Dakwah Dan Realiti Kehidupan
Dulu sy pernah menulis ttg realiti dakwah; apa fokus dakwah, kepentingan memastikan dakwah sentiasa relevan dan bagaimana merealisasikannya. Pembawaan agama ini tdk selamanya tetap, tetapi ia lebih bersifat fleksible dan berubah-ubah berdasarkan suasana dan keadaan semasa. Sebab itu kadang2 kita perlu lebih liberal dan melonggarkan (bukan mengubah) prinsip2 asas dlm agama apb berdepan dgn situasi golongan remaja, terutamanya pada zaman skrg.
Dalam beberapa kes, kita terpaksa bersetuju dgn rakan2 yg sedang hanyut dlm percintaan (yg tdk berlandaskan syariat). Bersetuju bkn dgn makna kita membenarkan, tetapi lebih kpd tdk mghalang. Kuasa cinta terlalu kuat utk ditewaskan oleh hujah akal dan dalil quran. Mereka mungkin bersetuju dgn nasihat kita, tetapi belum tentu mereka mahu serta mampu mengikutinya. Agak sukar utk menghentikan hubungan mereka. Yang mampu kita lakukan ialah mengawal dan memberi alternatif supaya mereka tdk terlanjur lbh jauh. Tak byk yg mampu dilakukan apb seseorg itu sudah terjebak dlm ‘keseronokan’. Berkeras terhadap mereka pula hanya akan mengeruhkan keadaan shj. Perkara ini spt menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus, tepung pun tak berselerak.
Sy selalu menyarankan kpd rakan2 yg bercinta supaya kurangkan keluar bersama, kurangkan bergayut di telefon dan kurangkan chatting; cubalah berbalas email pula. Kadang2 bahasa email itu lbh jujur dan lbh teliti kandungannya berbanding kata2 dlm telefon dan chatting yg tdk melalui proses berfikir yg panjang. Rasanya dgn begitu lbh mudah utk mengenali hati budi pasangan.
Apb seorg ayah membawa anaknya ke tmpat perkelahan, mampukah si ayah itu menghalang anaknya drp mandi sungai bersama kanak2 lain? Sudah tentu sukar utk berbuat demikian. Yang mampu dilakukan pada ketika ‘benda’ dah terjadi ialah mengawalnya drp pergi lbh jauh ke tmpat yg dalam dan berarus deras. Dengan harapan suatu masa nanti kesejukan akan menewaskan ghairahnya. Lantas dia akan naik ke darat dengan sendirinya, mencari sinaran matahari utk menghilangkan kedinginan yg membaluti tubuhnya.
Dakwah itu bukan sekadar mengetahui hukum dan terus melaksanakannya seperti mana yg tercatat dlm kitab. Tetapi kita mesti melihat kpd suasana dan kondisi golongan sasaran, kerana di situ terdapat jurang perbezaan yg besar antara ‘menyatakan hukum’ dan ‘melaksanakan hukum’. Proses melaksanakan memerlukan ia melalui peringkat2 tertentu berdasarkan tahap ilmu, penerimaan dan perubahan dlm diri seseorang. Sebab itu dakwah fardhiah lebih utama drp dakwah secara berprogram; kerana setiap org mempunyai tahap pemikiran yg berlainan dan kecenderungan yg berbeza-beza.
Ada yg tdk bersetuju apb sy menulis seolah2 menggalakkan si lelaki/perempuan mengejutkan girlfriend/boyfriendnya bangkit subuh dgn cara menelefon [rujuk di sini]. Ada yg memberi pendapat bhw lbh elok jika satu pihak hanya berdoa kpd Allah supaya satu pihak lg mampu bangkit subuh. Kedengarannya spt pilihan kedua itu lbh menepati syariat. Tetapi bagaimana pula realiti sebenar? Cuba anda buat ujikaji terhadap 2 org rakan anda yg sukar bangun subuh. Anda doakan supaya kawan A mampu bangun subuh, dan anda menelefon kawan B utk mengejutkannya setiap kali waktu subuh. Cuba bandingkan keputusannya setelah sebulan melakukan yg demikian.
Apabila selami kehidupan remaja skrg, kita akan dapati kita terpaksa meminggir jauh drp bercakap ttg hal2 berat spt jihad dan pengorbanan, mati syahid, undang2 islam, konsep negara islam dan perkara2 yg seangkatan dgnnya. Itu semua tdk relevan kerana asas2 islam pun masih belum kukuh dlm hati sanubari mereka. Apa yg patut kita usahakan skrg ialah mempakejkan semula prinsip2 asas agama dlm bentuk yg ringkas, mudah dan menarik. Kemudian iklankan dlm bentuk yg relevan dan ada keterkaitan dgn kehidupan mereka. Jangan pula syok sendiri bercakap ttg perkara2 yg kononnya ‘hebat’, walhal mad’u langsung tak berminat mengenainya. Akhirnya ia sekadar menjadi topik perbualan hangat di gelanggang pendakwah shj.
Kadang2 kita mempunyai niat yg besar utk mengajak ‘mereka’ berjemaah di masjid/surau. Tetapi memandangkan masih ramai yg mengambil remeh dan melengah-lengahkan solat, maka sudah cukup baik jika kita mampu merubah mereka supaya mengambil berat ttg kefardhuan solat; wlaupun tdk berjemaah. Kerana kita tetap bertanggungjawab utk mengurangkan dan mengawal maksiat wlaupun tdk mampu utk mencegahnya.