Friday, March 30, 2007

EUPHONIOUS 2007: Reloaded

Assalamu’alaikum wbt..

Pertama skali, sy harap kita berbincang hal ini dgn ruh kasih sayang dan saling igt bhw kita brsaudara atas nama islam. Harapnya jgn ada sifat benci mbenci dlm kita berdiskusi.

Sy kira ramai yg tdk dpt menangkap intonasi dan nada sy ketika menulis artikel itu. Mgkin itu kelemahan sy yg perlu sy improve dims akan dtg. Rsnya ramai pmbaca menyangka sy menulis dgn nada marah, benci dan sikap ingin bermusuh. Anda silap. Cubalah bc sekali lg artikel tu dgn tenang. Sy menulisnya dgn niat utk menegur apa yg sy rskan salah dan dgn nada bersederhana tanpa ada rs benci. Malah ada juga kawan2 sy yg menjadi ahli band sendiri. Sy tdk membencinya dan sy tdk membenci yg lain juga. Sy hanya mnyampaikan pandangn peribadi dan diruang peribadi juga. Dan sy cuba elak dr mggunakan tanda seruan dan bold letter dlm berbahasa, supaya nanti tiada yg anggap sy berkasar dlm menyampaikan mesej.

Mengenai gmbar grp excuse me itu, mmg sy tdk bercadang utk mengekalkannya. Sy mgharapkan dgn gambar itu gambaran kita mnjd lbh jelas. Dan supaya pihak2 tertentu sedar bhw pakaian sedemikian bkn berkisar dlm ruangan sopan atau tdk sopan je, ttp disana ada hukum khas mengenainya di dlm al-quran.

Ambillah isi dan kaedah dlm tulisan sy itu. Cuba aplikasikan kaedah itu dlm apa2 event skalipun. Wlaupun tajuk post ini euphonious, tp motif sy ialah menyampaikan isinya utk diambil manfaat, bkn sekadar khas utk event eupho ni shj. Ambil lah kaedah dan pengajaran drpnya. Psal sure heboh tu, dh byk dibincangkan dlm laman web agama yg lain. yang diharamkn adalah konsertnya shj, aktiviti jualan dan pameran lain dibenarkan.

Spt yg telah diberitahu, fokus sy lbh kpd menyatakan kaedah bgaimana sesuatu hukum tu berlaku. Bermula dari percampuran tmpt duduk laki n pmpuan, suasana yg melalaikan dan boleh menimbulkan fitnah, pakaian serta gaya ahli band yg tdk ‘sopan’ dan seterusnya saya menyimpulkan secara keseluruhan. Saya sekadar menulis berdasarkan apa yg saya lihat.

Ditegaskan skali lg, motif sy ialah utk membetulkan apa yg salah. Jika anda yakin dgn apa yg sy beritahu, maka cubalah perbetulkan event tu mana yg patut. Jika rasa hujah sy tu xbtol dan xboleh pkai, maka ignore shj lah. Dan xperlulah singgah diblog ini, kerana ia tdk lbh drp menyakitkan hati dan menimbulkan permusuhan shj. Jika tdk, berilah hujah yg lbh baik ataupun pembetulan dlm ruangan komen. Kemudian terpulang kpd pembaca yg lain utk memilih pendapat yg mereka senangi.

Terima kasih kpd sume yg mnegur, mana salah silap dlm menulis tu sy terima dan akan diperbetulkan jika benar2 salah. Ada juga yg tegur sy tak memberi salam dlm artikel. Ok, sy trima teguran tu. Tp sekurang2nya sy telah memulakan post yg pertama (topic introduction) dgn lafaz salam. Dan sy harap lafaz itu merangkumi semua post2 yg terkemudian. Btw, thanks for ur advice.

Sememangnya sy berharap utk reply semua prtanyaan dan komen. Tetapi ramai antara kita yg mggunakan bahasa yg kurang sopan; mnyebabkan sy xde mood nk reply. Kalau kita ikhlas nk cari kebenaran, maka berilah komen/pandangan secara baik dan sama2 bersedia menerima teguran dan memperbetulkan mana yg salah. Sy pun tdk harapkan sy mampu hasilkan satu tulisn spt al-quran yg tiada cacat cela. Mana yg baik dan dirasakan betul, maka ambil lah pengajaran drpnya. Mana yg salah tegurlah secara berhikmah. Kita tak nak jd org yg bodoh sombong, dh tahu kebenaran, tetapi still tak nak ikut.

Ramai lg kawan2 kita yg asalnya dari aliran agama atau ‘ustaz2’ kita yg mampu beri pandangan yg lbh baik. Sy menulis kerana sy rasa perlu utk sy initiate isu ni supaya dibincangkn dgn lbh serius dan tdk lg dianggap remeh. Hasilnya lihat la skrg, sudah ramai pemikir2 yg mengeluarkan pendapat dan tiada lagi kata2 drp org yg pendek akal spt "apa yg haramnya eupho ni, xde org berzina pun". Cumanya, dlm berbicara bab hukum, hendaklah kita meletakkan quran dan hadis sbg sumber rujukan yg plg utama, dan bknnya mengandai secara logik shj.

Akhir skali, sy bkn bertujuan utk menghentikan eupho, tetapi lebih mgharap supaya committee eupho mengawal suasana nya dgn lbh baik. Sememangnya kita semua perlukan hiburan, sy tak nafikannya. Selepas ini, kalau boleh tak nak la dgr committee kata, ‘‘kami dh suruh mereka pkai sopan, tetapi mereka yg tak nak ikut peraturan’’. Pihak committee mestilah bertegas untuk memastikan peraturan itu dipatuhi. Jangan lah meletakkan peraturan berpakaian sopan itu sekadar utk menghalalkan event ini, tetapi tdk pun dikuatkuasakan. Cuba lihat semula perenggan terakhir artikel saya yang lpas, iaitu apa yg seharusnya dikawal dlm sesuatu event. Perbetulkanlah mana yg patut. Jika pada mlm final nanti anda dapat penuhi kesemua tuntutan itu, maka tak perlu la risaukan artikel ini, kerana pada masa itu artikel ini sudah tdk relevan lagi.

Thursday, March 29, 2007

EUPHONIOUS 2007

Sebelum anda pergi ke EUPHONIOUS 2007, pastikan anda membaca tulisan ini dan fahamkan segala contentnya terlebih dahulu. Tulisan ini agak panjang, minta bersabar dan mghabiskan pembacaan anda.

Tulisan ini adalah mesej peribadi dan tdk mewakili mana2 badan ataupun organisasi. Saya sekadar mnyampaikan nasihat yg benar.

Tulisan ini adalah utk mereka yg bertuhankan Allah swt dan bernabikan Nabi Muhammad saw sahaja. Kerana hujah2 yg disertakan adalah bersumberkan al-Quran dan hadis.

INTRO...

