Monday, February 19, 2007

Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama saya termenung memikirkan sama ada patut atau tidak saya post kan tulisan ni. Mungkin ramai yang tidak setuju dgn contents nya. Saya harap artikel ni dibaca dgn fikiran yg tenang dan terbuka. Jgnlah emosional apb ada beberapa bhgn tulisan ini terkena pada batang hidung sendiri. Cubalah lihat dari sudut yg positif. Dan jika dirasakan apa yg saya tulis ini tdk ada kaitan dgn jemaah kamu, maka tdk perlu lah melatah. Siapa makan cili, dia la yg rasa pedas...Sesungguhnya tulisan ini bukanlah menyeru kpd permusuhan dan kehancuran, sebaliknya ia adalah suatu seruan ke arah pembaikian dan kesempurnaan.

Artikel ni agak panjang. Cubalah cari masa yg sesuai utk hadamkannya. Wasssalam.

Intro

Jemaah Islam kampus. Boleh dikatakan semua institut pengajian mempunyai jemaah Islam atau Badan Islam atau Organisasi Islam masing2. Gerakan mereka inilah yg menjadi tunjang kpd terpeliharanya environment kampus drp dicemari maksiat dan perkara mungkar. Mungkin sj ramai yg tdk sedar usaha kuat mereka ini. Tetapi dgn kurangnya kekuatan dan bilangan ahli menyebabkan usaha mereka utk menyuburkan islam dan membersihkan environment kampus dgn sepenuhnya belum berjaya.

Dalam keghairahan berjuang di kampus, mungkin tak ramai di antara mereka yg sedar bibit-bibit kehancuran dan kegawatan telah menular dalam organisasi mereka sendiri. Ia adalah suatu virus yg sukar dikesan dan sukar dihapuskan. Simptom-simptom nya sudah kelihatan. Simptom yg akan membawa kpd kehancuran dan perpecahan. Mungkin telahan saya ini silap. Tetapi saya semacam terpanggil utk menulis artikel ini demi membendung virus tersebut drp terus merebak.

Dengan ini, saya dgn penuh kerendahan hati menyeru kpd semua jemaah Islam kampus kpd beberapa pembetulan…

1. Membuka pintu amal seluas-luasnya

Islam telah menetapkan garis panduan dlm beramal. Apa yg wajib, sunat, haram, makhruh dan harus telah pun ditetapkan. Dalam realiti kehidupan skrg yg serba mencabar, peluang utk mbuat maksiat dan terdedah kpd dosa semakin mudah. Jadi adalah suatu rahmat yg besar drp Tuhan jika seseorg muslim itu dapat teguh dlm beramal dgn amalan wajib dan meninggalkan segala yg haram. Amalan sunat pula sekadar menjadi pilihan sama ada utk melakukannya atau tdk.

Dalam organisasi islam, mereka meletakkan diri mereka pada tingkatan yg lbh tinggi drp org biasa. Maka byk la perkara sunat yg diwajibkan kpd ahli2nya. Kalau pun tdk diwajibkan, seruan ke arahnya seakan2 wajib sehingga memaksa ahli melakukannya. Membaca surah al-Mulk berjemaah pd mlm hari, membaca surah al-Waqi’ah berjemaah slps subuh, membaca mathurat berjemaah slps asar, melakukan qiamullail berjemaah every weekend dan solat hajat perdana setiap kali exam adalah antara amalan rutin dlm jemaah.

Sepatutnya ibadat sunat tdk dipaksa, cukuplah sekadar memberi galakan dgn memberitahu kelebihan amalan2 sunat dan memberi kesedaran dgn menanamkan kefahaman yg jelas. Selepas itu biarlah mereka beramal sesuai dgn tahap iman mereka dan dgn amalan sunat mana yg mereka suka.

Apabila mewajibkan perkara sunat sebegini, maka akan timbullah kata2 kurang sedap atau mindset yg seperti atau seakan2 memandang jahat atau sekurang2nya memandang serong kpd org2 yg tidak menyertai mereka dlm membuat perkara sunat itu.

Kita cuba tgk dr sudut yg lain pula. Setiap org mempunyai pandangan yg tersendiri dan kefahaman ilmu yg berbeza2. Ada org yg faham bahawa melakukan amalan sunat dgn cara spt yg disebut di atas tdk thabit drp nabi. Maka dia pun lbh suka melakukan amalan2 tersebut secara bersendirian. Adalah tdk patut utk satu org yg memahami bahawa cara amalan2 yg ditetapkan oleh jemaah itu tdk thabit drp nabi menerima prasangka drp ahli2 jemaah yg lain yg beranggapan dia malas atau tdk commit atau tdk wala’ kpd perintah ketua.

