Tuesday, March 13, 2007

Kesilapan pertama: Membelakangkan akhlak dlm perdebatan

Dukacita apb melihat kpd sikap sesetengah org yg nampak seperti kurang akhlak dalam berbicara. Lebih malang apb akhlak yg buruk itu dipamerkan ketika berbincang ttg masalah2 agama terutamanya dlm laman2 web yg menyiarkan artikel atau tajuk yg agak panas. Kebanyakan yg memberi komen akan menyelitkan slogan utk bersatu, ttp berhujah dgn keras; seolah2 pendapatnya sahaja yg betul. Mana2 pendapat selain drpnya dikira tertolak.

Apb kita berpegang kpd sesuatu perkara yg kita yakin betul, tiba2 ada org lain yg menyatakan kita salah dan mereka lebih betul; maka tdk heran utk seseorg itu melenting dan bersikap keras dlm mempertahankan hujahnya. Tetapi jgnlah kita keterlaluan sehingga menghina dan mencaci pulak org lain dgn tuduhan yg belum pasti. Hendaklah kita mendahulukan akhlak dlm perdebatan. InsyaAllah akhlak yg baik akan menarik org utk mendengar apa yg kita seru.

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan dengan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...." (An-Nahl: 125)

Ketegasan kita dlm mempertahankan hujah jgnlah sampai menutup pintu hati kita drp menerima pandangan org lain. Tdk mungkin akan muncul slpas nabi saw org yg akan senantiasa betul. Kita mungkin sj salah. Semua org pun tdk terlepas dari kesalahan. Para ulama sendiri tidak sepakat dalam byk perkara melainkan dlm perkara yg sedia maklum di dalam agama; antaranya spt kewajipan solat, puasa, zakat dan haji. Menjadi lumrah utk kita berbeza dlm byk perkara dlm kehidupan ini kerana setiap org mempunyai aliran pemikiran masing2, cara faham yg berlainan dan berada dlm situasi berfikir yg berbeza2. Maka bukalah ruang utk berbeza pendapat, berselisihlah dgn akhlak yg baik dan bersedialah menerima kebenaran wlaupun ianya dtg dr org yg tdk sealiran dgn kita.

Kita berselisih dan berdebat atas dasar isu yg dibincangkan demi mencari kebenaran dan bukannya utk mencari kemenangan. Apabila yg dicari hanyalah kemenangan, maka seseorang akan sanggup mggadaikan akhlaknya dan seterusnya melontarkan pandangan dan hujahnya dgn penuh emosi. Harus diingat, kita hanya berbeza pada perkara furu’iah tetapi kita tetap bersama dlm urusan pokok dan dasar. Biarlah kita berselisih hanya pada zahirnya shj, jgn sampai kita berselisih pada hati dan perasaan sehingga ada perasaan benci dan permusuhan yg berlanjutan kpd caci-mencaci dan keji-mengeji. Kata Muhammad b Soleh al-Uthaimin ra:

“Yang wajib adalah jangan ada perselisihan dari sudut hati walaupun berbeza dari sudut pandangan. Maka sesiapa yang hendak menjadikan perkataannya/pndangannya shj sebagai rujukan ketika berlakunya perselisihan pendangan, maka sesungguhnya dia telah mendakwa dirinya berada pada kedudukan al-Rasul…”

“…Maka tidak mungkin untuk kita wajibkan ke atas manusia untuk menerima pandangan kita shj... bahkan yang sepatutnya ke atas kita ialah mengambil apa yang ditunjukkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah”

Oleh itu, sentiasalah berlapang dada dgn perselisihan selagimana ianya tdk bercanggah dgn quran dan sunnah. Perbezaan pendapat di dalam perkara furu'iah tidak boleh dijadikan penghalang untuk kita tolong-menolong dan bersatu di dalam urusan yg lbh besar. Alangkah baiknya jika masing-masing berbaik sangka terhadap yang lain, saling bertoleransi meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong-menolong, tegur-menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi masalah-masalah yang besar dan bersatu padu dalam menghadapi serangan musuh; bukannya berbalah sesama sendiri.

No comments: