Wednesday, February 28, 2007

Penawar Kesedihan

" اللهم إني عبدك بن عبدك بن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو علمته أحدا من خلقك أو أنزلته في كتابك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب هم "

"Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelakiMu (Adam), dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku berada di dalam tanganMu, telah berlakulah kepadaku hukumanMu dan adillah hukumanMu. Aku memohon kepadaMu dengan segala nama yang Engkau namakan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari kalangan hambaMu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisiMu. Tolonglah jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap rasa duka dan kegelisahanku"

Kata nabi saw: Tiada seseorang yg membaca doa ini melainkan Tuhan mencabut dukacita yg dirasainya dan diberikan jalan keluar dgn kegembiraan. (HR Ahmad)

Sebagai seorang muslim, kita dalam berdoa hendaklah mendahulukan doa-doa nabi lebih drp doa-doa rekaan sendiri. Banyak doa-doa ma'thur (sahih drp nabi) dgn disertai jaminan mustajab. Tinggal saja sejauh mana kita yakin dgn jaminan kata-kata nabi.

p/s: Nabi saw mengajar kita agar menghias doa dengan pujian dan mukaddimah yg baik sebelum meminta. Ia menjadi antara sebab doa diterima.

Monday, February 26, 2007

Fikir Sebelum Bertindak

Semalam sy membuka satu laman web yg membicarakan ttg Rosnah Mat Aris, seorg artis Malaysia yg telah terlanjur cakap dlm rancangan Sensasi pada 30 Januari lalu. Seorg kawan kebetulan masuk ke bilik sy ketika itu dan menegur sy, “apa yg kau baca tu?”…sambil dia merapati saya dan menjenguk lbh dekat ke arah skrin computer sy. Saya diam dan hanya ‘scroll’kan mouse ke bhgn atas, supaya tajuk artikel dan gambar yg dipaparkan dpt dilihat. Wajah Rosnah Mat Aris jelas di skrin computer. “Huh, mangkuk ni rupanya”, kawan sy spt melepaskan kemarahan. Saya tersenyum sambil membalas, “Jangan begitu. Dia dh mintak maaf, dia sedar silap dia, dia kata dia dah insaf”....

Rosnah Mat Aris mencetuskan kontroversi apabila menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah (Khadijah) apabila diajukan pertanyaan mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan usianya. Rosnah mengeluarkan perkataan “Bukankah dah nak mampus?” dgn merujuk kpd usia Khadijah, isteri rasul yg mulia.

Menghina isteri Rasulullah adalah suatu jenayah besar dlm agama. Jika seseorg itu mengucapkan penghinaan tersebut secara sedar, dgn penuh kefahaman, dia tdk jahil, dia tdk tersasul atau tersilap…maka besar kemungkinan ucapannya itu telah mengeluarkan dia dari daerah iman kpd daerah kufur. Rosnah Mat Aris telah pun mengucapkan kata-kata itu.

Alhamdulillah, ramai yg sensitif dan meradang ekoran keceluparan mulut artis tersebut. Ramai yg bangkit membantah. Pelbagai kutukan dilemparkan kpd beliau. Munafik, murtad, sesat, terpesong, tak sedar diri, dan byk lagi hinaan ke atasnya. Itulah balasan segera yg diterimanya. Baguslah apb kita sensitif dlm hal sebegini. Yang salahnya apb kita terlalu ‘over’, sehingga ada yg cepat menghukum murtad kpdnya. Sedang belum pun diselidik sebab-sebab dia mengeluarkan kata2 tersebut. Dia telah membuat kesilapan besar kerana tdk berfikir dgn baik sebelum meluahkan kata2. Janganlah kita ulang kesilapan yg sama sptnya.

‘‘Saya minta janganlah hendaknya cepat menghukum. Saya akui kesilapan saya dan insaf, malah terus membuat kenyataan meminta maaf secepat mungkin” – Rosnah Mat Aris-

Beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau kesal dan insaf di atas ketelanjurannya itu. Maka cukuplah kita jdkan kisah yg telah lalu itu sbg pengajaran. Jgn lah ada lagi kata2 kurang sopan yg dilemparkan kpdnya berkenaan hal itu. Belajarlah memaafkan org lain. Rasulullah sendiri dituduh gila, tukang sihir, penyair, tukang tilik dan bermacam2 lg tuduhan oleh orang2 kafir Quraisy. Tetapi baginda tetap sabar dan terus menjalankan dakwahnya dgn berhikmah. Baginda memaafkan dan menerima sesiapa shj yg ingin memeluk Islam, wlaupun org tersebut adalah org yg kuat menentangnya suatu ketika dahulu. Disiplin dakwah nabi ini membuktikan Abu Sufyan yg pernah berperang utk membunuh nabi itu akhirnya menerima Islam dan mengakui kerasulan Muhammad.

“Boleh percaya ke mintak maaf dia tu? Ntah2 saja je sebab nk jaga periuk nasi dia. Kalau betul insaf, nape dok pakai seksi lagi?”

Wallahu’alam. Kita tdk tahu apa yg tersembunyi dlm hati seseorg. Kita sekadar mghukum yg zahir shj. Selebihnya kita serahkan kpd Allah yg lebih mengetahui. Mghina isteri nabi adalah suatu kesalahan, dan tdk menutup aurat adalah suatu kesalahan yg lain. Jgnlah kita mgharapkan seseorg itu berubah dgn serta-merta. Dia telah insaf pada satu kesilapan. Kita doakan kan shj dia berterusan menginsafi dosa2 yg lain pula. Jangan lah kita menolak jatuh org yg baru bangkit dari rebah. Pimpin dan bimbing lah dia supaya berhati2 ketika berjalan.

Setiap org mempunyai kadar ilmu dan kadar faham yg berbeza, begitu juga dgn kadar iman. Jangan lah kita menganggap setiap manusia dibesarkan dengan pendidikan agama yg sempurna. Bersyukurlah dgn kadar iman dan ilmu yg kita miliki. Janganlah kita menilai semua org dgn kadar iman kita. Cubalah seketika kita meletakkan diri kita ditempatnya. Sejauh mana pendidikan agama yg dia terima, bagaimana kehidupan sehariannya, sebanyak mana dakwah yg sampai kepadanya dan berapa ramai pula yg telah cuba memahamkan dia tentang Islam? Mungkin kehidupan glamour telah menariknya jauh daripada taat kpd agama; sehingga nilai agama menjadi kurang dlm dirinya dan seterusnya menyebabkan dia kurang berhati-hati ketika berbicara. -end-

p/s: Saya sekadar menggunakan nama Rosnah Mat Aris sbg batu loncatan. Dia bukanlah fokus utama dalam tulisan ini. Tak kisah lah sesiapa pun orgnya. Saya sekadar mengajak kita berfikir dgn betul apb menilai sesuatu isu. Janganlah melampau sehingga menyekat Islam drp masuk ke dalam diri org lain.

Saturday, February 24, 2007

Menjernihkan Kekeruhan

Sebelum membaca tulisan ini, pastikan anda membaca terlebih dahulu artikel ‘Seruan Kpd Jemaah Islam Kampus’ (http://danialle.blogspot.com) dan artikel ‘Respon Safa Pada Artikel Seruan Jemaah Kampus’ (http://safa.blogdrive.com/).

Pertama sekali, saya suka nak quote semula perkara pertama yg sy stresskan dlm artikel sy yg lpas; “Jgnlah emosional apb ada beberapa bhgn tulisan ini terkena pada batang hidung sendiri. Cubalah lihat dari sudut yg positif. Dan jika dirasakan apa yg saya tulis ini tdk ada kaitan dgn jemaah kamu, maka tdk perlu lah melatah.” Inilah antara kehalusan yg amat perlu dititik beratkan apb menulis. Sukar utk memastikan buah yg dijolok itu jatuh dan dapat dimakan tanpa mengganggu ketenangan tebuan2 yg bersarang di situ.

Ya, mungkin saya telah terjolok sarang tebuan. Saya cuba membaiki kesilapan2 tertentu yg mungkin ada pd jemaah2 tertentu shj. Mungkin cuma satu dua masalah shj yg relevan pd jemaah kamu, maka abaikan saja lah part lain dlm artikel itu atau boleh sekadar dijadikan panduan supaya perkara yg sama tdk berlaku kpd jemaah kamu di masa hadapan. Di sini saya sekadar ingin membuat penjelasan ttg beberapa bhgn yg mungkin pembaca masih kabur mengenainya...

“Pada ayat Sesungguhnya pintu syurga itu banyak. Ada yang memasuki syurga melalui pintu solat, ada yang masuk melalui pintu puasa dan ada yang masuk melalui pintu sedekah melambangkan fikrah penulis yang boleh diragui. Seolah-olah menegaskan, jika mahu masuk pintu syurga melalui pintu solat, maka solat saja lah... tak payah nak susah susah berzikir.” Saya kira semua jelas bahawa pada bhgn tersebut saya membincangkan ttg amalan sunat dan bukannya amalan wajib. Jadi dapatlah difahami bahawa solat yg sy maksudkan adalah solat sunat dan puasa yg sy maksudkan adalah puasa sunat. Dan sy tdk pernah menyuruh kita memilih satu amalan shj utk ke syurga. Saya cuma menyeru kpd kebebasan beramal dgn amalan sunat. Maka selepas solat, sesiapa yg rs dia nk baca quran, baca la…sesiapa yg nk duduk berzikir, teruskanlah…dan sesiapa yg nk join halaqah bacaan mathurat anjuran jemaah, takde siapa mghalang.

Sememangnya bacaan mathurat, al-mulk dan al-waqiah adalah thabit drp nabi. Saya tdk menafikannya. Saya menafikannya dari aspek CARA amalan itu dibuat. Perkara ini agak rumit utk dibincangkan. Kita cuba mencari jln tgh agar org lain boleh faham. Ramai org yg setuju dgn amalan membaca mathurat secara berjemaah, tetapi ada juga org yg berpandangan sebaliknya. Ada ulama yg membid’ahkan amalan membaca mathurat secara berjemaah. Ada ulama yg mendhaifkan hadis2 berkenaan solat hajat dan solat tasbih. Dan ada ulama yg mengatakan qiamullai secara berjemaah adalah tdk thabit drp nabi. Atas sebab2 khilaf yg spt inilah sy menyeru jemaah supaya membuka pintu amal seluas-luasnya. Setiap muslim mestilah menghormati pegangan muslim yg lain asal saja dia berpegang dgn hujah dan dalil yg kuat. Mana mungkin untuk satu org yg menganggap amalan2 tersebut tdk thabit drp nabi ttp tetap melakukan hal itu bersama-sama dgn ahli jemaah lain.

Sebelum ini kami kurang terdedah atau mungkin kurang ambil peduli tentang hal2 di kampus lain. Kami beranggapan situasi di kampus lain adalah lebih kurang sama dgn situasi di tempat kami. Jadi, kami hanya fokus kpd kampus kami. Kami sedaya upaya melakukan amar makruf nahi mungkar. Pelbagai event dan program dibuat demi kebaikan ahli dan pelajar kampus keseluruhannya. Semester demi semester, kami mula berfikir utk melakukan pembaharuan pd mana2 bhgn yg patut. Agak membosankan apb mengulangi event dan program yg sama setiap semester. Pembaharuan mesti dibuat. Setelah berbincang, kami bersetuju utk melakukan program ziarah kampus. Mungkin byk yg boleh kami manfaatkan drp jemaah2 di kampus lain. Kami meletakkan target dua atau tiga kampus berlainan utk diziarahi setiap semester. Tujuan program ziarah ini dibuat adalah utk bertukar2 pendapat dan idea, berkongsi maklumat dan berbincang ttg masalah2 yg dihadapi; dgn harapan kami dpt mempelajari sesuatu dan mencontohi mereka dlm beberapa hal yg patut.

Ketika duduk semeja dgn pimpinan mereka, berbincang dan bertukar2 maklumat…kami agak terperanjat dgn situasi sebenar jemaah2 lain. Kedudukan kami di kampus agak selesa, kekuatan ekonomi kami agak kukuh, kebanyakan ahli mempunyai kenderaan sendiri, pergerakan dakwah kami agak bebas dan kami juga mendapat sokongan drp pensyarah2 & staff2 tertentu. Jadi kami juga menyangka jemaah lain berada dlm situasi yg lebih kurang sama spt kami. Tetapi jangkaan kami meleset. Kebanyakan mereka tdk mempunyai kekuatan yg cukup utk menjalankan gerak kerja dakwah di kampus. Tdk keterlaluan utk sy katakan kami agak ‘advance’ dan ‘up to date’ berbanding jemaah2 di kampus lain; dr segi sistem pentadbiran, sistem usrah, sistem pengkaderan dan sistem tarbiyah. Malah dari segi bilangan ahli pun, kami adalah antara yg memiliki ahli plg ramai.

Alhamdulillah, program sebegini telah membuka mata kami. Mungkin selama ini kami mementingkan diri sendiri shj. Kami kurang ambil peduli dgn masalah yg dihadapi oleh kampus lain.

Ada pimpinan kampus yg mengadu mereka menerima sekatan yg ketat sehingga sukar utk berhimpun dan bermesyuarat bagi merancang kerja2 dakwah. Ada kampus yg mengadu tdk mempunyai sumber kwangan yg cukup utk menjalankan program. Ada kampus yg kekurangan tenaga kerja, ada yg tdk mempunyai silibus tarbiyyah, dan ada juga yg tdk mempunyai sistem pengkaderan yg betul sehingga pimpinan mereka sendiri confuse siapa ahli jemaah dan siapa yg bkn ahli jemaah. Ada juga muslimat jemaah yg belum sempurna menutup aurat; hadir meeting dgn memakai tudung yg agak kecil sehingga tdk sempurna tutup dadanya. Begitulah variasinya situasi jemaah2 di kampus. Ada yg laju dan terkedepan, ada yg agak statik, ada yg bergerak tetapi perlahan dan ada juga yg masih bertatih.

Memikirkan keadaan sebegini, saya terpaksa mengambil jalan tengah apabila menulis artikel ‘Seruan kpd Jemaah Islam Kampus’, supaya yg berada di atas terdorong utk menoleh ke bawah…dan yg berada di bawah tdk berputus asa utk terus mendaki.

Maka apb menyebut ttg konsep amal dan konsep berpakaian, menggunakan jalan pertengahan adalah yg terbaik. Tdk terlalu memberat2kan dlm amalan sunat dan tdk terlalu rigid dlm etika berpakaian. Bagi mereka2 yg sudah advance, bolehlah beramal dan berpakaian pada gred A. Buka lah ruang yg lbh ringan dan luas kpd rakan2 yg masih ketinggalan atau masih baru dlm jemaah utk berpakaian pada gred B atau C; asal saja tdk berdosa di sisi Tuhan.

Wallahua’lam. Saya tdk tahu apa lafaz bai’ah yg diucapkan oleh kampus lain. Tetapi sy agak yakin lafaznya agak sama. (1) Berjanji utk patuh & taat kpd Allah, (2) Berjanji utk patuh & taat kpd Rasul, dan (3) Berjanji utk patuh & taat kpd ketua/pimpinan/jemaah. Saya kira kita semua faham bahawa kita sedang membincangkan pada hal nombor (3); patuh kpd pimpinan dan jemaah. Hal nombor (1) dan (2) sememangnya tdk saya pertikaikan. Malah semua muslim, tdk kira sama ada dia berbai’ah ataupun tdk, dia tetap wajib melaksanakan hal no (1) dan no (2) itu. Tetapi apb sampai kpd no (3), adakah tahap kewajipan utk patuh & taat itu masih sama? Tentu skali tidak sama. Jarang-jarang ada masalah sebegini. Mungkin anda tdk pernah dgr kata2 pimpinan spt, "dia sepatutnya kena pegi program, dia tak boleh duduk kat bilik study je, dia berdosa kerana tak ikut arahan ana". Itulah realiti yg didengar, dan itulah antara sebab saya menyeru supaya melonggarkan konsep bai’ah. Cukuplah tindakan melanggar arahan itu sekadar menjadi kesalahan disisi kita dan bknnya menjadi dosa disisi Tuhan.

Dalam artikel yg lpas, sy byk mengkritik ttg masalah sikap dan cuba membetulkan sikap-sikap yg salah ini. Dengan harapan masalah sikap ini dapat dikurangkan dan bebanan jemaah dlm menghadapi karenah ahli2 dpt diringankan. Dengan itu, insyaAllah fokus yg lbh boleh diberi kpd gerak kerja dakwah. Malang apb ada org yg menolak seruan pembetulan sikap ini sehingga memuji pula ahli2 yg merokok. Ya, mmg kita akui sumbangan dan pengorbanan ahli2 yg merokok, tetapi cara membela mereka itu tdk akan memperbaiki masalah sikap ini. Cuba la lihat perkara ini dgn lbh meluas. Kita sedang berusaha utk membetulkan sikap, bukannya sedang menyukat pengorbanan siapa yg lbh banyak. Pastinya setiap org ada sumbangan mereka yg tersendiri dan dgn cara yg tersendiri juga. Jika merujuk semula artikel sy dlm bhgn ini; apakah masalah yg sy timbulkan dan apakah yg cuba sy seru? Saya cuba membetulkan sikap sesetengah org yg mementingkan politik melebihi dakwahnya, dan sikap org2 yg terlalu fokus kpd bidang dakwah sehingga melalaikan urusan fardhu ain. Tak sangka pulak seruan sebegini pun ada yg tak setuju.