Jika anda ikuti perkembangan kampus skrg ini; anda akan dapati ada satu isu yg sedang hangat diperkatakan. Sgt menarik apb pada satu isu ini ada dua pihak berbeza sibuk berkempen mengenainya. Satu pihak berkempen utk menjayakan program tersebut sementara satu pihak lg berkempen utk memboikotnya. Band competition kali ini atau lbh dikenali dgn nama EUPHONIOUS 2007 telah menjadi tarikan utama penghuni kampus, lebih2 lg apb tarikh finalnya semakin hampir.

Competition sebegini sememangnya telah lama ditunggu2 oleh kbanyakan students; sama ada utk menunjukkan skill masing2 atau sekadar datang utk berhibur. Tambahan pula ianya dianjurkan hanya setahun sekali.

Sememangnya fitrah manusia suka berhibur dan berseronok, mndgr lagu dan nyanyian, melihat tarian dan persembahan. Islam sbg satu agama yg memahami fitrah manusia tdk rigid dlm hal ini. Cumanya Islam menetapkan batas2 tertentu dlm berhibur agar umatnya menjadi terkawal dan berdisiplin.

Saya sendiri tdk pasti sudah berapa tahun usia EUPHONIOUS skrg ini. Mungkin disebabkan sy kurang ambil perhatian atau mungkin kerana EUPHONIOUS yg lpas2 kurang mendapat publisiti. Apb ada pihak yg menentang band competition ini, sy mula tertanya2; ada apa dgn EUPHONIOUS? Apa yg haramnya? Salahkah sekadar menyanyi dan berhibur? Utk membunuh persoalan2 yg galak bermain dibenak sy ini, sy cuba melihat sendiri klip rakaman EUPHONIOUS peringkat saringan (EUPHONIOUS PRELIMS) yg di’share’kan di BCDC++. Mungkin anda telah mendahului sy dlm hal ini. Jika belum, lihatlah klipnya…dan lihat skali klip final EUPHONIOUS pd tahun lpas.

ADA APA DENGAN EUPHONIOUS?

Apb menyaksikan persembahan dlm rakaman itu, sy tersenyum sendiri. Ntah apa lah yg diperdebatkan dlm forum Kampung 5. Isu sebegini tdk sepatutnya diperdebatkan. Ini perkara simple dan hukumnya pun telah jelas. Tdk perlu kpd perbincangan scr panjang lebar.

Sy kira kesemua kita yg berada di sini dianugerahkan IQ yg tinggi dan mempunyai pengetahuan agama yg memuaskan. Sy yakin kbanyakan kita tdklah terlalu jahil sehingga tdk mengetahui hukum yg telah jelas. Sy bercakap berdasarkan suasana dlm dewan pd mlm final tahun lpas dan gaya ahli band yg beraksi dlm preliminary round utk kali ini. Sebelum itu, sy suka utk bertanya kpd semua pembaca:

1) Apa hukum perempuan menyanyi di atas pentas dlm keadaan memakai pakaian yg ketat dan seksi?? Mempamerkan diri/menari/berjoget dihadapan audience yg kbanyakannya terdiri drp lelaki.

2) Apa hukum laki2 dan perempuan berkumpul di satu tempat gelap yg terdedah kpd percampuran dan pergaulan bebas??

Saya tdk akan memberitahu apa jwpn bg dua persoalan itu; kerana ia bukan masalah anda tdk tahu jwpnnya, tapi masalah anda tdk mahu tahu atau sengaja tdk mahu ambil peduli mengenainya. Dr Yusuf al-Qaradhawi telah pun menggariskan panduan yg mengharuskan muzik dan nyanyian, antaranya ialah:

1) Persembahan hendaklah dlm bentuk sopan. Ia tidak membabitkan pergerakan memberangsangkan nafsu dan melalaikan.

2) Tdk membabitkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, tidak diadakan di tempat yang boleh mendatangkan fitnah, tidak diadakan di tempat yg gelap atau separuh gelap yg boleh memberi ruang kpd manusia melakukan maksiat.

Pada pemerhatian sy, secara jujurnya sy melihat EUPHONIOUS tdk menepati garis panduan tersebut, malah jauh skali. Anda sendiri boleh menilainya. Saya meletakkan diri sy dlm keadaan neutral dan cuba bersikap terbuka utk bersetuju dgn aktiviti ini. Tetapi sy tdk mampu. Ianya jelas bertentangan dgn syariat. Lihatlah sendiri persembahan mereka. Dan lihat pula hadis di bawah ini..

Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, (1) golongan memegang cemeti yang digunakan bagi memukul manusia (penguasa yang kejam) dan (2) golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (HR Muslim (no. 2128), dari Abu Hurairah ra).

Banyak group2 yg mempunyai ahli dan vokalis perempuan yg beraksi manja di atas pentas. Siapakah yg berani mengatakan perbuatan ini halal? Tambahan pula, malam final nanti akan bermula jam 8 malam. Jangan ada yg 'melalak', bersorak, bertepuk tgn, dan menari2 ketika azan Isyak dilaungkan pula. Takut nanti panggilan solat akan hanya tenggelam dlm ketukan drum dan petikan gitar sahaja. Dan adalah tdk patut bagi seorang yg mengaku sbg muslim tetapi mendahulukan hiburan keduniaan lebih drp kefardhuan menunaikan solat Isyak. Di situ kita sudah dapat lihat ke mana hala tuju euphonius ini. Hiburan yg membangunkan jiwa atau hiburan yg melalaikan? Anda sendiri ada jawapannya.

HELAH TIDAK DAPAT MERUBAH HAKIKAT

Dalam hidup ini, ada dua perkara yg kita mesti sentiasa fikir; iaitu halal dan haram. Dlm apa jua perbuatan, percakapan dan penulisan, kita tdk boleh lari dari lingkungan dua perkara ini. Sama ada ia halal ataupun ia haram; dan tdk mgkn boleh bercampur antara keduanya. Kerana Islam itu agama yg suci dan ia tdk membenarkan kesuciannya dikotori. Oleh itu, hendaklah kita faham bhw sedikit keharaman yg wujud dlm sesuatu aktiviti yg halal sudah cukup utk mengharamkan keseluruhan aktiviti tersebut (kecuali perkara2 yg dikategori sbg darurat dan tdk dpt dielakkan).

Mungkin ramai yg tdk bersetuju dgn artikel ini. “Apa salahnya berhibur?”, “Takkan la nk study sepanjang masa, kena la jugak lpaskan stress”, “euphonious ni sekadar tempat utk kita mencungkil bakat2 pelajar”. Ya, berilah apa pun justifikasi atau helah utk membenarkan aktiviti ini. Ia tetap tdk akan merubah hukum yg telah jelas di dalam Quran [al-Israa’:32 & an-Nuur:30-31] dan hadis [HR Muslim:No.2128].

Rasulullah saw mencela orang2 Yahudi yg membuat suatu helah untuk menghalalkan perbuatan yg dilarang. Sabda Nabi s.a.w.:

"Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan jangan kamu menganggap halal terhadap larangan2 Allah walaupun dengan helah yg paling kecil."

Hadis Nabi saw yg lain:

"Sungguh akan ada satu golongan dari ummatku yang menganggap halal minum arak dengan memberikan nama yg lain." (Riwayat Ahmad).

