Sasaran Utama Dakwah
Keutamaan sasaran dakwah ialah kpd sesama islam terlebih dahulu. Apb umat islam sudah mengamalkan nilai dan akhlak islam dlm kehidupan seharian, pasti non-muslim akan tertarik dgn keindahan yg terpamer melalui kehidupan kita.
Salah satu cara musuh merosakkan umat islam ialah dgn menyadurkan pelbagai hiburan yg melalaikan kita drp tugas utama dan sekaligus menjauhkan kita drp berpegang kpd ajaran sebenar islam. Setelah moral dan akhlak umat islam rosak, maka mereka tdk perlu lagi risau akan pengaruh dakwah yg diseru oleh gol pendakwah. Kerana mereka yakin, pada ketika itu manusia tdk akan terpengaruh dgn seruan dakwah itu kerana hidup mereka telah sebati dgn kelalaian dan keseronokan. Lantas mereka merasa sayang utk meninggalkan kehidupan lama mereka; bknnya kerana tdk mengetahui kebenaran ajaran islam.
Hal ini sama spt org arab jahiliah dan kafir quraisy yg menentang nabi saw. Mereka menolak ajaran nabi saw bukan kerana tdk mengakui kebenaan ucapan Muhammad, tetapi kerana sayangkan pangkat dan kesenangan yg dimiliki. Hari ini dunia berputar, dan kita kembali melakonkan dan menyaksikan sejarah lama dlm siri drama yg baru. Tajuk dan wataknya sudah berubah, tetapi masih dgn jalan cerita yg sama.
Kita masih lg gagal utk menonjolkan akhlak dan kehidupan muslim yg sejati kpd non-muslim. Lantas org bkn islam tdk tertarik kpd islam bkn krn ajaran islam itu tdk indah, tetapi umat islam yg mereka lihat pd umumnya tidaklah lebih baik drp umat2 lain; bahkan sesetengahnya terlalu teruk. Sifat dan perangai yg diperlihatkan oleh umat islam inilah yg mnjadi pghalang terbesar kpd non-muslim utk menganut islam berbanding kejahilan dan salah faham mereka ttg agama yg suci ini. Mereka hari ini melihat kehidupan org islam tdk ada keistimewaan, malah tdk byk pula bezanya drp kehidupan mereka. Jadi, mengapa perlu mereka menganut islam?
Umat islam skrg hanya gah dgn sejarah kegemilangan yg lampau. Tetapi siapa pula yg mahu percaya dan tertarik dgn cerita ttg kehebatan dan keagungan umat islam pada masa lampau sedang semua org melihat dgn jelas betapa hari ini kita menderita dan hanya mengikut peradaban barat. Padahal masyarakat barat itu sebenarnya sudah terlalu rosak kebudayaan dan moral mereka. Yusuf Islam pernah menyebut: “Budaya dan nilai hidup barat itu adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya”.
Kita hari ini spt sudah berputus asa dgn sejarah2 kegemilangan islam yg lampau. Seolah2 kita tiada harapan utk mndapatkannya kembali. Kita spt kehilangan tamadun, maka datang tamadun dan kebudayaan barat kpd kita, memukau pandangan dengan kegemilangannya; sehingga kita sanggup mengikuti segala baik buruknya disebabkan kabur dgn kilauannya.