Menjernihkan Kekeruhan
“Pada ayat Sesungguhnya pintu syurga itu banyak.
Sememangnya bacaan mathurat, al-mulk dan al-waqiah adalah thabit drp nabi. Saya tdk menafikannya. Saya menafikannya dari aspek CARA amalan itu dibuat. Perkara ini agak rumit utk dibincangkan. Kita
Sebelum ini kami kurang terdedah atau mungkin kurang ambil peduli tentang hal2 di kampus lain. Kami beranggapan situasi di kampus lain adalah lebih kurang sama dgn situasi di tempat kami. Jadi, kami hanya fokus kpd kampus kami. Kami sedaya upaya melakukan amar makruf nahi mungkar. Pelbagai event dan program dibuat demi kebaikan ahli dan pelajar kampus keseluruhannya. Semester demi semester, kami mula berfikir utk melakukan pembaharuan pd mana2 bhgn yg patut. Agak membosankan apb mengulangi event dan program yg sama setiap semester. Pembaharuan mesti dibuat. Setelah berbincang, kami bersetuju utk melakukan program ziarah kampus. Mungkin byk yg boleh kami manfaatkan drp jemaah2 di kampus lain. Kami meletakkan target dua atau tiga kampus berlainan utk diziarahi setiap semester. Tujuan program ziarah ini dibuat adalah utk bertukar2 pendapat dan idea, berkongsi maklumat dan berbincang ttg masalah2 yg dihadapi; dgn harapan kami dpt mempelajari sesuatu dan mencontohi mereka dlm beberapa hal yg patut.
Ketika duduk semeja dgn pimpinan mereka, berbincang dan bertukar2 maklumat…kami agak terperanjat dgn situasi sebenar jemaah2 lain. Kedudukan kami di kampus agak selesa, kekuatan ekonomi kami agak kukuh, kebanyakan ahli mempunyai kenderaan sendiri, pergerakan dakwah kami agak bebas dan kami juga mendapat sokongan drp pensyarah2 & staff2 tertentu. Jadi kami juga menyangka jemaah lain berada dlm situasi yg lebih kurang sama spt kami. Tetapi jangkaan kami meleset. Kebanyakan mereka tdk mempunyai kekuatan yg cukup utk menjalankan gerak kerja dakwah di kampus. Tdk keterlaluan utk sy katakan kami agak ‘advance’ dan ‘up to date’ berbanding jemaah2 di kampus lain; dr segi sistem pentadbiran, sistem usrah, sistem pengkaderan dan sistem tarbiyah. Malah dari segi bilangan ahli pun, kami adalah antara yg memiliki ahli plg ramai.
Alhamdulillah, program sebegini telah membuka mata kami. Mungkin selama ini kami mementingkan diri sendiri shj. Kami kurang ambil peduli dgn masalah yg dihadapi oleh kampus lain.
Ada pimpinan kampus yg mengadu mereka menerima sekatan yg ketat sehingga sukar utk berhimpun dan bermesyuarat bagi merancang kerja2 dakwah. Ada kampus yg mengadu tdk mempunyai sumber kwangan yg cukup utk menjalankan program. Ada kampus yg kekurangan tenaga kerja, ada yg tdk mempunyai silibus tarbiyyah, dan ada juga yg tdk mempunyai sistem pengkaderan yg betul sehingga pimpinan mereka sendiri confuse siapa ahli jemaah dan siapa yg bkn ahli jemaah. Ada juga muslimat jemaah yg belum sempurna menutup aurat; hadir meeting dgn memakai tudung yg agak kecil sehingga tdk sempurna tutup dadanya. Begitulah variasinya situasi jemaah2 di kampus. Ada yg laju dan terkedepan, ada yg agak statik, ada yg bergerak tetapi perlahan dan ada juga yg masih bertatih.
Memikirkan keadaan sebegini, saya terpaksa mengambil jalan tengah apabila menulis artikel ‘Seruan kpd Jemaah Islam Kampus’, supaya yg berada di atas terdorong utk menoleh ke bawah…dan yg berada di bawah tdk berputus asa utk terus mendaki.
Maka apb menyebut ttg konsep amal dan konsep berpakaian, menggunakan jalan pertengahan adalah yg terbaik. Tdk terlalu memberat2kan dlm amalan sunat dan tdk terlalu rigid dlm etika berpakaian. Bagi mereka2 yg sudah advance, bolehlah beramal dan berpakaian pada gred A. Buka lah ruang yg lbh ringan dan luas kpd rakan2 yg masih ketinggalan atau masih baru dlm jemaah utk berpakaian pada gred B atau C; asal saja tdk berdosa di sisi Tuhan.
Wallahua’lam. Saya tdk tahu apa lafaz bai’ah yg diucapkan oleh kampus lain. Tetapi sy agak yakin lafaznya agak sama. (1) Berjanji utk patuh & taat kpd Allah, (2) Berjanji utk patuh & taat kpd Rasul, dan (3) Berjanji utk patuh & taat kpd ketua/pimpinan/jemaah. Saya kira kita semua faham bahawa kita sedang membincangkan pada hal nombor (3); patuh kpd pimpinan dan jemaah. Hal nombor (1) dan (2) sememangnya tdk saya pertikaikan. Malah semua muslim, tdk kira sama ada dia berbai’ah ataupun tdk, dia tetap wajib melaksanakan hal no (1) dan no (2) itu. Tetapi apb sampai kpd no (3), adakah tahap kewajipan utk patuh & taat itu masih sama? Tentu skali tidak sama. Jarang-jarang ada masalah sebegini. Mungkin anda tdk pernah dgr kata2 pimpinan spt, "dia sepatutnya kena pegi program, dia tak boleh duduk kat bilik study je, dia berdosa kerana tak ikut arahan ana". Itulah realiti yg didengar, dan itulah antara sebab saya menyeru supaya melonggarkan konsep bai’ah. Cukuplah tindakan melanggar arahan itu sekadar menjadi kesalahan disisi kita dan bknnya menjadi dosa disisi Tuhan.