MENENTUKAN HALAL & HARAM ADALAH HAK ALLAH

Sesungguhnya hak dlm menentukan halal dan haram adalah milik Allah semata2. Kerana Dia sahajalah pembuat syariat. Kita hanyalah pengikut dan tdk berhak utk mempersoalkan kebijaksanaanNya. Dan sesiapa yg mengatakan halal kpd perkara yg telah jelas haram; maka tdk ada beza antara dia dengan seseorg yg mengingkari kewajipan solat 5 waktu. Kerana kedua2nya membantah syariat Allah. Takutilah ucapan sedemikian (mpersoalkan hukum Tuhan); kerana jika ia diluahkan dgn penuh sedar dan penuh kefahaman, maka ucapannya itu boleh mengeluarkannya dari daerah iman kpd daerah kufur.

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan; dan ALLAH TELAH MEMBERIKAN BEBERAPA BATAS, MAKA JANGAN KAMU LANGGAR; dan ALLAH TELAH MENGHARAMKAN SESUATU, MAKA JANGAN KAMU INGKAR; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkannya." (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi).

Jika anda berkeras juga utk ke sana (EUPHONIOUS), maka pergilah dgn mengakui bhw ianya suatu aktiviti yg tdk menepati tuntutan syariat; dan jgn sesekali mengatakannya halal. Kata Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Menghalalkan apa yg haram dapat dipersamakan dengan syirik” (rujuk Halal Haram Dalam Islam, Dr Yusuf al-Qaradhawi).

CARA FIKIR YANG SALAH

Kononnya EUPHONIOUS diadakan bukanlah utk berhibur semata-mata, tetapi matlamat asal EUPHONIOUS adalah untuk mencari dan mencungkil bakat2 pelajar (to unearth hidden talents). Persoalannya ke mana sebenarnya hendak diketengahkan bakat2 ini? Adakah hendak disalurkan ke industri muzik Malaysia yg terang2 bergelumang dgn maksiat. Lihat saja lah slps konsert artis2 tempatan; tdk tinggal melainkan kondom, botol arak, pil ectasy, dan sampah sarap. Sebenarnya EUPHONIOUS ini tdk lbh drp sekadar menjadi tempat membuat persembahan dan tempat berhibur semata2.

Sebelum menulis artikel ini, sy telah mengumpulkan seberapa byk persoalan yg telah ditimbulkan oleh golongan pro- EUPHONIOUS. Berdasarkan kefahaman sy, sy menyimpulkan mereka ini kpd 2 golongan utama; (1) golongan yg kurang arif dlm bab hukum-hakam dan (2) golongan yg berfikiran ala2 murjiah.

Golongan pertama

“ini event yang sihat, takde salah nya..”

“whats wrong with EUPHO? did we celebrate someting??? ktorg ada wat parti arak ke??’’

“which part of eupho yang salah? yg rasa2nya ada unsur maksiat?”

“takde pon mksiat nyer....takkn ade org nk berzina kt tgh2 dewan tu...”

‘‘ini bukannya black metal.xde puja2 kat dalam tu..’’

Saya termenung panjang melihatkan persoalan2 di atas. Seolah2 pemikiran mereka ttg hukum-hakam agama terlalu tumpul; sehingga yg haram bg mereka hanya zina dan arak shj. Tdkkah mereka tahu bhw Dia bkn shj melarang kita berzina ttp Dia juga melarang kita mghampiri zina (al-Israa’:32). Adakah sesiapa yg berani mengatakan bercampur antara lelaki dan perempuan dlm suasana gelap/separuh gelap itu halal? Berzina atau tdk itu hal lain. Tetapi menganjurkan aktiviti dlm suasana sebegitu adalah salah satu jln kpd “mghampiri zina” sebagaimana yg dilarang di dalam al-Quran.

Golongan kedua

‘‘main la apa2 lagu pun, asal niat kita ikhlas’’

‘‘apa salahnya..kita sekadar brhibur..’’

‘‘macam la kita ni jahat sgt, kita bukan buat maksiat pun..’’

“niat kita ikhlas anjurkan program ni”

‘‘xde persoalan anjuran event maksiat ke aper.juz band perform n tamat’’

“kami dtg utk berhibur, kalau ada maksiat kami xturut serta”

“wtf! dosa sangat ke g eupho? Dgr muzik ngan menari dosa ke?????”

Salah satu golongan yg bahaya ialah golongan yg dikenali sbg murjiah. Golongan murjiah ini berfahaman bhw amal tiada kena mengena dgn iman, iman tempatnya di dlm hati dan perbuatan zahir tdk mencerminkan iman. Pada zaman moden ini, org sudah tdk kenal dgn murjiah, ttp corak pemikiran murjiah (fikratul irja’) itu ada dlm diri kbanyakan org. Sebab itu kita biasa mndgr kata2 spt:, “apa salahnya bekerja di night club, sy mencari rezeki yg halal”, “jgn lihat pd pakaian sy, tp lihat pd hati sy”, “wlaupun sy pakai seksi, tp hati sy siapa yg tahu”. Kelihatannya spt ramai pelajar kita yg mula terpengaruh dgn pemikiran murjiah ini.

Hendaklah kita tahu bhw perkara haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Kerana haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Saya kira cukuplah dgn 2 golongan ini dan harapnya tdk adalah golongan ketiga; iaitu golongan yg sengaja membelakangkan dan memperlekehkan hukum Islam.

“if this event full with maksiat, then the JPSP and management will go against us!!!”

Apa yg nk dihairankan. Konsert Sure Heboh/Jom Heboh pun kerajaan tdk membangkang pelaksanaannya walaupun mufti Perak telah mem’fatwa’kannya haram. Wlaupun itu sbenarnya bkn fatwa, itu adalah hukum Tuhan, mufti Perak sekadar memberi peringatan. Semakin ramai org yg membelakangkan hukum Tuhan skrg ini, yg penting bg mereka ialah boleh berhibur dan bergembira. Mungkin inilah Kibr (takabbur) yg dilarang nabi saw di dalam hadisnya (ringkasan hadis):

"Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)". [utk teks penuh sila refer HR Ahmad di dlm al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dlm al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

Sampai bila kita nk mpermainkn hukum Tuhan dan mndustakn kalam rasulNya? Bukankah sikap sebegini menjadi sebab Allah menurunkan banjir besar yg menenggelamkan seluruh umat Nabi Nuh as suatu ketika dahulu? (lihat juga Ar-Rum: 41).

BOLEHKAH MENYOKONG EUPHONIOUS?

Berbalik kpd kempen yg disebutkan diawal2 td. Kempen mana yg patut kita ikut? Menyokong atau memboikot?

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan JANGAN TOLONG-MENOLONG DALAM BERBUAT DOSA & PERLANGGARAN. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah : 2).

Jika anda telah yakin ttg mungkar yg bersalut di dlm EUPHONIOUS sptmana yg telah diterangkan, maka cukuplah ayat di atas menjadi dalil larangan menyertai dan menyokong EUPHONIOUS; tanpa perlu kpd penjelasan lanjut mengenai ayat tersebut.

