Pendidikan Anak-Anak: Suatu Penilaian
Saya merasa kagum dengan kebolehan anak-anak orang barat, sama ada kanak-kanak atau remaja, yang boleh memberi pandangan dan idea dengan baik mengenai sesuatu isu berbanding anak-anak bangsa kita yang kelihatan agak kaku dan malu-malu untuk bercakap. Kita boleh lihat sendiri bagaimana reaksi anak-anak orang barat dalam rancangan televisyen. Mereka kelihatan lebih matang dari usia sebenar apabila memberi pendapat. Sedangkan dalam negara kita, bukan sahaja pada peringkat sekolah rendah, malah golongan remaja sekalipun masih banyak yang ketandusan idea dan cenderung menjawab ‘no komen’ apabila ditanya pendapat secara langsung.
Perkara ini diakui sendiri oleh mereka yang sudah lama menetap di
Ini berbeza dengan senario yang berlaku dalam negara kita. Sesetengah ibu bapa melarang keras anak-anak daripada menyertai perbualan antara mereka dan kawan-kawan mereka dengan alasan ini adalah hal orang tua-tua dan budak-budak tidak boleh masuk campur. Apakah yang dibincangkan sehingga anak-anak langsung tidak boleh menyertai mereka? Adakah terlalu banyak perkara yang hendak diumpat sehingga mereka sendiri merasa malu jika anak-anak mengetahuinya? Atau disebabkan corak perbualan mereka langsung tidak beradab sehingga mereka tidak mahu anak-anak terpengaruh dengan mereka? Sepatutnya anak-anak yang masih kecil atau bersekolah diajar untuk menyertai aktiviti kita supaya kematangan kita dalam berfikir dan membuat kerja dapat dipelajari oleh mereka.
Kita patut memberi contoh yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Tetapi, ada ibu bapa yang suka mengajuk cakap anak mereka yang ‘telor’. Sepatutnya kita mengajar anak kita supaya mengikut cara percakapan kita, bukan sebaliknya.
Diperingkat sekolah rendah pula, ada guru yang bersikap terlalu tegas dengan pelajar. Setiap arahan dan suruhan mereka mestilah dilaksanakan dengan baik, kalau tidak pasti akan dihukum. Jadi, pelajar-pelajar sentiasa berada dalam situasi tertekan dan takut untuk mencuba kelainan. Apabila ditanya soalan atau diminta memberi pendapat, mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik kerana terlalu memikirkan mereka akan disuruh berdiri di atas kerusi. Pemikiran sebegini akan berterusan hingga ke peringkat menengah jika tidak dibendung. Sepatutnya dalam proses pembelajaran, para guru harus bersikap lebih terbuka dan menerima kekurangan pelajar dengan cara memberi reaksi positif dan bukannya disuruh berdiri sehingga tamat kelas.
Kesimpulannya, kita mestilah bijak menguruskan pendidikan anak-anak kerana sikap mereka apabila dewasa dicorak ketika mereka kecil lagi. Jangan merasa cukup dengan hanya memberi kasih sayang kerana yang mencorakkan peribadi dan tingkah laku mereka adalah pendidikan bukannya kasih sayang semata-mata.
1 comment:
di sekolah..yes, guru2 berperanan..bkn utk tunjuk garang supaya murid2 takut dan ikut ckp.kdg2, murid2 tu mmg takut..tp maybe hanya di depan guru tersebut shj, tp kat belakang maybe guru tu dh kena kutuk.sbg guru.. tegas perlu, tp biarlah ada ruang utk these young aged menyuarakan pendapat n at the same time guru2 pun perlu bantu utk mrk membina their self-confidence. contohnya, kalu mrk tersalah, bkn menegur dgn cara mengejek/menyalahkan/memalukan mrk dpn rakan2 yg lain, sebaliknya meyakinkan mrk bhw tidak salah utk mencuba. ok, sy beri contoh; bila seorang murid dipanggil utk berdiri di depan utk present something on their own, guru tersebut tdk membiarkan murid tu berdiri seorang, tetapi cuba pegang bahu/berdiri di samping murid tersebut. ini utk hilangkan rs gemuruh murid td supaya dia tdk rs kaku..(sy tak sure contoh ni kena atau tdk..but i really admire the way they (masyarakat barat) treat their students.
ok, sbg contoh even in university, i think its like their culture to say something nice like 'well done!', 'marvellous!','brilliant!'..walhal kita sendiri tau yg kita buat pun tak seberapa..but this sorts of attitude is kinda a good motivation for the person to give himself/herself room for improvement...
p/s:mmg x dpt dinafikan lagi masyarakat kita sgt pemalu dan kdg2 bila ditanya soalan, hanya tersengih dan tersenyum kambing kerana tak mampu memberikan jawapan seperti yg diharapkan. tp one thing...org2 kita ni mmg murah dgn senyuman. that is something that we can be proud of..but when talking about self-confidence..mungkin kebanyakan kita tak berani nk mengambil risiko utk memberikan jwpan yg salah dan memilih utk hanya berdiam diri/paling bgus, to say "i have no idea".
mm..not to point this mistake to other people,but it's really something that i myself should have improved..
Post a Comment