“Siapakah penulis untuk mengkomplen? Lebih hebat kah berbanding Tuan Guru Nik Aziz?”. Mungkin sy kurang arif ttg makna sebenar taksub. Tetapi inilah taksub yg sy maksudkan. Cara fikir sebegini menunjukkan ketaksuban kpd tokoh yg dinyatakan. Beranggapan org alim selamanya betul dan kita yg yg kurang alim ini tdk boleh mempersoalkan mereka yg alim adalah suatu cara fikir yg salah. Inilah antara yg cuba sy perbetulkan. Kita berhak menegur sesiapa shj yg kelihatan bersalahan dgn ajaran Islam dgn cara yg lunak dan berhikmah, walaupun seribu ustaz mendiamkan diri dlm hal itu. Kita mnghormati tokoh2 agama, mereka alim dan byk berjasa kpd pembangunan agama, ttp jgn la kerana ianya Tuan Guru Nik Aziz atau ianya Tuan Guru Hj Hadi, maka kita selamanya menutup mulut atas perkara mungkar yg berlaku selagimana mereka mendiamkan diri.

Rasanya tdk ada apa yg salah pada kritikan saya ini. Saya mengkritik kartun2 hina yg dilukis dgn mengajuk rupa paras individu tertentu. Sememangnya jelas perkara ini bersalahan dgn ajaran Islam. Sekali lagi sy mengajak kita berpegang kpd hujah dan dalil yg lbh kuat. Antara membantah perkara ini berdasarkan hukum Islam atau membenarkannya atas nama strategi politik. Fikir-fikirkanlah. Mungkin penulis/pelukis SENYUM KAMBING itu lebih jujur dlm berkarya; kerana sindirannya diketengahkan menggunakan dialog dan isu, bukannya penghinaan kpd rupa paras.

Janganlah kita emotional dlm melontarkan idea dan pandangan. Sikap yg spt ini akan menghalang diskusi ini menjadi ilmiah dan bermanfaat serta mghalang perkembangan idea dan pandangan. Kita sepatutnya berbahas di atas tajuk dan isu yg diketengahkan. Kita menyerang hujah dan pandangan yg dibawa; yg mungkin kita rasakan salah atau kurang tepat. Cubalah ketepikan kepentingan peribadi dan cuba elakkan drp menyerang individu. Supaya dengan ini kita menjadi lbh fokus kpd masalah dan isu yg diketengahkan. Sesungguhnya saya bukanlah seorang menteri yg perlu anda jatuhkan supaya kerusi pemerintahan dpt dirampas dan kerajaan Islam dpt ditegakkan.

~Sekian~

p/s: Saya adalah ahli jemaah dan bersama jemaah. Diharap pengakuan ini menolak keraguan org2 yg menganggap sy bukan ahli jemaah atau org2 yg menyuruh saya keluar dr jemaah. Ukhwah fillah..

Monday, February 19, 2007

Seruan Kepada Jemaah Islam Kampus

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama saya termenung memikirkan sama ada patut atau tidak saya post kan tulisan ni. Mungkin ramai yang tidak setuju dgn contents nya. Saya harap artikel ni dibaca dgn fikiran yg tenang dan terbuka. Jgnlah emosional apb ada beberapa bhgn tulisan ini terkena pada batang hidung sendiri. Cubalah lihat dari sudut yg positif. Dan jika dirasakan apa yg saya tulis ini tdk ada kaitan dgn jemaah kamu, maka tdk perlu lah melatah. Siapa makan cili, dia la yg rasa pedas...Sesungguhnya tulisan ini bukanlah menyeru kpd permusuhan dan kehancuran, sebaliknya ia adalah suatu seruan ke arah pembaikian dan kesempurnaan.

Artikel ni agak panjang. Cubalah cari masa yg sesuai utk hadamkannya. Wasssalam.

Intro

Jemaah Islam kampus. Boleh dikatakan semua institut pengajian mempunyai jemaah Islam atau Badan Islam atau Organisasi Islam masing2. Gerakan mereka inilah yg menjadi tunjang kpd terpeliharanya environment kampus drp dicemari maksiat dan perkara mungkar. Mungkin sj ramai yg tdk sedar usaha kuat mereka ini. Tetapi dgn kurangnya kekuatan dan bilangan ahli menyebabkan usaha mereka utk menyuburkan islam dan membersihkan environment kampus dgn sepenuhnya belum berjaya.

Dalam keghairahan berjuang di kampus, mungkin tak ramai di antara mereka yg sedar bibit-bibit kehancuran dan kegawatan telah menular dalam organisasi mereka sendiri. Ia adalah suatu virus yg sukar dikesan dan sukar dihapuskan. Simptom-simptom nya sudah kelihatan. Simptom yg akan membawa kpd kehancuran dan perpecahan. Mungkin telahan saya ini silap. Tetapi saya semacam terpanggil utk menulis artikel ini demi membendung virus tersebut drp terus merebak.

Dengan ini, saya dgn penuh kerendahan hati menyeru kpd semua jemaah Islam kampus kpd beberapa pembetulan…

1. Membuka pintu amal seluas-luasnya

Islam telah menetapkan garis panduan dlm beramal. Apa yg wajib, sunat, haram, makhruh dan harus telah pun ditetapkan. Dalam realiti kehidupan skrg yg serba mencabar, peluang utk mbuat maksiat dan terdedah kpd dosa semakin mudah. Jadi adalah suatu rahmat yg besar drp Tuhan jika seseorg muslim itu dapat teguh dlm beramal dgn amalan wajib dan meninggalkan segala yg haram. Amalan sunat pula sekadar menjadi pilihan sama ada utk melakukannya atau tdk.

Dalam organisasi islam, mereka meletakkan diri mereka pada tingkatan yg lbh tinggi drp org biasa. Maka byk la perkara sunat yg diwajibkan kpd ahli2nya. Kalau pun tdk diwajibkan, seruan ke arahnya seakan2 wajib sehingga memaksa ahli melakukannya. Membaca surah al-Mulk berjemaah pd mlm hari, membaca surah al-Waqi’ah berjemaah slps subuh, membaca mathurat berjemaah slps asar, melakukan qiamullail berjemaah every weekend dan solat hajat perdana setiap kali exam adalah antara amalan rutin dlm jemaah.

Sepatutnya ibadat sunat tdk dipaksa, cukuplah sekadar memberi galakan dgn memberitahu kelebihan amalan2 sunat dan memberi kesedaran dgn menanamkan kefahaman yg jelas. Selepas itu biarlah mereka beramal sesuai dgn tahap iman mereka dan dgn amalan sunat mana yg mereka suka.

Apabila mewajibkan perkara sunat sebegini, maka akan timbullah kata2 kurang sedap atau mindset yg seperti atau seakan2 memandang jahat atau sekurang2nya memandang serong kpd org2 yg tidak menyertai mereka dlm membuat perkara sunat itu.

Kita cuba tgk dr sudut yg lain pula. Setiap org mempunyai pandangan yg tersendiri dan kefahaman ilmu yg berbeza2. Ada org yg faham bahawa melakukan amalan sunat dgn cara spt yg disebut di atas tdk thabit drp nabi. Maka dia pun lbh suka melakukan amalan2 tersebut secara bersendirian. Adalah tdk patut utk satu org yg memahami bahawa cara amalan2 yg ditetapkan oleh jemaah itu tdk thabit drp nabi menerima prasangka drp ahli2 jemaah yg lain yg beranggapan dia malas atau tdk commit atau tdk wala’ kpd perintah ketua.

Islam membuka ruang kpd umatnya utk beramal dgn apa2 amalan sunat yg thabit drp nabi dan dgn cara yg thabit drp nabi. Maka tdk perlu utk kita menetapkan amalan2 tertentu kpd ahli jemaah. Cukup sekadar memberi kesedaran ttg kelebihan amalan sunat dan ganjaran drp amalan itu. Selepas itu terpulang kpd individu utk memilih sama ada ingin membaca quran atau mathurat atau solat sunat atau berzikir atau bersedekah atau apa2 amalan lain. Tdk perlu utk membebankan seseorg dgn amalan sunat yg sebenarnya memerlukan keikhlasan dlm melaksanakannya dan bukannya melakukannya kerana manusia atau krn ada kepentingan. Sesungguhnya pintu syurga itu banyak. Ada yg memasuki syurga melalui pintu solat, ada yg masuk melalui pintu puasa dan ada yg masuk melalui pintu sedekah.

Tidak tahu lah dimana silapnya, mungkin kesan drp tarbiyah yg diterima atau mungkin kesalahan individu yg mpunyai penyakit dlm hati; sehingga kebanyakan drp mereka cenderung utk memandang serong atau berprasangka kpd org2 yg tdk mahu menyertai kumpulan bacaan mathurat atau al-mulk mereka.

2. Mengembalikan Islam pada fitrahnya

Islam adalah agama yg mudah dan memudahkan umatnya dlm beramal. Dlm byk hal islam mghalalkan semua perkara yg baik dlm kehidupan kecuali beberapa perkara yg ada dalil mgharamkannya. Islam adalah agama fitrah dan tdk menyekat atau membebankan umatnya dgn perkara yg bukan2.

Apa yg terjadi dlm jemaah ialah mereka meletakkan terlalu byk sekatan2, peraturan2 atau ‘hukum2’ baru. Yg ini tak boleh buat, yg ini mesti buat, yg ini kena tinggal, yg ini tak boleh tinggal. Cukuplah dgn menekankan ttg perkara wajib dan haram serta mggalakkan perkara sunat.

