Wednesday, March 21, 2007

Amalan Masyarakat Melayu: adakah mpunyai contoh drp nabi saw?

SEBELUM MEMBACA POSTING INI, PASTIKAN ANDA MEMBACA TERLEBIH DAHULU ARTIKEL DI ATAS: “Sikap Kita Apabila Berbicara Soal Bid’ah”

Posting ini sekadar menjawab pertanyaan saudara rafi ttg amalan bid’ah dlm masyarakat melayu berdasarkan posting dlm blog http://hananismail.wordpress.com/2007/02/07/amalan2-bidaah-dlm-masyarakat-melayu/#comment-7

Saya secara peribadinya SETUJU dgn apa yg ditulis oleh hanan itu. Tetapi sudah tentu kenyataan hanan ttg amalan bid’ah tanpa menyertakan dalil dan hujah akan menimbulkan kekeliruan dan tdk dpt meyakinkan pembaca ttg kebenaran tuduhan beliau itu.

Di sini sy nyatakan hujah2 dan dalil2 yg sy kumpul secara ringkas, sekadar menjawab persoalan yg ditanya. Maaf jika hujah yg sy kumpul ini tdk lengkap dan sy membuka kpd semua pembaca utk menampung kelemahan tersebut.

1) Berwirid dan berdoa beramai2 dgn suara nyaring pd tiap2 waktu solat

Berzikir atau berdoa dgn suara yg kuat boleh mengganggu makmun yg masih bersolat atau jemaah kedua yg baru memulakan solat.

Pengarang kitab at-Tazkirah iaitu al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan.

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Darimi tentang bantahan Ibn Mas'ud terhadap kumpulan yang berzikir berkumpulan

(terjemahannya): “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?”. Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat –alhamduliLah- melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah dia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali”. Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan in?”. Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tanganNya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan ?!!. Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya”. Sesungguhnya RasululLah s.a.w telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu”. Kemudian beliau pergi. Kata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan”.

2) Membaca qunut dalam solat subuh.

Permasalahan doa qunut subuh ini sudah dibahaskan oleh kebanyakna ulama hadith dan feqah.. kesimpulannya, buat pun sunnah tapi meninggalkannya lebih lagi dekat kepada sunnah.. Tapi yang menjadi bidaahnya ialah apabila menganggap ianya wajib dibaca setiap solat subuh..walhal nabi dan para sahabat tdk pernah sekali melakukan doa qunut dalam solat subuh.

Selain itu para ulama juga menyatakan bid’ahnya qunut shubuh yang dilakukan secara terus-menerus dengan hadits : Dari Sa’ad bin Abi Thariq Al Asja’i Radhiyallahuanhu, dia berkata, ‘Saya bertanya pada ayahku, “Wahai Ayah, sesungguhnya engkau telah shalat di belakang Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam, Abu Bakar, Usman, dan Ali, apakah mereka melakukan qunut di shalat shubuh?” Ayahnya berkata, “Wahai anakku, itu perkara yang diada-adakan". (Shahih Sunan Tirmidzi 330).

3) Azan 3 kali ketika solat jumaat

Pada zaman Nabi saw, Abu Bakr dan ‘Umar ra hanya ada satu azan, iaitu setelah imam duduk di atas mimbar.

Azan dua kali hanya dilakukan pada zaman Usman. Azan pertama dilakukan di atas Az-Zaura’ (rumah kedai) kerana pertambahan bilangan penduduk Madinah pada ketika itu menyebabkan jarak penempatan rumah semakin jauh. Melihat keadaan itu, Usman merasa perlu untuk mengadakan azan pertama sebagai pemberitahuan kepada orang ramai bahawa waktu solat telah hampir dan mereka boleh bersiap sedia untuk ke masjid. Berdasarkan alasan ini, maka azan Jumaat dua kali pada zaman Usman dilihat menepati kaedah: Ma La Yatim Al-Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib yang bermaksud: “Perkara yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib”.

Oleh kerana azan pada zaman Usman menepati kaedah syara’, maka ia tidak lagi termasuk dalam istilah bid’ah. Adapun azan Jumaat dua kali pada zaman ini yang dilihat tidak lagi menepati kaedah Ma La Yatim Al-Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib. Ini kerana semua kesulitan yang berlaku pada zaman Usman sudah terhapus, iaitu dengan terciptanya pelbagai teknologi dan kemudahan baru seperti alat pembesar suara, jam, telefon bimbit, siaran radio dan media massa lain yang boleh memberitahu hampirnya waktu solat dengan cepat dan mudah.

