sy antara org yg cerewet tentang perfume. Sy suka perfume yg mempunyai bau yg lembut shj. Sebab itu sy lebih suka wangi-wangian semulajadi berbanding dgn perfume yg dihasilkan drp tindak balas kimia. Tindak balas kimia itu la yg mnyebabkan sesetengah bau perfume boleh memeningkan kepala, malah baunya juga cepat berubah.

Menjaga kebersihan diri dan persekitaran bukanlah suatu kerja yg berat dan sukar dilakukan. Ia cuma memerlukan sedikit perubahan pada sikap supaya kita sentiasa suka berada dlm keadaan bersih dan selesa. Kadang2 kita pelik apb melihat seseorg itu boleh menjaga kebersihan kereta dan motosikalnya lebih drp dia menjaga kebersihan pakaian dan tempat tidurnya.

Friday, November 16, 2007

Cermin Diri

Memang mudah mengucapkan sesuatu yg kita lihat atau dgr. Apatah lg jika perkara itu sesuatu yg kurang baik atau tdk elok. Sekejap shj tersebar dan meniti di bibir mulut kita. Itulah nafsu, tdk pernah gagal mengheret lidah kita memperkatakan ttg perkara2 yg kurang elok. Seolah2 telah menjadi sebati dlm diri kita ini utk bercakap atau berfikir sesuatu yg negatif, terutamanya mengenai org lain. Lebih2 lg dlm keadaan skrg ini terlalu mudah menyaksikan org bermaksiat di mana2 shj.

Suatu perkara yg selalu kita lupa apb memperkatakan ttg org lain ialah diri kita sndiri. Kita sentiasa meletakkan diri kita pada blind spot apb melihat kesalahan org lain. Jahat, buruk, salah...semuanya adalah label kpd org lain. Kita kurang muhasabah diri kita. Yang sbenarnya kita ini tdklah lbh baik drp mereka2 itu. Alhamdulillah, Allah menutup segala aib dan keburukan kita sehingga tampak mulia kita di depan org ramai. Walhal dosa dan kejelekan kita hanya Allah yg tahu.

Benar, yg berbuat jahat mmg kita kata salah. Wajib utk kita menegur kesalahan mereka atau sekurang2nya mghindar drp kejahatan itu. Tapi tak ramai yg punya keberanian spt itu. Ramai yg hanya mampu bercakap atau mgkritik dari belakang. Kita tak persalahkan org2 yg mgkritik kesalahan dan maksiat yg berleluasa. Bagus jika kritikan tersebut bernas dan bersandar pada maklumat yg tepat. Apatah lg jika tindakan sedemikian terbit dari hati yg luhur utk menegur dan membuat perubahan ke arah yg lbh baik.

Sebenarnya haram utk kita memperkatakan ttg aib org lain. Lebih2 lg jika mengatakannya sekadar utk tujuan suka2 tanpa ada tindakan susulan. Namun kita dibenarkan utk menyebut kesalahan org lain jika ia boleh memberi manfaat dan pengajaran yg besar kpd org ramai. Cuma hendaklah kita cuba sedaya upaya agar tdk menjatuhkan maruah dan air muka mereka.

Namun agak mengecewakan apb hanya segelintir shj drp ramai yg menegur itu punya kesedaran utk mendoakan kebaikan kpd org2 yg berbuat maksiat. Tanyalah pd diri sndiri, berapa byk org yg pernah kita kritik? Dan berapa byk pula org yg pernah kita sebut namanya dlm doa kita? Kadang2 kita merasakan diri kita ini lbh baik drp org lain. Tapi kita lbh byk mencela drp mendoakan mereka mendapat hidayah. Kita sepatutnya bersyukur kerana dipilih utk mendapat kesedaran dan ilmu yg benar sehingga mampu utk mengawal diri supaya teguh di atas jln yg benar. Dan sepatutnya kita berdoa supaya org lain mempunyai kesedaran yg sama spt kita. Jadikanlah diri kita ini seorg yg apb melihat kesalahan org lain, perkara pertama yg hadir ialah doa dan harapan yg baik. Kemudian barulah disusuli dgn kritikan2 yg bermanfaat.

Kita juga hendaklah sedar bhw mgkritik semata2 tdk byk menyumbang kpd perubahan. Kritikan boleh memberi kesedaran, tetapi kurang mampu utk memberi keinginan. Sebab itu kita tdk boleh meremehkan fungsi doa dlm proses membetulkan yg salah. Hati ini sentiasa berbolak balik. Maka kpd penciptanya jualah sepatutnya kita meminta supaya hati lbh mampu utk bertenang.

Perlu ditanam di dlm hati bhw kita ini sbenarnya tdklah lbh baik drp org lain. Zahirnya mgkin kita tampak lbh baik. Tapi kita sndiri tdk tahu di mana hujung pangkal keadaan kita di akhirat nanti. Mgkin nasib mereka yg kita anggap jahat itu lbh baik drp nasib kita di akhirat nanti. Kita lbh kenal diri kita. Kita tahu ttg keburukan dan kejahatan yg ada dlm diri kita lbh drp kita tahu ttg kejahatan org lain. Janganlah sekadar menilai seseorg melalui zahir yg terlihat pd perbuatannya. Cubalah melihat jauh ke dlm kehidupannya. Di situ ada sesuatu yg mgheretnya jauh dari jln kebenaran. Dan seorang mukmin itu sepatutnya kuat menghisab dirinya lbh drp dia menghisab diri org lain. Sblm kita fikir nasib org lain di akhirat, fikirkanlah dahulu nasib diri kita di sana nanti.

Takkan sama dosa org berilmu yg bermaksiat dengan dosa org jahil yg bermaksiat.

Keterikatan

Jamaah Islam

Semua org pasti dpt menerima bhw kerja scr kolektif itu lbh baik drp bekerja scr sendirian. Jika dlm hal2 keduniaan pun kita menekankan ttg kepentingan 'teamwork', sudah tentu kerja2 yg bersangkut paut dgn agama dan hari akhirat lbh menuntut kerjasama scr berkumpulan. Persamaan dan kesatuan dari sudut pemikiran sudah tentu akan lbh memudahkan pelaksanaan gerak kerja yg dirancang. Sb itulah dimana2 tmpat kita akan lihat wujudnya persatuan atau jamaah islam. Misinya ialah utk memartabatkan islam di tempat jamaah itu ditubuhkan. Jasa dan sumbangan mereka dlm pembangunan islam dan persekitaran yg sihat tdk dpt dinafikan walaupun ramai yg bersikap prejudis terhadap org yg berlabel dgn nama persatuan islam.

Namun saya pelik bilamana ada org yg seolah2 menganggap individu2 yg mgkritik jamaah menolak jamaah. Jgn terburu2. Mengkritik kesalahan tertentu bukan bermakna menolak secara total. Jamaah islam bknnya sebuah institusi kebal yg bebas dan berkecuali drp kelemahan dan kesalahan. Mengkritik bukannya menghentam. Teguran bknnya ancaman. Perkara sebegini tdk terjadi melainkn yg ditegur membaca kritikan itu dgn sentimen perasaan tanpa mahu melihat kpd masalah dan isu yg dibawa.