Kadang2 corak tarbiyah yg diterima menyebabkan fikiran ahli jemaah menjadi sempit. Sehingga ada yg menganggap aurat perempuan dikira sempurna tutupnya hanya apb bertudung labuh, sehingga memandang serong kpd perempuan2 yg bertudung biasa. Syarat yg sepatutnya dipenuhi ialah melabuhkan tudung ke dada sehingga menutup bahagian dada dan menutup jln kpd ternampaknya bentuk dada. Begitu juga dgn bahagian punggung. Maka kain yg longgar insyaAllah akan dpt memenuhi syarat menutup aurat itu. Mampu utk memakai jubah dan tudung labuh adalah lebih baik dan suatu kelebihan yg dikurniakan Allah kpdnya. Tetapi sekadar memakai baju kurung, stoking kaki dan menjaga lengan baju drp terselak adalah sudah cukup baik bg seorang perempuan.

Etika pakaian (lelaki dan perempuan) sepatutnya dinyatakan secara umum shj tanpa mendetailkan jenis atau jenama apa yg boleh dan apa yg tdk boleh. Cukuplah sekadar menegaskan ahlinya menutup aurat dan berpakaian kemas. Maka tdk perlulah menyeru kpd ahli2 yg asalnya drp pelbagai latar belakang dan budaya kpd satu corak etika pakaian shj. Adalah suatu kebebasan utk seseorg itu memakai apa2 yg dia suka asal sj tdk melanggar etika pakaian dlm islam; jeans, cap, kot, t-shirt, tudung tiga segi, seluar yg longgar bg perempuan dll..insyaAllah sume ini termasuk dlm pakaian2 yg diterima islam dan masyarakat scr keseluruhannya.

3. Melonggarkan konsep bai'ah

Secara umumnya bai’ah ialah berjanji utk taat kpd ketua. Dengan janji utk memberi ketaatan ini maka memudahkan ketua dan pimpinan utk merancang dan melaksanakan gerak kerja krn mendapat jaminan dan sokongan drp ahli. Selain itu, bai’ah juga dibuat utk menaikkan atau memberi semangat kpd ahli2 supaya terus tabah dan konsisten dlm melaksanakan kerja2 islam.

Namun begitu janji utk taat ini sebenarnya terbatas dan tdk lah sampai ke tahap berdosa jika melanggar arahan pimpinan jika mempunyai sebab2 tertentu. Pimpinan biasanya akan memberi tugasan2 tertentu kpd ahli. Ahli sepatutnya mengambil tugasan ini sbg satu peluang utk berdakwah atau utk bekerja dlm gerakan islam. Namun ini tdklah bermakna seseorg ahli itu mesti patuh 100% kpd arahan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan hak diri sendiri dan tdklah smpai terpaksa mengenepikan kepentingan2 lain spt keluarga/ibubapa. Dia tetap mempunyai hak utk membuat keputusannya yg sendiri sama ada utk menerima atau menolak tugasan.

Ada juga ustaz atau orang2 yg agak ekstreme sehingga apb ada org2 bawahannya bertanya “mana yg patut saya dahulukan…kepentingan jemaah atau keluarga?”. Jawab ustaz tu, “Kita mesti dahulukan kepentingan jemaah”. Hmm.. mungkin betul. But, it’s depend. Cuba fahamkan Hadis Nabi ni:

(Maksudnya): “Sesungguhnya bg diri Tuhanmu itu ada hak yg mesti kamu tunaikan, bg dirimu ada hak yg mesti kamu tunaikan, bg isterimu kaum keluargamu itu ada hak yg mesti kamu tunaikan, berikanlah kpd setiap yg berhak itu haknya”.

Setiap org kenal dan tahu ttg dirinya lbh drp org lain. Maka dialah yg berhak menentukan prioriti dlm kerja buatnya. Mungkin sj dia mpunyai masalah yg tersendiri yg mana disembunyikan drp org lain. Maka menjadi tugas kpd pimpinan utk memberi kesedaran kpd ahli ttg kelebihan dan kepentingan bekerja utk islam. Dgn kefahaman yg jelas, maka setiap ahli akan sedaya upaya meluangkan masa dlm gerak kerja; tanpa perlu kpd ugutan bahawa sesiapa yg ingkar arahan ketua, maka dia berdosa. Subhanallah…jgn sampai mengangkat martabat pimpinan setaraf dgn martabat Allah dan rasulNya.

Selalu kedengaran dlm ucapan mana2 pimpinan; "akademik mesti diutamakan, pencapaian akademik mesti bagus, mesti jd contoh kpd org lain dr segi akademik etc". Tapi apb ada ahli yg menarik diri drp program dgn alasan nk stadi atau buat assaignment, maka akan kedengaranlah kata2 sumbang; “mcm dia sorang ada assignment, org lain pun nk stadi jugak”. Semua org masuk institusi pengajian utk belajar. Maka jgn ada kata2 sumbang yg boleh membantutkan niat nya utk belajar. Jgn fikir dgr ceramah, dgr kuliah atau berusrah shj yg dpt pahala…mungkin mghadap buku akademik tu lbh besar pahalanya.

4. Berpegang kepada dalil wlaupun bercanggah dgn org ramai

Kebiasaannya pd awal era bersama dgn jemaah, seseorg akan ditarbiyah utk bercakap atau berhujah dgn dalil. Siapa yg plg kuat hujah dan dalilnya, maka dialah yg benar. Sememangnya itulah yg sepatutnya diajarkan kpd semua org. Mengemukakan hujah dan dalil apabila bercakap. Dengan itu dia akan dpt meyakinkan org lain ttg benarnya fakta yg dibawa. Pemikiran berasaskan dalil ini adalah suatu cara fikir dan cara faham yg betul dan bijak.

Malangnya, apa yg berlaku tdk bertahan lama. Hari demi hari, ahli2 semakin dimomokkan dgn konsep berjemaah dan selalu ditekankan bahawa jemaah merekalah yg plg betul dan terbaik. Kesan negatif drp hal ini menyebabkan timbul satu pemikiran jumud dikalangan ahli yg akhirnya tdk dpt menerima pendapat org lain terutama yg bercanggah dgn pegangan jemaahnya. Bagi mereka, jemaah mereka adalah umpama Quran dan sunnah; atau dgn kata lain tdk mgkn jemaah mereka salah. Lbh malang lg terdapat ahli yg extreme yg lgsg mencerca/mghina/menyindir org2 yg bercanggahan dgn mazhab jemaah mereka dgn tuduhan wahabi/liberal/hadhari wlaupun pihak tersebut mengemukakan hujah2 yg kuat. Bagi org2 yg extreme ini, mereka langsung menutup pintu perbincangan dan tdk membuka ruang utk berbeza pendapat. Kadang2 mereka tdk mampu pun membalas hujah, mereka lebih senang utk terus menuduh; "dia ni wahabi, jgn dgr cakap dia", "dia ni umno, bkn bole pecaya". Subhanallah..ceteknya akal mereka.

Sedar ataupun tdk, mereka sebenarnya telah meninggalkan ajaran bab 1 yg mereka pelajari diawal tarbiyah dulu; iaitu pemikiran berasaskan dalil dan hujah. Skrg mereka lbh terkurung dlm kepompong jemaah centric; menerima pakai apa yg diputuskan jemaah mereka shj wlaupun ada pendapat lain yg lbh kuat.

5. Menjauhi taksub kpd tokoh agama dan pimpinan

Taksub adalah perkara yg dilarang dlm islam krn sikap ini melahirkan insan2 yg ekstreme dan membekukan fikiran drp menerima pendapat drp ‘kumpulan lain’ dan hanya mengganggap ‘kumpulan mereka’ shj yg betul.

Jika yg taksub itu hanya kpd ilmu ulama atau ilmu tokoh agama tersebut..itu tdk mengapa. Taksub kpd ilmu boleh mendorong kita berusaha bersungguh2 menambah ilmu. Ini suatu perkara yg baik dan digalakkan. Malangnya apb ada manusia yg taksub kpd individu tertentu sehingga mengikut shj ajaran mereka tanpa cuba utk menganalisis kebenaran yg terkandung dlm ajaran itu.

Saya selalu tergelak apb teringat perbualan antara sy dgn seorg pimpinan kampus. Ketika itu kami sedang membincangkan tentang amalan sunnah dan bid’ah. Sy memberitahunya ttg suatu amalan masyarakat kita yg sy rskan tdk bertepatan dgn sunnah (tak perlu la diberitahu apa amalan tersebut; krn itu bkn fokus kita di sini). Sy cuba meyakinkannya dgn menyatakan larangan drp sahabat nabi (ibn mas’ud) tentang amalan itu. Jika kawan sy itu tak mahu menerima pendapat sy dgn alasan hujah sy itu tdk kuat..sy bole terima. Tetapi apa yg mengejutkan sy ialah kata2nya itu: “….itu larangan ibn mas’ud, kalau Qaradawi yg larang amalan ini baru sy percaya…”. Subhanallah, atas dasar apakah dia meletakkan martabat Qaradawi lbh tinggi drp martabat para sahabat spt ibn mas’ud!!! (dgn tdk bermaksud utk menghina Qaradawi, dia sememangnya seorg alim yg besar dan disegani). Tetapi inilah yg sy katakan taksub kpd tokoh agama sehingga menolak mentah2 hujah dan pendapat org yg tdk sealiran dgnnya.

