Kesilapan ketiga: Terlalu cepat menghukum
Setiap perkara mempunyai ilah ataupun sebab larangan atau sebab pengharamannya. Contohnya larangan isbal (melabuhkan pakaian melebihi buku lali bagi lelaki);
"Apa yang di bawah kedua mata kaki berupa sarung (kain), maka tempatnya di neraka." (HR Bukhari)
Imam Nawawi ra berkata bahawa yg diharamkan di dalam hadis ialah jika melabuhkannya beserta dengan perasaan sombong dan takabbur. Maknanya sebab pengharaman itu hanyalah jika ada bersamanya perasaan takabbur. Jika tidak ada, maka tidak mengapa. Begitu juga halnya dalam hadis yg satu lg ni;
"Ubahlah (warnakanlah) rambut putih, dan jauhilah ia dari warna hitam." (HR Muslim)
Sebahagian ulama mengatakan ilah/sebab larangan tersebut ialah kerana adanya unsur penipuan, spt seorang tua yg mewarnakan rambutnya supaya orang ramai menganggapnya masih muda. Maka tdk mengapa bagi org muda mewarnakan rambutnya kpd warna hitam kerana unsur penipuan itu tdk ada.
Jika kita byk melihat kpd ilah/sebab ketika berbicara ttg hukum-hakam, maka mengapa kita juga tdk mengambil kira ttg ilah/sebab ini ketika berhubung dgn manusia? Setiap org yg melakukan kesalahan dan kesilapan tentunya mempunyai alasannya yg tersendiri. Jarang ada org yg sengaja melakukan kesilapan tanpa ada dorongan lain yg medesaknya melakukan perbuatan tersebut.
Perkara ilah ataupun sebab inilah yg mesti kita teliti dgn baik sebelum bertindak ataupun sebelum mengata seseorang. Tidak semua org yg melakukan kejahatan itu jahat.
Malangnya ramai antara kita yg terlalu cepat melatah; marah, menghina, mengejek dan menghukum mana2 org yg dilihatnya melakukan kesilapan. Sedang belum pun diselidiki punca kesalahan itu dan belum pun didekati dan dinasihati org2 tersebut.
No comments:
Post a Comment