Fungsi Hati dan Akal
Saya ada membaca beberapa blog pelajar kampus mengenai isu mini konsert hotlink baru2 ini. Malah ada juga yg sudah mula menulis ttg konsert semasa convofair nanti. Sy memuji usaha dakwah yg mereka lakukan. Kepada mereka yg berkenaan, teruskan menulis dan bykkan bersabar. Seruan yg menyongsang arus perdana sudah tentu akan menerima tentangan hebat. Sy juga ada membaca byk status ym pelajar2 lain yg tdk bersetuju dgn mini konsert tersebut. Malah ada yg marah sampai tergamak menulis supaya Allah menurunkan bala dan menghantarkan tenteraNya menghapuskan ‘gangguan’ tersebut. Sesuaikah begitu? Itukah yg dipelajari drp kisah dakwah nabi di Taif?
Sesetengah blog yg dibaca, sy dapati ianya sarat dgn hujah2 dan dalil2 mengenai apa yg telah terjadi dan yg bakal terjadi di kampus ini nanti; terutamanya mengenai konsert. Kebanyakan isinya benar dan tdk diragui kesahihannya. Cumanya kita seolah2 terlupa tentang kepentingan fungsi hati dlm survival dakwah. ‘Kelupaan’ inilah yg menyebabkan kita kurang efektif serta tidak lunak dlm berdakwah.
Kita hendaklah akur bahawa dorongan kejiwaan dan emosi lebih kuat mpengaruhi manusia berbanding dorongan akal fikiran. Oleh itu berubahnya manusia bknlah bergantung kpd faktor pemikiran shj, tetapi ia byk sekali hubungannya dgn melatih jiwa utk tunduk dan mengikuti kebenaran itu.
Proses memberitahu kebenaran melalui dalil dan logik mmg agak mudah lantaran kebenaran itu bersifat lebih superior berbanding kebatilan. Tetapi bukan itu cabaran utama pendakwah. Cabaran utama ialah bagaimana utk mengajak hati-hati ini tunduk mengikut kebenaran yg telah pun diterima oleh akal.
Seseorang yg terlibat dalam medan ini perlu memastikan dgn sejelas-jelasnya terlebih dahulu apakah tugas dan peranannya serta bagaimana cara melaksanakan peranannya dgn baik. Pada saat anda jejakkan kaki ke medan ini, tanya pada diri anda: adakah mahu menjadi pendakwah atau menjadi mufti?
Hendaklah dibezakan antara peranan mufti dan peranan pendakwah. Tugas seorang mufti lebih kpd menghuraikan persoalan dan mnjawab pertanyaan org yg bertanya, mnjelaskan dan menerangkan perkara yg berkaitan hukum-hakam dan hak dlm agama. Sedang pendakwah pula tugasnya lbh kpd mengajak dan membimbing manusia; bermula dgn menundukkan akal fikiran kpd kebenaran dan kemudiannya mendidik dan menyesuaikan jiwa utk tunduk mengikut kebenaran itu.
Jika ditanya kpd mufti, “apakah ciri2 wanita ahli syurga?”. Sudah tentu si mufti akan mengaitkannya dgn seorang wanita yg sempurna menutup aurat, taat kpd perintah Allah dan suami serta baik hubungan dan perlakuannya terhadap manusia lain terutama ibu bapa dan kaum kerabatnya. Tetapi seorang pndakwah tdk boleh menempatkan dirinya di tempat seorang mufti. Pendakwah mesti meneliti hal keadaan mad’unya terlebih dahulu sebelum melakukan apa2 tindakan yg mungkin akan mencederakan hati dan perasaan mad’unya. Apa yg diharapkan pada seorang muslim utk menutup aurat jika solatnya pun masih tunggang langgang?
Pendakwah tdk boleh mengumpulkan kewajipan yg belum dilaksanakan oleh seseorang yg belum kuat islamnya, lalu mencampakkan segala kewajipan tersebut ke muka mereka utk dilaksanakan sekaligus sehingga mnjadi beban dan masalah bagi mereka. Pendakwah hendaklah membimbing mad'unya peringkat demi peringkat sesuai dgn keupayaan dan penerimaannya. Perbuatan memaksa orang yg baru berjinak2 dengan islam dengan senarai kewajipan yg byk akan menyebabkan dia merasakan ada jurang lebar yg memisahkannya dgn jalan keimanan itu; sehingga menyebabkan dia cepat berputus asa.
Sesetengah org berubah kerana akalnya menerima logik dan kebenaran yg diterangkan, sedang hatinya masih lagi terikat kpd hawa nafsu. Hatinya masih meronta-ronta ingin balik kpd kehidupannya yg asal dan perasaan malu utk mengamalkan islam masih tebal terutama terhadap teman2 lama. Dia berubah disebabkan dia menuruti kata akalnya, tetapi dia belum dpt menundukkan hatinya utk akur terhadap hukum-hakam islam. Dlm keadaan sebegini, hatinya belum kuat dan bila2 masa shj dia mungkin berpatah balik drp jalan lurus yg diikutinya skrg. Oleh itu, kita tdk boleh memaksa seseorg utk berubah secara serta-merta, kerana dengan serta-merta juga dia akan berubah apb imannya runtuh. Perubahan hidup ke arah kebenaran hendaklah selari dgn perubahan iman, tdk boleh sekadar berubah disebabkan perubahan pemikiran.
Selagimana kesedaran fikirannya tdk disertai dgn pembersihan jiwa, selagi itulah jiwa dan hatinya akan bergelojak utk menuruti kejahatan nafsunya dan hanya menunggu masa utk tewas. Sebab dia taat bkn kerana jiwanya patuh, tetapi dia taat kerana dia cuba membangkang dan menyekat nafsunya. Suatu masa apb faktor2 pembangkang dlm hati terhakis, iman menjadi kurang dan kekuatan berfikir menjadi lemah, maka dia akan kmbali kpd perangai asalnya.
Oleh itu, berjaya menukar cara fikir seseorang serta meyakinkannya tentang kebenaran dengan menyajikan pelbagai hujah dan dalil belum tentu dpt mengubah kemahuan hati dan diri org tersebut utk turut berubah mengikut apa yg diyakininya. Untuk melembutkan hati dan jiwa yg tdk selaras dgn akal ini...tidak dapat tidak, kita mesti melakukan ‘personal approach’ dengan mendekati mereka secara hikmah dan kasih sayang. Ini bukan masalah dalil belum cukup sahih atau fatwa mufti belum cukup meyakinkan, tetapi ini adalah masalah penerimaan dan penolakan hati manusia terhadap dalil dan fatwa tersebut.