Realitinya, tarbiyah yg disusun telah mghasilkan produk2 yg lbh tertarik kpd ulama2 yg berjihad n berpolitik (tidak la salah, ttp terlalu cenderung itu menimbulkan masalah), sehingga ramai yg tdk kenal dgn ulama atau tokoh2 yg kuat memperjuangkan sunnah. Boleh dikatakan semua ahli jemaah akan kenal ust Fathi Yakan, menyanjung tinggi hassan al banna, syed Qutb, Zainab al Ghazali dan lain2 tokoh terutama drp ikhwanul muslimin. Tetapi berapa kerat yg kenal dgn nama Nasiruddin al-bani, Muhammad Soleh Uthaimin, Abdul Aziz Abdullah bin Baz etc. Tgk la sendiri koleksi buku mereka, boleh dikatakan semua ahli akan mempunyai buku syarah usul 20, risalah ta’lim, bahtera penyelamat dan wabak sepanjang jalan. Cuba teliti siapa pengarang buku2 tersebut. Dgn demikian kita sudah dpt menilai ke arah mana pemikiran mereka. Tdklah salah, cumanya terlalu fokus kpd perkara2 sebegitu menyebabkan fikiran lebih terdorong kpd isu2 harakah dan politik shj.

Ni saya nk kongsi satu kes taksub; ada sorang ustaz tu..mungkin dia rs makam dia tinggi sehingga dia gelar ‘setan’ kat sorang pensyarah agama (atas sebab berbeza pendapat je pun). Bila dh tahap panggil setan, maknanya mmg btul2 benci dan bermusuh la kan. Bila dia gelar, anak-anak usrah yg belajar agama dgn dia ni pun ikut la setuju dgn panggilan setan tu. Maka gelaran setan tu pun cubalah dihebah dan dipopularkan shingga la sampai ke telinga saya ni. Haha..terukkan? sampai tahap tu pun derang tak leh nk nilai lg mana baik mana buruk. Secara adilnya bila saya tgk situasi kedua2 belah pihak, saya dapati org yg dipanggil setan tu lbh aktif dlm dakwah…aktif dlm forum dan seminar peringkat kebangsaan, idea dan pandangannya didengar oleh arus perdana rakyat Malaysia, ceramahnya dirakam dan dijual, bercakap ttg isu penting…ttg islam liberal, gerakan sunnah, penyelewengan kisah sahabat, ttg bid’ah, kesesatan tarikat dan bermacam2 lg. Sedang ustaz yg lancang mulut tu tak ke mana pun. Suara dakwahnya tak kedengaran pun dlm arus perdana rakyat Malaysia, entah beberapa kerat shj org yg mendgr idea2nya. Tapi begitulah realitinya, bab mengata org ni mmg lantang.

Ada juga org yg anggap pandangan pimpinan tu betul semuanya. Apabila pimpinan kata sesuatu, dlm diri mereka cuma ada satu; ‘kami dgr dan kami taat’. Haha..cam terminator lak. Betul ke ada org mcm tu ? ishk, tak pecaye la. Betul, pecaya la. Ni saya quote apa yg dia tulis ; "aku mengambil apa pimpinan sendiri lakukan..jika mereka masih tak redha dgn mamat tu, aku turut tak redha..". Camne? dh pecaya? Hebat btul la org yg berjaya tarbiyah dia ni sampai bole jd segini. Sampai bab redha tak redha pun masih lg nk bergantung pada orang lain. Takde pendirian sendiri ke?

Bila dah taksub...kita akan cuba mempertahankan kesalahan tokoh/pimpinan kita tu walaupun terpaksa menegakkan benang yg basah. Saya penah bgtau sorang brother ni ttg pimpinan telah buat kesalahan sekian sekian sekian… Maka brother ni pun cuba la sedaya upayanya mempertahankan tokoh yg dipujanya itu walaupun kesalahan itu mmg dh jelas. Ntah apa la yg digorengnya ketika itu, saya pun tak paham. Payah sgt ke dia nk kata "Ya, dia telah buat silap/salah, sebab dia juga manusia biasa..ttp itu tdklah menjejaskan ketokohannya sbg seorg pemimpin". Kata cam tu kan senang, tak yah la nk berdolak dalih, mengaku je la, baru gentleman.

6. Memasuki Islam melalui pintu depan

Islam hendaklah difahami melalui bab akidah. Inilah asas dan tunjang kpd agama ini. Begitu juga dalam berjemaah, kita mestilah menekankan bab akidah ini dgn jelas. Dgn kefahaman akidah yg jelas akan mewujudkan perpaduan dan menjauhkan perpecahan kerana adanya kesedaran bahawa kita adalah di atas satu agama dan akidah. Maka isu perbalahan antara kumpulan atau parti boleh dielakkan atau sekurang2nya dikecilkan.

Menjadi barah apb pimpinan terlalu menekankan hal politik, sehingga menjadikan dakwah hanya pd bhgn kulit atau beberapa bab dlm buku gerakan, sedang keseluruhan bab yg lain menceritakan ttg politik kepartian, ttg perfectnya jemaah mereka, tdk syumulnya jemaah org lain, dan ttg seruan menjatuhkan kerajaan; dgn alasan islam hanya akan dpt ditegakkan dgn merampas kerusi pemerintahan. Teorinya mungkin benar, mungkin juga tidak. Ikhwanul Muslimin dari dulu lagi berjuang utk merampas kerajaan Mesir, tp tak pernah sejarah mencatatkan mereka berjaya mendapatkan kerusi pemerintahan walaupun satu hari. Tak dinafikan kita lbh senang nk control environment apb ada kuasa.Cuma mungkin cara nk mendapatkan kuasa tu perlu diperhalusi lagi. Lagipun realiti skrg menampakkan cara sebegitu lbh menjurus kpd menimbulkan permusuhan dan perbalahan serta suburnya sikap asabiyah moden. Apa-apa pun, yg saya nk stress kan pd part ini ialah pentingnya kefahaman ttg akidah dan dakwah, jgn sampai kecenderungan terhadap politik mengaburi tindakan kita.

Sungguh melucukan apb ada ahli yg saban minggu mghadiri usrah2 yg membahaskan ttg hadis 40, risalah ta’lim, rukun bai’ah, dan topic2 mengenai cabaran dan halangan dlm dakwah sedang dia masih tdk arif ttg hukum-hakam solat fardhu. Cuba bayangkan seorg lelaki yg aktif dlm gerakan dakwah dan bercakap ttg bagaimana hendak membina khilafah islam ttp dlm masa yg sama dia tdk tahu bahawa perlunya dia mengqadha’ solat Subuh yg tertinggal krn oversleep. Huh, any coments?

7. Menjauhi prasangka dan hasad sesama Muslim

Seorg muslim bersaudara dgn muslim yg lain. Maka muslim wajib menjaga ikatan persaudaraan ini. Sedangkan kpd non-muslim pun kita kena berlaku adil dan berbaik2. Malang apb ada org yg membenci saudara seakidahnya sendiri disebabkan berlainan parti sedang dia boleh bertegur sapa dan tersengih2 apb berborak dgn non-muslim yg menganut akidah sesat. Hairan..di mana dia meletakkan neraca timbangan akalnya. Seolah2 dia langsung tak mampu berfikir benda yg simple ini.

Hadith: Once a young man from the Muhajiruun and a young man from the Ansaar quarreled. So the muhajirun called out for help stating: “Oo Muhajiruun!” And the ansaari said: “Oo Ansaar!” The Prophet heard this and said: ’’Is it with the call off jahiliyyah that you are calling out, and I am present amongst you!” (Bukhari)

Perkara ini juga berlaku sesame ahli jemaah. Suatu ketika mereka boleh bersangka baik antara satu sama lain, bekerja bersama, susah senang bersama…inilah yg mereka katakan ukhwah islamiyyah. Ye kot. Tp bila ada satu dua org yg tdk pergi program jemaah, tamrin atau sebagainya…maka prasangka mula timbul. Pelbagai andaian yg dibuat…tak commit, nk futur, bermasalah dari segi fikrah, lemah iman dan mcm2. Jurang mula dicipta atas hubungan yg dulunya rapat dan mesra. Dulunya sahabat, kini mungkin dlm kategori sahabat kelas dua. Haha..ada ke istilah camtu?

Adakah patut tamrin atau program jemaah djadikan kayu ukur atas keimanan seseorg? Apb seseorg itu patuh suruhan Tuhan dan tdk membuat maksiat secara nyata, maka kita anggapnya sbg org yg baik. Itulah neraca kita. Simple..kita berhukum dgn hukum Tuhan. Jgn la pula kita tambah ‘hukum2’ baru atas nama jemaah. Mungkin ‘hukum’ pertama yg dipelajari dlm jemaah ialah “sesiapa yg berbai’ah dgn jemaah kami, maka dia lebih baik drp muslim yg lain”. Dengan ini kebarangkalian dia ke syurga lbh cerah. Heh.