Sy sendiri mgkritik beberapa perkara yg sy tdk bersetuju. Tetapi tdklah bermaksud sy menolak konsep berjemaah. Siapa pula yg bodoh utk menolak kenyataan bhw berkumpulan itu lbh kuat drp berseorangan? Cumanya kita tak dpt nk terima apb timbulnya perbandingan antara jemaah dgn jemaah yg lain. Seolah2 mganggap satu jemaah shj yg betul dan selainnya tdk syarie. Alasannya ialah jemaah kami yg bertapak dahulu. Pertama skali kita hendaklah faham bhw jemaah islam bknnya agama islam; yg mana mesti wujud satu agama islam shj. Maka tdk boleh kita kata hanya satu jemaah islam shj yg mesti diwujudkan di satu2 tmpat sptmana hanya satu shj agama islam yg diterima. Jamaah islam hanyalah satu wasilah dakwah, maka timbulnya byk jemaah hanya akan membuka lbh byk peluang dan ruang dakwah utk dimanfaatkan. Berbilang jemaah dari sudut cara dan pelaksanaan dibolehkan asal sj tdk berbilang dari sudut perpecahan.

Kemudian kita hendaklah tahu bhw jamaah2 Islam hari ini juga bukanlah jamaah yang dimaksudkan oleh hadis sahih yang menyebut ttg "jamaah kaum muslimin" yg mana jika keluar dari jamaah berkenaan maka dihukumkan sebagai terkeluar dari agama. Kita amat sedih apabila ada lidah2 yg masih mengucapkan "sesiapa yg keluar atau lari dari jemaah ini, maka dia mati dlm jahiliah". Inilah kesannya jika terlampau ingin menuntut ketaatan dan kesetiaan sehingga sanggup mggunakan apa shj hadis yg berkaitan dgn jemaah tanpa mahu melihat maksudnya yg sebenar.

Bai'ah yg dibuat oleh jamaah2 islam pula tdklah sampai kpd makam Bai'ah Kubra, kerana skrg tdk ada daulah dan khalifah islam. Bai’ah skrg adalah suatu bentuk akujanji shj yg mana tdk sampai kpd memberi ketaatan yg berlebihan kpd pimpinan. Malah kita sbg pelajar juga terikat dgn akujanji dgn pihak universiti.

Asas dakwah

Apb sy memperkatakan ttg dakwah fardiah, bknlah bermakna sy memperkecilkan dakwah scr berjemaah. Cuma kita nk kena sedar bhw dakwah ini perlu lahir dr kefahaman dan bknnya sekadar ikut2. Jika seseorg itu ada kesedaran utk berdakwah scr fardiah maka sudah tentu dia tdk akan menolak apb diajak berdakwah scr berjemaah. Namun belum tentu seseorg yg aktif berjemaah akan terus berdakwah apb berjauhan drp rakan2 seperjuangannya. Itulah kepentingan dakwah fardiah yg mnjdi asas kpd dakwah scr kolektif. Pendakwah mesti berfikrah dgn fikrah islam yg tulen, dan bknnya dgn fikrah jemaah. Mgkin sb itulah Hassan albana pernah mengingatkan para ikhwanul muslimin bhw gerakan mereka bkn sebuah badan kebajikan, gerakan mereka bukanlah sebuah parti politik dan gerakan mereka bkn juga gerakan spt gerakan yg selainnya, ttp gerakan mereka ialah gerakan fikrah dan dakwah. Kerana dakwah islam itu hanya akan berlangsung di atas jln fikrah dan kefahaman yg benar shj.

Keterikatan

Tdk kurang juga yg mempertikaikan apb dibawa isu2 kecil dan sampingan spt membaca surah an-nas dan usolli sblm solat, solat hajat berjemaah, isu wuduk dan lain2. Beginilah, sy sendiri tdklah mengulas panjang ttg isu2 yg disebut secara spesifik, tetapi sy lbh membawa kpd perspektif yg lain. Sb kita tahu panjang mana pun hujah yg diberi, akhirnya kbanyakan kita akan buat kesimpulan, “Ini perkara khilaf, pilih mana2 pendapat pun xpe”.

Sememangnya dari segi furuknya nmpak kecil perbuatan spt membaca surah annas, usolli dan wuduk itu, ttp pada usulnya ia suatu perkara yg besar. Ini ada sangkut paut dgn akidah.

Bekas ketua majlis fatwa arab saudi, As-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ra berkata: "Sesiapa yg beriqtikad adanya petunjuk lain yg lbh baik drp petunjuk nabi saw, sesungguhnya dia menjadi kafir".

Perkara usul inilah yg cuba nk diketengahkan ke dlm minda pembaca, perkara furuk yg disentuh itu tdk lbh melainkan hanya sbg contoh utk memudahkan pemahaman dan penerangan shj.

Tetapi begitulah lumrahnya manusia. Keterikatan kita kpd seseorg, persatuan atau sesuatu akan menyebabkan kita gagal mengangkat quran dan sunnah pd tingkatan yg tertinggi dlm kehidupan kita, sehingga kadang2 tanpa sedar kita menolak kebenaran yg dtg kpd kita.

Umpama seorg yg sedang asyik bercinta. Keterikatan hatinya kpd si kekasih akan membutakan mata hatinya terhadap halal haram yg dia sedia maklum. Keterikatan hati kpd wang ringgit akan membenarkan amalan rasuah dlm kehidupan seseorg. Keterikatan kpd persatuan akan menyebabkan seseorg menutup mata terhadap kesalahan yg berlaku. Keterikatan kpd ustaz atau guru menyebabkan seseorg tdk dpt melihat salah pd gurunya itu melainkan semuanya betul belaka. Keterikatan yg spt inilah menyekat hati dan akal manusia drp menerima kebenaran serta mghalang kita melihat sesuatu pada nilaian yg adil. Sehinggalah kita mampu mengikat hati kita terhadap al-quran dan sunnah dgn simpulan yg lbh kuat berbanding simpulan2 selainnya.

Saturday, October 27, 2007

Sikap Terhadap Rasul

“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzaab: 21)

Anda tdk perlu melanjutkan bacaan jika anda tdk bersetuju bhw rasulullah saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.

---------------------------------------------

Kita sedar dlm agama ini ada pelbagai pendapat ulama yg mungkin berbeza2 wlaupun pada isu yg sama. Perkara ini kita namakan khilaf. Khilaf ini terjadi disebabkan perbezaan pandangan dan ijtihad yg dibuat. Kita tahu mereka telah sedaya upaya merujuk kpd quran dan sunnah sebelum memutuskan utk mengeluarkan sesuatu ijtihad. Tetapi yg kekal maksum hanyalah rasul saw. Selain drp rasul, wlau sebesar manapun darjat ilmunya, ia tetap terdedah kpd salah dan silap. Maka hendaklah kita bersedia utk mengikut ijtihad yg lbh kuat apb mengetahui pandangan yg selama ini kita pegang adalah kurang kuat.

Ada golongan agama yg berpendapat boleh membuat tambahan dlm ibadat, asal saja ia suatu yg baik. Maka mereka berdoa slpas solat jenazah wlaupun jelas nabi tdk melakukan yg demikian. Kata mereka tambahan ini (berdoa slps solat jenazah) suatu perkara yg baik. Takkan berdoa pun salah?

Kita semua tahu cara ibadat ini hanya sahih jika diambil drp nabi saw shj. Tdk boleh mana2 golongan agama walau sebesar mana sekalipun darjatnya, mereka suatu cara atau bentuk ibadat yg tdk ada di dlm sunnah. Ibadat adalah urusan Tuhan dan disampaikan melalui ajaran rasul, sedang kita hanyalah pengikut.

