Monday, February 26, 2007

Fikir Sebelum Bertindak

Semalam sy membuka satu laman web yg membicarakan ttg Rosnah Mat Aris, seorg artis Malaysia yg telah terlanjur cakap dlm rancangan Sensasi pada 30 Januari lalu. Seorg kawan kebetulan masuk ke bilik sy ketika itu dan menegur sy, “apa yg kau baca tu?”…sambil dia merapati saya dan menjenguk lbh dekat ke arah skrin computer sy. Saya diam dan hanya ‘scroll’kan mouse ke bhgn atas, supaya tajuk artikel dan gambar yg dipaparkan dpt dilihat. Wajah Rosnah Mat Aris jelas di skrin computer. “Huh, mangkuk ni rupanya”, kawan sy spt melepaskan kemarahan. Saya tersenyum sambil membalas, “Jangan begitu. Dia dh mintak maaf, dia sedar silap dia, dia kata dia dah insaf”....

Rosnah Mat Aris mencetuskan kontroversi apabila menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah (Khadijah) apabila diajukan pertanyaan mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan usianya. Rosnah mengeluarkan perkataan “Bukankah dah nak mampus?” dgn merujuk kpd usia Khadijah, isteri rasul yg mulia.

Menghina isteri Rasulullah adalah suatu jenayah besar dlm agama. Jika seseorg itu mengucapkan penghinaan tersebut secara sedar, dgn penuh kefahaman, dia tdk jahil, dia tdk tersasul atau tersilap…maka besar kemungkinan ucapannya itu telah mengeluarkan dia dari daerah iman kpd daerah kufur. Rosnah Mat Aris telah pun mengucapkan kata-kata itu.

Alhamdulillah, ramai yg sensitif dan meradang ekoran keceluparan mulut artis tersebut. Ramai yg bangkit membantah. Pelbagai kutukan dilemparkan kpd beliau. Munafik, murtad, sesat, terpesong, tak sedar diri, dan byk lagi hinaan ke atasnya. Itulah balasan segera yg diterimanya. Baguslah apb kita sensitif dlm hal sebegini. Yang salahnya apb kita terlalu ‘over’, sehingga ada yg cepat menghukum murtad kpdnya. Sedang belum pun diselidik sebab-sebab dia mengeluarkan kata2 tersebut. Dia telah membuat kesilapan besar kerana tdk berfikir dgn baik sebelum meluahkan kata2. Janganlah kita ulang kesilapan yg sama sptnya.

‘‘Saya minta janganlah hendaknya cepat menghukum. Saya akui kesilapan saya dan insaf, malah terus membuat kenyataan meminta maaf secepat mungkin” – Rosnah Mat Aris-

Beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau kesal dan insaf di atas ketelanjurannya itu. Maka cukuplah kita jdkan kisah yg telah lalu itu sbg pengajaran. Jgn lah ada lagi kata2 kurang sopan yg dilemparkan kpdnya berkenaan hal itu. Belajarlah memaafkan org lain. Rasulullah sendiri dituduh gila, tukang sihir, penyair, tukang tilik dan bermacam2 lg tuduhan oleh orang2 kafir Quraisy. Tetapi baginda tetap sabar dan terus menjalankan dakwahnya dgn berhikmah. Baginda memaafkan dan menerima sesiapa shj yg ingin memeluk Islam, wlaupun org tersebut adalah org yg kuat menentangnya suatu ketika dahulu. Disiplin dakwah nabi ini membuktikan Abu Sufyan yg pernah berperang utk membunuh nabi itu akhirnya menerima Islam dan mengakui kerasulan Muhammad.

“Boleh percaya ke mintak maaf dia tu? Ntah2 saja je sebab nk jaga periuk nasi dia. Kalau betul insaf, nape dok pakai seksi lagi?”

Wallahu’alam. Kita tdk tahu apa yg tersembunyi dlm hati seseorg. Kita sekadar mghukum yg zahir shj. Selebihnya kita serahkan kpd Allah yg lebih mengetahui. Mghina isteri nabi adalah suatu kesalahan, dan tdk menutup aurat adalah suatu kesalahan yg lain. Jgnlah kita mgharapkan seseorg itu berubah dgn serta-merta. Dia telah insaf pada satu kesilapan. Kita doakan kan shj dia berterusan menginsafi dosa2 yg lain pula. Jangan lah kita menolak jatuh org yg baru bangkit dari rebah. Pimpin dan bimbing lah dia supaya berhati2 ketika berjalan.

Setiap org mempunyai kadar ilmu dan kadar faham yg berbeza, begitu juga dgn kadar iman. Jangan lah kita menganggap setiap manusia dibesarkan dengan pendidikan agama yg sempurna. Bersyukurlah dgn kadar iman dan ilmu yg kita miliki. Janganlah kita menilai semua org dgn kadar iman kita. Cubalah seketika kita meletakkan diri kita ditempatnya. Sejauh mana pendidikan agama yg dia terima, bagaimana kehidupan sehariannya, sebanyak mana dakwah yg sampai kepadanya dan berapa ramai pula yg telah cuba memahamkan dia tentang Islam? Mungkin kehidupan glamour telah menariknya jauh daripada taat kpd agama; sehingga nilai agama menjadi kurang dlm dirinya dan seterusnya menyebabkan dia kurang berhati-hati ketika berbicara. -end-

p/s: Saya sekadar menggunakan nama Rosnah Mat Aris sbg batu loncatan. Dia bukanlah fokus utama dalam tulisan ini. Tak kisah lah sesiapa pun orgnya. Saya sekadar mengajak kita berfikir dgn betul apb menilai sesuatu isu. Janganlah melampau sehingga menyekat Islam drp masuk ke dalam diri org lain.

2 comments:

Anonymous said...

aritu ada jugak baca artikel tentang benda nih. memang ramai yang kutuk dia walaupun dia dah minta maaf. aku setuju dengan artikel ni.tq

Anonymous said...

asalamualaikum,

dia kata sudah insaf, jgn pula kita persoalkan samaada dia betui dah taubat atau belum... jika dia bertaubat alhamdulillah, nilainya disisi Allah. jika belum, kita doakan moga dia di beri hidayah, sekalipun kita seru dengan pelbagai cara, namun pada hakikatnya... HIDAYAH ITU MILIK ALLAH.
WS