Rasanya ramai yg tahu mengenai konsep amal jariah (amal yg beterusan pahalanya). Sebagaimana hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra ini:

Kata nabi saw: "Sesiapa yg menyeru kpd petunjuk, maka bg dia itu pahala spt pahala org yg mengikutnya dgn tak dikurangkan sedikit pun drp pahala2 mereka itu". (HR Muslim)

Maksudnya, satu org yg menyeru kpd kebaikan dan menjadi sebab org lain melakukan kebaikan yg sama, maka dia memperoleh pahala utk seruannya itu dan juga memperoleh pahala sebagaimana pahala org2 yg mengikut seruannya; tanpa dikurangi sedikitpun.

Tetapi berapa ramai yg tahu bhw konsep yg sama juga berlaku pd perbuatan mungkar. Satu kesalahan atau mungkar yg kita mulakan, kemudian ia menjadi contoh kpd yg lain atau ia menjadi dorongan dan galakan kpd pihak tertentu atau dgn kata lain kita adalah penyebab tersebarnya mungkar itu, maka yg kita tanggung bukan sekadar dosa amalan kita itu tetapi kita juga mendapat saham perbuatan dosa org2 yg mengikut kita.

Bayangkan hari ini anda menyokong mrk, dan disebabkan sokongan anda itu, committee mereka merasa berpuas hati dgn sambutan yg diterima dan mereka mula merancang program yg sama utk tahun hdpn; mgkn dgn versi dan pakej yg lbh gempak dan up to date… maka ketahuilah bhw anda telah pun menanam satu pelaburan jangka panjang dlm aktiviti tersebut. Mgkn suatu ms nanti anda akan grad dr kampus, ttp program sebegitu terus berjalan tahun demi tahun dan akan sentiasa ada pelapis2 baru membentuk band masing2. Setiap tahun pembaharuan akan dibuat dan keadaan mgkn akan menjadi semakin tdk terkawal (kemasukan girl band ke final stage kali ini adalah satu permulaan yg tdk baik). Aktiviti ini akan berterusan dan semakin lama semakin mendapat sambutan dan tarikan. Kenapa?? Kerana anda suatu ketika dahulu telah memberi sokongan kpd mereka. Hari ini mereka berterima kasih kpd anda dgn menjadikan anda sebahagian drp ‘kejayaan’ mereka.

Salah satu prinsip dlm Islam ialah: apabila Islam mengharamkan sesuatu, maka haram jugalah segala wasilah atau cara yang boleh membawa kpd perbuatan haram itu. Atau dgn kata lain, apa saja yang membawa kpd perkara haram adalah haram (kaedah fiqh). Cthnya; apb Islam mengharamkan zina, maka semua pendahuluannya dan apa saja yang dapat mendekat kepada perbuatan itu, adalah diharamkan juga.

Harapnya anda faham bhw dosa perbuatan haram tidak terbatas pada peribadi si pelakunya shj, tetapi ia meliputi daerah yang sangat luas, termasuk semua orang yg bersekutu dengannya baik melalui sokongan, duit ataupun sikap. Masing2 mndapat dosa sesuai dengan keterlibatannya. Misalnya tentang arak, Rasulullah saw melaknat kpd yg meminumnya, yg membuatnya (pemeras), yg membawanya, yg diberinya, dan yg menjualnya. Semuanya mendapat habuan masing2.

Mungkin ramai yg telah membeli atau menempah tiket ke sana. Ada yg mmg ingin ke sana dan tdk kurang juga sekadar mengikut kawan2. Jika anda mmg ingin ke sana, maka fikirlah masak2 terlebih dahulu. Jika anda sekadar mengikut kawan, hentikanlah, dan mulalah berfikir ttg diri sendiri. Menyokongnya mungkin hanya akan memberatkan buku catatan di bahu kiri anda shj.

Seperti yg dimaklumkan, RM5 dikenakan sbg bayaran makanan yg disediakan semasa EUPHONIOUS. Berdasarkan kaedah fiqh “apa saja yang membawa kpd perkara haram adalah haram”, apa jadi dgn status makanan yg disediakan itu? Atau cukupkah sekadar bersandar kpd cop halal JAKIM? Peliharalah diri kita drp memakan makanan yg syubhat; kerana dibimbangi ianya jatuh kpd haram. Ambillah pengajaran drp hadis nabi saw ini:

"Ada seorang laki2 yg dtg dr tempat yg jauh, rambutnya tdk terurus penuh dgn debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Yaa Rab, Yaa Rab (wahai Tuhanku, wahai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yg haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?". (Riwayat Muslim dan Tarmizi).

PENUTUP

Islam tdk memusuhi hiburan. Tetapi ia menetapkan batas-batas yg perlu dipatuhi. Kbanyakan hiburan yang sedang ditaja sekarang tidak membangunkan minda dan jiwa melainkan membanyakkan unsur negatif; percampuran lelaki perempuan, pendedahan aurat, pembaziran masa dan tenaga. Menjadikan pelajar2 kelihatan liar dan tidak berdisiplin. Ini bertentangan dgn ciri2 org beriman spt yg dinyatakan di dlm al-Quran:

“Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia” (Mukminun:3)

Kita semua sukakan hiburan, suka kpd nyanyian, lagu dan muzik. Jarang utk ketemu satu org yg mengatakan hiburannya hanya bacaan al-quran dan zikir shj. Dari segi hukumnya, mendengar muzik itu harus asal sj kita tdk berlebihan, tdk keterlaluan dan sentiasa dlm keadaan terkawal. Sy yakin tdk ramai yg berlebihan dlm berhibur; kesibukan alam akademik membataskan masa kita utk berhibur. Jadi tdk hairanlah jika EUPHONIOUS yg diadakan setahun sekali ini begitu mendapat sambutan. Namun apa boleh buat, beberapa perkara di dlm EUPHONIOUS nyata-nyata bertentangan dgn syariat Islam.

Secara umumnya, sesuatu aktiviti hiburan mestilah mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan, liriknya tidak membawa kepada syirik, tdk ada aksi ghairah dan manja, tdk ada aksi melampau dan kurang sopan serta tdk ada unsur2 maksiat spt zina, arak dan judi. Selain itu, aktiviti hiburan tidak boleh terlalu melalaikan dan masa hiburan hendaklah dikawal supaya tdk ada nyanyian yg ‘clash’ dgn laungan azan. Jika perkara2 ini tdk dpt dikawal, maka ia bukan lagi berada dlm lingkungan keharusan syarak. Tetapi jika anda mampu memastikan EUPHONIOUS bergerak di atas landasan keharusan syarak, maka tdk ada sesiapa lg yg berhak menghalang anda utk berhibur. Wallahua’alam.

p/s: jika anda rasa tulisan ini dapat memberi manfaat, maka sebarkanlah kpd yg lain.

Monday, March 26, 2007

Perbuatan Maksiat Lemahkan Kekuatan Hati

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa ialah:

1) Memadamkan cahaya ilmu
Imam Malik mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalamannya; Aku mengadu kpd guruku, Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”

2) Rezeki tidak lancar
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kefakiran.

