Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
Hari ini kita melihat terlalu banyak kerosakan yang berlaku dalam masyarakat. Mungkin orang ramai sudah muak untuk membaca apabila kita menulis artikel mengenai kes-kes sebegini berulang kali. “Asyik-asyik cerita pasal rogol, ragut, rompak, dadah, rasuah…dah takde benda lain ke nak bincang?” Sebenarnya bukan masalah tiada isu untuk dibincangkan, tetapi memang itulah isunya. Selagi perkara-perkara yang merosakkan bangsa dan negara ini tidak diselesaikan, selagi itulah kita mesti terus menghangatkan perbincangan tentang isu ini agar semua pihak memandangnya secara serius.
Banyak orang yang boleh bercakap dan mengulas panjang tentang perkara ini. Tetapi amat sedikit orang yang betul-betul sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membanteras masalah ini. Janganlah sekadar bercakap, kita mestilah bergerak dan bekerja demi menanganinya agar penurunan kes-kes tersebut dapat dilihat dari masa ke semasa.
Hendaklah kita bersatu padu dan bekerjasama menjayakan usaha ini tanpa mengira pihak kerajaan atau pihak pembangkang dan bukannya saling menuding jari antara satu sama lain seperti mana yang pernah berlaku dalam ‘Debat Perdana TV1’ ketika membincangkan berkenaan penagihan dadah. Panel undangan saling menyerang satu sama lain sehingga mewujudkan suasana tegang. Malah ada panel yang bersikap tidak profesional sehingga menidakkan peranan pengerusi majlis. Lebih
Sepatutnya program sebegitu berakhir dengan satu kesimpulan atau resolusi yang dipersetujui oleh majoriti agar tindakan susulan dapat diambil dan penonton dapat keluar dari dewan atau menghabiskan tontonan melalui televisyen dengan satu fikiran dan matlamat yang sama terhadap penyelesaian masalah yang diperdebatkan. Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah sedangkan pada tahap perbincangan pun kita sudah bertelagah.
Inilah masalah yang mendukacitakan kita. Kita tidak akan berjaya mencegah masalah-masalah ini jika langkah-langkah pencegahan dan pemulihan tidak dilaksanakan dengan bijak, malah dirosakkan pula oleh unsur-unsur politik dan emosi. Dengan sikap sedemikian, entah apa jenis penyakit lagi yang bakal dihidapi masyarakat dan semakin lambatlah proses pemulihan kerosakan ini.
1 comment:
hm..kalu korang perasan byk uploaded video kegiatan2 'tak sihat' yg dilakukan oleh couple2 remaja/mrk yg blum pun berkahwin..contohnya kat taman2 bunga, even dlm kwsan univ sekalipun. mslahnye yg tukang amik video tu dia pegi menyorok balik tiang..n rakamkan aksi2 couple yg tak senonoh tu. dari awal smpaila selesai 'aktiviti' diorang. bkn nk tegah sbelum benda tu terjadi. then, pegi letak kat internet, semata2 nk malukan couple2 tersebut. kalu tgk balik, ape sbnrnye niat diorang dan mmg dh trang tang tang nmpak muke couple yg buat salah tu. itu ke namanya mencegah maksiat? kenapa tak cegah dr awl, kenapa hanya melihat dan membiarkan ianya berlaku. adakah dgn berbuat demikian, masyarakat akan bertambah insaf dan tdk akn berani lg utk melakukan apa yg dikatakan sbg aktiviti2 yg 'tdk sihat' itu?
mmg diorang bersalah, tp manusia mane yg tak pernah buat kesalahan..kalu dh letak kt internet ni..ia melibatkan bkn sahaja maruah couple yg terlibat, bahkan turut melibatkan maruah keluarga, sanak sedara couple tersebut. inikah yg kita mahukan? adakah layak kita nk menghukum mereka sedemikian rupa tanpa menggunakan saluran yg btul. sy rs tindakan memalukan couple tersebut, sedangkan kita tak berusaha utk mencegahnya dari awal adalah suatu yg silap bahkan kita mungkin bole dikatakan turut bersubahat dgn perbuatan terkutuk mrk. wallahu'alam..
Post a Comment