4) Puasa nisfu sya’ban

Diantara bid’ah yang biasa dilakukan oleh banyak orang ialah bid’ah mengadakan upacara peringatan malam Nisfu Sya’ban (tanggal 15 sya'ban), dan menghususkan pada hari tersebut dengan puasa tertentu, padahal tidak ada satupun dalil yang dapat dijadikan sandaran, ada hadits-hadits yang menerangkan tentang fadlilah malam tersebut, tetapi hadits-hadits tersebut dhoif, sehingga tidak dapat dijadikan landasan, adapun hadits-hadits yang berkenaan dengan sholat pada hari itu adalah maudlu /palsu. (Dikutip dari tulisan Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz Bin Baz, Mufti Saudi Arabia dalam Majmu’ Fatawa Samahat al-Shaykh ‘Abdul-‘Aziz ibn Baz, 2/882)

Sama sahaja ganjarannya berpuasa pada mana2 hari didalam bulan Sya'ban, tanpa menetapkan khusus pada 15 Sya'ban sahaja. Yang wujud didalam hadith adalah sunat berpuasa pada 3 hari pada setiap bulan, iaitu hari yang ke 13,14 dan 15.

5) Puasa khas pd 27 Rejab

Tidak ada hadith yang sahih tentang kelebihan puasa dalam bulan Rejab. Puasa padanya sama seperti puasa pada bulan-bulan yang lain.

Kata Ibn Taimiyyah : "Dan adapun puasa Rejab dengan khususnya, maka hadith tentangnya semuanya lemah bahkan ada yang palsu. Tidak dipegang oleh Ahli Ilmu sesuatupun daripadanya. Bukan dari hadith-hadith lemah yang diriwayatkan tentang kelebihannya. Bahkan kebanyakan adalah hadith-hadith palsu dan bohong."

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: ‘Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus’.

Syiekh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: ‘‘Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw, semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat ra kepada kita’’.

6) Mengadakan perayaan memperingati maulud nabi

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan apakah tarikh yang tepat bagi kelahiran Nabi saw. Sebahagian mengatakan hari tersebut adalah pada hari kedua, ada yang mengatakan hari kelapan, kesembilan, kesepuluh, kedua belas, ketujuh belas dan lain-lain dalam bulan Rabi'ul awal.

Saya tak berani komen ttg mengadakan perayaan maulidurrasul ini. Cuma yg perlu diingati ialah menyambut perayaan maulidurrasul itu bukan sekadar perarakan dan mengucapkan selawat kpd baginda saw shj, tetapi lebih drp itu..

Sila baca artikel ini:

http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=278

7) Membaca azan dan qamat diwaktu mayat diturunkan dari rumah atau ke dlm kubur.

Saya tdk jumpa dalil yg kuat. Tetapi seyakin sy, melaungkan azan semasa pengkebumian mayat tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8) Membaca talkin atas mayat di kuburan.

Ulama berbeza pendapat dlm hal ini. Ada ulama yg mengharuskan talkin selepas tanam dan ada ulama yg tdk setuju talkin selepas tanam.

Apa sekalipun, hendaklah diketahui bhw amalan talkin yang memang pasti dan diterima oleh semua pihak ialah talkin kepada orang yang HAMPIR mati. Ertinya orang yang sedang nazak. Ini sabit dengan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Talkinkan mayat kamu akan kalimah La ilaha illa Allah". (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Menurut Imam Nawawi, mayat dalam hadis ini ialah orang yang hampir mati. Oleh itu, amatlah elok jika seseorang yang makin kuat sakitnya sentiasa mengucap kalimah ini dan orang di sekelilingnya juga sentiasa mentalkinkan kalimah ini. Ini bertepatan dengan satu hadis yang lain yang bermaksud: "Sesiapa yang akhir kalamnya La ilaha illa Allah nescaya dia masuk syurga". (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

9) Duduk atas kubur

Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Sekiranya seseorang kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya dan menyentuh dan menghanguskan kulitnya, lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur”. (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’I, dan Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad)

Daripada Abu Marthad al-Ghanawi berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Jangan kamu sembahyang mengadap ke arah kubur, dan jangan kamu duduk di atasnya”. (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’I, al-Tirmizi)

Al-Mubarakfuri (w 1353) pula dalam Tuhfat al-Ahwazi, semasa menghuraikan hadis Abu Marthad al-Ghanawi mengatakan bahawa: “Hadis ini dalil yang menunjukkan haramnya duduk di atas kubur, dan inilah pendapat jumhur…dan ditegah segala sesuatu yang tidak terdapat panduannya daripada sunnah, dan sesungguhnya apa yang ditunjukkan oleh sunnah ialah menziarahi kubur dan berdoa disisinya secara berdiri”.