3) Keterasingan antara Allah
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

4) Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

5) Allah akan menyulitkan urusannya
Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

6) Kegelapan dalam hati
Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

7) Maksiat melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

8) Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

9) Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat). Termasuk muhajirun adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dipetik dan diringkaskan dari Berita Harian Online 25/03/2007

Wednesday, March 21, 2007

Sikap Kita Apabila Berbicara Soal Bid’ah

Intro...

Bismillahirrahmanirrahim…

Sebelum mengemukakan dalil tentang amalan2 yg menjadi persoalan adakah ianya bid’ah atau tidak… terlebih dahulu sy ingin menjelaskan apakah sikap yg sepatutnya kita ambil dlm berbincang isu ini. Pertama sekali kita lihat dahulu apa definisi bid’ah..

Kata al-Syatibi r.h: “Bid’ah adalah jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t”.

Dapat disimpulkan bhw bid’ah ialah jalan syarak yang baru direka/tidak ada asal dalam syariat dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidaklah dinamakan bid’ah.

Paling PENTING utk kita tahu ialah: Semua cara ibadat adalah haram dan dilarang melainkan ada dalil syarak yg membenarkannya. Maka menjadi kaedah: Al-Asl fi al-‘Ibadah al-Tauqif (Asas Dalam Ibadah adalah wahyu). Tidak dilakukan ibadah kepada Allah melainkan dengan apa yang disyariatkanNya.

Sikap yg sepatutnya…

Apabila ada satu pihak mengemukakan hujah/dalil ttg larangan melakukan amalan ibadat tertentu, maka sudah tentu akan ada satu pihak yg lain bangkit membangkang pihak pertama tadi dan mereka akan mengemukakan hujah2 mereka pula utk membenarkan amalan tersebut. Slps itu bermula lah perdebatan, perbalahan, tuduh-menuduh antara satu sama lain.

1) Utk mengelakkan perkara spt itu drp terjadi, kita cuba kurangkan bercakap ttg bid ‘ah, itu tak boleh, itu sesat, itu salah...tetapi kita fokus bercakap ttg amalan mana yg lbh hampir dgn cara nabi saw. Beramal dgn cara nabi saw atau cara yg plg hampir dgnnya adalah jalan yg plg selamat utk kita beribadat; kerana cara sedemikian mendapat pengiktirafan nabi saw dan sudah tentu cara tersebut juga diterima oleh Allah swt.

2) Ramai org sekadar mengikut-ikut cara amalan yg dipelajari dan diwarisi turun-temurun dr nenek moyang tanpa mereka berusaha meneliti dan menganalisa apakah amalan tersebut thabit drp nabi saw. Jadi apa shj amalan yg mak bapak mereka, masyarakat dan org setempat buat, mereka akan turut sama melakukannya. Bagi mereka, yg ramai itu benar dan tdk mungkin salah. Itu lah neraca timbangan yg biasa ada pd kebanyakan org awam. Sedang kita sebenarnya disuruh utk berpandu kpd quran dan sunnah. Apa shj amalan/ibadat yg tdk berpandu kpd dua sumber ini, maka ia tertolak. Ramainya org berkumpul atas suatu amalan belum lah dapat membenarkan amalan tersebut; sehinggalah ianya terbukti sama dgn 2 sumber tadi.

Maka sy mengajak kita semua supaya meninggalkan apa yg tdk pasti kpd apa yg pasti dan mempunyai dalil. Kita tdk mahu lagi sekadar mengikut scr membuta tuli, sedang kita langsung tak tahu adakah amalan kita ni sama dgn amalan nabi saw. InsyaAllah, kita akan merasa lbh khusyuk beribadat apabila kita tahu cara ibadat kita itu sama dgn apa yg nabi saw amalkan; wlaupun dlm beberapa hal ia kelihatan bercanggah dgn amalan masyarakat.

3) Sikap plg utama yg perlu kita ambil perhatian dlm hal ini ialah: menghormati pandangan org lain. Contohnya, sy mengemukakan satu hujah dan bertegas dgn hujah sy itu utk mengatakan bhw amalan sekian sekian sekian adalah tdk thabit drp nabi saw dan sepatutnya tdk diamalkan. Satu org bangkit membantah hujah sy dan mengemukakan hujahnya pula dgn mengatakan amalan yg sy larang itu sebenarnya boleh diamalkan. Saya yakin dgn kesahihan dan kekuatan hujah sy, manakala dia pun yakin dgn kesahihan dan kekuatan hujahnya. Sy dgn kelemahan ilmu yg ada, gagal meyakinkan dia supaya tunduk kpd dalil yg sy bawa. Dan dia juga gagal meyakinkan sy utk mengikut dalil2nya. Maka dlm hal ini kita mestilah bersikap berlapang dada dan menghormati pandangan org yg bercanggah dgn pendapat kita itu. Kita tdk menuduh mereka sbg ahli bid’ah atau sesat kerana mereka telah berpegang dgn dalil yg mereka rasakan kuat. Masing2 akan membawa hujah dan dalil masing2 ke hadapan Tuhan di akhirat nanti utk dibuktikan siapa yg lbh benar dlm masalah ini. Mahkamah Tuhan, Rabbul Jalil yg akan memutuskan hal ini. Tuhan itu maha penyayang. Kita harapkan kita semua selamat dan insyaAllah Dia tdk akan mengazab hambanya yg jahil atau tdk tahu.

NAMUN, setelah dikemukakan hujah/dalil yg kuat, kemudian mereka gagal utk membalas hujah2 tersebut dgn hujah yg setanding, dan mereka lbh cenderung utk mengikut amalan masyarakat lama sedang mereka yakin cara tersebut tdk thabit drp nabi saw; maka ketika itu tdk salah utk kita menghukum mereka sbg ahli bid’ah. Kerana mereka sengaja tdk mahu menerima kebenaran yg telah jelas kpd mereka.

4) Sesuatu amalan yg kelihatan bercanggah dgn cara nabi saw tdklah boleh dihukum bid’ah dgn serta merta. Kerana bid'ah ini juga lbh menjurus kpd masalah iqtikad (pegangan hati) seseorang. Cthnya; tdk mnjd mslh utk membaca yasin pada mlm jumaat. Yang salah dan menjadi bid'ah ialah apb seseorang itu beriqtikad mlm jumaat MESTI membaca yasin; sedang diketahui tdk ada nas ttg pengkhususan tersebut.

5) Satu lagi sikap yg perlu kita sematkan di hati ialah meletakkan rasul saw tinggi dlm diri kita dan menjadikan baginda contoh utk diikuti baik dari segi ibadat, akhlak mahupun politik. Maka dlm bab ibadat ini, kita hendaklah mengiktiraf bhw cara yg ditunjukkan rasul saw adalah satu2nya jln utk diikuti. Dengan itu, hendaklah kita meninggalkan segala cara amalan/ibadat yg berlainan dgn sunnah rasul saw; wlaupun cara tersebut KELIHATAN BAIK pada pandangan kita.