Islam membuka ruang kpd umatnya utk beramal dgn apa2 amalan sunat yg thabit drp nabi dan dgn cara yg thabit drp nabi. Maka tdk perlu utk kita menetapkan amalan2 tertentu kpd ahli jemaah. Cukup sekadar memberi kesedaran ttg kelebihan amalan sunat dan ganjaran drp amalan itu. Selepas itu terpulang kpd individu utk memilih sama ada ingin membaca quran atau mathurat atau solat sunat atau berzikir atau bersedekah atau apa2 amalan lain. Tdk perlu utk membebankan seseorg dgn amalan sunat yg sebenarnya memerlukan keikhlasan dlm melaksanakannya dan bukannya melakukannya kerana manusia atau krn ada kepentingan. Sesungguhnya pintu syurga itu banyak. Ada yg memasuki syurga melalui pintu solat, ada yg masuk melalui pintu puasa dan ada yg masuk melalui pintu sedekah.

Tidak tahu lah dimana silapnya, mungkin kesan drp tarbiyah yg diterima atau mungkin kesalahan individu yg mpunyai penyakit dlm hati; sehingga kebanyakan drp mereka cenderung utk memandang serong atau berprasangka kpd org2 yg tdk mahu menyertai kumpulan bacaan mathurat atau al-mulk mereka.

2. Mengembalikan Islam pada fitrahnya

Islam adalah agama yg mudah dan memudahkan umatnya dlm beramal. Dlm byk hal islam mghalalkan semua perkara yg baik dlm kehidupan kecuali beberapa perkara yg ada dalil mgharamkannya. Islam adalah agama fitrah dan tdk menyekat atau membebankan umatnya dgn perkara yg bukan2.

Apa yg terjadi dlm jemaah ialah mereka meletakkan terlalu byk sekatan2, peraturan2 atau ‘hukum2’ baru. Yg ini tak boleh buat, yg ini mesti buat, yg ini kena tinggal, yg ini tak boleh tinggal. Cukuplah dgn menekankan ttg perkara wajib dan haram serta mggalakkan perkara sunat.

Kadang2 corak tarbiyah yg diterima menyebabkan fikiran ahli jemaah menjadi sempit. Sehingga ada yg menganggap aurat perempuan dikira sempurna tutupnya hanya apb bertudung labuh, sehingga memandang serong kpd perempuan2 yg bertudung biasa. Syarat yg sepatutnya dipenuhi ialah melabuhkan tudung ke dada sehingga menutup bahagian dada dan menutup jln kpd ternampaknya bentuk dada. Begitu juga dgn bahagian punggung. Maka kain yg longgar insyaAllah akan dpt memenuhi syarat menutup aurat itu. Mampu utk memakai jubah dan tudung labuh adalah lebih baik dan suatu kelebihan yg dikurniakan Allah kpdnya. Tetapi sekadar memakai baju kurung, stoking kaki dan menjaga lengan baju drp terselak adalah sudah cukup baik bg seorang perempuan.

Etika pakaian (lelaki dan perempuan) sepatutnya dinyatakan secara umum shj tanpa mendetailkan jenis atau jenama apa yg boleh dan apa yg tdk boleh. Cukuplah sekadar menegaskan ahlinya menutup aurat dan berpakaian kemas. Maka tdk perlulah menyeru kpd ahli2 yg asalnya drp pelbagai latar belakang dan budaya kpd satu corak etika pakaian shj. Adalah suatu kebebasan utk seseorg itu memakai apa2 yg dia suka asal sj tdk melanggar etika pakaian dlm islam; jeans, cap, kot, t-shirt, tudung tiga segi, seluar yg longgar bg perempuan dll..insyaAllah sume ini termasuk dlm pakaian2 yg diterima islam dan masyarakat scr keseluruhannya.

3. Melonggarkan konsep bai'ah

Secara umumnya bai’ah ialah berjanji utk taat kpd ketua. Dengan janji utk memberi ketaatan ini maka memudahkan ketua dan pimpinan utk merancang dan melaksanakan gerak kerja krn mendapat jaminan dan sokongan drp ahli. Selain itu, bai’ah juga dibuat utk menaikkan atau memberi semangat kpd ahli2 supaya terus tabah dan konsisten dlm melaksanakan kerja2 islam.

Namun begitu janji utk taat ini sebenarnya terbatas dan tdk lah sampai ke tahap berdosa jika melanggar arahan pimpinan jika mempunyai sebab2 tertentu. Pimpinan biasanya akan memberi tugasan2 tertentu kpd ahli. Ahli sepatutnya mengambil tugasan ini sbg satu peluang utk berdakwah atau utk bekerja dlm gerakan islam. Namun ini tdklah bermakna seseorg ahli itu mesti patuh 100% kpd arahan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan hak diri sendiri dan tdklah smpai terpaksa mengenepikan kepentingan2 lain spt keluarga/ibubapa. Dia tetap mempunyai hak utk membuat keputusannya yg sendiri sama ada utk menerima atau menolak tugasan.

