Wednesday, March 21, 2007

Sikap Kita Apabila Berbicara Soal Bid’ah

Intro...

Bismillahirrahmanirrahim…

Sebelum mengemukakan dalil tentang amalan2 yg menjadi persoalan adakah ianya bid’ah atau tidak… terlebih dahulu sy ingin menjelaskan apakah sikap yg sepatutnya kita ambil dlm berbincang isu ini. Pertama sekali kita lihat dahulu apa definisi bid’ah..

Kata al-Syatibi r.h: “Bid’ah adalah jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t”.

Dapat disimpulkan bhw bid’ah ialah jalan syarak yang baru direka/tidak ada asal dalam syariat dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidaklah dinamakan bid’ah.

Paling PENTING utk kita tahu ialah: Semua cara ibadat adalah haram dan dilarang melainkan ada dalil syarak yg membenarkannya. Maka menjadi kaedah: Al-Asl fi al-‘Ibadah al-Tauqif (Asas Dalam Ibadah adalah wahyu). Tidak dilakukan ibadah kepada Allah melainkan dengan apa yang disyariatkanNya.

Sikap yg sepatutnya…

Apabila ada satu pihak mengemukakan hujah/dalil ttg larangan melakukan amalan ibadat tertentu, maka sudah tentu akan ada satu pihak yg lain bangkit membangkang pihak pertama tadi dan mereka akan mengemukakan hujah2 mereka pula utk membenarkan amalan tersebut. Slps itu bermula lah perdebatan, perbalahan, tuduh-menuduh antara satu sama lain.

1) Utk mengelakkan perkara spt itu drp terjadi, kita cuba kurangkan bercakap ttg bid ‘ah, itu tak boleh, itu sesat, itu salah...tetapi kita fokus bercakap ttg amalan mana yg lbh hampir dgn cara nabi saw. Beramal dgn cara nabi saw atau cara yg plg hampir dgnnya adalah jalan yg plg selamat utk kita beribadat; kerana cara sedemikian mendapat pengiktirafan nabi saw dan sudah tentu cara tersebut juga diterima oleh Allah swt.

2) Ramai org sekadar mengikut-ikut cara amalan yg dipelajari dan diwarisi turun-temurun dr nenek moyang tanpa mereka berusaha meneliti dan menganalisa apakah amalan tersebut thabit drp nabi saw. Jadi apa shj amalan yg mak bapak mereka, masyarakat dan org setempat buat, mereka akan turut sama melakukannya. Bagi mereka, yg ramai itu benar dan tdk mungkin salah. Itu lah neraca timbangan yg biasa ada pd kebanyakan org awam. Sedang kita sebenarnya disuruh utk berpandu kpd quran dan sunnah. Apa shj amalan/ibadat yg tdk berpandu kpd dua sumber ini, maka ia tertolak. Ramainya org berkumpul atas suatu amalan belum lah dapat membenarkan amalan tersebut; sehinggalah ianya terbukti sama dgn 2 sumber tadi.

Maka sy mengajak kita semua supaya meninggalkan apa yg tdk pasti kpd apa yg pasti dan mempunyai dalil. Kita tdk mahu lagi sekadar mengikut scr membuta tuli, sedang kita langsung tak tahu adakah amalan kita ni sama dgn amalan nabi saw. InsyaAllah, kita akan merasa lbh khusyuk beribadat apabila kita tahu cara ibadat kita itu sama dgn apa yg nabi saw amalkan; wlaupun dlm beberapa hal ia kelihatan bercanggah dgn amalan masyarakat.

3) Sikap plg utama yg perlu kita ambil perhatian dlm hal ini ialah: menghormati pandangan org lain. Contohnya, sy mengemukakan satu hujah dan bertegas dgn hujah sy itu utk mengatakan bhw amalan sekian sekian sekian adalah tdk thabit drp nabi saw dan sepatutnya tdk diamalkan. Satu org bangkit membantah hujah sy dan mengemukakan hujahnya pula dgn mengatakan amalan yg sy larang itu sebenarnya boleh diamalkan. Saya yakin dgn kesahihan dan kekuatan hujah sy, manakala dia pun yakin dgn kesahihan dan kekuatan hujahnya. Sy dgn kelemahan ilmu yg ada, gagal meyakinkan dia supaya tunduk kpd dalil yg sy bawa. Dan dia juga gagal meyakinkan sy utk mengikut dalil2nya. Maka dlm hal ini kita mestilah bersikap berlapang dada dan menghormati pandangan org yg bercanggah dgn pendapat kita itu. Kita tdk menuduh mereka sbg ahli bid’ah atau sesat kerana mereka telah berpegang dgn dalil yg mereka rasakan kuat. Masing2 akan membawa hujah dan dalil masing2 ke hadapan Tuhan di akhirat nanti utk dibuktikan siapa yg lbh benar dlm masalah ini. Mahkamah Tuhan, Rabbul Jalil yg akan memutuskan hal ini. Tuhan itu maha penyayang. Kita harapkan kita semua selamat dan insyaAllah Dia tdk akan mengazab hambanya yg jahil atau tdk tahu.

NAMUN, setelah dikemukakan hujah/dalil yg kuat, kemudian mereka gagal utk membalas hujah2 tersebut dgn hujah yg setanding, dan mereka lbh cenderung utk mengikut amalan masyarakat lama sedang mereka yakin cara tersebut tdk thabit drp nabi saw; maka ketika itu tdk salah utk kita menghukum mereka sbg ahli bid’ah. Kerana mereka sengaja tdk mahu menerima kebenaran yg telah jelas kpd mereka.