As-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ra berkata: "Sesiapa yg beriqtikad adanya petunjuk lain yg lbh baik drp petunjuk nabi saw, sesungguhnya dia menjadi kafir".

6) Jika kita keliru dgn dalil2 yg ada tentang sesuatu amalan/ibadat, dan kita tdk pasti adakah ianya dibenarkan ataupun dilarang oleh nabi saw; maka sebelum kita melakukan amalan tersebut, hendaklah kita terlebih dahulu melihat amalan tersebut adakah ianya diamalkan oleh para sahabat. Jika ianya dilakukan oleh para sahabat bermakna dibolehkan kita melakukannya, tetapi jika sebaliknya, ketahuilah bhw ianya tdk ada contoh drp nabi saw. Sebab jika nabi membenarkannya, sudah tentu ada contoh drp sahabat dan riwayatnya akan sampai kpd kita.

7) Dan perkara terakhir yg perlu ditekankan ialah perlunya kita membuang pemikiran yg menganggap jika sesuatu amalan itu baik maka ianya boleh dilaksanakan wlaupun tdk ada contoh drp nabi saw. Ini adalah salah! Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam masalah ini: “Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar ialah dalam urusan dunia…”. Qaradhawi juga melarang kita menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman RasuluLah saw. Ini kerana hanya Allah sahaja pembuat syari‘at dan rasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut.

Marilah kita sama2 mencintai rasul saw. Dan yang dikatakan CINTA kpd rasul saw itu bkn shj bermaksud kita mengikut dan mengamalkan sunnah2 baginda, tetapi juga bermaksud tunduk dan tdk menyanggahi segala tunjuk ajar yg diajarkan oleh baginda nabi saw. Wallahu'alam...

Amalan Masyarakat Melayu: adakah mpunyai contoh drp nabi saw?

SEBELUM MEMBACA POSTING INI, PASTIKAN ANDA MEMBACA TERLEBIH DAHULU ARTIKEL DI ATAS: “Sikap Kita Apabila Berbicara Soal Bid’ah”

Posting ini sekadar menjawab pertanyaan saudara rafi ttg amalan bid’ah dlm masyarakat melayu berdasarkan posting dlm blog http://hananismail.wordpress.com/2007/02/07/amalan2-bidaah-dlm-masyarakat-melayu/#comment-7

Saya secara peribadinya SETUJU dgn apa yg ditulis oleh hanan itu. Tetapi sudah tentu kenyataan hanan ttg amalan bid’ah tanpa menyertakan dalil dan hujah akan menimbulkan kekeliruan dan tdk dpt meyakinkan pembaca ttg kebenaran tuduhan beliau itu.

Di sini sy nyatakan hujah2 dan dalil2 yg sy kumpul secara ringkas, sekadar menjawab persoalan yg ditanya. Maaf jika hujah yg sy kumpul ini tdk lengkap dan sy membuka kpd semua pembaca utk menampung kelemahan tersebut.

1) Berwirid dan berdoa beramai2 dgn suara nyaring pd tiap2 waktu solat

Berzikir atau berdoa dgn suara yg kuat boleh mengganggu makmun yg masih bersolat atau jemaah kedua yg baru memulakan solat.

Pengarang kitab at-Tazkirah iaitu al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan.

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Darimi tentang bantahan Ibn Mas'ud terhadap kumpulan yang berzikir berkumpulan

(terjemahannya): “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?”. Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat –alhamduliLah- melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah dia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali”. Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan in?”. Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tanganNya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan ?!!. Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya”. Sesungguhnya RasululLah s.a.w telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu”. Kemudian beliau pergi. Kata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan”.

2) Membaca qunut dalam solat subuh.

Permasalahan doa qunut subuh ini sudah dibahaskan oleh kebanyakna ulama hadith dan feqah.. kesimpulannya, buat pun sunnah tapi meninggalkannya lebih lagi dekat kepada sunnah.. Tapi yang menjadi bidaahnya ialah apabila menganggap ianya wajib dibaca setiap solat subuh..walhal nabi dan para sahabat tdk pernah sekali melakukan doa qunut dalam solat subuh.

Selain itu para ulama juga menyatakan bid’ahnya qunut shubuh yang dilakukan secara terus-menerus dengan hadits : Dari Sa’ad bin Abi Thariq Al Asja’i Radhiyallahuanhu, dia berkata, ‘Saya bertanya pada ayahku, “Wahai Ayah, sesungguhnya engkau telah shalat di belakang Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam, Abu Bakar, Usman, dan Ali, apakah mereka melakukan qunut di shalat shubuh?” Ayahnya berkata, “Wahai anakku, itu perkara yang diada-adakan". (Shahih Sunan Tirmidzi 330).

3) Azan 3 kali ketika solat jumaat

Pada zaman Nabi saw, Abu Bakr dan ‘Umar ra hanya ada satu azan, iaitu setelah imam duduk di atas mimbar.

Azan dua kali hanya dilakukan pada zaman Usman. Azan pertama dilakukan di atas Az-Zaura’ (rumah kedai) kerana pertambahan bilangan penduduk Madinah pada ketika itu menyebabkan jarak penempatan rumah semakin jauh. Melihat keadaan itu, Usman merasa perlu untuk mengadakan azan pertama sebagai pemberitahuan kepada orang ramai bahawa waktu solat telah hampir dan mereka boleh bersiap sedia untuk ke masjid. Berdasarkan alasan ini, maka azan Jumaat dua kali pada zaman Usman dilihat menepati kaedah: Ma La Yatim Al-Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib yang bermaksud: “Perkara yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib”.

Oleh kerana azan pada zaman Usman menepati kaedah syara’, maka ia tidak lagi termasuk dalam istilah bid’ah. Adapun azan Jumaat dua kali pada zaman ini yang dilihat tidak lagi menepati kaedah Ma La Yatim Al-Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib. Ini kerana semua kesulitan yang berlaku pada zaman Usman sudah terhapus, iaitu dengan terciptanya pelbagai teknologi dan kemudahan baru seperti alat pembesar suara, jam, telefon bimbit, siaran radio dan media massa lain yang boleh memberitahu hampirnya waktu solat dengan cepat dan mudah.

4) Puasa nisfu sya’ban

Diantara bid’ah yang biasa dilakukan oleh banyak orang ialah bid’ah mengadakan upacara peringatan malam Nisfu Sya’ban (tanggal 15 sya'ban), dan menghususkan pada hari tersebut dengan puasa tertentu, padahal tidak ada satupun dalil yang dapat dijadikan sandaran, ada hadits-hadits yang menerangkan tentang fadlilah malam tersebut, tetapi hadits-hadits tersebut dhoif, sehingga tidak dapat dijadikan landasan, adapun hadits-hadits yang berkenaan dengan sholat pada hari itu adalah maudlu /palsu. (Dikutip dari tulisan Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz Bin Baz, Mufti Saudi Arabia dalam Majmu’ Fatawa Samahat al-Shaykh ‘Abdul-‘Aziz ibn Baz, 2/882)

Sama sahaja ganjarannya berpuasa pada mana2 hari didalam bulan Sya'ban, tanpa menetapkan khusus pada 15 Sya'ban sahaja. Yang wujud didalam hadith adalah sunat berpuasa pada 3 hari pada setiap bulan, iaitu hari yang ke 13,14 dan 15.

