EUPHONIOUS 2007
Tulisan ini adalah mesej peribadi dan tdk mewakili mana2 badan ataupun organisasi. Saya sekadar mnyampaikan nasihat yg benar.
Tulisan ini adalah utk mereka yg bertuhankan Allah swt dan bernabikan Nabi Muhammad saw sahaja. Kerana hujah2 yg disertakan adalah bersumberkan al-Quran dan hadis.
Jika anda ikuti perkembangan kampus skrg ini; anda akan dapati ada satu isu yg sedang hangat diperkatakan. Sgt menarik apb pada satu isu ini ada dua pihak berbeza sibuk berkempen mengenainya. Satu pihak berkempen utk menjayakan program tersebut sementara satu pihak lg berkempen utk memboikotnya. Band competition kali ini atau lbh dikenali dgn nama EUPHONIOUS 2007 telah menjadi tarikan utama penghuni kampus, lebih2 lg apb tarikh finalnya semakin hampir.
Competition sebegini sememangnya telah lama ditunggu2 oleh kbanyakan students; sama ada utk menunjukkan skill masing2 atau sekadar datang utk berhibur. Tambahan pula ianya dianjurkan hanya setahun sekali.
Sememangnya fitrah manusia suka berhibur dan berseronok, mndgr lagu dan nyanyian, melihat tarian dan persembahan. Islam sbg satu agama yg memahami fitrah manusia tdk rigid dlm hal ini. Cumanya Islam menetapkan batas2 tertentu dlm berhibur agar umatnya menjadi terkawal dan berdisiplin.
Saya sendiri tdk pasti sudah berapa tahun usia EUPHONIOUS skrg ini. Mungkin disebabkan sy kurang ambil perhatian atau mungkin kerana EUPHONIOUS yg lpas2 kurang mendapat publisiti. Apb ada pihak yg menentang band competition ini, sy mula tertanya2; ada apa dgn EUPHONIOUS? Apa yg haramnya? Salahkah sekadar menyanyi dan berhibur? Utk membunuh persoalan2 yg galak bermain dibenak sy ini, sy
Apb menyaksikan persembahan dlm rakaman itu, sy tersenyum sendiri. Ntah apa lah yg diperdebatkan dlm forum Kampung 5. Isu sebegini tdk sepatutnya diperdebatkan. Ini perkara simple dan hukumnya pun telah jelas. Tdk perlu kpd perbincangan scr panjang lebar.
Sy kira kesemua kita yg berada di sini dianugerahkan IQ yg tinggi dan mempunyai pengetahuan agama yg memuaskan. Sy yakin kbanyakan kita tdklah terlalu jahil sehingga tdk mengetahui hukum yg telah jelas. Sy bercakap berdasarkan suasana dlm dewan pd mlm final tahun lpas dan gaya ahli band yg beraksi dlm preliminary round utk kali ini.
1) Apa hukum perempuan menyanyi di atas pentas dlm keadaan memakai pakaian yg ketat dan seksi?? Mempamerkan diri/menari/berjoget dihadapan audience yg kbanyakannya terdiri drp lelaki.
2) Apa hukum laki2 dan perempuan berkumpul di satu tempat gelap yg terdedah kpd percampuran dan pergaulan bebas??
Saya tdk akan memberitahu apa jwpn bg dua persoalan itu; kerana ia bukan masalah anda tdk tahu jwpnnya, tapi masalah anda tdk mahu tahu atau sengaja tdk mahu ambil peduli mengenainya.
1) Persembahan hendaklah dlm bentuk sopan. Ia tidak membabitkan pergerakan memberangsangkan nafsu dan melalaikan.
2) Tdk membabitkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, tidak diadakan di tempat yang boleh mendatangkan fitnah, tidak diadakan di tempat yg gelap atau separuh gelap yg boleh memberi ruang kpd manusia melakukan maksiat.