8. Berfikirlah dgn panduan ilmu

Tdk lama dulu heboh satu Malaysia (saya kecilkan skop kpd Malaysia shj) ttg isu karikatur nabi Muhammad. Pelbagai lukisan disiarkan. Satu penghinaan besar terhadap nabi yg kita cinta dan ikut sepanjang hidup. Maka ramailah drp kita yg membuat demonstrasi bantahan dan memboikot barangan2 tertentu. Api apb dituang dgn minyak mmg makin marak.

Sama-sama kita fikir. Adakah yg haram dihina itu sekadar para nabi shj?? Dgn itu selain drp nabi maka kita bebas utk mengutuk dan mghinanya?? Sekali lg ada org yg tak mampu nk fikir ttg hal ni. Maka dia pun dgn gembiranya melukis karikatur org yg dibencinya dgn pelbagai gaya dan sindiran. Kadang2 watak tu dibesarkan hidungnya, dikemekkan mukanya..melampau2 pulak tu. Kejap hidung tu bole jadi kapal laut, kejap jd kapal terbang, pas tu bole jd kereta kancil. Huh, kreatif sungguh. Tambah menyedihkan apb ada akhbar yg sanggup memberi ruang kpd org2 sebegini mempersembahkan lukisannya. Yang plg mengejutkan apb lukisan sebegitu dilelong atas nama jualan amal dan ada pula org bodoh yg sanggup menawarkan harga RM320 utk sekeping lukisan.

Jahil sgtkah diorang ni sehingga tak tahu apa hukum mengajuk/mghina ciptaan Tuhan. Tak kisah la dia tu hidung besar ke, muka kemek ke, kepala botak ke..dia ciptaan Tuhan. Haram bg kita mengajuk atau mghina atau mencemuh kelemahan yg ada pdnya. Kerana itu bermakna kita menghina karya Tuhan.

Kesian sungguh org2 ni, dia nmpak yg haram dhina itu cuma nabi. Maka apb org melukis karikatur nabi, dia pun sibuk berdemonstrasi membantah dgn penuh kemarahan, sedang dia lupa dia telah buat kesilapan yg sama.

9. Fokus kepada lapangan dakwah

Saya pernah join satu usrah ni. Excited la juga pd mulanya, sebab ni pertama kali saya usrah dgn group lain, dgn org2 dewasa...biasanya usrah dgn geng2 sendiri je. Maybe saya boleh dpt ilmu atau pengalaman baru dalam dakwah. Start usrah cam biasa la...berkenal-kenalan dulu. Pastu bukak la satu kitab, baca dua tiga muka surat, kemudian tanya komen atau pendapat ahli usrah ttg apa yg dibaca td. Ada la amik masa hampir setengah jam. Lepas tu langsung dia bukak topik politik, merancang strategi pilihanraya, bagaimana nk mendapatkan byk undi, kau jadi ajk tu, kau jd ajk ni...sampai la abes usrah. Camni rupanya cara depa berdakwah. Hmm..lain org lain cara.

Ada org yg dakwahnya lbh kepada nk menyeru org masuk jemaah. Benderanya mngibarkan lambang jemaah, warna jemaah. Sehingga bendera islam terlindung disebaliknya. Serulah org kpd Islam, letakkan kepentingan jemaah ditepi, focus kpd isi dakwah. Apb mereka menerima islam spt yg kita seru, apb mereka faham islam spt yg kita faham, apb mereka setuju dgn islam spt yg kita setuju, maka tdk menjadi syarat utk mereka menyertai kumpulan kita dan tdk menjadi kerisauan kpd kita ttg hal itu kerana matlamat utama dakwah telah pun berjaya.

10. Jangan mempergunakan islam demi kepentingan jemaah

Saya penah jd ajk/facilitator utk satu program. Maka dipanggil la bermesyuarat ttg isu2 dan topik2 yg akan dibentangkan dlm program tu. Sampai satu ketika, sorang brother ni kata sesuatu ttg dosa pahala masuk jemaah. Saya tak setuju dgn apa yg dia kata. Saya pun tanya la dia semula utk minta penjelasan; “adakah ni bermakna semua orang berdosa kerana tak join jemaah?” dan dia jawab “ya”. Takkan kot. Korang fikir la sendiri. Malas la nk explain benda2 ni. Suka-suki je kata org lain berdosa sebab tak join kumpulan dia.

Saya tak lah ikuti sgt perkembangan sorang tokoh ni, tp saya suka nk quote apa yg dia kata. Kata Said Ramadhan al-Buti: ‘...ada jemaah yg dtubuhkan atas nama islam tp dgn slogan utk smpai kpd kerusi pemerintahan. Jemaah yg spt ini, aku memuji Allah krn tdk pernah mnjadikan aku wlaupun satu hari bersama dgn mereka. Jemaah spt ini mereka akan memikirkan siang dan mlm bgaimana utk smpai kpd kerusi pemerintahan, dan mereka akan berkempen dgn mggunakan nama islam. Mereka ini demi mncapai matlamat sanggup berdolak dalih ttg islam...’

11. Tidak mewajibkan benda yg remah-temeh

Sebagai gerakan islam, tentu byk risalah yg nk dibawa. Dlm kesibukan berdakwah, jgn la pula menekankan ttg perkara2 kecil dan remeh-temeh. Kerana ini akan menambah beban yg sedia tak terpikul dan menyusahkan diri sendiri. Fokus la kpd perkara2 penting. Jgn pula sampai bertegas mewajibkan ahli menggunakan perkataan ana, anta, anti dlm membahasakan diri. Benda2 camtu sekadar pilihan. Sape2 nk buat, buat la. Kalau tak nak buat, takde sape berhak larang.

Ada org yg rs lbh mesra bila membahasakan diri dgn 'aku kau' shj. Beralih kpd ‘ana anta’ setelah sekian lama ber ‘aku kau’, tentu sj janggal. Lagipun kebanyakan org tdk mggunakan perkataan arab tu dlm kehidupan seharian. Mungkin org akan rs asing bila kita bercakap dgn perkataan ana anta. Jgn disebabkan nk bunyi arab, maka pd hari pertama lg kita dh menjuzukkan diri kita drp mad’u kita.

Pun begitu kadang2 perkataan ana anta ni nmpak lbh lembut. Saya bukanlah nk menentang penggunaannya, cuma tdk setuju bila ada usaha utk mewajibkannya. Buka la ruang yg lbh luas utk berbeza pandangan.

Mungkin saya bole sentuh sket psal baitul muslim dlm ruangan ni. Baitul muslim mmg bagus. Dia membantu kita mencari jodoh terutama bagi perempuan. Senang la sket dia nk cari calon yg soleh. Cuma jgn sampai mewajibkannya sehingga timbulnya pandangan serong kpd org yg cari pasangan luar dari kumpulan mereka. Jodoh ditgn Tuhan. Sejauh mana kita mampu campur tangan?

12. Jemaah Centric & Ummah Centric… fikir-fikirkanlah

Saya tdk lah menentang konsep jemaah centric secara keseluruhanya. Tetapi kelihatannya byk kesan negative yg timbul hasil drp fanatic terhadap jemaah masing2. Sudah tiba masanya kita meninjau lbh jauh konsep ummah centric. Mungkin byk perkara dlm konsep ummah centric tu bole diapply dlm jemaah.

Setiap tokoh ada sumbangannya. Sedikit ataupun banyak. Demikian ada kekurangannya. Setiap gerakan juga demikian. Di Malaysia kita ada berbagai-bagai jamaah dan harakah. Kesemuanya ada sumbangan tersendiri. Selagi mereka tidak ekstrim atau taksub kumpulan, mereka berfaedah dalam ruangan yang tersendiri. Jamaah-jamaah hanyalah alat. Boleh wujud ataupun tidak. Maka jgn la lg timbul isu jemaah ana lagi tua, jemaah ana lg syumul, jemaah ana lg bertarbiyyah atau jemaah ana lg professional. Sesungguhnya dgn demikian kita akan kalah kpd jemaah Arqam@Rufaqa kerana jemaah mereka ada imam Mahdi.

~ Sekian ~

p/s: saya bukanlah org yg plg betul dikalangan kamu. jika saya silap, bagi la komen.

Saturday, February 17, 2007

Spiritual Vacuum

There was a talk by a mualaf at surau just now. This is his first series of four. He talked about the reasons he revert to Islam. It is good he used the word ‘revert’ instead of ‘convert’…and by the way he is previously a dubious slave of Christian, Roman Catholic. Instead of proud, I’m also jealous because sometimes it looks like he understands Islam better than mine.

There are up to forty people in that surau… and sadly there were only five Malays and the rest was foreigners, mostly black guys. Quite funny because Q&A / discussion session is longer then time taken for the speech. Alhamdulillah, all of us seem to be very interested on that topic. It is a short speech, only 15 minutes I think, but a very good speech by him anyway.