Ada juga ustaz atau orang2 yg agak ekstreme sehingga apb ada org2 bawahannya bertanya “mana yg patut saya dahulukan…kepentingan jemaah atau keluarga?”. Jawab ustaz tu, “Kita mesti dahulukan kepentingan jemaah”. Hmm.. mungkin betul. But, it’s depend. Cuba fahamkan Hadis Nabi ni:

(Maksudnya): “Sesungguhnya bg diri Tuhanmu itu ada hak yg mesti kamu tunaikan, bg dirimu ada hak yg mesti kamu tunaikan, bg isterimu kaum keluargamu itu ada hak yg mesti kamu tunaikan, berikanlah kpd setiap yg berhak itu haknya”.

Setiap org kenal dan tahu ttg dirinya lbh drp org lain. Maka dialah yg berhak menentukan prioriti dlm kerja buatnya. Mungkin sj dia mpunyai masalah yg tersendiri yg mana disembunyikan drp org lain. Maka menjadi tugas kpd pimpinan utk memberi kesedaran kpd ahli ttg kelebihan dan kepentingan bekerja utk islam. Dgn kefahaman yg jelas, maka setiap ahli akan sedaya upaya meluangkan masa dlm gerak kerja; tanpa perlu kpd ugutan bahawa sesiapa yg ingkar arahan ketua, maka dia berdosa. Subhanallah…jgn sampai mengangkat martabat pimpinan setaraf dgn martabat Allah dan rasulNya.

Selalu kedengaran dlm ucapan mana2 pimpinan; "akademik mesti diutamakan, pencapaian akademik mesti bagus, mesti jd contoh kpd org lain dr segi akademik etc". Tapi apb ada ahli yg menarik diri drp program dgn alasan nk stadi atau buat assaignment, maka akan kedengaranlah kata2 sumbang; “mcm dia sorang ada assignment, org lain pun nk stadi jugak”. Semua org masuk institusi pengajian utk belajar. Maka jgn ada kata2 sumbang yg boleh membantutkan niat nya utk belajar. Jgn fikir dgr ceramah, dgr kuliah atau berusrah shj yg dpt pahala…mungkin mghadap buku akademik tu lbh besar pahalanya.

4. Berpegang kepada dalil wlaupun bercanggah dgn org ramai

Kebiasaannya pd awal era bersama dgn jemaah, seseorg akan ditarbiyah utk bercakap atau berhujah dgn dalil. Siapa yg plg kuat hujah dan dalilnya, maka dialah yg benar. Sememangnya itulah yg sepatutnya diajarkan kpd semua org. Mengemukakan hujah dan dalil apabila bercakap. Dengan itu dia akan dpt meyakinkan org lain ttg benarnya fakta yg dibawa. Pemikiran berasaskan dalil ini adalah suatu cara fikir dan cara faham yg betul dan bijak.

Malangnya, apa yg berlaku tdk bertahan lama. Hari demi hari, ahli2 semakin dimomokkan dgn konsep berjemaah dan selalu ditekankan bahawa jemaah merekalah yg plg betul dan terbaik. Kesan negatif drp hal ini menyebabkan timbul satu pemikiran jumud dikalangan ahli yg akhirnya tdk dpt menerima pendapat org lain terutama yg bercanggah dgn pegangan jemaahnya. Bagi mereka, jemaah mereka adalah umpama Quran dan sunnah; atau dgn kata lain tdk mgkn jemaah mereka salah. Lbh malang lg terdapat ahli yg extreme yg lgsg mencerca/mghina/menyindir org2 yg bercanggahan dgn mazhab jemaah mereka dgn tuduhan wahabi/liberal/hadhari wlaupun pihak tersebut mengemukakan hujah2 yg kuat. Bagi org2 yg extreme ini, mereka langsung menutup pintu perbincangan dan tdk membuka ruang utk berbeza pendapat. Kadang2 mereka tdk mampu pun membalas hujah, mereka lebih senang utk terus menuduh; "dia ni wahabi, jgn dgr cakap dia", "dia ni umno, bkn bole pecaya". Subhanallah..ceteknya akal mereka.

Sedar ataupun tdk, mereka sebenarnya telah meninggalkan ajaran bab 1 yg mereka pelajari diawal tarbiyah dulu; iaitu pemikiran berasaskan dalil dan hujah. Skrg mereka lbh terkurung dlm kepompong jemaah centric; menerima pakai apa yg diputuskan jemaah mereka shj wlaupun ada pendapat lain yg lbh kuat.

5. Menjauhi taksub kpd tokoh agama dan pimpinan

Taksub adalah perkara yg dilarang dlm islam krn sikap ini melahirkan insan2 yg ekstreme dan membekukan fikiran drp menerima pendapat drp ‘kumpulan lain’ dan hanya mengganggap ‘kumpulan mereka’ shj yg betul.

Jika yg taksub itu hanya kpd ilmu ulama atau ilmu tokoh agama tersebut..itu tdk mengapa. Taksub kpd ilmu boleh mendorong kita berusaha bersungguh2 menambah ilmu. Ini suatu perkara yg baik dan digalakkan. Malangnya apb ada manusia yg taksub kpd individu tertentu sehingga mengikut shj ajaran mereka tanpa cuba utk menganalisis kebenaran yg terkandung dlm ajaran itu.