5) Puasa khas pd 27 Rejab

Tidak ada hadith yang sahih tentang kelebihan puasa dalam bulan Rejab. Puasa padanya sama seperti puasa pada bulan-bulan yang lain.

Kata Ibn Taimiyyah : "Dan adapun puasa Rejab dengan khususnya, maka hadith tentangnya semuanya lemah bahkan ada yang palsu. Tidak dipegang oleh Ahli Ilmu sesuatupun daripadanya. Bukan dari hadith-hadith lemah yang diriwayatkan tentang kelebihannya. Bahkan kebanyakan adalah hadith-hadith palsu dan bohong."

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: ‘Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus’.

Syiekh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: ‘‘Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw, semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat ra kepada kita’’.

6) Mengadakan perayaan memperingati maulud nabi

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan apakah tarikh yang tepat bagi kelahiran Nabi saw. Sebahagian mengatakan hari tersebut adalah pada hari kedua, ada yang mengatakan hari kelapan, kesembilan, kesepuluh, kedua belas, ketujuh belas dan lain-lain dalam bulan Rabi'ul awal.

Saya tak berani komen ttg mengadakan perayaan maulidurrasul ini. Cuma yg perlu diingati ialah menyambut perayaan maulidurrasul itu bukan sekadar perarakan dan mengucapkan selawat kpd baginda saw shj, tetapi lebih drp itu..

Sila baca artikel ini:

http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=278

7) Membaca azan dan qamat diwaktu mayat diturunkan dari rumah atau ke dlm kubur.

Saya tdk jumpa dalil yg kuat. Tetapi seyakin sy, melaungkan azan semasa pengkebumian mayat tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8) Membaca talkin atas mayat di kuburan.

Ulama berbeza pendapat dlm hal ini. Ada ulama yg mengharuskan talkin selepas tanam dan ada ulama yg tdk setuju talkin selepas tanam.

Apa sekalipun, hendaklah diketahui bhw amalan talkin yang memang pasti dan diterima oleh semua pihak ialah talkin kepada orang yang HAMPIR mati. Ertinya orang yang sedang nazak. Ini sabit dengan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Talkinkan mayat kamu akan kalimah La ilaha illa Allah". (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Menurut Imam Nawawi, mayat dalam hadis ini ialah orang yang hampir mati. Oleh itu, amatlah elok jika seseorang yang makin kuat sakitnya sentiasa mengucap kalimah ini dan orang di sekelilingnya juga sentiasa mentalkinkan kalimah ini. Ini bertepatan dengan satu hadis yang lain yang bermaksud: "Sesiapa yang akhir kalamnya La ilaha illa Allah nescaya dia masuk syurga". (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

9) Duduk atas kubur

Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Sekiranya seseorang kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya dan menyentuh dan menghanguskan kulitnya, lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur”. (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’I, dan Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad)

Daripada Abu Marthad al-Ghanawi berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Jangan kamu sembahyang mengadap ke arah kubur, dan jangan kamu duduk di atasnya”. (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’I, al-Tirmizi)

Al-Mubarakfuri (w 1353) pula dalam Tuhfat al-Ahwazi, semasa menghuraikan hadis Abu Marthad al-Ghanawi mengatakan bahawa: “Hadis ini dalil yang menunjukkan haramnya duduk di atas kubur, dan inilah pendapat jumhur…dan ditegah segala sesuatu yang tidak terdapat panduannya daripada sunnah, dan sesungguhnya apa yang ditunjukkan oleh sunnah ialah menziarahi kubur dan berdoa disisinya secara berdiri”.

10) Membina binaan atas kubur

a) Terdapat orang yang berusaha dan membelanjakan wang yang banyak untuk menunjukkan bukti kasih sayang mereka terhadap ibu bapa mereka yang telah mati atau suami serta isteri yang meninggal dunia, ada diantara mereka mendirikan bangunan atau binaan dari batu mar-mar yang mahal lalu mereka menganggap bahawa itu bukti kasih sayang mereka.

Padahal binaan yang mereka dirikan itu tidak memberi sebarang erti kepada orang yang telah mati, ia bukan sahaja suatu perbuatan sia-sia yang membazir, malah perbuatan itu dianggap oleh islam sebagai perbuatan jahiliyyah.

b) Menanam pokok di atas kubur bukan dari sunnah Nabi saw. Yang ada hanyalah menandakannya dengan batu (kita panggil batu nesan).

Menandakan kubur dengan batu adalah daripada sunnah. Sepertimana yang dilakukan oleh Nabi saw ketika baginda menanda kubur saudara susuan baginda 'Uthman bin Maz'uun.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum menulis nama di batu nesan. Sebahagian membenarkannya, manakala sebahagian yang lain melarangnya.

Syeikh Ibn Uthaimin menakalkan perkataan al-Syeikh al-Sa'di : "Yang dimaksudkan dengan tulisan (yang dilarang) adalah yang dilakukan di zaman Jahiliyyah yang mengandungi pujian, pengagungan dan inilah yang dilarang. Adapun (yang ditulis) dalam kadar untuk memberi tahu, maka ia tidak dimakruhkan."

11) Membina masjid di atas kubur

Tidak boleh sholat ke arah kuburan.

  • Dalil dari AlQur’an :

“Maka arahkan wajahmu ke Al-Masjidil Haram yaitu menghadaplah ke Ka’bah”.

  • Dalil dari sunnah :

Daripada Abu Marthad al-Ghanawi berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Jangan kamu sembahyang mengadap ke arah kubur, dan jangan kamu duduk di atasnya”. (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’I, al-Tirmizi)

12) Menghadiah al-fatihah ke atas org yg telah mati

Para ulama berbeza pendapat tentang sampai ataupun tidak pahala bacaaan al-Quran kepada mayat. al-Imam al-Syafie berpendapat TIDAK SAMPAI. Manakala sebahagian yang lain mengatakan SAMPAI.

Yang lebih utama dalam masalah sebegini ialah dengan cara kita mengamalkan perkara yang telah dicontohkan oleh Nabi saw iaitulah dengan kita mendoakan untuk jenazah memperolehi kebaikan dan diampunkan oleh Allah swt dosa-dosanya.

Sepakat semua para ulama mendoakan jenazah memberi manfaat kepadanya. Tidak terdapat contoh dari Nabi saw dan para sahabat mensedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada jenazah, jika ia suatu yang baik sudah tentang mereka akan mendahului kita dalam melakukannya.

Antara kesalahan lain ialah mengamalkan membaca yasin dikuburan. Adapun kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Quran. Ziarah kubur dibenarkan bertujuan mengingatkan seseorang kepada kematian. Yang diajarkan oleh Nabi saw kepada kita ialah mendoakan dan meminta ampun dari ALLAH swt untuk ahli kubur seperti hadith-hadith yang warid dari baginda.