Pada pemerhatian sy, secara jujurnya sy melihat EUPHONIOUS tdk menepati garis panduan tersebut, malah jauh skali. Anda sendiri boleh menilainya. Saya meletakkan diri sy dlm keadaan neutral dan
Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, (1) golongan memegang cemeti yang digunakan bagi memukul manusia (penguasa yang kejam) dan (2) golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (HR Muslim (no. 2128), dari Abu Hurairah ra).
Banyak group2 yg mempunyai ahli dan vokalis perempuan yg beraksi manja di atas pentas. Siapakah yg berani mengatakan perbuatan ini halal? Tambahan pula, malam final nanti akan bermula jam 8 malam. Jangan ada yg 'melalak', bersorak, bertepuk tgn, dan menari2 ketika azan Isyak dilaungkan pula. Takut nanti panggilan solat akan hanya tenggelam dlm ketukan drum dan petikan gitar sahaja. Dan adalah tdk patut bagi seorang yg mengaku sbg muslim tetapi mendahulukan hiburan keduniaan lebih drp kefardhuan menunaikan solat Isyak. Di situ kita sudah dapat lihat ke mana hala tuju euphonius ini. Hiburan yg membangunkan jiwa atau hiburan yg melalaikan? Anda sendiri ada jawapannya.
HELAH TIDAK DAPAT MERUBAH HAKIKAT
Dalam hidup ini, ada dua perkara yg kita mesti sentiasa fikir; iaitu halal dan haram. Dlm apa jua perbuatan, percakapan dan penulisan, kita tdk boleh lari dari lingkungan dua perkara ini. Sama ada ia halal ataupun ia haram; dan tdk mgkn boleh bercampur antara keduanya. Kerana Islam itu agama yg suci dan ia tdk membenarkan kesuciannya dikotori. Oleh itu, hendaklah kita faham bhw sedikit keharaman yg wujud dlm sesuatu aktiviti yg halal sudah cukup utk mengharamkan keseluruhan aktiviti tersebut (kecuali perkara2 yg dikategori sbg darurat dan tdk dpt dielakkan).
Mungkin ramai yg tdk bersetuju dgn artikel ini. “Apa salahnya berhibur?”, “Takkan la nk study sepanjang masa, kena la jugak lpaskan stress”, “euphonious ni sekadar tempat utk kita mencungkil bakat2 pelajar”. Ya, berilah apa pun justifikasi atau helah utk membenarkan aktiviti ini. Ia tetap tdk akan merubah hukum yg telah jelas di dalam Quran [al-Israa’:32 & an-Nuur:30-31] dan hadis [HR Muslim:No.2128].
Rasulullah saw mencela orang2 Yahudi yg membuat suatu helah untuk menghalalkan perbuatan yg dilarang. Sabda Nabi s.a.w.:
"Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan jangan kamu menganggap halal terhadap larangan2 Allah walaupun dengan helah yg paling kecil."
Hadis Nabi saw yg lain:
"Sungguh akan ada satu golongan dari ummatku yang menganggap halal minum arak dengan memberikan nama yg lain." (Riwayat Ahmad).
MENENTUKAN HALAL & HARAM ADALAH HAK ALLAH
Sesungguhnya hak dlm menentukan halal dan haram adalah milik Allah semata2. Kerana Dia sahajalah pembuat syariat. Kita hanyalah pengikut dan tdk berhak utk mempersoalkan kebijaksanaanNya. Dan sesiapa yg mengatakan halal kpd perkara yg telah jelas haram; maka tdk ada beza antara dia dengan seseorg yg mengingkari kewajipan solat 5 waktu. Kerana kedua2nya membantah syariat Allah. Takutilah ucapan sedemikian (mpersoalkan hukum Tuhan); kerana jika ia diluahkan dgn penuh sedar dan penuh kefahaman, maka ucapannya itu boleh mengeluarkannya dari daerah iman kpd daerah kufur.
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan; dan ALLAH TELAH MEMBERIKAN BEBERAPA BATAS, MAKA JANGAN KAMU LANGGAR; dan ALLAH TELAH MENGHARAMKAN SESUATU, MAKA JANGAN KAMU INGKAR; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkannya." (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi).
