Monday, March 12, 2007

Rosyam Nor

Kebelakangan ni sy tertarik dgn kemeriahan surau yg berdekatan dgn hostel sy. Sebenarnya sudah lama sy perasan situasi ni. Tetapi mungkin sikap endah tak endah menyebabkan sy tdk dpt melihat keistimewaannya. Surau yg boleh memuatkan hampir 80 org ini menjadi tarikan ramai students kerana berdekatan dgn kediaman masing2; terutamanya bagi foreigner students yg tdk mempunyai kenderaan utk ke masjid yg terletak agak jauh. Sambutan drp pelajar tempatan pun mmg boleh dipuji. Biasanya kalau time maghrib n isyak surau tersebut akan penuh sehingga ramai yg terpaksa menunggu giliran diluar dan jemaah kedua terpaksa diwujudkan setelah jemaah pertama selesai solat.

Sudah banyak kali lantai papan surau itu ditukar kerana rosak. Maybe the load applied is greater than the design load; so the material cannot carry the existing load anymore. When the applied load reach critical load or extend the limitation, failure start to occur. <- Ntah betul ke tak, sj nk lepas tension slpas berjaya menyiapkan design project pd masa yg ditetapkan.

Balik kpd topic asal…salah satu keistimewaan surau ini ialah percampuran student dr pelbagai latar belakang bangsa dan negara. Macam2 ragam bole diperhatikan ketika solat. Setiap org dgn kefahaman mazhab masing2. Kadang2 bacaan bismillah diperlahankan, qunut subuh tdk dibuat, bacaan doa dan zikir slpas solat hanya dilakukan sendiri2. Semuanya bergantung kpd siapa yg menjadi imam solat. Ada yg tdk meletakkan tgn di dada ketika solat, ada yg bergerak lebih 3 kali, ada yg tdk membaca fatihah dibelakang imam dan jgn terkejut jika lihat ada pulak yg solat dgn hanya memakai seluar 3 suku. Kami semua dpt menerima perbezaan2 tersebut yg mana mungkin bagi sesetengah org akan merasa janggal kerana ianya bercanggah dgn amalan masyarakat tempatan. Itulah keistimewaannya apb berada digedung ilmu spt ini; kebanyakan students mempunyai asas dlm agama dan mampu berlapang dada dgn perbezaan2 mazhab sebegini. Cumanya apb dinilai berdasarkan sifat solat nabi, mungkin masih byk yg perlu diperbetulkan.

Bila diperhatikan, ada perbezaan yg ketara antara pelajar tempatan dan foreigner. Saya puji dgn sikap foreigner students yg suka bertegur sapa sesama mereka selepas solat. Mereka selalu berkumpul diluar surau, bertanya khabar dan berbincang masalah2 atau perkara2 tertentu. Dah tentu sy tak paham apa yg mereka bincangkan, sebab mereka mggunakan bahasa ibunda masing2. Tetapi cara mereka berbual diselangi gelak ketawa menampakkan ikatan persahabatan yg erat sesama mereka. Jarang pula kelihatan budaya sebegitu diamalkan oleh pelajar tempatan. Biasanya pelajar tempatan akan beredar dari surau tanpa mghiraukan org lain. Lebih2 pun sekadar menyalami org2 yg berhampirannya. Kalau ada pun yg duduk berbual dan bertanya khabar, jumlahnya hanya sedikit.

Saya membayangkan bagaimana indahnya suasana dikampus jika amalan sebegitu dpt diamalkan oleh semua org. Mana mungkin utk merubah semua org sekaligus. Langkah pertama ialah memulakannya dgn diri sendiri. Saya cuba mghidupkan amalan itu beberapa hari yg lepas. Hari jumaat, selepas solat jumaat dimasjid. Ketika org ramai berpusu-pusu keluar dr masjid, saya mendekati seorang kawan yg sedang duduk berhampiran tiang msjid. Saya bertanya khabar, usik mengusik dan bercakap perkara2 semasa; sekadar menghidupkan suasana perbualan. Saya menggamit seorang lg kawan yg baru turun dari tingkat atas masjid. Alhamdulillah dia pun mempunyai masa menyertai perbualan kami. Ketika perbualan kami baru nk panas, seorang lagi kawan menyertai kami. Bila dh makin ramai, banyak la idea yg nak dibincangkan. Semakin lama semakin byk topic yg diperbualkan. Dari satu topic beralih ke topic yg lain. Banyak perkara yg disentuh, wlaupun pd awalnya sy sekadar nk berbual kosong shj. Hal akademik, politik, agama, masyarakat..semuanya disentuh. Hati saya ketawa. Kami kelihatan spt kawan lama yg dh bertahun putus hubungan saja. Walhal, selalu je berjumpa ketika kuliah.

Pada mulanya topik perbualan agak terkawal; sehinggalah ada seseorg yg berjalan melintasi kami yg sedang duduk berborak. Semua tergamam membisu. Mata kami mengamati wajah org tersebut. Semacam tak percaya. Hihi. Guess who? Rosyam Nor la. Pelakon terkenal kat Malaysia ni. Sahih la ura2 yg mengatakan anak perempuannya belajar di kampus ni. Slpas drp tu, kami mula berbual ttg artis, ttg industri muzik dan perfileman tanah air. Sedar tak sedar, perbualan kami telah melebihi had. Dah masuk bab mengumpat dan mengutuk org lak. Dalam masjid plak tu. Nasib baik ada yg mengingatkan. Semua beristighfar. Hihi. Apa taknya, biasanya berborak dalam bilik atau kat kedai makan je. Ari tu saja nk test berbual kt masjid; sampai lupa diri lak.

Hmm.. ntah apa la motif sy menulis ni sebenarnya. Saja je nk lepaskan stress setelah 2,3 hari ni sebok menyiapkan projek. Skrg baru ada masa sket. Sebelum memulakan kembali jadual perancangan yg agak padat, ada baiknya saya menulis sesuatu kat blog ni. Saya yakin sedikit sebanyak ada pengajaran yg bole di ambil drp cerita saya ni. Pandai2 la cari sendiri ye.

p/s : motoku pancit...menapak ke surau je la nampaknya =(

3 comments:

Pawana Malam.. said...

assalamalaikum.thks dropped by kat page saya...

nice words here....keep writing...

indeed, kdg kala menulis boeh menghilangkan stress dlm jiwa...slmt berjalan kaki ke surau...

wslm..

Anonymous said...

u cannot write anything if u know nothing...

u cannot speak something benefit others if u dont know much, n they won't want to listen to u

u cannot communicate ur thoughts well if u dont really know how to get others attention

n these are my problems..

for u, keep on writing as long as u want..what u have done is excellent. good job, bro.

Lorie said...

Good for people to know.