Wednesday, February 28, 2007

Penawar Kesedihan

" اللهم إني عبدك بن عبدك بن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو علمته أحدا من خلقك أو أنزلته في كتابك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب هم "

"Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu (Adam), dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku berada di dalam tanganMu, telah berlakulah kepadaku hukumanMu dan adillah hukumanMu. Aku memohon kepadaMu dengan segala nama yang Engkau namakan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari kalangan hambaMu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisiMu. Tolonglah jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap rasa duka dan kegelisahanku"

Kata nabi saw: Tiada seseorang yg membaca doa ini melainkan Tuhan mencabut dukacita yg dirasainya dan diberikan jalan keluar dgn kegembiraan. (HR Ahmad)

Sebagai seorang muslim, kita dalam berdoa hendaklah mendahulukan doa-doa nabi lebih drp doa-doa rekaan sendiri. Banyak doa-doa ma'thur (sahih drp nabi) dgn disertai jaminan mustajab. Tinggal saja sejauh mana kita yakin dgn jaminan kata-kata nabi.

p/s: Nabi saw mengajar kita agar menghias doa dengan pujian dan mukaddimah yg baik sebelum meminta. Ia menjadi antara sebab doa diterima.

5 comments:

Anonymous said...

cantik doa ni :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Tabarakallah, cetusan idea anda yg menarik, cumenya diharap nyatakan secara deteil status hadith dan jika mampu nombor hadith tesebut cth: Hadith Sahih diriwayatkan oleh imam ahmad didalam musnadnya bilangan (1/20)

Kata nabi: Tiada seseorang yg membaca doa ini melainkan Tuhan mencabut dukacita yg dirasainya dan diberikan jalan keluar dgn kegembiraan.

keduanya: saudara mengatakan kata nabi, ini nabi hak mana se? jika nabi SAW dihrap dapat meletakkan SAW, atau sallallahualaihi wasalam.

ketiganya: kata nabi? hadith ini pula siapa yg meriwayatkan? bleh saudara nyatakan.

pa pun, tahniah. satu tulisan yg berkualiti, moga kita dapat istifdhah bersama. wasalam

danialle said...

"Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo'a: "Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku." melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan." Tiba-tiba ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do'a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: "Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain)." (HR. Ahmad no.3712 dari 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh Syu’aib al-Arnaouth menyatakan Isnadnya Dhaif)

p/s: aku post kan sebahagian maksud content hadis; iaitu isi doa dan kelebihannya shj. btw, dlm ruangan komen ni aku paste kan full maksud content hadis ;)

danialle said...

nak tanya sket; sesetengah buku dia membezakan seseorg dgn panggilan 'as-syaikh' dan 'syeikh'. apa beza ek? setahu saya 'as-syaikh tu guna utk tokoh, sedang syeikh lak utk org tua atau org alim/berilmu. betul ke?

abu umar said...

as-syaikh dgn syeikh tu beza cuma pasal 'al' (huruf alif dan lam).

ia sebenarnya perkataan ygsama yg mempunyai bnyk makna. ia bleh jadi org tua dan ia blehjadi penggilan hormat utk seseorang.

jadi, bergantung kepada keadaan. klu yg di atas tu, dua2 konotasi membawa kepada penghormatan krn dua2 merupakan ulama yg masyhur. bleh je nak letak 'al' atau tak. cuma mkinnak kena faham dari segi kaedah bahasa arab je lah.

allahu a'lam