“....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya .....” (Al-Hasyr: 7)

Cuba kita telusuri ibadat yg selama ini kita amalkan. Adakah sama dgn yg di ajar oleh nabi? Paling mudah kita melihat kpd amalan asas kita iaitu solat fardhu. Telah sahih nabi saw tdk melafazkan niat (iaitu membaca usolli) ketika hendak memulakan solat. Niat adalah perbuatan hati. Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah, sama ada solat, puasa atau zakat untuk mengucapkan atau melafazkannya. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati setiap orang. Mungkin ada yg kata, “Kita ni org melayu, kalau baca usolli tu nanti senang la sikit niat nk masuk, takkan la lafaz usolli pun bida’ah?”.

Malah masyur juga dikalangan kita yg membaca surah An-Nas ketika hendak memulakan solat. Nabi saw tdk pernah mengajar hal ini kpd sesiapa. Kata mereka ini semua utk mengelakkan was-was syaitan di dlm solat. Lagipun yg dibaca itu adalah satu surah drp al-quran. Tidakkah itu amalan yg baik?

Nabi juga tdk membezakan tatacara solat antara lelaki dan perempuan. Umum hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang" (Riwayat al-Bukhari). Tetapi ramai drp kita cuba utk memperkemaskan lg tatacara solat yg nabi ajar. Maka di ajar kpd kaum wanita semasa angkat takbir, rukuk dan sujud, lengan mesti dirapatkan ke tubuh dan anggota yg renggang mesti dirapatkan; sedangkan ini semua tdk diajar oleh nabi. Tapi kononnya apa yg mereka buat itu lbh sopan dan beradab.

Sahih juga bhw nabi saw tdk menyapu muka slpas mberi salam di dlm solat. “Eh, ikut suka aku la nk sapu muka pun, benda kecik je tu, bukan batal pun solat kalau sapu muka”.

Begitu juga hadis nabi sahih menyatakan bhw nabi membaca 'Astaghfirullah' sebanyak 3 kali slps solat tanpa tambahan al’azim atau tambahan lain. “Ye la nabi istighfar 3 kali je slps solat, tp kita ni byk dosa, kena la istighfar lbh byk, yg byk tu dh tentu lbh baik”.

Para pembaca sekalian,

Kalau Allah mahu, Dia boleh mghidupkan nabinya sehingga ke hari ini. Soal nyawa adalah kuasa mutlak Allah taala. Namun yg demikian tdk terjadi; kerana yg mnjadi tajuk penting dlm perkara iman ini bknlah terletak pd batang tubuh nabi, tetapi apa yg dibawa dan diajar nabi kpd kita. Itulah yg perlu kita ikut dan amalkan. Sebab itulah para ulama mensyaratkan tiga perkara besar dlm ibadat: (1) ibadat mestilah mempunyai akidah yg sahih, (2) ibadat mestilah ikhlas kpd Allah dan (3) ibadat mestilah sama spt yg ditunjukkan di dlm quran dan sunnah.

Malah di dlm khutbah jumaat semalam pun khatib telah mengingatkan bhw amalan ibadat ini sekalipun ikhlas tetapi jika tidak betul maka ia tidak diterima. Begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima, sehinggalah ianya menjadi ikhlas dan betul (Khutbah jumaat masjid An-Nur, 26 Oct 07).

Sama juga dlm bab beriman kpd rasul. Cinta shj tdk mencukupi melainkan kita turut ikut apa yg diajar. Sekadar mengikut juga dianggap kurang, melainkan adanya perasaan cinta dan sayang; sehinggalah perasaan cinta dan ikut itu menjadi satu di dlm hati kita.

Kebanyakan kita pd hari ini kurang merasa kemanisan mengikut rasul. Maka kita cenderung utk menambah, mengurang atau membuat sedikit kelainan terhadap apa2 yg telah pun ditunjuki rasul melalui hadisnya yg sahih. Dgn alasan kelainan yg dibuat itu kecil shj, itu perkara furuk, malah tdk pun membatalkan ibadat.

Di sini kita tdk mahu membincangkan ttg betul atau salah, sah atau batal, kecil atau besar dan bida’ah atau tdk bida’ah. Tetapi kita ingin mengajak semua pembaca melihat kpd suatu sudut yg lain.

Bayangkan, anda mempunyai seorg isteri. Suatu pagi, isteri anda menghidangkan secawan teh kpd anda. Anda minum seteguk dan berhenti. Kemudian anda ambil satu sudu gula, tambah ke dlm cawan dan kacau. Slps itu barulah anda meminumnya sehingga habis. Sepanjang anda meminum teh itu, anda langsung tdk memberi komen atau kritikan kpd isteri anda. Tetapi, perbuatan anda menambah gula ke dlm air itu sudah cukup utk memberi mesej yg jelas kpd isteri anda bhw teh yg dibuatnya itu kurang manis, kurang sedap atau tdk cukup rasanya. Serasa anda, adakah perbuatan anda itu menggembirakan isteri anda atau mengguris hatinya? Anda ada jawapannya.

Sekarang cuba bayangkan, nabi berada di depan anda, mengajar bagaimana utk melakukan solat jenazah. Kemudian nabi sendiri menjadi imam, kita dibelakangnya menjadi makmun, nabi takbir kita pun takbir, nabi membaca doa kpd jenazah di dlm solat dan kita turut membaca sptmana yg diajar, nabi menutup solat dgn memberi salam dan kita pun memberi salam. Nabi selesai di situ, tetapi kita dibelakang menyambungnya dgn membaca doa. Pada ketika itu, adakah doa yg kita baca itu suatu ibadat atau suatu pghinaan terhadap rasul? Apakah ia suatu kegembiraan atau baginda akan merasa terhina dgn perbuatan kita itu?

Atau cuba anda bayangkan, nabi mengimani kita di dlm solat fardhu. Ketika nabi saw ingin mengangkat takbirratulihram...makmun dibelakang sok sek sok sek (membaca surah An-Nas), sok sek sok sek (membaca usolli). Sedang nabi hanya sekadar bertakbir ‘Allahuakbar’ shj. Apakah cara makmun atau cara nabi yg lebih sempurna? Adakah kita menganggap nabi ketika hidupnya dahulu, tdk prihatin ttg masalah was-was solat, sehingga baginda terlupa mengajar kita utk membaca surah pelindung drp gangguan syaitan?

Ini bukannya soal amalan yg ditambah itu betul atau salah. Kita tdk pertikaikan dari sudut itu, ttp kita melihat dari sudut sikap terhadap rasul. Apakah kita merasakan tdk cukupnya ajaran rasul? Sehingga perlu kpd penambahan yg lain. Tidakkah kita pada awal perbincangan telah bersetuju bhw nabi saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.

Perbuatan menambah atau mengubah cara ibadat yg diajar oleh nabi saw adalah suatu gambaran seolah2 apa yg diajar nabi itu tdk cukup sempurna, tdk berapa sesuai dgn kita; sebab itulah ditambah bacaan2 tertentu spt bacaan ‘usolli’ supaya niat solat menjadi lbh sempurna dan lbh sesuai dgn kemelayuan kita.

Padahal telahpun sempurna agama ini sejak lama dahulu, tanpa perlu lg kpd sebarang penambahan. Apa yg tdk menjadi agama ketika nabi hidup, ia juga tdk menjadi agama setelah nabi wafat. Tugas kita sekarang ialah mewarisi ajaran nabi dan mengekalkannya spt mana ketika ia diturunkan.

Begitulah juga dlm hal ibadat2 yg lain. Kita tdk hendak berbicara ttg betul atau salah. Ttp kita hendak semua melihat dlm diri masing2, sejauh manakah rasul itu terletak dlm hati kita. Sejauh manakah sikap kita dlm mentaati rasul. Apakah telah sampai kita kpd sebenar-benar iqtikad dan pengakuan bhw rasul saw itu adalah sebaik2 ikutan. Atau kita sekadar mengucapkannya di mulut, kemudian mengikut mana yg berkenan shj.

