Dosa & Taubat
Begitulah perihalnya manusia. Setiap drpnya pasti melakukan dosa dan maksiat. Melakukan dosa adalah fitrah bagi manusia. Sebagai insan yg biasa kita sentiasa bertarung dgn godaan syaitan dan kebiasaannya kita tewas dan terlalai. Itu adalah titik tolak bagaimana hati dicemari dosa. Ia adalah suatu perkara normal yg sukar utk dielak. Ibarat sehelai baju, apb dipakai sambil melakukan kerja maka kotorlah baju tersebut. Oleh itu kita perlu rajin mencucinya supaya segala kekotoran yg melekat itu dpt dibersihkan. Sangatlah penting bg seorg insan apb melakukan dosa, ia segera bertaubat kpd penciptaaNya. Mengadu segala kesalahan dan dosa yg telah terpalit di hatinya. Dan tiba suatu masa ia akan kembali mengulangi perbuatan dosa. Begitulah putaran hidup manusia, sentiasa melakukan dosa dan maksiat. Justeru itu hendaklah diimbangi dosa dan maksiat itu dgn taubat. Jgn sekali2 jemu utk bertaubat dan beramal. Sesungguhnya Allah tdk akan jemu sehingga kita merasa jemu. Jgn disebabkan byknya dosa, maka kita berputus asa dan makin menjauhkan diri drp Tuhan. Jdkanlah dosa itu sbg batu loncatan utk kita makin dekat kpd Tuhan.
Ini semua terjadi kerana ikatan hubungan antara kita dan Tuhan telah longgar. Kegelapan dosa dan maksiat mula melingkungi hidup kita. Terasa sukar utk lepas drnya. Benar, dosa itu mampu menggelapkan hati kita dan menutupinya dari cahaya iman. Lantas kita makin hari makin berat utk beramal. Tentu kebanyakan kita pernah mengalami perubahan sebegini. Kadang2 terasa benar manisnya membaca ayat2 Allah, khusyuk benar rsnya melakukan solat2 sunat. Tetapi ada kalanya hati kita menjadi kosong. Pada ketika itu kita merasakan ibadat yg dilakukan tdk memberi kesan dan tdk mampu utk memenuhkan ruangan kosong dlm hati. Sehingga ruang tersebut dimasuki syaitan dan segala pengaruh kejahatan.
Biasanya akan berlaku dua keadaan apb seseorg itu melakukan maksiat dan dosa. Situasi pertama ialah manusia akan terperangkap dlm zon gelap yang menyebabkannya makin jauh drp Tuhan, sehingga suatu masa dia mula merasakan dosa yg dilakukannya itu remeh dan kecil nilainya. Situasi kedua ialah manusia akan terdorong utk bertaubat dan lebih mendekati Allah disebabkan dosa yg dilakukan. Kitalah yg menentukan jalan pilihan masing2. Sama ada mahu terus dlm kegelapan atau bangkit melawan segala rintangan yg mghalangi kita menuju Allah.
Ada beberapa cara Tuhan mengampunkan dosa manusia; antaranya (1) Dia mgampunkan manusia disebabkan amal ibadat yg dilakukan. Kadang-kadang (2) Dia mgampunkan manusia dgn menimpakan bala dan memberi ujian. Apb manusia bersabar dan redha menempuhi ujianNya, maka dia mengampunkan segala dosa hambaNya. Sebab itu akan ada beberapa gol manusia yg hidup susah dan menderita, tetapi apb mereka kembali kpd Allah, mereka dapati begitu byk nikmat yg Allah sediakan utk mereka di akhirat. (3) Allah juga mengampunkan dosa dgn adanya taubat dan penyesalan.
Kadang2 kita terlalu memberat-beratkan proses taubat. Dengan tanggungan dosa yg byk, maka kita merasakan tdk akan diterima taubat tanpa adanya qiamullai, tahajud, dan amalan sunat yg byk. Minda sedemikian menyebabkan kita merasa sukar utk bertaubat, sehingga kita bertangguh mencari masa yg sesuai utk melakukan semua itu. Lantas syaitan memasuki hati kita dan merosakkan niat kita utk bertaubat. Walhal taubat mestilah disegerakan setiap kali melakukan dosa. Jgn disebabkan terlalu mencari kesempurnaan taubat, maka peluang bertaubat itu tertutup. Sebenarnya tdk menjadi syarat adanya qiamullai dan tahajud utk bertaubat. Taubat itu sudah dipenuhi syaratnya dgn ucapan istighfar yg lahir dari hati yg ikhlas dgn penuh rasa penyesalan dan rs bersalah kpd Allah atas maksiat yg dilakukan, dan timbul keazaman utk tdk kembali kpd maksiat itu lg. Dgn adanya perasaan sedemikian, Allah dgn segala sifat pengampun dan pemurahnya akan menggantikan segala dosa hambaNya itu dgn kebaikan yg byk.
2 comments:
Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a: "Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya: 'Engkau datang bertanyakan erti kebajikan?' Aku menjawab: 'Ya'. Sabda Rasulullah SAW lagi: 'Tanyalah hati engkau. Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.'"
(Hadith 27 dr hadith 40 Imam Nawawi)
Salam kenal :)
Terima kasih mengunjungi teratak saya semalam. Moga ukhuwah berpanjangan walau hanya maya.
Post a Comment