Nilai Dakwah
Dakwah terhadap agama ini perlu mempunyai nilai yg tinggi dan suci, kerana kita bukan sekadar ingin menarik perhatian orang ramai dengan melontarkan dalil dan hujah semata-mata. Tetapi lebih drp itu kita ingin menggapai kotak hidayah yg tersimpan di dlm hatinya. Kita mengharapkan dakwah ini mampu menerbitkan cahaya iman di dlm jiwa-jiwa yg kosong.
Saya pernah menghadiri suatu forum agama yg di anggotai oleh 2 org ahli panel penceramah yg agak terkenal. Tidak dinafikan cara dan kandungan penyampaian mereka sangat baik dan berkualiti, penuh dengan pendedahan informasi yg terkini dan yg tdk didedahkan oleh media. Apabila sampai ke sesi penggulungan, panel pertama mula mengeluarkan sebuah buku di dlm briefcasenya dan mula berkempen tentang hasil penulisannya itu. Habis sahaja panel pertama berkempen, panel kedua pula mengambil alih utk berkempen kpd audience supaya membeli ubat yg dibawanya. Saya dan rakan tergamam. Ada yg tergelak sakan. Penceramah agama yg tadinya kelihatan begitu berkaliber dan petah bercakap ttg isu2 umat islam akhirnya telah bertukar watak secara tiba2 menjadi jurujual yg ingin memajukan bisnes. Kemulian imej seorang penceramah yg dibina pada awalnya tadi akhirnya runtuh begitu sahaja.
Jika ingin berkempen sesuatu barangan atau buku yg ada kaitan dengan tajuk forum, itu tdk mengapa. Sekurang2nya dengan membeli barangan/buku itu mampu menambah pengetahuan dan pemahaman audience terhadap isu yg diforumkan. Tetapi sangatlah tdk wajar utk berkempen barang jualan yg langsung tdk ada kaitan dgn forum. Seolah-olah agama dan kerja dakwah ini adalah modal untuk mengaut keuntungan. Ini boleh mencemari kesucian dakwah dan kepercayaan umum terhadap para duat.
Hendaklah jelas kpd org ramai bhw kedatangan kita ini hanyalah utk membawa panji islam semata-mata kerana Allah, tanpa ada niat lain disebaliknya. Sebab itu kurang sesuai utk bercakap atas nama dakwah dengan niat utk menarik orang kepada kumpulan atau persatuan tertentu. Ini adalah sikap orang2 yg mempunyai kepentingan tersendiri di dlm dakwah. Jangan pula nanti orang lain merasakan seperti ada muslihat tertentu disebalik kesucian niat membawa risalah dakwah ini.
Dakwah merupakan suatu proses panjang dan penuh cabaran yg mana memerlukan kita meneliti semula adakah kita ini bertitik tolak dari asas2 yg betul ketika memulakan dakwah:
1) Dakwah sbg ibadat – apb kita sedar bhw usaha ini adalah suatu bentuk ibadat, maka kita tdk akan mudah merasa kecewa apb ditolak oleh org ramai kerana kita yakin bhw setiap ibadat itu ada ganjaran pahala di sisi Tuhan.
2) Dakwah adalah kewajipan – perjalanan dakwah tdk akan konsisten melainkan ia diangkat sbg kewajipan dlm diri setiap muslim. Kewajipan ini mendorong kita utk tetap bekerja dan meluangkan masa walaupun dalam waktu2 yg sukar.
3) Dakwah dengan kasih sayang – perjalanan dakwah tdk mungkin ‘tenang’ tanpa adanya kasih sayang. Kita menegur kesalahan dan kesilapan org lain bukan kerana membenci tetapi kerana sayang; seperti seorang ibu yg sanggup merotan anaknya sbg teguran dan pengajaran demi kebaikan anaknya sendiri. Dakwah bukannya suatu medan utk melepas geram. Dakwah bertujuan mengislahkan orang dan bukan hanya mempersalah dan menghentam orang. Aspek kasih sayang inilah yg memerlukan kita menekankan fungsi hati lbh drp fungsi akal [rujuk siri 5].