Saya kira kita ini kurang merasa cinta dan mengikut rasul adalah kerana apb membaca atau mendengar hadis2 nabi saw, kita tdk merasakan ianya betul2 diucapkan oleh nabi, sebab itu kita meremehkannya. Seolah2 nilai ucapan nabi itu sama shj spt ucapan insan-insan yg lain.

"Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya" (An-Najm: 3-4).

Para pembaca sekalian, sama2lah kita perbetulkan iqtikad kita, sehingga mnjadi kejap di dlm hati bhw petunjuk rasul adalah yg terbaik. Tidak salah utk beristighfar sampai 100 kali pun slpas solat, tetapi hendaklah kita tetap mengatakan apa yg ditunjukkan dan diamalkan oleh nabi itu adalah yg terbaik, walaupun hanya sebanyak 3 kali.

Hendaklah kita cuba sedaya upaya utk mentaati ajaran dan petunjuk rasul, walaupun hanya pada bab menyelati jari kaki ketika berwuduk. Kerana yg demikian itulah ukuran kecintaan kita terhadap rasul.

Mungkin akan ada yg mempertikaikan apa yg telah disebut. “Ye la, sesetengah tu mmg la tak de dlm sunnah, tp tak semestinya tak boleh buat, ustaz pun ramai yg buat”. Setiap org ada sandaran dan rujukannya dlm beramal. Apb kita balik ke akhirat nanti, kita akan ditanya ttg amalan kita dan siapakah sandaran kita dlm melakukan ibadat. Ada yg bersandarkan ustaz, ada yg bersandarkan tok guru, ada yg bersandarkan tok imam dan bermacam2 lg. Tetapi kita menyandarkan amalan kita hanya kpd nabi saw. Kerana kita yakin apa yg dibawa oleh nabi adalah yg terbaik, wlaupun dari sudut akalnya kelihatan kurang berbanding amalan org lain.

Bukan yg utama di dlm ibadat ini jumlah sikit atau byknya amalan, tetapi yg penting ialah sama spt sunnah. Ada dikalangan para sahabat rasulullah ingin bersolat malam terus menerus, ada yg ingin berpuasa sepanjang masa dan tidak mahu berbuka serta ada yg ingin menjauhi wanita dan tidak ingin berkahwin selama-lamanya. Kemudian nabi saw datang kpd mereka dan berkata:

“Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling takwa kepadaNya. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Wallahua'lam...

Thursday, October 25, 2007

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Kali ini isu tamrin muncul kembali dlm pemikiran sy. Satu isu yg telah lama mati dlm hidup sy tiba2 dihidupkan kembali melalui perbualan dgn seorg kawan. Seperti biasa, sy tdk suka sesuatu perkara hanya berlegar2 dlm kepala sy shj, meluahkannya di dlm blog boleh meringankan tekanan dan membuka ruang utk pemikiran sy diperbetulkan oleh org lain.

Agenda utama tamrin ialah ukhwah dan tarbiyah. Antara objektifnya ialah utk melahirkan insan yg baik, cekal, tabah serta sedar diri ttg tanggungjawab terhadap agama. Berdasarkan objektif ini, kita katakan tamrin ialah suatu program yg baik dan berfaedah. Tetapi masalah timbul dari sudut pelaksanaan. Ini yg mencacatkan kesempurnaan agenda tamrin. Sehingga mereka sanggup melakukannya dgn cara yg salah dan mghalalkannya pula atas nama tarbiyah. Alasannya ialah kita mesti melihat kpd perkara yg lbh besar, untuk mencapai perkara yg lbh besar itu maka kita mesti bertoleransi dgn kesalahan2 kecil yg lain.

Secara umumnya kesalahan boleh dibahagikan kpd dua; iaitu kesalahan yg berbentuk kesilapan dan kesalahan yg berbentuk dosa. yang berbentuk kesilapan adalah spt kesalahan dlm menjawab kertas peperiksaan, dan ini bukanlah suatu yg memberi efek langsung kpd kehidupan akhirat kita. Tetapi kita menekankan ttg kesalahan yg menghasilkan dosa. Kita diharamkan melakukan dosa sekalipun atas agenda atau matlamat kebaikan. Maka haram mencuri wlaupun berniat utk menyedekahkan kesemua hasil curian itu kpd org miskin.

Antara aktiviti yg sinonim dgn tamrim ialah sesi taaruf (sengaja disengetkan, sesuai dgn pelaksanaannya yg senget) dan sesi muhasabah. Agenda kedua2 sesi ini ialah utk meruntuhkan ego dan menyedarkan peserta ttg kekurangan ilmu dan kelemahan diri. Di sinilah peserta dimalukan, dihina, dimarahi dan diperkecil-kecilkan atas nama tarbiyah. Walhal perbuatan menghina, memalukan dan memanggil seseorg dgn gelaran2 yg tdk elok adalah jelas bertentangan dgn dalil quran.

“Hai orang2 yg beriman, jgnlah sekumpulan org lelaki merendahkan kumpulan yg lain, boleh jadi yg ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jgn pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yg direndahkan itu lebih baik. Dan jgnlah suka mencela dirimu sendiri dan jgn memanggil dgn gelaran yg mengandungi ejekan. Seburuk2 panggilan adalah (panggilan) yg buruk sesudah beriman dan barangsiapa yg tdk bertaubat, maka mereka itulah orang2 yg zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Maka atas agenda apa sekalipun, haram utk kita menghalalkan apa yg telah dilarang oleh Allah, melainkan adanya darurat.

Ada yg tdk mahu mengalah dgn mengatakan ini modul yg dibuat oleh ustaz. Saya katakan; walaupun dia ustaz, dia tuan guru, dia imam yg besar...dia wajib mendatangkan dalil terhadap apa yg dia rancang. Jika tdk, segala rancangannya itu hanyalah suatu pendapat yg tdk sunyi drp salah dan silap. Dalam masalah ini jelas, dalil quran lbh kuat drp pandangan ustaz.

Jgnkan dari segi dalil quran, dari segi penilaian manusia pun kita tahu ia salah. Adakah manusia yg bodoh utk bersetuju dgn perbuatan menghina dan memalukan org lain? Di depan khalayak ramai pulak tu. Ini soal maruah diri, mesti dipertahankan. Kata mereka ini semua bertujuan utk meruntuhkan ego. Bacul lah sesiapa yg mampu meruntuhkan egonya ketika org lain sedang mempermain-mainkannya. Setiap manusia mempunyai ego. Ego berfungsi utk mempertahankan maruah diri drp diperkotak-katikkan oleh org lain. Ego itu bukan utk diruntuhkan, ia utk dikawal dan dijaga. Sudah tdk ada jalan lainkah utk para dai’e melahirkan produk2 baru tanpa melakukan sesuatu yg bercanggahan dgn syarak?

Ini masalah prinsip. Seorang muslim yg baik tdk akan berkompromi sama sekali dlm hal2 yg bercanggah dgn syariat. Yang halal telah jelas, yg haram pun telah terang. Ini agama Allah, Dia yg menentukan hukum, kita sekadar terima dan ikut.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah : 2)

Berdasarkan dalil di atas, bolehkah sy katakan sesiapa yg bersubahat dlm menjayakan misi memalukan dan menghina sesama muslim ini akan mendapat ganjaran sesuai dgn keterlibatannya? Walau sekecil mana pun peranan mereka. Wallahua’lam.

