Dakwah Fardhiah
Saya pernah berhubung rapat dengan tiga org muslim yg tdk menunaikan solat. Hubungan rapat ini menyebabkan adanya rasa tanggungjawab utk mengubah mereka. Usaha sy utk org pertama seakan2 tdk begitu berjaya. Sy berdepan dgnnya secara direct. Menegurnya dan bertanyakan sebab2 dia tdk mahu bersolat. Dan perbualan singkat itu telah merenggangkan hubungan kami utk jangka waktu yg agak panjang, sblm ia kembali pulih. Pun begitu hubungan itu masih belum semesra dulu. Tapi saat plg gembira ialah apb mendapati pada suatu malam dia mula mengambil wuduk. Mungkin itu adalah titk perubahannya. Mungkin juga benar katanya; “Kalau datang hidayah nanti, aku sembahyang la”.
Org kedua pula usianya jauh lbh tua. Boleh dikatakan bertaraf boss kpd saya. Hubungan kami yg rapat menyebabkan sy merasakan tdk begitu sesuai utk menegurnya secara direct. Lagipun dia mempunyai masalah keluarga. Baru saja bercerai. Tdk ada cara yg lbh baik, melainkan menunjukkan bhw kita adalah seorg yg mengambil berat ttg hal2 agama, terutamanya solat. Usaha tersebut mula menampakkan kesan apb mendapati dia pula yg kadang2 kelihatan terlebih concern ttg solat sy. Apb lepak2 di rumahnya, dia akan selalu bertanya adakah saya hendak solat. Ditunjukkan tempat solat dan disediakan sejadah pula utk sy. Tp dia tetap juga tdk solat bersama.
Apb bermusafir bersamanya, dia pula yg kelihatan lbh risau drp sy. Berkali2 dia bertanyakan sy, sama ada sy mahu berhenti di mana2 masjid utk solat. Mungkin dia kurang arif ttg solat secara jamak. Alhamdulillah, apb kami berhenti disebuah gerai makan, dan sy meminta diri utk ke surau berdekatan, dia juga mengikut sama. Mungkin dia solat sebab malu dgn sy atau mungkin juga mmg kerana dia betul2 ingin solat. Apa2 pun itulah detik perubahan terbesar yg sy lihat pada dirinya. Kadang2 kita tdk perlu menegur pun kesalahan org. Sudah cukup bagus jika kita mampu menunjukkan contoh yg baik kpdnya.
Skrg ini saya ditemukan pula dgn org yg ketiga. Kedua2 pendekatan sudah pun diusahakan. Tetapi setakat ni masih belum menampakkan hasil. Yang penting hubungan kami masih baik dan sgt penting utk dikekalkan. Inilah antara asas2 utama kelangsungan dakwah.
Tetapi trend skrg menunjukkan seolah2 perjuangan agama ini hanya hak milik gerakan islam shj. Sehingga kadang2 kita menjadi buta terhadap usaha dakwah secara perseorangan; malah lbh malang apb mereka cenderung meletakkan segala kebaikan hanyalah dgn bersama jemaah. Kurang baikkah org yg tdk menyertai gerakan islam?
p/s: insyaAllah, akan ada 7 siri semuanya. Sy akan postkan kesemua 7 siri ini dlm masa seminggu.