Saturday, February 03, 2007

Lebih Baik Daripada Khadam ??

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kpd suaminya Saidina Ali tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata:

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah
dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33x, bertahmid (Alhamdulillah) 33x, dan bertakbir (Allahuakbar) 34x. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

- Hadis ini menjadi dalil zikir boleh memberi kekuatan jasmani dan kekuatan kerohanian kepada insan -

Moral: Memasak dan membuat kerja rumah adalah tanggungjawab isteri...suami sekadar membantu =P


2 comments:

Anonymous said...

yeah.. of course that a true.. but ttp skang lady have many job.. takkan husband xbole turut membantu meringankan beban?? sekadar menolong iaitu melihat wifenye wat keje>> that are not fair.. but i know every women in this world can survive to be a wife in their family.. peace 4 islam..

danialle said...

saya sekadar mnyampaikan maksud hadis. of course it can be adjusted based on agreement and condition. islam is fix and flexible =)