Main Mercun

Sudah hampir 2 minggu hari raya berlalu. Tetapi bunyi bising mercun belum lg tamat walaupun sudah jauh berkurangan berbanding pada bulan puasa yg lalu. Blok kediaman pelajar perempuan pun tdk kalah dgn bunyi letupan mercun. Barangkali stok mercun dlm simpanan masih byk, perlu dihabiskan dlm bulan syawal ini. Kebanyakan yg bermain mercun hanyalah utk seronok2, melepaskan tension dan utk menghilangkan boring. Tetapi sedarkah kita yg ramai org mungkin terganggu dgn bunyi bising letupan mercun itu? Lebih2 lg jika mercun itu dibaling dan meletup dekat dgn tingkap bilik mereka. Sudah tentu terasa bengang dan panas hati dgn ganguan itu, tambah lg kalau tgh lena tidur atau sedang khusyuk belajar dimusim peperiksaan ini.

Hadis drp Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda: “Jauhilah dua (perbuatan) yg menyebabkan laknat, iaitu buang hajat (besar/kecil) di tempat org lalu lalang dan di tempat yg teduh”. [Hadits Riwayat Muslim 269]

Hadis ini secara umumnya melarang kita melakukan sesuatu yg menyebabkan org lain melaknat atau mengutuk kita. Sama juga dgn perbuatan tdk membersihkan tandas slps mggunakannya, perbuatan menconteng dinding tandas dan perbuatan membuang sampah merata2. Kesemua perbuatan ini mengganggu, menyusahkan dan menyakiti hati org lain sehingga boleh menyebabkan mereka mengutuk dan melaknat si pelaku tersebut (wlaupun dia tdk tahu siapa yg melakukannya).

Bermain mercun menyebabkan gangguan dan menyakiti hati org lain yg inginkan ketenangan. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan org yg terganggu mengutuk dan melaknat org2 yg membakar mercun. Sudah tentu si penjual mercun akan menanggung saham yg plg byk dlm kutukan ini. Mendapat dosa sudah tentu (kerana mengganggu dan menyakiti hati org), ditambah lg dgn menerima kutukan dan laknat drp org lain. Masing2 mendapat dua ganjaran dlm satu perbuatan.

Hentikanlah bermain mercun. Marilah kita sama-sama menjaga perasaan rakan2 yg lain. Hormati ketenangan dan ketenteraman gedung ilmu ini. Kita tinggal dlm satu komuniti, hiduplah saling menghormati di antara satu sama lain.

Wednesday, October 24, 2007

Mood Raya

Beberapa hari yg lepas, sy diajak seseorang pergi beraya ke rumah kawannya. Ketika itu cuti raya sudah tamat dan sesi pembelajaran sudah pun bermula. Disebabkan dia beria-ia sgt mengajak sy pergi ke rumah kawannya, maka sy hanya mampu mengalah wlaupun mood raya sudah pun hilang.

Sy diperkenalkan dgn kawannya, dan ibu bapa kawannya itu begitu ramah melayan kami berbual-bual. Terutama bapanya yg suka menarik perbincangan kami kpd isu2 agama semasa. Kelihatan seperti pasangan suami isteri itu begitu mengambil berat ttg hal2 agama. Tdk hairanlah sy boleh melihat adanya beberapa jilid tafsir quran dan buku2 agama di atas meja ruang tamu. Bahan2 ilmiah spt itu lbh menjadi pilihan mereka utk dijadikan hiasan meja berbanding bunga2 plastik spt yg kelihatan di rumah2 yg lain.

Kadang2 emaknya suka melarikan perbincangan ke arah isu2 keluarga dan masyarakat, tetapi ayahnya tdk pernah gagal menarik semula perbincangan kami ke arah topik yg asal. Makin lama makin byk dan mendalam isu2 agama yg dikupas. Wlaupun sesetengah fakta yg mereka kemukakan kedengaran spt kurang kuat. Byk juga percanggahan yg timbul antara kami, tetapi ianya hanya isu sampingan dan bukannya teras. Sehinggalah perbualan kami melarat kpd pergerakan Rufaqa. Ayah dan ibunya memuji ahli2 rufaqa yg membuka kedai makan dan memberi tawaran istimewa kpd pelanggannya setiap hari jumaat utk makan sesuka hati tanpa ditetapkan harga bayaran. Bayarlah seikhlas hati.

Kemudian ayah dan ibu kawan sy itu mula memuji kebaikan ahli2 rufaqa dan jasa beberapa tokoh terkemuka rufaqa di kwsn itu. Mereka mengatakan bhw rufaqa tdk sesat dan semua dakwaan terhadap Asyaari dan ahlinya yg lain adalah fitnah belaka. Mereka bertegas mengatakan mereka lebih kenal dgn org2 rufaqa kwsn itu, dan mereka tdk nampak sebarang agenda kesesatan dibawa.

Saya katakan, saya ada seorang kawan dan kawan sy ini berjiran dgn sebuah keluarga india yg beragama hindu. Mereka berjiran dgn baik, anak2 mereka selalu bermain dan makan bersama, mereka juga selalu bertukar2 makanan dan pernah berkelah bersama2. Mereka hidup tolong menolong dan ini menunjukkan bhw keluarga india itu adalah keluarga yg baik. Tetapi adakah dgn ini sy boleh mengatakan ajaran hindu itu betul dan tdk sesat?

Kita tdk mampu utk menilai setiap iqtikad, pegangan dan amalan setiap org. Oleh itu, belum tentu sesat seseorg yg berada dlm kumpulan yg sesat. Boleh jadi dia hanya bersama dgn kumpulan tersebut, tetapi dia lgsg tdk tahu menahu, tdk bersetuju atau tdk mempraktikkan kesesatan itu. Namun, kita menilai berdasarkan asas dan dasar ajaran. Lihat shj bukti kesesatan ajaran yg dibawa oleh Asyaari; buku2nya, risalahnya, dialognya, yakazah, tabaruk, kelainan syahadah, taqiyah dan bermacam2 lg penipuan serta penyelewengan. Itu adalah kesesatan yg nyata. Maka setiap yg berada dlm kumpulan itu sengaja memangsakan diri mereka dgn fitnah wlaupun mereka mungkin tdk bersalah atau tdk bersetuju.

Jadi jgnlah disebabkan kebaikan sesuatu kaum, maka kita membutakan mata utk melihat pegangan dan asas ajaran mereka. Jika hanya disebabkan kebaikan dan jasa yg disemai, maka kita katakan mereka betul, maka bagaimana pula dgn pergerakan dakwah agama kristian? Mereka pun byk membuat kebajikan serta mghulurkan bantuan kpd org2 susah dan sakit.

Secara umumnya, dlm apa2 perkara dan isu, kita mestilah menilai agenda utama yg dibawa. Jgn mudah terpedaya dgn tarikan atau godaan sampingan yg bertujuan mengaburi mata dan mengesampingkan kita drp melihat agenda yg sebenar. Kalau kita lihat siri filem harry porter (sekadar satu contoh drp byk filem yg lain), kita akan seronok mengikuti jln ceritanya yg mempunyai kelainan drp cerita2 yg lain. Sehingga kadang2 kita kabur dgn agenda atau mesej utama dlm cerita tersebut, iaitu syirik (sihir). Sihir memenuhi setiap lorong dan jalan cerita dlm siri filem berkenaan. Atau mungkin ramai yg tdk sedar kerana sihir itu kadang2 diistilahkan dgn ‘magic’.

