Muhasabah Diri
Yang menyebabkan dakwah itu berkesan dan diterima org yg mndengar bukan kerana keindahan dan logiknya ucapan semata, tetapi dakwah yg paling berkesan ialah apb ia diucapkan oleh org2 yg dekat kpd Allah, yg hatinya bersih dari pengaruh hawa nafsu. Hasil keikhlasannya membolehkan dakwahnya menyelusup ke dlm jiwa para pendengar. Namun kesannya juga bergantung kpd sejauh mana pendengar itu bersih hatinya dari pengaruh hawa nafsu.
Jika hati tdk disinari cahaya iman, maka akal tdk mgkin tunduk dengan ungkapan yg mengandungi bernas dan logik shj. Kerana yg mnjadi sebab menyimpangnya manusia adalah hasil dorongan hawa nafsu yg bersarang di dlm hati, bkn kerana tiada dalil yg kuat dan meyakinkan di bidang logik.
Ada yg memulakan dakwah dgn niat utk menyeru org kpd islam, tetapi selepas itu dakwahnya bertukar menjadi medan penyebaran fikrah politik sehingga sanggup pula bermusuh kerana berbeza prinsip, fahaman dan dasar politik. Manusia yg pada mulanya adalah mad'u bagi mereka, tiba2 bertukar menjadi musuh politik. Misi dakwah suci ini tdk sepatutnya dikotori dengan dicampur adukkan soal kaum, parti, kumpulan dan mazhab.
Ada juga org yg berdakwah secara serius dan rajin memperkenalkan asas2 islam kpd org lain, tetapi sikapnya mula berubah apb di’provoke’ oleh saingan-saingannya sehingga kemurnian dakwahnya itu bertukar kpd usaha mempertahankan diri drp kecaman pula. Dia mengajak org kpd islam atas dasar mereka itu tdk seidea dgnnnya, lalu dia menjadikan dakwah hanya sbg medan melampiaskan gelojak kemarahan dan memuaskan kepentingan peribadinya shj. Menyampaikan dakwah dengan sombong, ego dan ingin menang sendiri tdk ada kebaikan melainkan hanya menjadi pendorong kpd pendengar utk lebih sombong dan ego.
Kita juga mesti menilai dari sudut mana datangnya asas kemarahan kita apb dakwah kita ditentang. Adakah kemarahan itu bersumberkan hawa nafsu atau kita marah kerana Allah? Kadang2 kita marah bukan kerana Allah, tetapi kerana ketinggian kedudukan dan ilmu kita diperlekehkan. Apb kita dapati ianya bukan bersumber dari Allah, maka takutilah akan wujudnya unsur riak dlm kemarahan kita itu, kerana kita merasakan diri kita hebat serta tdk layak dihina dan dipertikaikan oleh org lain.
Terkadang kita mggunakan pelbagai cara dan taktik utk menguatkan dakwah, tetapi kita berpaling dari kewajipan berserah diri kpd Tuhan, lupa memperbanyakkan zikir ketika bersendirian, tdk berusaha membersihkan jiwa serta kurang memperhatikan hubungan sesama manusia; sedang inilah inti dakwah islam dan pertahanannya.
Semoga mendapat manfaat.