Thursday, August 02, 2007

Bacalah al-Quran

Ramai antara kita menyimpan sekurang2nya senaskah al-Quran di bilik masing2. Mungkin hanya sebilangan kecil shj drp bilangan yg ramai itu menjadikan alQuran sbg bacaan harian. Sebahagian drpnya mgkn sudah berbulan2 tdk menyentuhnya dan mgkn ada juga yg hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat shj. Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sbg perhiasan shj.

Sbg muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita utk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tdk tertarik utk membaca sesuatu yg kita tdk faham. Mungkin artikel ini boleh memberi anda sedikit harapan dan dorongan utk melazimi membaca al-Quran.

Kebaikan membaca al-Quran sgt banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.

Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ” Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dn Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)

Mungkin tdk ada mslh utk membaca al-Quran pd ms iman tgh naik. Tetapi utk menjadikannya sbg rutin harian mungkin agak berat. Iman itu ada pasang surutnya. Antara cara mendorong diri supaya konsisten membaca quran ialah:

  1. Jangan simpan quran di tmpat yg sukar dicapai. Letaklah di tempat yg selalu anda lakukan kerja atau di tmpt yg senang dilihat supaya anda tdk lupa dan senang terdorong utk membacanya. Cthnya anda boleh menyimpan quran di atas meja belajar, sebelah komputer atau di kepala katil anda. Lebih mudah jika di simpan di tempat yg tdk memerlukan anda bgn dr kerusi anda. Maknanya simpan dekat dgn tmpat anda duduk dan dlm capaian anda.
  1. Jangan letakkan target yg luar biasa. Jika anda jarang2 membaca quran, sudah cukup baik jika anda ‘aim’kan utk membaca 7 baris ayat (setengah page) setiap hari. Jangan sekali-kali cuba utk membaca seberapa byk ayat yg mungkin (jgn tertipu dgn semangat), tetapi berusahalah utk melaziminya setiap hari wlaupun sekadar beberapa ayat. Anda tdk dikira benar2 berjaya jika mampu membaca 7 baris ayat tersebut, tetapi kejayaan yg sebenar ialah apb 7 baris ayat itu sebati menjadi bacaan rutin harian anda. Setiap org boleh meletakkan target masing2 berdasarkan kemampuan diri.
  1. Bermulalah dgn surah yg anda minati. Jika anda tdk tahu surah apa yg anda minat, sy syorkan anda mendengar (mp3) bacaan surah Yusuf oleh Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Dapatkan ‘feel’ drp alunan bacaannya. Kemudian bacalah bermula dari surah tersebut dgn menggunakan alunan lagu yg sama.
  1. Bagi yg belum lancar bacaan, gunakanlah sedikit duit utk membeli vcd bacaan quran yg mempunyai visual ayat dan audio bacaan. Software ini sgt membantu utk kita mengenal pasti cara bacaan yg betul. Rujuklah software ini apb bacaan anda tersangkut atau anda tdk yakin bgaimana cara sebutan yg btul.
  1. Kadang2 kita ada keinginan utk membaca quran. Tetapi keinginan itu terbantut disebabkan rasa malas utk ke bilik air mengambil wudhuk. Barangkali sejuk utk membasahkan diri. Lawatilah quranflash.com. Gunakanlah paparan quran yg cantik itu dgn sebaiknya. Anda tdk perlu bersusah payah utk berwudhuk terlebih dahulu. Anda juga boleh membacanya pd bila2 masa shj. Apa salahnya jika meluangkan sedikt masa anda di depan komputer utk membaca quranflash ini. Utk pengetahuan anda, setiap kali anda melayari quranflash, ia akan membuka paparan pada muka surat yg sama spt mana ketika anda menutupnya. Jadi anda boleh melanjutkan bacaan anda secara konsisten sehingga surah yg anda baca itu tamat.

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah untuk sentiasa mendengar, membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

p/s: Tahukah anda, masa yg diambil utk membaca satu muka surat (15 baris ayat) dengan kadar (kelajuan) bacaan yg normal hanyalah 4 minit shj. Maknanya hanya 2 minit shj diperlukan setiap hari utk membaca separuh muka surat drp quran.

4 comments:

danialle said...

Allah swt telah berfirman di dalam hadis qudsi yg mafhum.....

SEORANG MANUSIA YG MENDAPAT SURAT DARIPADA KEKASIHNYA,MAKA AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KERJANYA KERANA HENDAK MENELITI SURAT KEKASIHNYA...SEKIRANYA IA SEDANG BERJALAN MAKA IA PASTI BERHENTI,SEKIRANYA IA MAKAN IAPUN BERHENTI DARI MAKAN, SEKIRANYA SEORANG TIDUR PASTI IANYA SEDAR DAN BANGUN,HANYA SEMATA UTK MEMBACA SURAT KEKASIHNYA....SETIAP PERKATAAN DI FAHAMI DGN PENUH KHUSYUK...SEHINGGAKAN MEMBACANYA SURAT KEKASIHNYA BOLEH MEMBUATNYA TERSENYUM BOLEH MEMBUATNYA MENANGIS.....SEDANGKAN AKU(ALLAH) TELAH MEMBERIKAN SURAT DAN AYAT2 KU(ALQURAN) NAMUN MANUSIA SEMUANYA BERPALING....MELEBIHKAN SELURUH KERJA YG LAIN DARIPADA MEMBACA AYAT2KU(ALQURAN),BILA MEREKA MEMBACA TIDAK ADA SIFAT MAHU MEMAHAMI KEHENDAKKU,SEMUANYA INGKAR DARI PERINTAHKU..

[credit to eila]

Puteri Ezza said...

Betapa hinanya saya sebagai hamba Allah. Hanya membaca al-Qur'an sekali sekala. Kata tak ada masa. Tapi banyak pula masa untuk blogging. Hukhuk, semoga Allah mengampuni saya.

AiRynnz said...

terima kasih tuk ingatan...terasa spt kerdilnye diri ini...

Anonymous said...

Thank you for the good advice. Kindly check to authenticate, rather than repeat hearsay. There is no such Hadiith Qudsii as mentioned above. No matter how good the content, it is wrong to falsely attribute any saying to God or any Prophet. God bless us all.