Krisis Kualiti Hidup
Masyarakat kita sedang menghadapi krisis kualiti hidup dari semua aspek. Termasuklah aspek sosial, ekonomi, politik dan agama. Sedar dan akuilah perkara ini. Krisis ini berpunca daripada sikap sesetengah daripada kita yang berfikiran singkat dan tidak memandang jauh ke depan. Lihatlah sendiri, masyarakat kita masih leka melibatkan diri dgn aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan mengamalkan
Budaya berpeleseran sudah menjadi kebiasaan dikalangan remaja. Langsung tidak serius dengan perancangan masa depan. Seolah-olah hidup mereka akan dijamin oleh kerajaan. Padahal budaya lepak pernah suatu masa dahulu menjadi isu besar dalam negara. Mungkin silap kita menamakan aktiviti lepak ini sbg ‘budaya’ sehingga menjadi amalan hidup mereka. Lebih bermanfaat jika masa terluang itu digunakan untuk membaca. Sedarkah kita bahawa purata membaca tahunan masyarakat kita terlalu rendah. Ubahlah mentaliti kita yang merasa cukup dengan hanya membaca akhbar, komik, novel, majalah hiburan, majalah kereta atau majalah sukan.
Golongan dewasa yang bekeluarga pun tidak kurang ‘hebat’nya.
Budaya berhibur pula semakin menjadi-jadi dengan konsert-konsert hiburan yang mendapat galakan dan promosi meluas, sedang ceramah-ceramah agama semakin lesu dengan sekatan daripada bercakap hal-hal yag sensitif. Bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian semakin bertambah hasil ‘kejayaan’ rancangan realiti tv yang mana konsert hiburan inilah menjadi
Gejala-gejala yang disebut memberi impak buruk kepada masyarakat dan negara. Mungkin kita boleh berbangga dengan apa yang dikecap oleh negara secara zahirnya. Tetapi jika kita meneliti lebih dalam, kita akan mendapati banyak kelemahan dalam masyarakat yang seterusnya akan membantutkan proses kita membina tamadun yang lebih gemilang.
No comments:
Post a Comment