Kita mungkin sukar untuk terpengaruh dgn agenda sihir itu, sebab keyakinan dan ilmu agama kita agak kuat. Tetapi jgnlah sampai mempromosikan agenda ini kpd org lain pula. Ditakuti akan ada golongan yg jahil atau kanak2 yg terpengaruh dgn sihir ini. Terpengaruh bukan dlm erti kata mempelajari dan mempraktikkan sihir, tetapi dgn mempercayai kuasa luar biasa sihir dan ilmu hitam yg bersumberkan syaitan dan pemujaan. Dlm filem ini, yg jahat melakukan kerosakan dgn sihir, yg baik pun menolong org dgn sihir. Mungkin akan ada yg beranggapan boleh mengamalkan sihir utk tujuan kebaikan.

Saturday, September 15, 2007

FIKRAH MERENTASI JAMAAH

Teks Ucapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Sempena Konvesyen Sunnah 2006.

Tuan Pengerusi, hadirin dan hadirat sekelian,

Tidak ada siapa yang dapat menafikan sumbangan gerakan Islam dalam memberikan kesedaran umat dalam bidang-bidang yang mereka fokuskan. Sumbangan itu tidak hanya bersumberkan sebuah gerakan tertentu semata. Bahkan ia datang dari keperbagaian gerakan, organisasi dan jamaah. Tidak wajar mana-mana jamaah atau organisasi mendakwa hanya mereka yang berfungsi menyedarkan umat dan penyelesai segala krisis, lantas menafikan peranan gerakan atau jamaah yang lain.

Arus tajdid berterima kasih kepada semua gerakan yang menyelusuri perjalanan mereka bermanhajkan al-Quran dan al-Sunnah dan bersendikan kefahaman al-Salaf al-Saleh. Arus tajdid wajar menghargai apa yang telah mereka sumbangkan selama ini, selagi mana sumbangan itu positif untuk umat. Arus tajdid menolak sikap ekstrimis yang hanya menganggap jamaah dan kumpulan mereka sahaja yang syar’I, manakala selain mereka secara langsung atau tidak, dianggap tertolak. Jamaah atau organisasi yang ditubuhkan hanyalah wasilah (jalan) bukan ghayah (matlamat) bagi Islam itu sendiri. Matlamat Islam lebih agung dan syumul dari sebarang jamaah atau harakah. Fikrah Islam yang tulen merentasi kesempitan jamaah. Melebar luas menyeberangi pagar sebarang organisasi.

Arus tajdid juga harus berterima kasih kepada individu-individu yang memberikan sumbangan kepada kesedaran Islam; sama ada mereka terlibat dengan mana-mana jamaah, orginasasi atau tidak terlibat. Bukan syarat sah sesuatu amalan saleh atau dakwah kepada al-Kitab dan al-Sunnah seseorang mesti terlibat dengan organisasi atau jamaah tertentu. Bahkan amalan saleh itu sah apabila memenuhi rukun dan syarat seperti yang dijelaskan oleh nas-nas Islam iaitu; aqidah yang murni, niat yang ikhlas dan menepati petunjuk al-Sunnah dalam mempraktikkan amalan tersebut. Maka dakwaan sesetengah kelompok yang menganggap sesiapa yang tidak menyertai organisasi atau jamaah dengan istilah ‘tidak masuk jamaah’ sebagai tidak berpendirian dan tidak diiktiraf, adalah perlambangan suatu sikap ghulu atau melampau.

Hadirin & Hadirat!

Terima kasih ini merangkumi individu atau tokoh yang berada di setiap pelusuk dan penjuru, yang bergerak menyumbang kepada umat ini. Sama ada mereka berada di dalam organisasi kerajaan atau di luar dari daerah percaturan politik. Selagi mereka menyumbang kepada umat ini dan memperlihatkan kejujuran mereka, maka mereka berada dalam perjuangan umat. Dakwaan yang menganggap golongan agama yang mendekati pemerintah kesemuanya mencari kepentingan dunia adalah dakwaan yang tidak seimbang dan bersikap tidak adil. Walaupun ramai bersikap demikian, tapi bukan kesemuanya. Menghukum mereka secara keseluruhan bercanggahan dengan sikap yang ditunjukkan oleh RasululLah s.a.w terhadap Najasyi, Raja Habsyah yang menganut Islam pada zaman baginda. Baginda percaya kepada keadilannya dan menghantar para sahabah berhijrah ke negaranya.

Apabila Najasyi menganut Islam, Nabi s.a.w tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kedudukannya sebagai Raja Habsyah, sekalipun kerajaan yang dipimpinnya bukan kerajaan Islam dan beliau tidak berhijrah mendapatkan RasululLah s.a.w. Namun RasululLah s.a.w pula tidak memerintahkan hal itu kepadanya. Kedudukan Najasyi sebagai raja membolehkan dia melindungi para sahabah yang berhijrah ke negara dan melaksanakan keadilan dengan ruang kemampuan yang dimilikinya. Apabila Najasyi meninggal, RasululLah s.a.w bersabda:

Daripada Jabir r.a: Nabi s.a.w bersabda -ketika kematian Najasyi-: Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”.

Baginda menyifatkan Najasyi sebagai seorang yang soleh. Baginda menyebut ungkapan ‘akhukum’ (saudara kamu) yang bermaksud saudara seislam kamu. Bahkan baginda menyuruh para sahabah mengadakan solat ghaib untuk jenazah tanda persaudaraan sekalipun berjauhan. Baginda tidak mengatakan Najasyi berkepentingan atau enggan menyertai gerakan Islam, atau tidak berprinsip. Bahkan baginda menghargainya kerana telah zahir dari dirinya iman, keikhlasan dan keadilan sikap.

Maka kita wajar mencontohi hal ini. Sesiapa yang menyatakan pendirian menyokong usaha kembali kepada al-Kitab dan al-Sunnah seperti yang difahami oleh generasi awal Islam, kurun-kurun yang diberkati, golongan al-salaf al-salih serta berusaha memperbaharui pendekatan al-din dalam wajah kemodenan yang ada bertunjangkan prinsip salaf maka kita menganggapnya berjuang bersama dengan arus tajdid ini. Sama ada dia berada dalam kerajaan atau pembangkang, sama ada dia berjamaah atau bersendirian.

Arus dengan ini menyeru dijauhi sikap ghulu atau melampaui batasan dalam beragama termasuk dalam urusan dakwah. Firman ALLAH:

(maksudnya): Katakanlah: “Wahai ahli Kitab! janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan Yang betul” Dalam sebuah hadith:

Daripada Ibn `Abbas, katanya: Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-`Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu melampau dalam agama (al-Ghulu), kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah (m. 728H) berkata: “Sesungguhnya agama ALLAH ini adalah pertengahan antara yang melampau dan yang meninggalkannya. ALLAH Ta`ala tidak memerintahkan hamba-hamba-NYA sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu sama ada secara ifrat إفراط (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit تفريط (cuai terhadap agama). Justeru, Islam adalah agama ALLAH yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selain-NYA. Maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam. Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat. Bahkan syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak. Sehingga menjadikan mereka keluar daripada agama seperti mana melurunya anak panah daripada busarnya.”

Penyalahgunaan Nama Salafi

Maka Arus Tajdid wajar membantah kelompok yang menyalahgunakan nama ‘salafi’ sedangkan dalam masa yang sama kerja mereka ialah mencerca secara tidak seimbang tokoh-tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid; seperti Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, al-Qaradawi, Salman ‘Audah dan berbagai lagi. Kita tidak menganggap kemaksuman tokoh-tokoh tersebut, namun mengfokus aktiviti untuk menyerangkan tokoh-tokoh berkenaan dengan cara yang menyimpang dari metodologi ilmiah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Cara sebegini mendekati manhaj khawarij melebihi manhaj Ahl al-Sunnah.