Saya selalu tergelak apb teringat perbualan antara sy dgn seorg pimpinan kampus. Ketika itu kami sedang membincangkan tentang amalan sunnah dan bid’ah. Sy memberitahunya ttg suatu amalan masyarakat kita yg sy rskan tdk bertepatan dgn sunnah (tak perlu la diberitahu apa amalan tersebut; krn itu bkn fokus kita di sini). Sy cuba meyakinkannya dgn menyatakan larangan drp sahabat nabi (ibn mas’ud) tentang amalan itu. Jika kawan sy itu tak mahu menerima pendapat sy dgn alasan hujah sy itu tdk kuat..sy bole terima. Tetapi apa yg mengejutkan sy ialah kata2nya itu: “….itu larangan ibn mas’ud, kalau Qaradawi yg larang amalan ini baru sy percaya…”. Subhanallah, atas dasar apakah dia meletakkan martabat Qaradawi lbh tinggi drp martabat para sahabat spt ibn mas’ud!!! (dgn tdk bermaksud utk menghina Qaradawi, dia sememangnya seorg alim yg besar dan disegani). Tetapi inilah yg sy katakan taksub kpd tokoh agama sehingga menolak mentah2 hujah dan pendapat org yg tdk sealiran dgnnya.

Realitinya, tarbiyah yg disusun telah mghasilkan produk2 yg lbh tertarik kpd ulama2 yg berjihad n berpolitik (tidak la salah, ttp terlalu cenderung itu menimbulkan masalah), sehingga ramai yg tdk kenal dgn ulama atau tokoh2 yg kuat memperjuangkan sunnah. Boleh dikatakan semua ahli jemaah akan kenal ust Fathi Yakan, menyanjung tinggi hassan al banna, syed Qutb, Zainab al Ghazali dan lain2 tokoh terutama drp ikhwanul muslimin. Tetapi berapa kerat yg kenal dgn nama Nasiruddin al-bani, Muhammad Soleh Uthaimin, Abdul Aziz Abdullah bin Baz etc. Tgk la sendiri koleksi buku mereka, boleh dikatakan semua ahli akan mempunyai buku syarah usul 20, risalah ta’lim, bahtera penyelamat dan wabak sepanjang jalan. Cuba teliti siapa pengarang buku2 tersebut. Dgn demikian kita sudah dpt menilai ke arah mana pemikiran mereka. Tdklah salah, cumanya terlalu fokus kpd perkara2 sebegitu menyebabkan fikiran lebih terdorong kpd isu2 harakah dan politik shj.

Ni saya nk kongsi satu kes taksub; ada sorang ustaz tu..mungkin dia rs makam dia tinggi sehingga dia gelar ‘setan’ kat sorang pensyarah agama (atas sebab berbeza pendapat je pun). Bila dh tahap panggil setan, maknanya mmg btul2 benci dan bermusuh la kan. Bila dia gelar, anak-anak usrah yg belajar agama dgn dia ni pun ikut la setuju dgn panggilan setan tu. Maka gelaran setan tu pun cubalah dihebah dan dipopularkan shingga la sampai ke telinga saya ni. Haha..terukkan? sampai tahap tu pun derang tak leh nk nilai lg mana baik mana buruk. Secara adilnya bila saya tgk situasi kedua2 belah pihak, saya dapati org yg dipanggil setan tu lbh aktif dlm dakwah…aktif dlm forum dan seminar peringkat kebangsaan, idea dan pandangannya didengar oleh arus perdana rakyat Malaysia, ceramahnya dirakam dan dijual, bercakap ttg isu penting…ttg islam liberal, gerakan sunnah, penyelewengan kisah sahabat, ttg bid’ah, kesesatan tarikat dan bermacam2 lg. Sedang ustaz yg lancang mulut tu tak ke mana pun. Suara dakwahnya tak kedengaran pun dlm arus perdana rakyat Malaysia, entah beberapa kerat shj org yg mendgr idea2nya. Tapi begitulah realitinya, bab mengata org ni mmg lantang.

Ada juga org yg anggap pandangan pimpinan tu betul semuanya. Apabila pimpinan kata sesuatu, dlm diri mereka cuma ada satu; ‘kami dgr dan kami taat’. Haha..cam terminator lak. Betul ke ada org mcm tu ? ishk, tak pecaye la. Betul, pecaya la. Ni saya quote apa yg dia tulis ; "aku mengambil apa pimpinan sendiri lakukan..jika mereka masih tak redha dgn mamat tu, aku turut tak redha..". Camne? dh pecaya? Hebat btul la org yg berjaya tarbiyah dia ni sampai bole jd segini. Sampai bab redha tak redha pun masih lg nk bergantung pada orang lain. Takde pendirian sendiri ke?

