Sudut Yang Tidak Tercapai
Ketiga-tiga org tersebut [rujuk siri 1] mempunyai hubungan rapat dgn sy dan membolehkan sy melakukan personal approach terhadap mereka. Tetapi, bagaimana pula dgn org lain yg tdk mempunyai hubungan rapat dgn kita? Masih terbebankah tanggungjawab di bahu kita? Kadang2 kita hanya mendengar shj cerita2 org... ”dia tu teruk, dia tu begitu begini...”. Bagaimana utk mendekati mereka yg jauh drp kita, yg hanya jarang2 shj bertembung dgn kita?
Persolannnya: adakah benar kita tdk mempunyai cara mendekati mereka atau mmg kita lebih suka berkelompok dgn org yg baik2 shj?
Mereka ini tdk mgkin berubah dgn hanya menyeru secara jauh. Tidak mungkin, melainkan kita duduk bersama mereka dan menyelam ke dlm cara hidup mereka; bukannya sekadar mendekati mereka sekali sekala shj. Cubalah bergaul dgn org2 yg tdk ‘sefikrah’ dgn kita. Dengan itu barulah kita nampak...masih ramai lg yg lgsg tdk bersolat, sengaja melewatkan solat, masih ramai yg solat subuh pd waktu tgh hari, dan ada pula yg sudah terbiasa menjamakkan zuhur dgn asar, maghrib dgn isyak. Mereka bukannya tdk tahu kewajipan solat, tetapi kebanyakannya terlalai dgn aktiviti masing2. Kita bukannya perlu mnjadi seorg ustaz utk bersyarah kpd mereka ttg akibat dan dosa meremehkan solat. Tetapi cukuplah kita menjadi org yg bertanggungjawab memperingatkan mereka ttg waktu solat. Mereka akan tergerak hati utk segera solat (tanpa disuruh), apb melihat kita mula menunaikan solat atau bersiap2 utk ke surau.
Ada juga kelompok lelaki yg sudah terlalu bebas dan selamba melawak secara lucah apb berbual dgn kawan-kawan perempuan. Kita masih mampu utk bertoleransi terhadap lawak2 sebegitu apb dilontarkan dlm kelompok golongan sejenis shj. Tetapi ia kelihatan agak melampau apb berlaku dlm perbualan lelaki dan perempuan. Apb kita muncul dikalangan mereka dgn personaliti yg berlainan, kita akan dapati perlakuan dan perbuatan mereka mula terkawal. Banyak juga cakap mereka yg masih terbabas, tetapi mereka tdk pula memanjang-manjangkannya. Kehadiran golongan dakwah ke dlm kelompok manusia yg ‘terselindung’ ini bukanlah dengan meletakkan target yg besar utk merubah mereka, tetapi sudah cukup bagus jika kita mampu mengawal keadaan mereka drp terbabas lebih jauh.
Itu baru corak perbualan mereka. Belum lagi disentuh ttg aktiviti dan rancangan hujung minggu mereka. Sb itu sy merasakan sgt perlu adanya figure yg mempunyai kesedaran hadir dlm kelompok mereka utk mententeramkan dan memberi alternatif yg lbh baik kpd mereka. Kadang2 kita tak perlu pun bercakap dari segi hukum hakam syariat, logik akal pun sudah cukup utuh utk menyedarkan mereka ttg kesilapan mereka.
Sy bukanlah org yg terbaik utk bercakap soal ini. Pengaruh sy pun masih kecil. Tetapi setiap org pasti ada kelompok2 tertentu yg dia mampu kuasai. Setakat ini sy masih lg mampu menjadikan bilik sy ini sbg tempat tumpuan utama sama ada member serumah atau member dari luar (walaupun kadang2 agak mengganggu privacy sy). Bilik ini menerima kunjungan tamu antara yg teramai setiap hari berbanding bilik2 lain yg berdekatan.
Proses merubah seseorg itu memerlukan masa yg panjang. Jadi amat penting utk sentiasa berbual2 dan update aktiviti semasa yg dilakukan, supaya dgn itu kita tahu sejauh mana batas2 perlakuan mereka. Apb mereka berada di tempat kita, mereka perlu menghormati tuan punya bilik dan segala tingkah laku serta topik perbualan berada dlm kawalan. Terasa puas apb mereka sukakan suasana rumah ini dan mengakui bahawa bilik ini telah menjadi persinggahan wajib mereka setiap hari.
Memang kita cenderung utk berkelompok sesama rakan yg sefikrah dgn kita. Tdk ada salahnya kerana itu adalah fitrah semulajadi manusia. Tetapi tdklah bermakna kita perlu pinggirkan golongan2 yg masih jauh dari gaya hidup sebenar islam. Kita yg mempunyai sedikit pengetahuan islam ini perlu mendekati mereka supaya mereka berpeluang mengenal islam dgn lbh dekat. Jika disebabkan minat pada sukan yg sama manusia boleh berhimpun, takkan dengan iman dan pegangan yg sama manusia tidak boleh berhimpun?