It is quite interesting when he says about ‘spiritual empty’ and sometimes he used term ‘spiritual vacuum’. The emptiness that he felt in his previous religion. And I’m sure that this emptiness is happens not only for the non-muslim, but also for the muslim itself. Yes, when we abandon the rules in Islam, making too much mistakes and less repent…we will falling down into this emptiness, dark space maybe. Scary huh!

When we feel that emptiness, we can’t just leave it like that. We must quickly fill it with something. But what is suit best for ‘something’? I’m sure that the best thing to fill inside is God. Yes, fill the empty space in your heart with God. Do not quickly rely on others when you have problem. Find God first and He will surely help you.

p/s: can’t wait to hear his speech again tomorrow. I hope I’ll be available at that time = )

Saturday, February 10, 2007

Seven Under The Shade

In a very beautiful hadith, our beloved Prophet (صلي الله عليه وسلم) said:

“There are seven whom Allah will shade in His Shade on the Day when there is no shade except His Shade:

  1. a just ruler;
  2. a youth who grew up in the worship of Allah, the Mighty and Majestic;
  3. a man whose heart is attached to the mosques;
  4. two men who love each other for Allah’s sake, meeting for that and parting upon that;
  5. a man who is called by a woman of beauty and position [for illegal intercourse], but be says: ‘I fear Allah’;
  6. a man who gives in charity and hides it, such that his left hand does not know what his right hand gives in charity; and
  7. a man who remembered Allah in private and so his eyes shed tears.” [Bukhari and Muslim]
p/s: I really hope that i am amongst those seven. Ameen...

Friday, February 09, 2007

Memakai Kopiah / Songkok Ketika Solat

Firman Allah swt:

"Wahai bani Adam, pakailah pakaian kamu yg indah setiap kali kamu ke tempat ibadah (untuk mengerjakan solat)." - surah al-A'raf: ayat 31-

Jika menutup kepala (kopiah/songkok) dikira sbg satu cara menghias diri dlm adat sesuatu negeri, maka digalakkan menutup kepala. Jika tdk, ia tdk termasuk dlm hukum di atas. (Rujuk Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid)

Berpakaian Bukan Ukuran Keimanan

Oleh: Lokman Ismail

DI KALANGAN umat Islam di negara kita masih banyak yang keliru mengenai jenis pakaian yang perlu dipakai sebagai lambang orang beriman. Ada pihak yang mengatakan hanya jenis pakaian tertentu dianggap melambangkan keislaman.

Sedangkan yang lain itu dikaitkan pula sebagai pakaian orang kafir, yakni mengikut apa yang dipakai orang Barat. Sebab itu, ada yang memandang sinis kepada orang berkot dan bertali leher.

Paling jelas, jika pakaian itu dipakai ketika pergi ke masjid. Pada mereka, jika pergi ke masjid mestilah berjubah, berkopiah dan berserban. Paling tidak pun berkain pelekat, berbaju Melayu dan berkopiah.

Hakikatnya, jubah, kopiah dan serban bukan menjadi ukuran ketakwaan dan kemuliaan peribadi seseorang. Sebaliknya, yang menjadi ukuran adalah penghayatan Islam dan nilai ilmu, dan sejauh mana diamalkan untuk membentuk insan sempurna.

Jubah, kopiah dan serban mudah dibeli dan dipakai oleh sesiapa juga tanpa ada syarat pemakaiannya. Sebaliknya, akhlak mulia dan nilai peribadi seorang tidak boleh dibeli, melainkan diperoleh secara didikan dan amalan berterusan, yang lahir semata-mata mengharapkan keredaan daripada Allah.

Pakaian luaran tidak semestinya melambangkan apa yang ada dalam diri. Itu hanya pakaian yang boleh bertukar ganti dengan mudah. Watak yang dibuat-buat ketika memakai sesuatu pakaian juga boleh berubah-ubah seperti pelakon yang memegang pelbagai watak.

Namun, pemakai pakaian itu tetap berwatak asal biar apapun yang dipakai. Sebab itu, kita dapat perhatikan orang yang berpakaian yang kononnya lambang keIslaman melakukan perbuatan yang bertentangan kehendak Islam.

Perkara ini dilakukan individu yang suka berpura-pura dengan penampilan diri yang boleh mengelirukan orang ramai mengenai peribadinya yang sebenar. Perbuatan itu amat ditegah dalam Islam kerana boleh mencemarkan nama baik individu yang memang salih.

Az-Zarkasyi berkata: “Haram bagi mereka yang bukan dari kalangan orang salih berpakaian seperti orang salih, jika perbuatan itu boleh memperdaya orang lain dengan menyangka seorang salih lalu memberinya sesuatu.”

Sebenarnya berjubah dan berkopiah atau berserban adalah pakaian tradisi masyarakat Arab yang tiada kaitan dengan tanda keimanan. Ada hadis menyebut bermaksud: ‘Serban itu adalah mahkota orang Arab.’ (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Amalan memakai serban dan jubah di kalangan orang Arab bermula sejak sebelum kedatangan Islam, manakala sekarang ini, orang Kristian dan Yahudi di negara Arab juga berjubah dan berserban. Malah, memakai kopiah adalah identiti orang Yahudi di sesetengah tempat.

Selain itu, perlu dijelaskan di sini, tidak ada di dalam al-Quran atau hadis yang menyebut mengenai reka bentuk dan jenis pakaian dianggap simbol pakaian Islam. Apa yang dijelaskan hanyalah mengenai keperluan menutup aurat, terutama bagi wanita.

Ijmak ulama sepakat mengatakan pakaian orang Islam tidak semestinya kopiah, serban dan jubah. Kita bebas memilih fesyen mana yang dikehendaki. Setiap orang mempunyai cita rasa berlainan.

Dalam hal berkaitan menutup aurat, ada ayat al-Quran yang mengaitkan cara berpakaian menunjukkan kaitan dengan iman dan takwa kerana perbuatan itu secara langsung membuktikan diri seseorang mematuhi perintah Allah.

Pun begitu, tidak dijelaskan fesyen apa yang perlu dipakai oleh orang Islam. Selagi pakaian itu memenuhi konsep menutup aurat, maka itulah yang dibenarkan syariat.

Maksud menutup aurat bukan sekadar menutup bahagian badan, tetapi juga tidak menonjolkan bentuk tubuh, yakni pakaian yang terlalu ketat atau daripada jenis kain tertentu yang menampakkan bentuk tubuh pemakainya.

Wajar kita memakai jubah, serban dan berkopiah dengan niat mengikut sunnah Rasulullah. Perbuatan itu sebahagian tanda kita kasih kepada Rasulullah.

Tetapi, sesiapa memakai jubah, serban dan kopiah dengan niat bermegah dan menunjukkan diri lebih alim, perbuatan itu ditegah dalam Islam yang termasuk dosa.

Dipetik dan diringkaskan drp Berita Harian Online 08/02/2007

Tuesday, February 06, 2007

Supplication

Bismillah...

Oo Allah, make my love for You the most beloved thing to me,
and my fear for You the most fearful thing to me,
Remove from me all worldly needs and wants by instilling a passion for meeting You,
and when You have given the people of the world the pleasures of their world,
make the coolness of my eyes (pleasure) in worshipping You.

Ameen.

Sunday, February 04, 2007

Membaca Doa dlm Bahasa Melayu Ketika Solat

Doa di dalam solat asalnya ialah dengan bahasa Arab, Jumhur (kebanyakan) ulama tidak membenarkan doa dengan bahasa lain selain bahasa Arab di dalam solat. Ulama mazhab Syafie pula membezakan antara doa yang ma'thur dan tidak ma'thur. Bagi doa yang ma'thur (sahih drp nabi) terdapat 3 pendapat di sisi mereka, yang paling kuat ialah harus berdoa dengan selain bahasa Arab bagi orang yang tidak mampu berbahasa Arab, dan tidak boleh bagi yang boleh berbahasa Arab. Jika yang boleh berbahasa Arab membaca dengan bahasa bukan Arab, maka batal solatnya.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah pula berkata :

"Doa harus dengan bahasa Arab dan selain bahasa Arab. Allah swt mengetahui tujuan seseorang yang berdoa dan kehendaknya, walaupun dia tidak meluruskan lidahnya, kerana Allah swt mengetahui permohonan hambanya dalam berbagai bahasa dan berbagai hajat..." (Majmu' al-Fatawa : 22/488-489)

Wallahua'lam.

When Does a Woman Become More Beautiful?

One day, Myself (forever forbidding me from good, and enticing me into evil) asked me, “When does a woman become more beautiful in your eyes?”

i asked, “Why do you want to know?”

Myself said, “If I tell you, will you answer my question? ”

I said, “Yes!”

Myself said, “Satan - our grand teacher - is making a survey of what makes the woman more beautiful in the eyes of men”

I asked, “What's this survey for?”

Myself said, “He wants to make an encyclopedia that will be distributed among the Satans of mankind and Jinn. He wants our approach to be more scientific! Now tell me, when does the woman become more beautiful in your eyes?”

I asked, “Do you have ways of making a woman more beautiful in the eyes of men?”

Myself said, “Yes, there are many ways, mannerisms and looks. Each man has his own inclinations”

I said, “Perhaps you could mention to me some of these and I will choose!”

