Kesilapan kedua: Tidak menyampaikan mesej dakwah dgn baik
“Teruk la dia tu. Langsung tak pernah nmpak muka dia kat masjid. Sembahyang pun sengaja di lewat2kan. Apa nk jadi la dia tu..”
“Apa nk jadi la dgn pompuan skrg ni. Dedah sana, dedah sini. Tak takut Tuhan ke? ”
“Asyik berkepit dgn jantan tu je. Dah gatal sgt la tu. Dah terlanjur baru menyesal.. ”
“Ishk 2x. Apa nk jadi la ngan budak2 ni. Dah masuk maghrib pun dok main bola lg.. ”
Sebelum kita melemparkan kata2 kurang sedap kpd org lain..
Belajarlah drp seerah nabi saw. Abu Sufyan ketika zaman jahiliyyahnya; ketika mana dia dan para pengikutnya ditanya oleh Herakle (Maharaja Rom) dgn beberapa soalan; antaranya dia ditanya ttg apakah yg Muhammad seru kpd kaumnya? Abu sufyan ketika itu menjawab: “Dia (Muhammad) menyuruh kami menyembah Allah yg Esa dan melarang kami mempersekutukanNya, dia menyuruh kami meninggalkan apa yg diucap oleh mak bapak kami, dia menyuruh kami kpd sembahyang, bercakap benar, menjaga diri drp yg haram dan mghubungkan silaturrahim”.
Walaupun ketika itu Abu Sufyan belum Islam, namun dia berupaya menerangkan dgn baik ajaran yg diajar oleh nabi saw. Ini menunjukkan nabi saw telah pun menyampaikan dan memahamkan dakwah dgn jelas kpd penentang2nya. Cuma mereka sengaja tdk mahu menerima kebenaran itu.
Bagaimana pula dgn kita? Berapa keratkah kalimah dakwah dari lidah kita ini telah didengar dan difahami oleh org lain? Mungkin kita pernah mengkritik beberapa pensyarah yg menyampaikan kuliah tanpa mghiraukan sama ada pelajar faham ataupun tdk; sedang kita lupa kadang2 kita juga syok sendiri dlm berdakwah.
No comments:
Post a Comment