4) Sesuatu amalan yg kelihatan bercanggah dgn cara nabi saw tdklah boleh dihukum bid’ah dgn serta merta. Kerana bid'ah ini juga lbh menjurus kpd masalah iqtikad (pegangan hati) seseorang. Cthnya; tdk mnjd mslh utk membaca yasin pada mlm jumaat. Yang salah dan menjadi bid'ah ialah apb seseorang itu beriqtikad mlm jumaat MESTI membaca yasin; sedang diketahui tdk ada nas ttg pengkhususan tersebut.

5) Satu lagi sikap yg perlu kita sematkan di hati ialah meletakkan rasul saw tinggi dlm diri kita dan menjadikan baginda contoh utk diikuti baik dari segi ibadat, akhlak mahupun politik. Maka dlm bab ibadat ini, kita hendaklah mengiktiraf bhw cara yg ditunjukkan rasul saw adalah satu2nya jln utk diikuti. Dengan itu, hendaklah kita meninggalkan segala cara amalan/ibadat yg berlainan dgn sunnah rasul saw; wlaupun cara tersebut KELIHATAN BAIK pada pandangan kita.

As-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ra berkata: "Sesiapa yg beriqtikad adanya petunjuk lain yg lbh baik drp petunjuk nabi saw, sesungguhnya dia menjadi kafir".

6) Jika kita keliru dgn dalil2 yg ada tentang sesuatu amalan/ibadat, dan kita tdk pasti adakah ianya dibenarkan ataupun dilarang oleh nabi saw; maka sebelum kita melakukan amalan tersebut, hendaklah kita terlebih dahulu melihat amalan tersebut adakah ianya diamalkan oleh para sahabat. Jika ianya dilakukan oleh para sahabat bermakna dibolehkan kita melakukannya, tetapi jika sebaliknya, ketahuilah bhw ianya tdk ada contoh drp nabi saw. Sebab jika nabi membenarkannya, sudah tentu ada contoh drp sahabat dan riwayatnya akan sampai kpd kita.

7) Dan perkara terakhir yg perlu ditekankan ialah perlunya kita membuang pemikiran yg menganggap jika sesuatu amalan itu baik maka ianya boleh dilaksanakan wlaupun tdk ada contoh drp nabi saw. Ini adalah salah! Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam masalah ini: “Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar ialah dalam urusan dunia…”. Qaradhawi juga melarang kita menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman RasuluLah saw. Ini kerana hanya Allah sahaja pembuat syari‘at dan rasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut.

Marilah kita sama2 mencintai rasul saw. Dan yang dikatakan CINTA kpd rasul saw itu bkn shj bermaksud kita mengikut dan mengamalkan sunnah2 baginda, tetapi juga bermaksud tunduk dan tdk menyanggahi segala tunjuk ajar yg diajarkan oleh baginda nabi saw. Wallahu'alam...

2 comments:

amnah my. said...

salam..

maaf ingin bertanya lagi..
adakalanya bid'ah dan 'uruf ni seakan sukar dibezakan..sedangkan sesetengah mazhab dan ulama' menerima 'uruf dalam menentukan hukum.. so, ape ciri-ciri 'uruf tu yang tidak dikatakan sebagai bid'ah..

danialle said...

Soalan saudari terlalu specific dan di luar bidang sy. "ape ciri-ciri uruf yang tidak dikatakan sebagai bid'ah??" jawapan sy ialah: SAYA TAK TAHU.

Uruf ialah adat kebiasaan atau adat setempat. Islam apb dtg, ia tdk menolak adat, malah islam meraikan adat dan budaya setempat selagimana ianya tdk bercanggah dgn ajaran islam.

sememangnya ulama menjatuhkan hukum atau fatwa mengikut uruf dan adat persekitaran. pengiktirafan amalan pembahagian secara adat bukanlah bermakna adat atau uruf itu sbg sumber hukum, tetapi rukhsah yg diberikan Allah kpd umatnya. Oleh itu uruf tdk lbh drp kaedah fiqh yang boleh dimanfaatkan dlm penentuan hukum.

cumanya kita nak kena lihat amalan apa yg sedang kita bincangkan. adakah amalan itu betul2 berkait dgn uruf? atau ia sebenarnya salah faham terhadap ajaran islam, atau ianya adalah pengaruh drp agama hindu yg menguasai tanah melayu suatu ketika dahulu.

cthnya; kita ambil masalah mbaca yasin beramai2 dgn suara yg kuat pd mlm jumaat. adakah ianya adat kita? atau ia sbenarnya salah faham kita terhadap bacaan yasin. jelas hal ini tiada kaitan dgn uruf.

cuba lihat semula post "Amalan Masyarakat Melayu: adakah mpunyai contoh drp nabi saw"...adakah kbanyakan amalan2 yg dinyatakan itu ada kaitan dgn uruf? sy rs kbanyakannya tiada kaitan dgn adat kita. so, jgn lah senang2 nak sandarkan ibadat kita dgn uruf. kbanyakan adalah salah faham ttg ajaran islam yg tulen.

paham ke? tu je yg mampu sy terangkan, nk lbh2 tak berani jugak.

wallahua'lam..