Tuesday, March 13, 2007

Kesilapan kelima: Cenderung menyulitkan inti ajaran Islam

"Wahai manusia, kamu seringkali menjauhkan orang-orang dari beragama, barangsiapa solat bersama orang ramai maka ringankanlah, sebab di antara mereka ada yang sakit, lemah, dan mempunyai keperluan lain." (HR Bukhari)

Segelintir drp kita cenderung utk memayah2kan sesuatu isu dan persoalan dakwah. Mungkin dgn anggapan perbuatan tersebut akan meletakkannya dalam kelas yg tersendiri dlm medan dakwah. Apb berbicara ttg hukum, ada yg cenderung uk menyulitkan; dgn alasan kita adalah umat yg terbaik maka mestilah beramal, berpakaian dan bermuamalat dgn cara yg terbaik. Sedang dia lupa manusia diciptakan dgn pelbagai jenis perangai dan kelakuan. Semua berada pada tingkatan iman dan tahap kefahaman yg berbeza. Sikap memberat2kan dan menyulitkan ini tdk lebih drp hanya menjauhkan manusia drp agama.

Kata Dr Yusuf al Qaradhawi: “Tinggalkan sikap memberat-beratkan dan berlebih-lebihan dlm beragama. Usahakanlah tetap berada pada posisi tengah (sederhana) dan membuat kemudahan (keringanan), khususnya terhadap masyarakat umum yg hanya mampu menjalankan agama sebatas kemampuan orang awam shj kerana mereka berbeza dgn kalangan khusus (ahli wara' dan takwa). Memang dianjurkan agar seseorang mengambil suatu masalah dgn sgt berhati-hati dan teliti. Akan tetapi, terus menerus bersikap ketat dan meninggalkan keringanan akan membuat agama ini dikenal sebagai ‘kumpulan hal-hal payah yang menuntut ketelitian’ dan yang menonjol adalah aspek-aspek yang berat dan sulit. Padahal Allah menghendaki kemudahan dan keluasan terhadap hamba-hamba-Nya..”

"Jika salah seorang di antara kamu melakukan solat berjamaah, maka pendekkanlah, sebab di antara mereka ada yang lemah, sakit, dan lanjut usia. Bila salah seorang di antara kamu melakukan solat sendirian, maka panjangkanlah sekehendaknya." (HR Bukhari)

Hadis ini membawa maksud sesiapa yg ingin berkeras dan bertegas, maka cukuplah hanya dilaksanakan ke atas dirinya shj. Apb berbicara dgn org ramai, pilihlah yg sederhana dan permudahkanlah. Para fuqaha juga telah menetapkan suatu kaedah ‘Kesulitan menarik kemudahan, yakni suatu perkara apb sempit maka harus diperluas, dan byknya kesulitan mengharuskan adanya keringanan’.

“Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab kepada seseorang melainkan dengan kadar kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).

Wallahu’alam.

6 comments:

Zura@Kak Long said...

Assalamualaikum wbt. Terima kasih Danialle kerana sudi singgah di blog Kak Long. Bagus entri di blog Danialle utk panduan bersama

Ayu said...

thanks dtg blog akak :)
ni dah buat lawatan balas ni :)

YaMiNa said...

thx ziarah blog ana... bagus tulisannya

sueLoveArt said...

Assalamualaikum... thanx ye datang berkunjung ke teratak usang Sue.

Hmm apa hukum 'life insurance ' dari segi syarak ye? Patut Sue cari di mana ye jawapannya ni...
Penah baca tapi tak ingat di mana, yang mengatakan insurans nyawa tu haram...

(Penah gi interview kat Life insurance company dan dapat...tgh fikir nak terima atau tak ni hehe)

danialle said...

Soalan : Bolehkah orang Islam mengambil insuran nyawa?

Jawapan:

Insuran nyawa yang diamalkan di dunia kini adalah berunsurkan riba. Umat Islam sewajarnya tidak terlibat dengan institusi yang berunsur riba. Allah mengharamkan riba kerana ia mengandungi unsure-unsur kezaliman. Bolehlah disenaraikan di sini sebab-sebab haramnya iaitu :

•Â orang yang menyertai insuran itu mengharapkan keuntungan berlipat ganda dari syarikat yang menawarkan,

•Â Wang yang akan diberikan kepada syarikat itu sebagai wang pertaruhan yang akan lesap apabila tiada apa yang berlaku. Syarikat akan untung berlebihan sedangkan pelanggan rugi.

•Â Nyawa kita sudah dijamin Allah, umat Islam seluruhnya menjadi penjamin di antara satu sama lain. Apabila kita mengharapkan sesuatu yang lain dari yang Allah sebutkan itu sudah tentu kita menyalahinya.

Insuran kereta, motor yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka haruslah diambil untuk membolehkan kita memiliki lessen cukai jalan. Kita mengambil insuran itu bukan bertujuan keuntungan sebaliknya untuk membolehkan kita mendapatkan lessen, itu saja. Tetapi jika kita berniat mendapatkan keuntungan dan jaminan tetap dikira riba juga. Oleh itu betulkan niat kita semasa mengambilnya.

http://www.johordt.gov.my/mufti/index.php?option=com_content&task=view&id=15&Itemid=1

wallahu'alam..

sueLoveArt said...

ok thanx a lot Danialle. ^_^

-hmm agak konfius sikit, kamu ini male ke female???
---maaf kerna bertanya---