13) Mengangkat suara di hadapan mayat spt membaca al-quran (yasin) di sisi org yg telah mati, berzikir dan lain2.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam al-Ikhtiyaraat berkata :

"Adapun membaca (Yasin) selepas kematiannya (mayat) adalah bid'ah, berbeza dengan membacanya kepada orang yang hampir mati, kerana sesungguhnya ia disunatkan dengan Yasin."

Membaca yasin memudahkan keluarnya roh dari jasad. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata :

"Hadith ini (bacalah Yasin kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu) adalah hadith lemah, padanya ada sesuatu kelemahan. Tempat bacaaan (surah Yasin) jika sahih hadith tersebut ialah untuk orang yang telah nazak. Sebahagian ulama berkata : Padanya (surah Yasin) ada faedah, iaitu memudahkan ruh keluar, kerana di dalamnya (surah Yasin) Allah berfirman (maksudnya) : "Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga, lalu dia berkata alangkah baik kaum aku mengetahuinya, dengan pengampunan tuhanku kepadaku dan Dia menjadikan aku dari kalangan orang-orang dimuliakan." Maka surah Yasin dibaca kepada orang yang sakit hampir mati, jika sahih hadith ini. Adapun baca (surah Yasin) di kuburan maka tidak ada asal baginya." (Fatawa Ibn Uthaimin 17/74)

Kalaupun yasin hendak dibaca kpd org yg sedang nazak, ia mestilah memenuhi sekurang2nya tiga syarat ini:

1. Tidak mengganggu Talkin Syahadah
2. Tidak dilakukan berjamaah
3. Hendaklah dibaca dengan Tartil

14) Upacara tahlil arwah

Walaupun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ??

15) Kenduri arwah

Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, Fiqh Manhaji yang berbunyi; “Daripada bidaah yang dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan (kita panggil kenduri arwah) dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan yang memakannya” (jil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

16) Memakai tangkal atau azimat

Maksud hadis: “Sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah (tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya” (HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154)

Maksud hadis: “Sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.” (HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156)

Maksud hadis: “Sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik.” (HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530)

Penjelasan:

1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa'at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat.

2. Firman Allah: “Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya.” (maksud ayat Surah Yunus:107)

Segolongan fuqaha' mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur'an.

Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara:

i. ianya berbentuk ayat alQur'an
ii. dengan bahasa Arab
iii. i'tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua.

Rumusan:

1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al-Azhar)

2. Tangkal dan azimat yang diperbuat SELAIN ayat alQuran tidak dibolehkan (fatwa Ibn Hajar)

17) Menambah perkataan “saidina” dalam selawat ke atas nabi SAW.

Lafaz bacaan Tasyahhud DI DALAM SOLAT adalah perkara Tauqifiyyah (menerima tanpa bertanyakan sebab). Kita mengambilnya dari Nabi s.a.w. kesemua lafaz Tasyahhud yang diajar oleh nabi tidak ada penambahan Sayyidina. Maka sudah tentu mengamalkan apa yang diajarkan oleh Nabi dan berpada dengan apa yang datang dari baginda adalah sifat yang perlu ada bagi setiap Muslim.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dlam fatwanya di atas menyebut, secara ringkasnya :

1- Lafaz selawat yang didapati dari Nabi s.a.w. tidak menyebut Sayyidina.
2- Bentuk selawat yang datang dari Nabi adalah sebaik-baik bentuk dan lebih utama untuk diikuti. Tidak didapati adanya penambahan Sayyidina
3- Selawat DI LUAR SOLAT boleh ditambah dengan Sayyidina.

18) Menyapu tengkuk di kala berwuduk.

Menurut ulama Mazhab Syafi'i, tidak sunat menyapu tengkuk kerana tidak terdapat nas yang thabit mengenainya. Imam Nawawi pula berkata ia adalah bid'ah. Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Al-Muhadzdzab: Hadith "mengusap leher" itu maudhu'.

Wallahu’alam...

p/s: diharap posting ini tdk menjadi 'panas' dan tdk ada perdebatan yg tdk ilmiah dan tdk beradab dilontarkan.

Saturday, March 17, 2007

Amalan Bid'ah Bebankan Keluarga Hadapi Kematian

Oleh: Abdullah Bukhari Abdul Rahim (Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa UIAM)

Pengaruh kejahilan, adat serta faktor pemikiran sempit menyebabkan amalan salah berkaitan kematian berleluasa dalam masyarakat. Kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.


Budaya ini sebenarnya bertentangan sama sekali dengan roh Islam kerana Rasulullah SAW ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, Baginda bersabda: “Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)”
Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Amalan di sesetengah tempat menyediakan makanan untuk orang yang menziarahi keluarga si mati dan menyediakan bayaran tertentu untuk solat jenazah dan membaca al-Quran adalah salah dan perlu ditentang. Amalan ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.


Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam.


Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim. Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.


Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, Fiqh Manhaji yang berbunyi; “Daripada bidaah yang dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan yang memakannya” (jil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).


Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang mendoakannya”.– Hadis Riwayat Muslim. Hadith ini menggalakkan ahli keluarga si mati untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah sepanjang masa dan bukan hanya pada malam Jumaat atau malam tertentu saja.


Tidak kurang juga kepercayaan sesat sesetengah pihak mengatakan roh si mati akan pulang pada setiap malam Jumaat atau pada hari tertentu untuk mengharapkan sedekah amalan daripada keluarganya. Perlu diketahui persoalan roh adalah antara rahsia Allah yang tidak boleh disandarkan kepada logik akal (al-Isra’:85).


Dipetik dan diringkaskan dari Berita Harian Online 17/03/2007

Friday, March 16, 2007

The Art of Listening

By: Sheikh Abdul Fattah Abu Ghudda | Islaam.com

If a person starts telling you, whether in private or public, something that you already knew very well, you should pretend as if you do not know it. Do not rush to reveal your knowledge or to interfere with the speech.

Instead, show your attention and concentration. The honorable tab'i Imam Ata ibn Abi Rabah said: "A young man would tell me something that I may have heard before he was born. Nevertheless, I would listen to him as if I had never heard it before".

Khalid ibn Safwan al-Tamimi, who frequented the courts of two Khalifahs: Umar ibn Abdul Aziz and Hisham ibn Abdul Malik, said: "If a person tells you something you have heard before, or news that you already learned, do not interrupt him to exhibit your knowledge to those present. This is rude and ill mannered". The honorable Imam Abdullah ibn Wahab al-Qurashi al-Masri, a companion of Imam Malik, Al-Laith ibn Sad and Al-Thawri, said: "Sometimes a person would tell me a story that I have heard before his parents had wed. Yet, I listened as if I have never heard it before". Ibrahim ibn al-Junaid said: "A wise man said to his son: 'Learn the art of listening as you learn the art of speaking". Listening well means maintaining eye contact, allowing the speaker to finish the spech, and restraining your urge to interrupt his speech. Al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi said in a poem:

Never interrupt a talk
Though you know it inside out

p/s: ada org yg bila chatting, tetiba je mematikan perbualan. mcm kurang adab lak. kalau mulakan perbualan dgn salam, eloklah akhiri dgn lafaz salam gak. tak gitu~