Sunday, February 04, 2007

Membaca Doa dlm Bahasa Melayu Ketika Solat

Doa di dalam solat asalnya ialah dengan bahasa Arab, Jumhur (kebanyakan) ulama tidak membenarkan doa dengan bahasa lain selain bahasa Arab di dalam solat. Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara doa yang ma'thur dan tidak ma'thur. Bagi doa yang ma'thur (sahih drp nabi) terdapat 3 pendapat di sisi mereka, yang paling kuat ialah harus berdoa dengan selain bahasa Arab bagi orang yang tidak mampu berbahasa Arab, dan tidak boleh bagi yang boleh berbahasa Arab. Jika yang boleh berbahasa Arab membaca dengan bahasa bukan Arab, maka batal solatnya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah pula berkata :

"Doa harus dengan bahasa Arab dan selain bahasa Arab. Allah swt mengetahui tujuan seseorang yang berdoa dan kehendaknya, walaupun dia tidak meluruskan lidahnya, kerana Allah swt mengetahui permohonan hambanya dalam berbagai bahasa dan berbagai hajat..." (Majmu' al-Fatawa : 22/488-489)

Wallahua'lam.

No comments: