Syeikh Ibn ‘Uthaimin r.h berkata:
Yang paling sempurna ialah mengerjakan solat tepat pd waktunya spt yg dtuntut syarak. Sebab itulah rasulullah saw ketika ditanya ttg amalan yg plg dicintai oleh Allah swt, baginda menjawab mengerjakan solat tepat pd waktunya. (rujuk hadis bukhari dan muslim)
Ramai antara kita yg menganggap solat isyak boleh dikerjakan sehingga menjelang waktu Subuh. Sebenarnya pendapat di atas tidak kuat dan setiap muslim hendaklah mengerjakan solat isyak sebelum tiba waktu tengah malam berdasarkan hadis nabi saw:
Maksudnya:
“Jika kamu mengerjakan solat subuh, kerjakanlah pd waktunya sehingga sebelum terbit matahari. Jika kamu mengerjakan solat zuhur, kerjakanlah pd waktunya sehingga sebelum tiba waktu asar. Jika kamu mengerjakan solat asar, kerjakanlah pd waktunya sehingga warna matahari berubah mnjadi kuning. Jika kamu mengerjakan solat maghrib, kerjakanlah tepat pd waktunya sehingga tenggelam warna merah diufuk. JIKA KAMU MENGERJAKAN SOLAT ISYAK, KERJAKANLAH TEPAT PADA WAKTUNYA SEHINGGA TIBA WAKTU TGH MALAM.” (riwayat muslim)
Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan waktu tamat bagi solat isyak ialah pada waktu tengah malam. Bila waktu tengah malam??
Katakan waktu malam berlangsung selama sepuluh jam; bermula pada jam 7.00 malam sehingga jam 5.00 pagi. Maknanya waktu tengah malam adalah pada lima jam yang pertama; iaitu pada pukul 12.00 tengah malam. Maka seharusnya muslim menunaikan solat isyak sebelum jam 12.00 tgh mlm dan tdk boleh lebih dari waktu itu.
Ini kerana hadis nabi saw jelas menunjukkan waktu solat Isyak ialah sehingga pertengahan malam sahaja. Adapun menunaikan solat Isyak selepas pertengahan malam dan sehingga menjelang Subuh HANYA DIIZINKAN JIKA ADA KEPERLUAN YANG MENDESAK ATAU KEADAAN DARURAT SAHAJA. Sangatlah berdosa bagi sesiapa yg sengaja melewatkan solat isyak melebihi waktu tgh malam; apatah lagi jika tiada alasan kukuh dan terlewat hanya kerana lalai melakukan aktiviti lain yg tdk berfaedah.
Apa yang pasti, solat isyak lebih baik dikerjakan pada sepertiga malam. Sesiapa yg mengerjakannya di awal waktu, tdk salah. Tetapi jika melewatkannya sedikit, itu lbh baik kerana digalakkan oleh rasulullah saw. (Rujuk Majmu’ al-Fatawa, Ibn Baz, jil. 10, m/s 386)
Ini kerana pada suatu mlm rasulullah terlambat mengerjakan solat isyak (pada 1/3 malam), lalu para sahabat berkata:
Maksudnya:
“Wahai rasulullah, kaum wanita dan kanak2 telah tertidur. Lalu rasulullah keluar dan mengerjakan solat bersama mereka. Baginda bersabda: Sesungguhnya inilah waktunya, kalau ia tdk menyusahkan umatku.” (riwayat bukhari dan muslim)
Pun begitu adalah tdk salah utk kita solat isyak di awal waktu kerana ia lebih ringan dan boleh menggalakkan org ramai berjamaah di masjid. Wallahua'lam.