Jika anda berkeras juga utk ke
CARA FIKIR YANG SALAH
Kononnya EUPHONIOUS diadakan bukanlah utk berhibur semata-mata, tetapi matlamat asal EUPHONIOUS adalah untuk mencari dan mencungkil bakat2 pelajar (to unearth hidden talents). Persoalannya ke mana sebenarnya hendak diketengahkan bakat2 ini? Adakah hendak disalurkan ke industri muzik
Sebelum menulis artikel ini, sy telah mengumpulkan seberapa byk persoalan yg telah ditimbulkan oleh golongan pro- EUPHONIOUS. Berdasarkan kefahaman sy, sy menyimpulkan mereka ini kpd 2 golongan utama; (1) golongan yg kurang arif dlm bab hukum-hakam dan (2) golongan yg berfikiran ala2 murjiah.
Golongan pertama
“ini event yang sihat, takde salah nya..”
“whats wrong with EUPHO? did we celebrate someting??? ktorg ada wat parti arak ke??’’
“which part of eupho yang salah? yg rasa2nya ada unsur maksiat?”
“takde pon mksiat nyer....takkn ade org nk berzina kt tgh2 dewan tu...”
‘‘ini bukannya black metal.xde puja2 kat dalam tu..’’
Saya termenung panjang melihatkan persoalan2 di atas. Seolah2 pemikiran mereka ttg hukum-hakam agama terlalu tumpul; sehingga yg haram bg mereka hanya zina dan arak shj. Tdkkah mereka tahu bhw Dia bkn shj melarang kita berzina ttp Dia juga melarang kita mghampiri zina (al-Israa’:32). Adakah sesiapa yg berani mengatakan bercampur antara lelaki dan perempuan dlm suasana gelap/separuh gelap itu halal? Berzina atau tdk itu hal lain. Tetapi menganjurkan aktiviti dlm suasana sebegitu adalah salah satu jln kpd “mghampiri zina” sebagaimana yg dilarang di dalam al-Quran.
Golongan kedua
‘‘main la apa2 lagu pun, asal niat kita ikhlas’’
‘‘apa salahnya..kita sekadar brhibur..’’
‘‘macam la kita ni jahat sgt, kita bukan buat maksiat pun..’’
“niat kita ikhlas anjurkan program ni”
‘‘xde persoalan anjuran event maksiat ke aper.juz band perform n tamat’’
“kami dtg utk berhibur, kalau ada maksiat kami xturut serta”
“wtf! dosa sangat ke g eupho? Dgr muzik ngan menari dosa ke?????”
Salah satu golongan yg bahaya ialah golongan yg dikenali sbg murjiah. Golongan murjiah ini berfahaman bhw amal tiada kena mengena dgn iman, iman tempatnya di dlm hati dan perbuatan zahir tdk mencerminkan iman. Pada zaman moden ini, org sudah tdk kenal dgn murjiah, ttp corak pemikiran murjiah (fikratul irja’) itu ada dlm diri kbanyakan org. Sebab itu kita biasa mndgr kata2 spt:, “apa salahnya bekerja di night club, sy mencari rezeki yg halal”, “jgn lihat pd pakaian sy, tp lihat pd hati sy”, “wlaupun sy pakai seksi, tp hati sy siapa yg tahu”. Kelihatannya spt ramai pelajar kita yg mula terpengaruh dgn pemikiran murjiah ini.
Hendaklah kita tahu bhw perkara haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Kerana haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.
Saya kira cukuplah dgn 2 golongan ini dan harapnya tdk adalah golongan ketiga; iaitu golongan yg sengaja membelakangkan dan memperlekehkan hukum Islam.
“if this event full with maksiat, then the JPSP and management will go against us!!!”