Bila dah taksub...kita akan cuba mempertahankan kesalahan tokoh/pimpinan kita tu walaupun terpaksa menegakkan benang yg basah. Saya penah bgtau sorang brother ni ttg pimpinan telah buat kesalahan sekian sekian sekian… Maka brother ni pun cuba la sedaya upayanya mempertahankan tokoh yg dipujanya itu walaupun kesalahan itu mmg dh jelas. Ntah apa la yg digorengnya ketika itu, saya pun tak paham. Payah sgt ke dia nk kata "Ya, dia telah buat silap/salah, sebab dia juga manusia biasa..ttp itu tdklah menjejaskan ketokohannya sbg seorg pemimpin". Kata cam tu kan senang, tak yah la nk berdolak dalih, mengaku je la, baru gentleman.

6. Memasuki Islam melalui pintu depan

Islam hendaklah difahami melalui bab akidah. Inilah asas dan tunjang kpd agama ini. Begitu juga dalam berjemaah, kita mestilah menekankan bab akidah ini dgn jelas. Dgn kefahaman akidah yg jelas akan mewujudkan perpaduan dan menjauhkan perpecahan kerana adanya kesedaran bahawa kita adalah di atas satu agama dan akidah. Maka isu perbalahan antara kumpulan atau parti boleh dielakkan atau sekurang2nya dikecilkan.

Menjadi barah apb pimpinan terlalu menekankan hal politik, sehingga menjadikan dakwah hanya pd bhgn kulit atau beberapa bab dlm buku gerakan, sedang keseluruhan bab yg lain menceritakan ttg politik kepartian, ttg perfectnya jemaah mereka, tdk syumulnya jemaah org lain, dan ttg seruan menjatuhkan kerajaan; dgn alasan islam hanya akan dpt ditegakkan dgn merampas kerusi pemerintahan. Teorinya mungkin benar, mungkin juga tidak. Ikhwanul Muslimin dari dulu lagi berjuang utk merampas kerajaan Mesir, tp tak pernah sejarah mencatatkan mereka berjaya mendapatkan kerusi pemerintahan walaupun satu hari. Tak dinafikan kita lbh senang nk control environment apb ada kuasa.Cuma mungkin cara nk mendapatkan kuasa tu perlu diperhalusi lagi. Lagipun realiti skrg menampakkan cara sebegitu lbh menjurus kpd menimbulkan permusuhan dan perbalahan serta suburnya sikap asabiyah moden. Apa-apa pun, yg saya nk stress kan pd part ini ialah pentingnya kefahaman ttg akidah dan dakwah, jgn sampai kecenderungan terhadap politik mengaburi tindakan kita.

Sungguh melucukan apb ada ahli yg saban minggu mghadiri usrah2 yg membahaskan ttg hadis 40, risalah ta’lim, rukun bai’ah, dan topic2 mengenai cabaran dan halangan dlm dakwah sedang dia masih tdk arif ttg hukum-hakam solat fardhu. Cuba bayangkan seorg lelaki yg aktif dlm gerakan dakwah dan bercakap ttg bagaimana hendak membina khilafah islam ttp dlm masa yg sama dia tdk tahu bahawa perlunya dia mengqadha’ solat Subuh yg tertinggal krn oversleep. Huh, any coments?

7. Menjauhi prasangka dan hasad sesama Muslim

Seorg muslim bersaudara dgn muslim yg lain. Maka muslim wajib menjaga ikatan persaudaraan ini. Sedangkan kpd non-muslim pun kita kena berlaku adil dan berbaik2. Malang apb ada org yg membenci saudara seakidahnya sendiri disebabkan berlainan parti sedang dia boleh bertegur sapa dan tersengih2 apb berborak dgn non-muslim yg menganut akidah sesat. Hairan..di mana dia meletakkan neraca timbangan akalnya. Seolah2 dia langsung tak mampu berfikir benda yg simple ini.

Hadith: Once a young man from the Muhajiruun and a young man from the Ansaar quarreled. So the muhajirun called out for help stating: “Oo Muhajiruun!” And the ansaari said: “Oo Ansaar!” The Prophet heard this and said: ’’Is it with the call off jahiliyyah that you are calling out, and I am present amongst you!” (Bukhari)

Perkara ini juga berlaku sesame ahli jemaah. Suatu ketika mereka boleh bersangka baik antara satu sama lain, bekerja bersama, susah senang bersama…inilah yg mereka katakan ukhwah islamiyyah. Ye kot. Tp bila ada satu dua org yg tdk pergi program jemaah, tamrin atau sebagainya…maka prasangka mula timbul. Pelbagai andaian yg dibuat…tak commit, nk futur, bermasalah dari segi fikrah, lemah iman dan mcm2. Jurang mula dicipta atas hubungan yg dulunya rapat dan mesra. Dulunya sahabat, kini mungkin dlm kategori sahabat kelas dua. Haha..ada ke istilah camtu?

Adakah patut tamrin atau program jemaah djadikan kayu ukur atas keimanan seseorg? Apb seseorg itu patuh suruhan Tuhan dan tdk membuat maksiat secara nyata, maka kita anggapnya sbg org yg baik. Itulah neraca kita. Simple..kita berhukum dgn hukum Tuhan. Jgn la pula kita tambah ‘hukum2’ baru atas nama jemaah. Mungkin ‘hukum’ pertama yg dipelajari dlm jemaah ialah “sesiapa yg berbai’ah dgn jemaah kami, maka dia lebih baik drp muslim yg lain”. Dengan ini kebarangkalian dia ke syurga lbh cerah. Heh.