Al-Syeikh Ibn Jibrin salah seorang tokoh salafi semasa Arab Saudi ketika ditanya hal ini menjawab: Sesungguhnya Sayyid Qutb dan Hasan al-Banna adalah dari kalangan ulama kaum Muslimin dan ahli dakwah. Sesungguhnya Allah telah memanfaatkan dengan mereka berdua dan memberi petunjuk dengan dakwah mereka ramai manusia. Bagi mereka berdua ada sumbangan yang tidak dapat dinafikan. Kerana itu, ketika keputusan hukuman mati dikenakan ke atas Sayyid Qutb dibuat, al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memohon diberi pengampunan kepadanya dan beliau merayu dalam pemohonan itu. Namun ia tidak diterima oleh Presiden Jamal (Abdul Naser). Allah akan menghukum Jamal apa layak untuknya. Ketika mana keduanya (Sayyid Qutb dan al-Banna) dibunuh, keduanya digelar syahid, kerana mereka berdua dibunuh secara zalim. Dan syahid itu ada yang khas dan yang ‘am. Tersebar perkara ini (syahidnya mereka berdua) di dalam akhbar dan buku-buku tanpa ada orang yang mengingkarinya. Kemudian para ulama menerima buku-buku mereka, dan Allah memberi manfaat kepada mereka dengan buku-buku tersebut, tiada seorang yang mencela mereka berdua semenjak lebih 20 tahun yang lalu. Jika ada pada mereka berdua kesilapan yang sedikit pada takwilan atau yang seumpama dengannya, perkara itu tidak sampai kepada tahap untuk dikafirkan mereka. Sesungguhnya para ulama yang awal juga ada kesilapan seperti itu juga, seperti al-Nawawi, al-Suyuthi, Ibn Jauzi, Ibn ‘Atiyyah, al-Khattabi, al-Qastalani dan ramai yang lain”.

Ancaman Hizbiyyah

Dengan menyedari hakikat yang disebutkan tadi, maka kita menghargai setiap organisasi dan individu serta tidak menghalang individu muslim untuk menyertai mana-mana organisasi atau jamaah. Namun, dalam masa yang sama Arus Tajdid menyeru agar dihapuskan sebarang sikap hizbiyyah yang dilarang oleh agama. Sikap hizbiyyah ialah sikap kepuakan atau kepartian yang menilai sesuatu amal islami atau perjuangan berbakti kepada al-din dengan penilaian kumpulan, atau jamaah atau organisasi yang didokong. Sikap hizbiyyah ini mengukur betul atau salah sesuatu perkara dengan pandangan jamaah atau organisasi, bukan dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah akan ditafsirkan agar seiras dengan kehendak organisasi. Mana-mana dalil yang menyanggahi jamaah dan organisasi akan diulas agar seiras dengan tafsiran jamaah, bukan tafsiran ‘ilmiyyah. Hal ini pernah dibidas oleh Al-Imam Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah (w. 751H) terhadap golongan ektremis mazhab dengan katanya: “Yang lebih pelik dari semua itu ialah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadith yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun satu hadith..” .

Maka ada sesetengah individu dalam jamaah tertentu menentang slogan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam ibadah khususiah, dan mereka juga membantah penentangan terhadap unsur syirik, tahyul, khurafat dan kebodohan dalam cara beragama, atas alasan ia menyebabkan perpecahan umat. Walaupun mereka dalam masa yang sama sanggup berbalahan sesama umat ketika berkempen kepada soal-soal ekonomi, atau politik yang mereka sifatkan sebagai lebih islamik. Mereka menghalalkan untuk mereka dan mengharamkan untuk orang lain. Apakah ibadah khususiah, akidah dan kejelasan fikrah itu lebih lekeh dari ekonomi dan politik gagasan mereka?!!

Sikap hizbiyyah juga menjadikan seseorang individu membutakan mata ketika melihat kesalahan kelompoknya dan berkeras menghukum jika perkara yang sama dilakukan oleh kelompok lain. Ini jelas dalam sikap kelompok yang menghukum sebahagian masalah sebagai masalah khilafiyyah tetapi dalam masa yang sama dia membantah pihak yang berbeza dengannya.

Hizbiyyah ini menjadikan seseorang taksub kepada jamaah sehingga tidak mahu menilai sesuatu keputusan yang dikeluarkan oleh jamaahnya, betul atau salah dengan nas-nas agama. Hanya bersandarkan falsafah ‘keputusan jamaah’ atau ‘keputusan syura’ , sekalipun menyanggahi nas, diterima juga.

Ini sikap hizbiyyah atau ‘asabiyyah yang dicela. Di sebut dalam hadith:

(maksudnya) Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama‘ah lalu dia mati, maka dia mati jahiliyyah. Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah.

Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: “Lafaz رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ (bendera kebutaan) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil” .

Dalam riwayat Abu Daud:

Daripada Jubair bin Mut‘im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah.

Dalam menjelaskan maksud ‘asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’:

(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-‘asabiyyat? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”

Maka sikap hizbiyyah akan menjadikan seseorang memandang lekeh atau cacat individu yang tidak terlibat dengan jamaah atau organisasi yang dia sertai. Dia akan menganggap tidak mencukupi syarat perjuangan. Sekalipun individu berkenaan kelihatan telah melaksanakan tanggungjawab dan tuntutan Islam. Sikap hizbiyyah melebelkannya sebagai ‘wala tidak jelas’, tidak berani berjuang, ada kepentingan dan seumpamanya.

Firman Allah:

(maksudnya) Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 11. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Sikap inilah yang menyelewengkan banyak pihak dari berdakwah kepada inti al-Quran dan al-Sunnah, bertukar menjadi dakwah menyertai jamaah. Golongan yang terkena angin hizbiyyah sukar menerima amal islami yang tidak di bawah arahan jamaahnya. Inilah yang telah menyebabkan sekian lama organisasi-organisasi Islam berbalah merebut mad’u atau kerusi pilihanraya kampus. Padahal jika difikirkan secara lurus, apa perlunya kita berebut mad’u?! Tidakkah jika sudah ada yang berdakwah maka tugasan kita menjadi ringan?! Tidakkah jika sudah ada yang ingin memikul amanah, maka kita lebih selamat. Apa yang penting adalah misi dakwah iaitu kembalinya umat kepada Islam yang tulen, tanpa mengambil pusing siapa pun yang melaksanakannya. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Sesungguhnya al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘an al-Munkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah setiap yang mampu melakukannya dengan tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan munkar atau mengurangi makruf” .

Namun sikap hizbiyyah menjadikan sebahagian manusia lebih mementingkan lebel dan jenama kumpulan lebih dari isi kandungan seruan Islam yang dibawa. Tahap ukhuwwah islamiyyah diukur dengan jenama berkenaan, apabila berbeza jemaah maka berbezalah tahap ukhuwwah. Sehingga ada yang bermasam muka kerana berbeza jamaah atau kumpulan.

Bah hingga ada yang sanggup menyelewengkan maksud hadith:

“Sesiapa yang keluar dari ketaatan, dan memisahkan diri dari jamaah, mati dalam jahiliyyah”

juga hadith-hadith yang menunjukkan mereka yang meninggalkan jamaah diperangi, dihukum menanggalkan Islam dan seumpamanya, lantas mereka merasakan jamaah yang dimaksudkan dalam hadith-hadith tersebut ialah jamaah mereka lalu mereka berfikir negatif terhadap sesiapa yang bukan ahli mereka.