Apa yg nk dihairankan. Konsert Sure Heboh/Jom Heboh pun kerajaan tdk membangkang pelaksanaannya walaupun mufti Perak telah mem’fatwa’kannya haram. Wlaupun itu sbenarnya bkn fatwa, itu adalah hukum Tuhan, mufti Perak sekadar memberi peringatan. Semakin ramai org yg membelakangkan hukum Tuhan skrg ini, yg penting bg mereka ialah boleh berhibur dan bergembira. Mungkin inilah Kibr (takabbur) yg dilarang nabi saw di dalam hadisnya (ringkasan hadis):
"Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)". [utk teks penuh sila refer HR Ahmad di dlm al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dlm al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]
Sampai bila kita nk mpermainkn hukum Tuhan dan mndustakn kalam rasulNya? Bukankah sikap sebegini menjadi sebab Allah menurunkan banjir besar yg menenggelamkan seluruh umat Nabi Nuh as suatu ketika dahulu? (lihat juga Ar-Rum: 41).
BOLEHKAH MENYOKONG EUPHONIOUS?
Berbalik kpd kempen yg disebutkan diawal2 td. Kempen mana yg patut kita ikut? Menyokong atau memboikot?
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan JANGAN TOLONG-MENOLONG DALAM BERBUAT DOSA & PERLANGGARAN. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah : 2).
Jika anda telah yakin ttg mungkar yg bersalut di dlm EUPHONIOUS sptmana yg telah diterangkan, maka cukuplah ayat di atas menjadi dalil larangan menyertai dan menyokong EUPHONIOUS; tanpa perlu kpd penjelasan lanjut mengenai ayat tersebut.
Rasanya ramai yg tahu mengenai konsep amal jariah (amal yg beterusan pahalanya). Sebagaimana hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra ini:
Kata nabi saw: "Sesiapa yg menyeru kpd petunjuk, maka bg dia itu pahala spt pahala org yg mengikutnya dgn tak dikurangkan sedikit pun drp pahala2 mereka itu". (HR Muslim)
Maksudnya, satu org yg menyeru kpd kebaikan dan menjadi sebab org lain melakukan kebaikan yg sama, maka dia memperoleh pahala utk seruannya itu dan juga memperoleh pahala sebagaimana pahala org2 yg mengikut seruannya; tanpa dikurangi sedikitpun.
Tetapi berapa ramai yg tahu bhw konsep yg sama juga berlaku pd perbuatan mungkar. Satu kesalahan atau mungkar yg kita mulakan, kemudian ia menjadi contoh kpd yg lain atau ia menjadi dorongan dan galakan kpd pihak tertentu atau dgn kata lain kita adalah penyebab tersebarnya mungkar itu, maka yg kita tanggung bukan sekadar dosa amalan kita itu tetapi kita juga mendapat saham perbuatan dosa org2 yg mengikut kita.
Bayangkan hari ini anda menyokong mrk, dan disebabkan sokongan anda itu, committee mereka merasa berpuas hati dgn sambutan yg diterima dan mereka mula merancang program yg sama utk tahun hdpn; mgkn dgn versi dan pakej yg lbh gempak dan up to date… maka ketahuilah bhw anda telah pun menanam satu pelaburan jangka panjang dlm aktiviti tersebut. Mgkn suatu ms nanti anda akan grad dr kampus, ttp program sebegitu terus berjalan tahun demi tahun dan akan sentiasa ada pelapis2 baru membentuk band masing2. Setiap tahun pembaharuan akan dibuat dan keadaan mgkn akan menjadi semakin tdk terkawal (kemasukan girl band ke final stage kali ini adalah satu permulaan yg tdk baik). Aktiviti ini akan berterusan dan semakin lama semakin mendapat sambutan dan tarikan. Kenapa?? Kerana anda suatu ketika dahulu telah memberi sokongan kpd mereka. Hari ini mereka berterima kasih kpd anda dgn menjadikan anda sebahagian drp ‘kejayaan’ mereka.
