Sunday, September 24, 2006

Cara Solat Malam/Tahajjud/Terawih

Berdasarkan salah satu fatwa dari Ibn al-Uthaimin, tidak boleh melakukan solat tarawih 4 rakaat sekaligus demikian juga 8 rakaat sekaligus. Ini sepertimana perkataannya :

"...Tidak boleh solat tarawih 4 rakaat dengan satu salam, kerana perbuatan ini bersalahan dengan petunjuk Nabi saw, kerana Nabi saw telah bersabda ketika ditanya tentang solat malam, baginda menjawab (solat malam itu) dua rakaat-dua rakaat, dengan makna syarak telah menjadikannya (solat malam) dua rakaat-dua rakaat tanpa ada tambahan..

..Kerana itu Imam Ahmad rh berkata : "Jika seseorang bangun kerakaat yang ketiga iaitu dalam solat sunat malam hari, (keadaannya) seolah-olah dia bangun untuk rakaat yang ketika dalam solat Subuh." Yakni sepertimana jika dia bangun untuk rakaat yang ketiga dalam solat Subuh, maka batallah sembahyangnya, demikian juga jika dia bangun untuk rakaat yang ketiga dalam solat tahajjud, ia juga membatalkan solat tahajjudnya, jika dia melakukannya dengan sengaja. Jika dia terlupa dan kembali semula (tidak sempurnakan rakaat tersebut) apabila dia ingat (yang dia telah tersilap), dan dia sujud sahwi di akhir solatnya. Sebahagian manusia menyangka melakukan solat malam dengan 4 rakaat dengan satu salam berdalilkan dari hadith 'A-isyah r'anha ketika beliau ditanya bagaimana solat (malam) Nabi saw dalam bulan Ramadhan, lalu beliau menjawab :

Maksudnya : "Adalah Nabi saw tidak melebihkan dalam bulan Ramadhan dan selainnya dari 11 rakaat, baginda sembahyang 4 (rakaat), dan jangn kamu tanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda solat 4 (rakaat), dan jangan kamu tenya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda solat 3 rakaat."

Maka sebahagian orang beranggapan dari perkataan 'A-isyah bahawasanya baginda menunaikan solat malam 4 rakaat dengan satu salam. Akan tetapi sebenarnya bukan begitu, kerana telah thabit dari dari 'A-isyah juga bahawasanya baginda (saw) solat dengan 11 rakaat, dan baginda memberi salam selepas setiap dua rakaat. Berdasarkan ini maka difahami dari perkataannya (perkataan 'A-isyah dalam hadith di atas) : "Baginda solat empat kemudian empat" yakni baginda solat empat rakaat dengan dua salam, kemudian baginda berehat seketika, kemudian baginda memulakan semula sembahyang 4 rakaat dengan 2 salam, kemudian baginda berrehat seketika, kemudian baginda menunaikan 3 rakaat. Maka perkataan 'A-isyah yang umum diterangkan maksudnya dalam perkataannya yang lain. Akan tetapi dikecualikan perkara ini (tidak boleh menunaikan lebih dari 2 rakaat 1 salam) solat al-Witr, kerana jika seseorang witir dengan tiga rakaat, maka harus dia memberi salam selepas 2 rakaat (kemudian selepas 1 rakaat), dan (harus juga) jika dia menunaikan semua 3 rakaat itu dengan 1 salam dan 1 tasyahhud. Jika dia witir dengan 5 rakaat, dia himpunkan semua (rakaat) dengan 1 tasyahhud dan 1 salam. Jika dia witir dengan 7 rakaat, demikian juga caranya (Harus), Jika dia witir dengan 9 rakaat, dia duduk pda rakaat yang ke 8 dan bertasyahhud tanpa memberi salam, kemudian dia menunaikan rakaat yang kesembilan, dan dia bertasyuhhud dan memberi salam. Maka solat witir ini dikecualikan. Kalau dia menunaikan solat selain dari witir, jika dia bangun untuk rakaat yang ke 3, kemudian dia teringat, walaupun seandainya dia telah membaca al-Fatihah, maka hendaklah dia kembali duduk untuk tasyahhud dan memberi salam, kemudian dia sujud sahwi selepas salam." - Tamat perkataan Ibn al-Uthaimin -

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum,,.saya pelajar tingkatan 3 dari sekolah smk balung..boleh tak saya minta tolong terangkan dengan lebih lanjut lagi berkenaan cara cara solat tahajud?saya kurang mengerti..jika sudah..tolong emelkan di emel saya,roshaniera94@gmail.com..THANKS EH..WASALAM