Dukacita golongan ini tidak membawa ulasan para ulama terhadap maksud sebenar jamaah yang terkandung dalam hadith-hadith tersebut. Maka, atas ketaksuban kumpulan atau aliran perkataan jamaah ini telah disalahgunakan. Saya bersetuju dengan perkataan tokoh al-Ikhwan al-Muslimin, Jordan, iaitu Dr. Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris dalam bukunya Mafahim Islamiyyah. Kata beliau: “Sesungguhnya istilah Jamaah al-Muslimin adalah istilah islami. Rasulullah s.a.w telah menggunakannya. Ia termaktub dalam kitab-kitab hadith dan sunnah. Para penghurai hadith membincangkannya. Ulama dan fuqaha muslimin menggunakan istilah ini sejak dahulu dengan penggunaan yang teliti. Istilah ini masih disebut oleh kebanyakan ulama semasa dan para pendakwah yang beramal. Ia masih dibincangkan dalam buku-buku ulama kurun kedua puluh. Bahkan, kadang-kala ia dibincangkan oleh orang yang kurang bekalan fekahnya. Dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan memahami agama dan tidak mengambil berat menuntut dan memperolehi ilmu syarak tergopoh gapah menggunakan istilah ini secara salah. Tujuannya untuk mencapai natijah yang mereka kehendaki iaitu menganggap diri mereka ialah jamaah yang syar’I, sementara jamaah-jamaah lain dipertikaikan kesyar’iannya dan perlu ditentang…sebenarnya, maksud ‘jamaah al-muslimin’yang diperkatakan oleh al-Sunnah ialah jamaah yang .beriman dengan Islam sebagai akidah, syariat, peraturan hidup dan mengakui hukum-hakamnya. Ia melaksanakan syariat ALLAH dalam kehidupan. Memiliki kekuasaan politik yang berasingan. Ia dipimpin oleh khalifah yang menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama. Ini semua berlaku apabila muslimin memiliki daulah islamiyyah yang menghimpunkan dan menyatukan mereka. Ditegakkan dalamnya hukum-hukum Islam. Maka, istilah ‘jamaah al-muslimin’ di sini bermaksud masyarakat Islami yang dipimpin oleh hukum Islam dan terbentuk semua badan kekuasaannya di atas petunjuk al-Quran dan al-Sunnah…adapun sekiranya tiada daulah islamiyyah yang menyatupadukan orang Islam…tidak mungkin mana-mana jamaah mendakwa dirinya sebagai jamaah al-muslimin. Samada mereka itu Ikhwan, atau tabligh, atau salafiyyah, atau sufiah, atau jamaat islami Pakistan dan selainnya. Ini kerana dakwaan tersebut bererti menghukum gerakan-gerakan lain sebagai murtad atau sesat atau kufur, dan menuduh mereka dengan jenayah yang memboleh dijatuhkan hukuman yang keras..” .

Maka, arus tajdid menyeru agar dipecahkan benteng-benteng hizbiyyah ini dan mengukurkan muslim dengan kadar pegangan serta fikrahnya dalam memahami al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengira dari mana organisasi atau jamaah pun dia. Arus tajdid menyeru semua pihak berpegang kepada fikrah sahihah lebih utama dari jamaah. Seseorang boleh memilih mana-mana jamaah selagi tidak menyanggahi al-Kitab dan al-Sunnah. Jamaah hanyalah alat, bukan matlamat. Bahkan seseorang mungkin sahaja untuk tidak menyertai mana-mana jamaah berdaftar, sebaliknya bersama kaum muslimin secara keseluruhan, tolong-menolong dalam urusan agama. Penyertaan ke dalam mana-mana jamaah hanya soal ijtihad. Tiada sebarang dalil sarih tentang kewajipan menyertai jamaah tertentu. Entah berapa ramai para ulama besar pada zaman ini pun, tidak menyertai mana-mana jamaah. Namun sumbangan mereka lebih besar dari sebarang jamaah dan umat berada di balakang mereka.

Mungkin ada benarnya rumusan seorang penulis Syria, al-Buti yang menulis tentang Perbezaan antara gerakan Islam dan dakwah kepada ALLAH, antaranya beliau menyebut: “sesungguhnya dakwah yang difahami dan diamalkan oleh kebanyakan jemaah islamiah hari ini tidak lebih dari sekadar aktiviti yang berkisar sekadar anggota kumpulan mereka semata” .

Seruan Tajdid

Arus Tajdid mengajak penyertaan saudara-saudari ke dalam satu gerak kerja yang lebih besar daripada sebarang jamaah dan organisasi. Penyertaan ke dalam arus ini tidak menuntut untuk saudara-saudari meninggalkan jamaah atau organisasi yang telah disertai. Saudara-saudari boleh kekal dalam organisasi masing-masing, dengan syarat organisasi itu tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, serta saudara-saudari pula bekerja ke tajdid dan islah, PEMBAHARUAN DAN PEMBAIKIAN.

Pembaharuan itu ialah dengan kembali melihat keserasian segala pegangan dan amalan Islam berdasarkan fakta al-Quran dan al-Sunnah, lantas mengeluarkan umat dari daerah kejumudan, agama rekaan, khurafat, kebodohan fikiran dan kesempitan mazhab dan hukum kepada kemudahan dan keluasannya. Ini bersesuaian dengan ruh Islam tulen dan tuntutan zaman. Seru atau dakwah setiap muslim ke arah ini di mana sahaja saudara-saudari berada. Tidak menjadi syarat menyertai aliran tajdid berdaftar atau berkenalan dengan mereka yang aktif. Fahami fikrah tajdid, dan serulah kepadanya di mana sahaja saudara berada.

Ini selaras dengan tanggungjawab yang al-Rasul letakkan di atas bahu golongan terpilih, dengan sabda baginda:

Maksudnya:Sentiasa membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi). Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang bathil (sesat) dan takwilan golongan jahil.

Inilah tiga tanggungjawab tajdid dan islah yang mesti dipikul dalam usaha kembali membawa Islam yang tulen dan tepat. Arus Tajdid mengajak saudara-saudari menyokong usaha ini. Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h pernah menyebut: “Bilamana menjadi sesuatu yang putus bahawa “Sesungguhnya al-Din di sisi Allah ialah Islam”, maka sesungguhnya tidak mungkin dapat difahami apa yang dikehendaki Allah melainkan dengan perantaraan RasululLah. Sesungguhnya tiada jalan kita sampai kepada baginda melainkan melalui pengetahuan mengenai sunnah baginda. Pula tiada jalan kepada sunnah baginda melainkan dengan ilmu hadith. Justeru itu menjadi kewajipan ke atas kaum muslimin, samada pemerintah atau rakyat, pendakwah atau yang didakwah, beriman bersama kita bahawa tiada jalan terlaksananya apa yang kita seru kepadanya iaitu perlaksanaan keadilan dan keamanan, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi kecuali dengan berdakwah kepada sunnah dan mengamalkannya, juga mentarbiah kaum muslimin dengannya. Bukan dengan hukum-hakam dunia, undang-undang ciptaan manusia, pandangan-pandangan individu dan pegangan-pegangan kepartian. Itu semua menjadikan umat semakin berpecah dan jauh dari matlamat yang dituju” .

Semoga ALLAH merahmati kita dan membantu usah ini. Pengerusi dan hadirin terima kasih atas kesudian menyertai.

drmaza.com, 15 Sept. 2007