10) Membina binaan atas kubur

a) Terdapat orang yang berusaha dan membelanjakan wang yang banyak untuk menunjukkan bukti kasih sayang mereka terhadap ibu bapa mereka yang telah mati atau suami serta isteri yang meninggal dunia, ada diantara mereka mendirikan bangunan atau binaan dari batu mar-mar yang mahal lalu mereka menganggap bahawa itu bukti kasih sayang mereka.

Padahal binaan yang mereka dirikan itu tidak memberi sebarang erti kepada orang yang telah mati, ia bukan sahaja suatu perbuatan sia-sia yang membazir, malah perbuatan itu dianggap oleh islam sebagai perbuatan jahiliyyah.

b) Menanam pokok di atas kubur bukan dari sunnah Nabi saw. Yang ada hanyalah menandakannya dengan batu (kita panggil batu nesan).

Menandakan kubur dengan batu adalah daripada sunnah. Sepertimana yang dilakukan oleh Nabi saw ketika baginda menanda kubur saudara susuan baginda 'Uthman bin Maz'uun.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum menulis nama di batu nesan. Sebahagian membenarkannya, manakala sebahagian yang lain melarangnya.

Syeikh Ibn Uthaimin menakalkan perkataan al-Syeikh al-Sa'di : "Yang dimaksudkan dengan tulisan (yang dilarang) adalah yang dilakukan di zaman Jahiliyyah yang mengandungi pujian, pengagungan dan inilah yang dilarang. Adapun (yang ditulis) dalam kadar untuk memberi tahu, maka ia tidak dimakruhkan."

11) Membina masjid di atas kubur

Tidak boleh sholat ke arah kuburan.

  • Dalil dari AlQur’an :

“Maka arahkan wajahmu ke Al-Masjidil Haram yaitu menghadaplah ke Ka’bah”.

  • Dalil dari sunnah :

Daripada Abu Marthad al-Ghanawi berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Jangan kamu sembahyang mengadap ke arah kubur, dan jangan kamu duduk di atasnya”. (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’I, al-Tirmizi)

12) Menghadiah al-fatihah ke atas org yg telah mati

Para ulama berbeza pendapat tentang sampai ataupun tidak pahala bacaaan al-Quran kepada mayat. al-Imam al-Syafie berpendapat TIDAK SAMPAI. Manakala sebahagian yang lain mengatakan SAMPAI.

Yang lebih utama dalam masalah sebegini ialah dengan cara kita mengamalkan perkara yang telah dicontohkan oleh Nabi saw iaitulah dengan kita mendoakan untuk jenazah memperolehi kebaikan dan diampunkan oleh Allah swt dosa-dosanya.

Sepakat semua para ulama mendoakan jenazah memberi manfaat kepadanya. Tidak terdapat contoh dari Nabi saw dan para sahabat mensedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada jenazah, jika ia suatu yang baik sudah tentang mereka akan mendahului kita dalam melakukannya.

Antara kesalahan lain ialah mengamalkan membaca yasin dikuburan. Adapun kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Quran. Ziarah kubur dibenarkan bertujuan mengingatkan seseorang kepada kematian. Yang diajarkan oleh Nabi saw kepada kita ialah mendoakan dan meminta ampun dari ALLAH swt untuk ahli kubur seperti hadith-hadith yang warid dari baginda.

13) Mengangkat suara di hadapan mayat spt membaca al-quran (yasin) di sisi org yg telah mati, berzikir dan lain2.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam al-Ikhtiyaraat berkata :

"Adapun membaca (Yasin) selepas kematiannya (mayat) adalah bid'ah, berbeza dengan membacanya kepada orang yang hampir mati, kerana sesungguhnya ia disunatkan dengan Yasin."

Membaca yasin memudahkan keluarnya roh dari jasad. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata :

"Hadith ini (bacalah Yasin kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu) adalah hadith lemah, padanya ada sesuatu kelemahan. Tempat bacaaan (surah Yasin) jika sahih hadith tersebut ialah untuk orang yang telah nazak. Sebahagian ulama berkata : Padanya (surah Yasin) ada faedah, iaitu memudahkan ruh keluar, kerana di dalamnya (surah Yasin) Allah berfirman (maksudnya) : "Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga, lalu dia berkata alangkah baik kaum aku mengetahuinya, dengan pengampunan tuhanku kepadaku dan Dia menjadikan aku dari kalangan orang-orang dimuliakan." Maka surah Yasin dibaca kepada orang yang sakit hampir mati, jika sahih hadith ini. Adapun baca (surah Yasin) di kuburan maka tidak ada asal baginya." (Fatawa Ibn Uthaimin 17/74)

Kalaupun yasin hendak dibaca kpd org yg sedang nazak, ia mestilah memenuhi sekurang2nya tiga syarat ini:

1. Tidak mengganggu Talkin Syahadah
2. Tidak dilakukan berjamaah
3. Hendaklah dibaca dengan Tartil

14) Upacara tahlil arwah

Walaupun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ??