8. Berfikirlah dgn panduan ilmu

Tdk lama dulu heboh satu Malaysia (saya kecilkan skop kpd Malaysia shj) ttg isu karikatur nabi Muhammad. Pelbagai lukisan disiarkan. Satu penghinaan besar terhadap nabi yg kita cinta dan ikut sepanjang hidup. Maka ramailah drp kita yg membuat demonstrasi bantahan dan memboikot barangan2 tertentu. Api apb dituang dgn minyak mmg makin marak.

Sama-sama kita fikir. Adakah yg haram dihina itu sekadar para nabi shj?? Dgn itu selain drp nabi maka kita bebas utk mengutuk dan mghinanya?? Sekali lg ada org yg tak mampu nk fikir ttg hal ni. Maka dia pun dgn gembiranya melukis karikatur org yg dibencinya dgn pelbagai gaya dan sindiran. Kadang2 watak tu dibesarkan hidungnya, dikemekkan mukanya..melampau2 pulak tu. Kejap hidung tu bole jadi kapal laut, kejap jd kapal terbang, pas tu bole jd kereta kancil. Huh, kreatif sungguh. Tambah menyedihkan apb ada akhbar yg sanggup memberi ruang kpd org2 sebegini mempersembahkan lukisannya. Yang plg mengejutkan apb lukisan sebegitu dilelong atas nama jualan amal dan ada pula org bodoh yg sanggup menawarkan harga RM320 utk sekeping lukisan.

Jahil sgtkah diorang ni sehingga tak tahu apa hukum mengajuk/mghina ciptaan Tuhan. Tak kisah la dia tu hidung besar ke, muka kemek ke, kepala botak ke..dia ciptaan Tuhan. Haram bg kita mengajuk atau mghina atau mencemuh kelemahan yg ada pdnya. Kerana itu bermakna kita menghina karya Tuhan.

Kesian sungguh org2 ni, dia nmpak yg haram dhina itu cuma nabi. Maka apb org melukis karikatur nabi, dia pun sibuk berdemonstrasi membantah dgn penuh kemarahan, sedang dia lupa dia telah buat kesilapan yg sama.

9. Fokus kepada lapangan dakwah

Saya pernah join satu usrah ni. Excited la juga pd mulanya, sebab ni pertama kali saya usrah dgn group lain, dgn org2 dewasa...biasanya usrah dgn geng2 sendiri je. Maybe saya boleh dpt ilmu atau pengalaman baru dalam dakwah. Start usrah cam biasa la...berkenal-kenalan dulu. Pastu bukak la satu kitab, baca dua tiga muka surat, kemudian tanya komen atau pendapat ahli usrah ttg apa yg dibaca td. Ada la amik masa hampir setengah jam. Lepas tu langsung dia bukak topik politik, merancang strategi pilihanraya, bagaimana nk mendapatkan byk undi, kau jadi ajk tu, kau jd ajk ni...sampai la abes usrah. Camni rupanya cara depa berdakwah. Hmm..lain org lain cara.

Ada org yg dakwahnya lbh kepada nk menyeru org masuk jemaah. Benderanya mngibarkan lambang jemaah, warna jemaah. Sehingga bendera islam terlindung disebaliknya. Serulah org kpd Islam, letakkan kepentingan jemaah ditepi, focus kpd isi dakwah. Apb mereka menerima islam spt yg kita seru, apb mereka faham islam spt yg kita faham, apb mereka setuju dgn islam spt yg kita setuju, maka tdk menjadi syarat utk mereka menyertai kumpulan kita dan tdk menjadi kerisauan kpd kita ttg hal itu kerana matlamat utama dakwah telah pun berjaya.

10. Jangan mempergunakan islam demi kepentingan jemaah

Saya penah jd ajk/facilitator utk satu program. Maka dipanggil la bermesyuarat ttg isu2 dan topik2 yg akan dibentangkan dlm program tu. Sampai satu ketika, sorang brother ni kata sesuatu ttg dosa pahala masuk jemaah. Saya tak setuju dgn apa yg dia kata. Saya pun tanya la dia semula utk minta penjelasan; “adakah ni bermakna semua orang berdosa kerana tak join jemaah?” dan dia jawab “ya”. Takkan kot. Korang fikir la sendiri. Malas la nk explain benda2 ni. Suka-suki je kata org lain berdosa sebab tak join kumpulan dia.