Salah satu prinsip dlm Islam ialah: apabila Islam mengharamkan sesuatu, maka haram jugalah segala wasilah atau cara yang boleh membawa kpd perbuatan haram itu. Atau dgn kata lain, apa saja yang membawa kpd perkara haram adalah haram (kaedah fiqh). Cthnya; apb Islam mengharamkan zina, maka semua pendahuluannya dan apa saja yang dapat mendekat kepada perbuatan itu, adalah diharamkan juga.
Harapnya anda faham bhw dosa perbuatan haram tidak terbatas pada peribadi si pelakunya shj, tetapi ia meliputi daerah yang sangat luas, termasuk semua orang yg bersekutu dengannya baik melalui sokongan, duit ataupun sikap. Masing2 mndapat dosa sesuai dengan keterlibatannya. Misalnya tentang arak, Rasulullah saw melaknat kpd yg meminumnya, yg membuatnya (pemeras), yg membawanya, yg diberinya, dan yg menjualnya. Semuanya mendapat habuan masing2.
Mungkin ramai yg telah membeli atau menempah tiket ke
Seperti yg dimaklumkan, RM5 dikenakan sbg bayaran makanan yg disediakan semasa EUPHONIOUS. Berdasarkan kaedah fiqh “apa saja yang membawa kpd perkara haram adalah haram”, apa jadi dgn status makanan yg disediakan itu? Atau cukupkah sekadar bersandar kpd cop halal JAKIM? Peliharalah diri kita drp memakan makanan yg syubhat; kerana dibimbangi ianya jatuh kpd haram. Ambillah pengajaran drp hadis nabi saw ini:
"Ada seorang laki2 yg dtg dr tempat yg jauh, rambutnya tdk terurus penuh dgn debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Yaa Rab, Yaa Rab (wahai Tuhanku, wahai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yg haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?". (Riwayat Muslim dan Tarmizi).
PENUTUP
Islam tdk memusuhi hiburan. Tetapi ia menetapkan batas-batas yg perlu dipatuhi. Kbanyakan hiburan yang sedang ditaja sekarang tidak membangunkan minda dan jiwa melainkan membanyakkan unsur negatif; percampuran lelaki perempuan, pendedahan aurat, pembaziran masa dan tenaga. Menjadikan pelajar2 kelihatan liar dan tidak berdisiplin. Ini bertentangan dgn ciri2 org beriman spt yg dinyatakan di dlm al-Quran:
“Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia” (Mukminun:3)
Kita semua sukakan hiburan, suka kpd nyanyian, lagu dan muzik. Jarang utk ketemu satu org yg mengatakan hiburannya hanya bacaan al-quran dan zikir shj. Dari segi hukumnya, mendengar muzik itu harus asal sj kita tdk berlebihan, tdk keterlaluan dan sentiasa dlm keadaan terkawal. Sy yakin tdk ramai yg berlebihan dlm berhibur; kesibukan alam akademik membataskan masa kita utk berhibur. Jadi tdk hairanlah jika EUPHONIOUS yg diadakan setahun sekali ini begitu mendapat sambutan. Namun apa boleh buat, beberapa perkara di dlm EUPHONIOUS nyata-nyata bertentangan dgn syariat Islam.
Secara umumnya, sesuatu aktiviti hiburan mestilah mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan, liriknya tidak membawa kepada syirik, tdk ada aksi ghairah dan manja, tdk ada aksi melampau dan kurang sopan serta tdk ada unsur2 maksiat spt zina, arak dan judi. Selain itu, aktiviti hiburan tidak boleh terlalu melalaikan dan masa hiburan hendaklah dikawal supaya tdk ada nyanyian yg ‘clash’ dgn laungan azan. Jika perkara2 ini tdk dpt dikawal, maka ia bukan lagi berada dlm lingkungan keharusan syarak. Tetapi jika anda mampu memastikan EUPHONIOUS bergerak di atas landasan keharusan syarak, maka tdk ada sesiapa lg yg berhak menghalang anda utk berhibur. Wallahua’alam.
p/s: jika anda rasa tulisan ini dapat memberi manfaat, maka sebarkanlah kpd yg lain.