15) Kenduri arwah

Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, Fiqh Manhaji yang berbunyi; “Daripada bidaah yang dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan (kita panggil kenduri arwah) dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan yang memakannya” (jil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

16) Memakai tangkal atau azimat

Maksud hadis: “Sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah (tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya” (HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154)

Maksud hadis: “Sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.” (HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156)

Maksud hadis: “Sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik.” (HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530)

Penjelasan:

1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa'at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat.

2. Firman Allah: “Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya.” (maksud ayat Surah Yunus:107)

Segolongan fuqaha' mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur'an.

Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara:

i. ianya berbentuk ayat alQur'an
ii. dengan bahasa Arab
iii. i'tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua.

Rumusan:

1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al-Azhar)

2. Tangkal dan azimat yang diperbuat SELAIN ayat alQuran tidak dibolehkan (fatwa Ibn Hajar)

17) Menambah perkataan “saidina” dalam selawat ke atas nabi SAW.

Lafaz bacaan Tasyahhud DI DALAM SOLAT adalah perkara Tauqifiyyah (menerima tanpa bertanyakan sebab). Kita mengambilnya dari Nabi s.a.w. kesemua lafaz Tasyahhud yang diajar oleh nabi tidak ada penambahan Sayyidina. Maka sudah tentu mengamalkan apa yang diajarkan oleh Nabi dan berpada dengan apa yang datang dari baginda adalah sifat yang perlu ada bagi setiap Muslim.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dlam fatwanya di atas menyebut, secara ringkasnya :

1- Lafaz selawat yang didapati dari Nabi s.a.w. tidak menyebut Sayyidina.
2- Bentuk selawat yang datang dari Nabi adalah sebaik-baik bentuk dan lebih utama untuk diikuti. Tidak didapati adanya penambahan Sayyidina
3- Selawat DI LUAR SOLAT boleh ditambah dengan Sayyidina.

18) Menyapu tengkuk di kala berwuduk.

Menurut ulama Mazhab Syafi'i, tidak sunat menyapu tengkuk kerana tidak terdapat nas yang thabit mengenainya. Imam Nawawi pula berkata ia adalah bid'ah. Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Al-Muhadzdzab: Hadith "mengusap leher" itu maudhu'.

Wallahu’alam...

p/s: diharap posting ini tdk menjadi 'panas' dan tdk ada perdebatan yg tdk ilmiah dan tdk beradab dilontarkan.

5 comments:

amnah my. said...

salam.

ingin bertanya..
berkenaan doa qunut dalam solat subuh tu, macam mana plak boleh adanye hukum sunat ab'ad untuk doa qunut jika ianya bid'ah?
jika tahu harap dapat dikongsi.. syukran..

amnah my. said...

tertinggal sikit..
dan perlu diganti dengan sujud sahwi jika tertinggal.. adakah sujud sahwi tu bid'ah jugak?

danialle said...

pertama skali sy nk bgtau; sy bknlah ustaz utk berbahas ttg hukum-hakam. jd apb ada org tanya sy soalan ttg hukum..satu ketakutan yg amat utk menjawab soalan sebegitu. sy akan bertanggungjwb dihadapan Tuhan terhadap apa yg sy cakap dan tulis. sy sekadar menjawab dlm lingkungan ilmu sy shj. rujuklah org yg lbh alim ttg bab agama.

spt yg sy tulis, sy tak suka utk bercakap soal bid'ah. dan sy tdk pernah kata qunut subuh itu bid'ah.

qunut subuh ini adalah masalah khilafiah yg mana melibatkan pendapat mana yg lbh rajih (tepat). Ia bukan persoalan bid'ah.

dlm mazhab Syafie, disunnahkan mbaca qunut subuh dgn sunnah yang dipanggil ab'adh (ini adalah ijtihad imam syafie berdasarkan hadis).

jadi, ini bkn perkara bid'ah kerana wujudnya sandaran dalil dan hujjah. cumanya, pada penelitian sy yg daif ini, hujah dan sandaran hadis ttg sunatnya qunut subuh itu lemah. dan hujah pihak yg mengatakan nabi tdk qunut subuh itu lbh kuat.