Saya tak lah ikuti sgt perkembangan sorang tokoh ni, tp saya suka nk quote apa yg dia kata. Kata Said Ramadhan al-Buti: ‘...ada jemaah yg dtubuhkan atas nama islam tp dgn slogan utk smpai kpd kerusi pemerintahan. Jemaah yg spt ini, aku memuji Allah krn tdk pernah mnjadikan aku wlaupun satu hari bersama dgn mereka. Jemaah spt ini mereka akan memikirkan siang dan mlm bgaimana utk smpai kpd kerusi pemerintahan, dan mereka akan berkempen dgn mggunakan nama islam. Mereka ini demi mncapai matlamat sanggup berdolak dalih ttg islam...’

11. Tidak mewajibkan benda yg remah-temeh

Sebagai gerakan islam, tentu byk risalah yg nk dibawa. Dlm kesibukan berdakwah, jgn la pula menekankan ttg perkara2 kecil dan remeh-temeh. Kerana ini akan menambah beban yg sedia tak terpikul dan menyusahkan diri sendiri. Fokus la kpd perkara2 penting. Jgn pula sampai bertegas mewajibkan ahli menggunakan perkataan ana, anta, anti dlm membahasakan diri. Benda2 camtu sekadar pilihan. Sape2 nk buat, buat la. Kalau tak nak buat, takde sape berhak larang.

Ada org yg rs lbh mesra bila membahasakan diri dgn 'aku kau' shj. Beralih kpd ‘ana anta’ setelah sekian lama ber ‘aku kau’, tentu sj janggal. Lagipun kebanyakan org tdk mggunakan perkataan arab tu dlm kehidupan seharian. Mungkin org akan rs asing bila kita bercakap dgn perkataan ana anta. Jgn disebabkan nk bunyi arab, maka pd hari pertama lg kita dh menjuzukkan diri kita drp mad’u kita.

Pun begitu kadang2 perkataan ana anta ni nmpak lbh lembut. Saya bukanlah nk menentang penggunaannya, cuma tdk setuju bila ada usaha utk mewajibkannya. Buka la ruang yg lbh luas utk berbeza pandangan.

Mungkin saya bole sentuh sket psal baitul muslim dlm ruangan ni. Baitul muslim mmg bagus. Dia membantu kita mencari jodoh terutama bagi perempuan. Senang la sket dia nk cari calon yg soleh. Cuma jgn sampai mewajibkannya sehingga timbulnya pandangan serong kpd org yg cari pasangan luar dari kumpulan mereka. Jodoh ditgn Tuhan. Sejauh mana kita mampu campur tangan?

12. Jemaah Centric & Ummah Centric… fikir-fikirkanlah

Saya tdk lah menentang konsep jemaah centric secara keseluruhanya. Tetapi kelihatannya byk kesan negative yg timbul hasil drp fanatic terhadap jemaah masing2. Sudah tiba masanya kita meninjau lbh jauh konsep ummah centric. Mungkin byk perkara dlm konsep ummah centric tu bole diapply dlm jemaah.

Setiap tokoh ada sumbangannya. Sedikit ataupun banyak. Demikian ada kekurangannya. Setiap gerakan juga demikian. Di Malaysia kita ada berbagai-bagai jamaah dan harakah. Kesemuanya ada sumbangan tersendiri. Selagi mereka tidak ekstrim atau taksub kumpulan, mereka berfaedah dalam ruangan yang tersendiri. Jamaah-jamaah hanyalah alat. Boleh wujud ataupun tidak. Maka jgn la lg timbul isu jemaah ana lagi tua, jemaah ana lg syumul, jemaah ana lg bertarbiyyah atau jemaah ana lg professional. Sesungguhnya dgn demikian kita akan kalah kpd jemaah Arqam@Rufaqa kerana jemaah mereka ada imam Mahdi.

~ Sekian ~

p/s: saya bukanlah org yg plg betul dikalangan kamu. jika saya silap, bagi la komen.

9 comments:

Ilriady Al-Kalantani said...

selam elayka
1. cuba danialle fahamkan kembali ciri-ciri jemaah yang ideal then baru buat perbandingan.
2. fahamkan antara jamaah dan jam'iyyah.
Insya-Allah di sana akan memandu kita memahami secara teoritikal dan membantu kita mengambil sikap yang sebaiknya bagaimana kita perlu membawa diri bersama dengan jemaah yang sepatutnya kita pilih. Jangan lagi ada persoalan (bukan taksub). Tetapi jika ada keraguan (atau apa-apa yang bermain di fikiran) pada saat kemudiannya, bawalah berbincang dengan mereka yang tahu. Benar mengikuti perkembangan orang lain dapat meluaskan pengetahuan kita, tetapi kita kena ada asas. Ana suka cadangkan enta baca kembali buku syarah usul 20 keluaran pustaka fajar. Imam hasan Al_Banna dah letak asas yang baik untuk kita sebagai ahli gerakan. Al-Imam adalah disepakati sebagai mujtahid kurun ke 20. Kita dah faham bukan kedudukan mujtahid dalam pengambilan sumber hukum?

Cuma apa yang ana lihat ialah dalam jemaah sekarang ini ramai yang beremosi. Jarang benar mereka ini tersedar. Kalu tersedar pun agak terlambat untuk berbincang. jadi tidak payahlah kalu kita merasa kecewa dengan mereka. Sebaiknya kita kasihankan orang yang sebegini. Dan doakan mereka. Tarbiyyah jemaah juga akan menyedarkan mereka nanti.