“OK! Do you prefer a fair or dark woman?” “Neither!”

“Do you like the one with long or short hair?” “Neither!”

“The thin or fat one?” “Neither!”

“Do you like the one who uncovers her hair?” “NO!”

“Do you like the one who wears tight and short clothes” “NO!”

“What about the one who uncovers her shoulders and thighs?” “No way!”

“What about the one who sways from side-to-side while walking, strikes the floor with her high heels and speaks softly to men??” “NO!”

“You didn't like any of the ones I mentioned to you? I can't think of anything else?” “Really? Try to remember!”

....(silence)... then Myself smiled slyly, “YOU WICKED!! You like a woman when she is wearing a bikini?!!” “Yuck! No!!”

....(silence)... then Myself smiled again, “You evil man!” “What?”

“You like the woman who shuts the door and says come?” “NO!”

“I've run out of suggestions; you tell me what makes a woman more attractive to you?”

“OK! When the woman blushes and goes all red”

“Goes all red? I don't understand?”

“She becomes more beautiful when she lowers her gaze”

“Lowers her gaze?!! What's wrong with you? Speak clearly!”

“The woman becomes more attractive, when she becomes more modest and shy. Modesty is the thing that attracts me and many other men. The more a woman is modest the more attractive she becomes....Do you understand??”

This article is loosly adapted from the Arabic original - written by Ibn Muhammad - found at http://www.islamway.com/ara/articles.php?article_id=105

Pendidikan Anak-Anak: Suatu Penilaian

Saya merasa kagum dengan kebolehan anak-anak orang barat, sama ada kanak-kanak atau remaja, yang boleh memberi pandangan dan idea dengan baik mengenai sesuatu isu berbanding anak-anak bangsa kita yang kelihatan agak kaku dan malu-malu untuk bercakap. Kita boleh lihat sendiri bagaimana reaksi anak-anak orang barat dalam rancangan televisyen. Mereka kelihatan lebih matang dari usia sebenar apabila memberi pendapat. Sedangkan dalam negara kita, bukan sahaja pada peringkat sekolah rendah, malah golongan remaja sekalipun masih banyak yang ketandusan idea dan cenderung menjawab ‘no komen’ apabila ditanya pendapat secara langsung.

Perkara ini diakui sendiri oleh mereka yang sudah lama menetap di luar negara. Kata mereka, sememangnya budak-budak disana lebih berpengetahuan luas, berani memberi pendapat dan banyak bertanya. Ini kerana perkembangan otak mereka tidak pernah dihalang, bahkan digalakkan dan dibimbing oleh ibu bapa. Guru-guru sekolah juga lebih bersifat kawan terhadap mereka.

Ini berbeza dengan senario yang berlaku dalam negara kita. Sesetengah ibu bapa melarang keras anak-anak daripada menyertai perbualan antara mereka dan kawan-kawan mereka dengan alasan ini adalah hal orang tua-tua dan budak-budak tidak boleh masuk campur. Apakah yang dibincangkan sehingga anak-anak langsung tidak boleh menyertai mereka? Adakah terlalu banyak perkara yang hendak diumpat sehingga mereka sendiri merasa malu jika anak-anak mengetahuinya? Atau disebabkan corak perbualan mereka langsung tidak beradab sehingga mereka tidak mahu anak-anak terpengaruh dengan mereka? Sepatutnya anak-anak yang masih kecil atau bersekolah diajar untuk menyertai aktiviti kita supaya kematangan kita dalam berfikir dan membuat kerja dapat dipelajari oleh mereka.

Kita patut memberi contoh yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Tetapi, ada ibu bapa yang suka mengajuk cakap anak mereka yang ‘telor’. Sepatutnya kita mengajar anak kita supaya mengikut cara percakapan kita, bukan sebaliknya.

Diperingkat sekolah rendah pula, ada guru yang bersikap terlalu tegas dengan pelajar. Setiap arahan dan suruhan mereka mestilah dilaksanakan dengan baik, kalau tidak pasti akan dihukum. Jadi, pelajar-pelajar sentiasa berada dalam situasi tertekan dan takut untuk mencuba kelainan. Apabila ditanya soalan atau diminta memberi pendapat, mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik kerana terlalu memikirkan mereka akan disuruh berdiri di atas kerusi. Pemikiran sebegini akan berterusan hingga ke peringkat menengah jika tidak dibendung. Sepatutnya dalam proses pembelajaran, para guru harus bersikap lebih terbuka dan menerima kekurangan pelajar dengan cara memberi reaksi positif dan bukannya disuruh berdiri sehingga tamat kelas.

Kesimpulannya, kita mestilah bijak menguruskan pendidikan anak-anak kerana sikap mereka apabila dewasa dicorak ketika mereka kecil lagi. Jangan merasa cukup dengan hanya memberi kasih sayang kerana yang mencorakkan peribadi dan tingkah laku mereka adalah pendidikan bukannya kasih sayang semata-mata.

p/s: Artikel ni pun satu. Malas ah nk cite. Paham2 sendiri la.

Krisis Kualiti Hidup

Masyarakat kita sedang menghadapi krisis kualiti hidup dari semua aspek. Termasuklah aspek sosial, ekonomi, politik dan agama. Sedar dan akuilah perkara ini. Krisis ini berpunca daripada sikap sesetengah daripada kita yang berfikiran singkat dan tidak memandang jauh ke depan. Lihatlah sendiri, masyarakat kita masih leka melibatkan diri dgn aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan mengamalkan gaya hidup yang tidak ideal.

Budaya berpeleseran sudah menjadi kebiasaan dikalangan remaja. Langsung tidak serius dengan perancangan masa depan. Seolah-olah hidup mereka akan dijamin oleh kerajaan. Padahal budaya lepak pernah suatu masa dahulu menjadi isu besar dalam negara. Mungkin silap kita menamakan aktiviti lepak ini sbg ‘budaya’ sehingga menjadi amalan hidup mereka. Lebih bermanfaat jika masa terluang itu digunakan untuk membaca. Sedarkah kita bahawa purata membaca tahunan masyarakat kita terlalu rendah. Ubahlah mentaliti kita yang merasa cukup dengan hanya membaca akhbar, komik, novel, majalah hiburan, majalah kereta atau majalah sukan.

Ada pula golongan muda yang mudah merasa selesa dgn gaji yang tidak seberapa. Mereka lebih suka menghabiskan masa malam dan hujung minggu dengan hanya menonton tv, berhibur bersama kawan-kawan, ‘meraum’ di jalan raya dan keluar masuk ke pusat membeli belah. Banyak wang dihabiskan dengan hal-hal yang tidak penting kerana terlalu yakin dengan ‘KWSP’ mereka. Sedangkan banyak kemahiran yang ditawarkan melalui kursus-kursus tertentu yang mana kalau dikuasai boleh mempercepatkan kenaikan pangkat dan taraf hidup mereka. Antaranya ialah kursus kemahiran komputer dan kursus kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Gigihlah berusaha agar kehidupan berkeluarga yang bakal diharungi kelak lebih berkualiti.

Golongan dewasa yang bekeluarga pun tidak kurang ‘hebat’nya. Ada yang terlalu bermewah sehingga tidak pernah merasa cukup dengan koleksi pakaian dan perabot yang sedia ada. Menu makan pula bermacam-macam. Seolah-olah mereka tidak pernah risau tentang penyakit. Alasan mereka ialah mereka mampu berdasarkan gaji mereka yang tinggi, rumah yang besar dan kereta import. Walaupun pada hakikatnya mereka masih lagi terikat dengan hutang, pinjaman bank dan bayaran ansuran. Ada pula yang terlalu ghairah mencari kekayaan sehingga tanggungjawab mendidik anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada guru di sekolah, tidak sempat bertanya khabar jiran dan saudara mara serta tiada masa melaksanakan kewajipan agama.

Budaya berhibur pula semakin menjadi-jadi dengan konsert-konsert hiburan yang mendapat galakan dan promosi meluas, sedang ceramah-ceramah agama semakin lesu dengan sekatan daripada bercakap hal-hal yag sensitif. Bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian semakin bertambah hasil ‘kejayaan’ rancangan realiti tv yang mana konsert hiburan inilah menjadi medan untuk mereka menunjukkan kematangan persembahan. Walaupun telah dijelaskan haram oleh ulama dan mufti tertentu, mereka tetap tidak menghiraukannya. Malah mereka berselindung pula disebalik ‘konsert amal’ dan pendapat tokoh-tokoh agama yang sekadar ‘cari makan’.

Gejala-gejala yang disebut memberi impak buruk kepada masyarakat dan negara. Mungkin kita boleh berbangga dengan apa yang dikecap oleh negara secara zahirnya. Tetapi jika kita meneliti lebih dalam, kita akan mendapati banyak kelemahan dalam masyarakat yang seterusnya akan membantutkan proses kita membina tamadun yang lebih gemilang.

p/s: Ni satu lagi artikel lama saya yg tak berjaya disiarkan. Bila baca semula..baru rasa banyak kelemahan. Takpe..slow2 improve.heh.