Dalam artikel yg lpas, sy byk mengkritik ttg masalah sikap dan cuba membetulkan sikap-sikap yg salah ini. Dengan harapan masalah sikap ini dapat dikurangkan dan bebanan jemaah dlm menghadapi karenah ahli2 dpt diringankan. Dengan itu, insyaAllah fokus yg lbh boleh diberi kpd gerak kerja dakwah. Malang apb ada org yg menolak seruan pembetulan sikap ini sehingga memuji pula ahli2 yg merokok. Ya, mmg kita akui sumbangan dan pengorbanan ahli2 yg merokok, tetapi cara membela mereka itu tdk akan memperbaiki masalah sikap ini. Cuba la lihat perkara ini dgn lbh meluas. Kita sedang berusaha utk membetulkan sikap, bukannya sedang menyukat pengorbanan siapa yg lbh banyak. Pastinya setiap org ada sumbangan mereka yg tersendiri dan dgn cara yg tersendiri juga. Jika merujuk semula artikel sy dlm bhgn ini; apakah masalah yg sy timbulkan dan apakah yg cuba sy seru? Saya cuba membetulkan sikap sesetengah org yg mementingkan politik melebihi dakwahnya, dan sikap org2 yg terlalu fokus kpd bidang dakwah sehingga melalaikan urusan fardhu ain. Tak sangka pulak seruan sebegini pun ada yg tak setuju.
“Siapakah penulis untuk mengkomplen? Lebih hebat kah berbanding Tuan Guru Nik Aziz?”. Mungkin sy kurang arif ttg makna sebenar taksub. Tetapi inilah taksub yg sy maksudkan. Cara fikir sebegini menunjukkan ketaksuban kpd tokoh yg dinyatakan. Beranggapan org alim selamanya betul dan kita yg yg kurang alim ini tdk boleh mempersoalkan mereka yg alim adalah suatu cara fikir yg salah. Inilah antara yg
Rasanya tdk ada apa yg salah pada kritikan saya ini. Saya mengkritik kartun2 hina yg dilukis dgn mengajuk rupa paras individu tertentu. Sememangnya jelas perkara ini bersalahan dgn ajaran Islam. Sekali lagi sy mengajak kita berpegang kpd hujah dan dalil yg lbh kuat. Antara membantah perkara ini berdasarkan hukum Islam atau membenarkannya atas nama strategi politik. Fikir-fikirkanlah. Mungkin penulis/pelukis SENYUM KAMBING itu lebih jujur dlm berkarya; kerana sindirannya diketengahkan menggunakan dialog dan isu, bukannya penghinaan kpd rupa paras.
Janganlah kita emotional dlm melontarkan idea dan pandangan. Sikap yg spt ini akan menghalang diskusi ini menjadi ilmiah dan bermanfaat serta mghalang perkembangan idea dan pandangan. Kita sepatutnya berbahas di atas tajuk dan isu yg diketengahkan. Kita menyerang hujah dan pandangan yg dibawa; yg mungkin kita rasakan salah atau kurang tepat. Cubalah ketepikan kepentingan peribadi dan
~Sekian~
p/s: Saya adalah ahli jemaah dan bersama jemaah. Diharap pengakuan ini menolak keraguan org2 yg menganggap sy bukan ahli jemaah atau org2 yg menyuruh saya keluar dr jemaah. Ukhwah fillah..
6 comments:
WHAT LANGUAGE IS THIS?
dude, it is Malay language or we call it 'Bahasa Melayu'
Soalan: Kenapa ada sesetengah ahli jemaah yang lebih bersemangat bercakap tentang jemaah daripada dakwah itu sendiri?
come tulisan ni.tabarakallahu fik.
Soalan: Kenapa ada sesetengah ahli jemaah yang lebih bersemangat bercakap tentang jemaah daripada dakwah itu sendiri?
Jawapan: antara sebabnya ialah krn mereka tlh hilang fokus. mereka trlalu excited utk meramaikan ahli, supaya gerak kerja akan menjadi lbh mudah. dgn itu mereka berkempen ttg kebaikan jemaah mrk sehingga melebihi kempen mrk terhadap islam.
Antara sb lain ialah krn mrk kenal jemaah sblm mrk kenal dakwah.Dgn itu mrk mengagung-agungkan jemaah yg kononnya tlh mberi hidayah kpd mrk lbh drp mrk mengagung-agungkan islam n dakwah.Ini disebabkan kbanyakn ahli yg ditarik msk jemaah tdklah bersemangat sgt utk mbawa risalah islam.Ramai juga yg pergi tamrin sekadar suka-suka n mengikut kawan2 yg lain. Alangkah cantiknya jika roh dakwah dpt ditanam dlm diri sblm mrk join jemaah.[credit to liyana]
Post a Comment