Anonymous said...

cam pendapat astora jabat je...adik beradik ke??

danialle said...

err..kita tak nak la main tuduh menuduh plak kat cni. try to be matured ok? kita berbeza pandangan dengan mengemukakan hujah dan dalil. tak elok la mengata org tanpa hujah, yg tu jd berpecah tu.

kalau ye pun rs sy salah, bgtau la part mana yg salah. bole la sy check semula & perbetulkan mana yg patut.

Awan Badai said...

Awan setuju dengan Danial. Tahniah untuk artikel yang kritis dan kritik ini.

Walaupun saya ada pandangan berbeza tentang beberapa isu yang diketengahkan, tapi bagi saya kita memerlukan orang-orang seperti Akh Danialle dalam mana2 Jamaah sebagai check and balance. Tapi pastinya kena letakkan kepentingan Islam di depan. Bukan kebanggan individu atau mempertahankan kejumudan jamaah.

Tak semestinya semua kritikan saudara tepat, tapi pastinya tak semua salah.

InsyaALLAH, kalau ada kesempatan saya akan bagi komentar saya pula tentang artikel ni.

Untuk masa sekarang, waktu agak membataskan.

Teruskan usaha murni anda.

Wassalam

Akhukum fil Islam
Awan Badai

Bandaraya Safa said...

sila baca sebuah komentar berkaitan artikel ini di blog http://safa.blogdrive.com

Anonymous said...

ct ain upm....

menarik....cuma yang leh na katakan..apa jua hendak dilakukan tidak boleh berlebihan...

bagi na, bukan semua mcm tu...

salam

Hamba Allah said...

Islam itu mudah...serulah kepada semua...bersatu dan jlnkan tanggungjawab masing2....Amal ma'ruf nahi mungkar...setiap muslim itu bersaudara...nah klu semua bersatu dan berpegang teguh kpd al-quran dan sunnah mana munkin ada perpecahan...jika adapun pertelagahan kembalilah kpd al-Quran...ketepikanlah semua kepentingan duniawi (kuasa, status, darjat, wang ringgit, harta, ideologi, mazhab, bangsa, etc.)...InsyaAllah akan jumpa jln penyelesaiannya...Islam itu Perdamaian...so marilah kita berdamai, bersatu hati dan bekerjasama barulah segala masalah dpt diselesaikan mahu masalah dalaman mahupun luaran...Itu je la kot kesimpulan yang dpt saya nukilkan drp artikel saudara...yang penting sekali segala apa pun yg kita buat hendaklah bermula dgn niat yg betul dan hati yg ikhlas demi mendapat keredhaan Allah SWT...dan sesungguhnya segala yang baik itu dtgnya dr Allah SWT dan yg buruk itu itu jualah yg dtgnya dr saya....sekian.

Hamba Allah said...

Islam itu mudah...serulah kepada semua(muslim, kafir, munafik etc)...bersatu dan jlnkan tanggungjawab masing2....Amal ma'ruf nahi mungkar...setiap muslim itu bersaudara...nah klu semua bersatu dan berpegang teguh kpd al-quran dan sunnah mana munkin ada perpecahan...jika adapun pertelagahan kembalilah kpd al-Quran...ketepikanlah semua kepentingan duniawi (kuasa, status, darjat, wang ringgit, harta, ideologi, mazhab, bangsa, etc.)...InsyaAllah akan jumpa jln penyelesaiannya...Islam itu Perdamaian...so marilah kita berdamai, bersatu hati dan bekerjasama barulah segala masalah dpt diselesaikan baik masalah dalaman mahupun luaran...Itu je la kot kesimpulan yang dpt saya nukilkan drp artikel saudara...yang penting sekali segala apa pun yg kita buat hendaklah bermula dgn niat yg betul dan hati yg ikhlas demi mendapat keredhaan Allah SWT...dan sesungguhnya segala yang baik itu dtgnya dr Allah SWT dan yg buruk itu jualah yg dtgnya dr saya....sekian.

Anonymous said...

tulisan yang boleh tahan walaupun ada sedikit percanggahan dengan saya.berdasarkan contoh yg you bagi,watak2 yang terlibat sendiri macam x faham kehidupan sebagai ahli jemaah.so macam x brape fair nak judge jemaah berdasarkan watak2 di atas.mgkn individu itu yang bersalah.sememangnya bila sudah berbaiah,kita perlu mengadakan sedikit perbezaan antara kita dengan orang awam dengan kadar yang sepatutnya.kalau x mampu ikut semua,jangan tinggal semua.watak2 yg ada dalam you punye tulisan ni macam taksub sgt sebenarnya.2 je.ramai lagi ahli, ustaz dan pimpinan yang begitu berhikmah dalam perjuangan ini.politik dianggap sekadar wasilah.dakwah itu keutamaan.