Saturday, March 03, 2007

Berdoalah Untuk Sahabat

“Aku cepat penat, tak boleh aktif sgt, tak boleh berjalan jauh2, setiap malam kena tido awal…”

“Blood pressure cepat naik, so tak boleh stress sgt, tak boleh excited sgt. Kadang2 rasa berdenyut2 kat jantung dan kepala…”


“Keputusan medical check-up belum keluar. Doktor tak dapat pastikan lg apa penyakit aku. Doktor kata kemungkinan ada masalah pada jantung atau kidney…”

Itulah antara apa yg seorang kawan luahkan kpd saya beberapa hari lalu. Seram sejuk apb mndengar secara detail apa yg dialaminya. Lemah semangat dibuatnya. Kesian apb memikirkan nasib yg menimpanya. Keadaan kampus yg luas dan cuaca yg panas memerlukan students byk berjalan dan tahan lasak. Tentu sukar bagi dirinya menempuhi kehidupan yg penuh dgn kuliah dan tugasan; yg mana memerlukan student sentiasa aktif dan berjaga mlm menyiapkan tugasan tertunggak.

"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu sakit, maka seluruh anggota tubuh yg lain turut merasakannya; tdk dpt tidur dan merasa demam." (HR Muslim)

Semasa mendengar cerita kawan saya, yg terlintas dlm fikiran sy ketika itu cuma satu; “lepas ni aku nk solat dan aku nk doa utk dia”. Dan alhamdulillah saya betul2 melakukannya.

Itulah keistimewaan kita bersaudara atas nama Allah. Sentiasa mengambil berat dan saling mendoakan antara satu sama lain. Mungkin tak banyak yg mampu kita hulurkan kpd kawan2 kita yg mempunyai masalah, tetapi sekurang-kurangnya berdoalah utknya. InsyaAllah doa kita tdk akan sia-sia.

"Tiada seorang muslim yg berdoa utk saudaranya dlm keadaan saudaranya tdk tahu, melainkan Allah swt akan hantarkn malaikat dan malaikat itu menyebut: bagimu seumpama yg engkau doakan" (HR Muslim)

Sungguh istimewa kita menjadi muslim kerana adanya peruntukan sebegini di dalam Islam. Allah telah berjanji kpd hambanya melalui kalam rasulNya bhw dia akan mghantar malaikat utk mendoakan kita apb kita berdoa kpd saudara kita. Itulah hadis yg sepatutnya menjadi dorongan kpd kta utk saling mendoakan antara satu sama lain. Kita doakan satu kebaikan kpd saudara kita, dan dalam masa yg sama kita turut mendapat kebaikan seumpama yg kita doakan. Apa sgtlah nilai doa kita yg hina ini jika hendak dibandingkan dgn nilai doa malaikat yg suci drp dosa. Inilah bukti betapa Tuhan itu Maha Pengasih dan penyayang.

Alangkah baiknya jika setiap org dpt memahami dgn yakin hadis nabi itu dan membudayakan amalan saling berdoa antara satu sama lain. Janganlah lokek utk berdoa kpd saudara seislam. Berdoalah kpd mereka sama ada di dalam atau di luar solat. ini kerana ia adalah antara jalan plg pantas utk doa dan permintaan kita dimakbulkan Tuhan.

Diriwayatkan drp Abu Musa al-Asy'ari bahwasanya Nabi saw bersabda; "Orang mukmin dengan mukmin yang lainnya bagaikan satu bangunan yang saling menguatkan antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya."

Maka apb ada dikalangan saudara kita yg sakit, doakan lah supaya dia sabar dan cepat sembuh. Apb ada yg mghadapi tekanan pelajaran atau tekanan kerja, doakanlah supaya dia tabah, dipermudahkan urusan dan success dlm kerja buatnya. Apb ada yg mengalami masalah kewangan, doakan lah agar dia dimurahkan rezeki oleh Allah dan apb ada yg tdk kuat berpegang kpd agama, doakan lah dia agar mendapat hidayah dan taufik. Kita apb berdoa, tdklah mgharapkan sesuatu drp Allah melainkan kesejahteraan kpd saudara kita semata-mata. Agar segala masalah dan kesedihan yg menyelubunginya dpt dihilangkan. Dan janganlah pula risau dgn bahagian kita dlm doa tersebut. Yakinlah dgn janji Tuhan…insyAllah kita akan mendapat seumpama yg kita doakan.

Mendoakan orang lain lebih-lebih lagi tanpa pengetahuannya adalah lebih cepat dan mudah dimakbulkan sebagaimana yang diriwayatkan drp Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash katanya, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :

“Doa yang paling cepat diterima ialah doa seseorang kpd seseorang yang lain yang tidak hadir.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Imam Nawawi ra berkata bahawa doa yang seperti ini mustajab hasil drp keikhlasan orang yang mendoakan itu.

Kita semua mengaku mempunyai hubungan atau ikatan atas nama Islam. Mengaku bersaudara, bersahabat, berkasih sayang, bertemu dan berpisah semuanya krn Allah. Sungguh indah ungkapan itu jika ianya benar2 dpt dilaksanakan. Buktikanlah kpd diri sendiri bahawa kita mencintai saudara seakidah kita dgn sentiasa melazimi menyebut nama mereka dalam panjatan doa2 kita.

p/s: hmm..sape nak berkawan dgn saya angkat tangan =p

6 comments:

Anonymous said...

oit2..o/

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

"prayer reminds us that we are not alone.." --my favorite quotation--

Anonymous said...

doakan saya sekali.hihi =D

abu umar said...

(tangan diangkat)

nak2!! ~(^_^)~

xara said...

saya pun mahu juga :) baru berkesempatan meninggalkan jejak di sini

Anonymous said...

saya angkat suku ja...sebab saya kat lab..nanti pa lakk org kata...