itulah pendapat yg sy pilih. setiap org mempunyai keupayaan menilai dan membanding2kan hujah. beramal lah mengikut sandaran dalil yg dirasakan lbh kuat.

tp jika solat berjemaah, kita hendaklah mengikut imam. kalau imam qunut, kita kena lah qunut. begitulah sebaliknya.

sy syorkan saudari membaca perbahasan panjang dlm al-ahkam.net mengenai persoalan qunut subuh ini. cuba teliti kekuatan hadis ttg qunut subuh ini.

tp jika saudari sibuk dan xde ms(sy rs saudari ni amik medic), berpegang shj lah dgn mana2 pendapat yg saudari yakini buat masa skg. wallahu'alam..

danialle said...

sujud sahwi bkn bid'ah. ada hadis yg sahih ttg hal ini. dan rsnya xde khilaf ttg sujud sahwi ni.

Seorang sahabat bernama Zulyadain pernah menegur nabi saw yg solat 2 rakaat pd solat yg sepatutnya 4 rakaat (sedangkan baginda tdk musafir). Zulyadain bertanya: “Adakah solat itu diqasarkan atau engkau lupa ya rasulullah?”. Kemudian nabi meminta kepastian drp Zulyadain dan sahabat2 lain. Setelah pasti, nabi bangkit dan tambah 2 rakaat lg. Slps memberi salam, baginda sujud 2 kali (sujud sahwi). (HR Bukhari)

kesimpulan hadis:
1.solat tdk diqasar melainkan ketika musafir.
2.seorg nabi juga berkemungkinan utk lupa.
3.seorang imam boleh menerima pakai pendapat org lain apb dia syak
4.boleh tambah bilangan solat yg terkurang wlaupun telah mberi salam dan bercakap.
5.tiada ada satu hadis pun yg meriwayatkan bacaan khusus ketika sujud sahwi. Oleh itu, para ulama hadis mengatakan bacaan sujud sahwi ialah bacaan yg dibaca nabi saw ketika sujud biasa.

Fatwa dari al-Lajnah al-Daaimah menyatakan bahawa :

"Mereka yang melakukan sujud Sahwi dan sujud Tilaawah, hendaklah membaca yang sama seperti bacaan didalam sujud solat : Subhana Rabbiy al-'ala (Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi). Apa yang diperlukan adalah membaca sekali, atau menyempurnakan dengan bacaan 3 kali. Adalah mustahab berdo'a ketika sujud dengan do'a yang disyara'kan" [Fataawa al-Lajnah al-Daaimah, 6/443]

Mengenai bacaan : "Subhana man layanamu wala-yashu"..Ulama mengatakan tidak ada dalil sahih mengenainya. Menurut al-Hafiz ibn Hajar didalam al-Talkhis (2/12) bahawa dia tidak berjumpa asalnya bacaan itu.

Diantara dalil lain sujud sahw :- Dari Abu Saed al-Khudr ra. berkata, telah bersabda Nabi:

"Jika seseorang mempunyai syak ketika solat dan dia tidak ingat akan berapa rakaat dia telah solat, samada 3 atau 4, maka di hentikan syaknya dengan bersolat apa yang dia yakin (rakaat yang kurang) dan kemudian melakukan 2 sujud sebelum salam. Jika didapati dia telah melakukan 5 rakaat, maka 2 sujud menjadikan ianya sama. Jika dia mencukupkan 4 rakaat, kemungkinan mereka disilapkan oleh syaitan" [Riwayat Muslim didalam al-Masaajid, 1/400, Abu Daud 1/1034, Ibn Maajah 1/1210, etc].

sujud sahwi sepatutnya dilakukan sblm atau slps salam?
Jika kelupaan itu disedari sebelum kita beri salam, maka sujud sahwi dilakukan sebelum salam. Jika kelupaan itu disedari sesudah beri salam, maka kita hendaklah sujud sahwi selepas salam.

wallahua'lam..

amnah my. said...

salam..

terima kasih atas jawapan yang panjang lebar.. saya bertanya adalah sebagai respon daripada entry awak ni. Rasenye ari tu ade tersalah faham sikit pasal doa qunut ni. Lagipun ari tu bace dengan agak laju. Bile bace balik barulah faham ape yg cube disampaikan.

saya juga tak nak pening2 kan kepala pasal perkara bid'ah ni. cume kekadang kita terpengaruh dengan masyarakat sekeliling kita yg mengamalkan perkara tu.. so, insan yg kecetekan ilmu ni mudah jela mentaqlid bahwa amalan tersebut wajib dilakukan.. lagipun saya rasa banyak je lagi amalan lain yg confirm bukan bid'ah yg boleh dilakukan.. bersama memperbanyakkan amal..