Sunday, November 25, 2007

Sejenis Perasaan: Part 2

Saya ada membaca blog seorang kawan perempuan. Dalam satu post, dia ada menceritakan tentang hubungan cintanya dgn seorg lelaki. Dia merasakan betapa perlunya berdating/couple dahulu sblm kawin supaya dpt mengenali hati budi lelaki yg bakal menjadi pasangan hidupnya itu.

Menurut apa yg ditulis, dia mengakui bhw berdating dan berdua-duan itu haram. Namun dia sanggup melanggar batasan itu kerana baginya adalah sangat2 penting utk mengenali perangai dan sifat teman lelakinya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Baginya itulah cara utk melihat adakah mereka serasi utk hidup bersama atau tdk. Malah ibunya juga seidea dgnnya dan merestui hubungan mereka berdua. Yang paling mengejutkan ialah ibunya juga menyatakan kesanggupan menanggung dosa perbuatan couple/dating anaknya itu semata2 utk memberi mereka peluang berkenalan dgn lebih mendalam. Saya kira inilah kesannya apb hati kita terikat kpd perkara lain lebih drp syariat Allah.

Saya juga pernah bersembang dgn teman lelakinya. Kebetulan teman lelakinya adalah antara kenalan rapat sy. Ternyata persepsi mereka terhadap perkara ini adalah sama. “Aku tak kesah org nk kata apa pun, aku tak kesah buat salah pun...asalkan aku dpt kenal calon isteri aku dgn baik”. Saya rasa pasti ramai yg berfikiran sama spt mereka.

Semua org ingin berpasangan. Ingin dekat dgn org yg dia cintai. Ingin keluar berdua-duaan, berpegang tangan, makan bersama, belajar bersama, duduk sebelah menyebelah, meluahkan perasaan cinta, selalu berhubung dan mcm2 lg. Itu adalah fitrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai.

Memang diakui perlunya utk mengenali hati budi pasangan kita sblm berkahwin. Sesiapa pun pasti tidak mahu mengambil risiko berkahwin dgn org yg tdk dikenali hati budinya. Maka sy tdk rasakan suatu perkara yg salah utk bercinta sblm kawin. Asalkan ia melalui proses dan cara yg betul, jgn melarat terlalu lama dan jgn melanggar batas2 agama.

Sebenarnya, ‘mengenali hati budi pasangan’ hanyalah suatu alasan yg direka semata-mata utk membenarkan perbuatan dating mereka. Selebihnya mereka hanya ingin memuaskan keinginan dan kehendak nafsu shj . Padahal banyak lagi cara lain yg boleh dilakukan jika ingin mengenali pasangan.

Bagi saya, perkara yg paling penting dlm percintaan ialah kejujuran dan kesetiaan. Tetapi dukacitanya dua perkara itu sangat sukar utk dilihat dan dinilai. Kita mungkin mempunyai dua ciri tersebut. Tetapi sampai bila pun kita tidak dapat mempastikan adakah pasangan kita juga memiliki dua ciri tersebut. Maka mahu tak mahu, kita terpaksa menambah satu lagi ciri penting dlm hubungan cinta; iaitu kepercayaan. Memberi dan meletakkan sepenuh kepercayaan kpd pasangan kita bahawa dia juga akan jujur dan setia sepertimana kita jujur dan setia terhadapnya.

Sememangnya kepercayaan itu sukar utk diberikan kpd org lain. Sebab itulah sesetengah pasangan merasakan perlunya utk berdating dan selalu berhubung. Kerana dari situ mereka menilai kesetiaan dan kejujuran pasangan mereka. Segala keprihatinan dan kasih sayang yg diterima akan membuatkan seseorang itu merasa dirinya lebih dihargai dan diperlukan. Itu adalah normal, terutama dipihak wanita yg pastinya selalu curiga akan komitmen pasangannya terhadap dirinya. Maka mereka sentiasa mahukan sesuatu sbg bukti cinta. Hadiah, ucapan kasih sayang, selalu menelefon, ber’sms’...itu semua adalah bentuk2 pembuktian cinta atau komitmen yg mana sangat diingini oleh wanita walaupun tdk disuarakan.

Jadi bagaimana cara sepatutnya utk meyakinkan pasangan kita bahawa kita ini jujur, setia dan committed dlm hubungan cinta ini?

Sesebuah hubungan cinta antara lelaki dan perempuan sepatutnya diasaskan dengan tujuan perkahwinan. Maka barulah hubungan yg dibina itu akan menjadi serius dan bukan sekadar utk berseronok-seronok shj. Menyatakan kesudian untuk/akan mengahwini seseorg adalah keputusan dan komitmen terbesar dlm sesebuah hubungan percintaan. Itulah nilai penghargaan seseorang terhadap diri pasangannya. Jika penghargaan dan komitmen yg terbesar itu sudah diluahkan, maka tdk perlu lg kpd komitmen-komitmen picisan yg lain.

Dating, selalu contact, lafaz kasih sayang etc adalah bentuk-bentuk penghargaan yg akan memberi impak negatif kpd diri org yg bercinta. Kerana dari situlah unsur-unsur lagha terbit, di situlah punca berlakunya fitnah, di situlah punca berlakunya zina dan di situlah platform syaitan menjalankan tugasnya.

Bagaimanakah yg dikatakan menjalinkan hubungan cinta tanpa berdating dan selalu contact itu?

Saya tdk ada jawapan yg tepat utk soalan itu. Namun, saya kira kesimpulan jawapan utk soalan itu ada di dalam lirik nasyid Kasih kekasih (In Team) dan Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC). Saya bukanlah peminat industri nasyeed. Tetapi sy juga suka mendengar lagu2 nasyeed tertentu, terutama yg membawa makna dan mesej yg baik. Walaupun kedua-dua lagu ini mampu utk membuatkan seseorg berkhayal, tetapi lirik lagunya tetap mempunyai makna dan pengajaran yg tersendiri. Mesej liriknya lebih kurang begini:

“Rasa kasih dan rindu semasa bercinta tdk sepatutnya diluahkan. Pasangan yg bercinta perlu memendam perasaannya di dlm hati dan memohon kpd Tuhan supaya menenangkan segala gelora dan keresahan jiwanya. Jika kepercayaan itu wujud dlm sesebuah hubungan cinta, sudah tentu masing2 akan sedia faham akan perasaan cinta dan rindu pasangannya terhadap dirinya; tanpa perlu utk mendengar luahan dari pasangannya sendiri. Yang perlu dibuat ialah terus bersabar menanti hadirnya hari pernikahan yg akan menghalalkan segala bentuk luahan, penghargaan, keprihatinan dan komitmen yg ingin ditunjukkan selama ini. Itulah bentuk ujian yg menguji kekuatan dan keteguhan iman bagi insan-insan yg berkasih”.

Masalahnya, bolehkah keyakinan terhadap diri pasangan dibina jika hanya bersandar kpd niat baiknya sahaja? Iaitu niat utk berkahwin.

Ya, pasti sukar utk melakukan sedemikian. Namun, itulah risiko percintaan yg perlu diambil oleh setiap org yg memasuki alam ini, termasuklah mereka-mereka yg berdating saban hari. Tiada jaminan sesebuah perhubungan itu akan kekal walaupun kerap berdua-duaan umpama belangkas. Inilah risiko yg terpaksa diambil dengan hanya bersandar kpd sebuah kepercayaan.

Apa-apa pun, ini semua bersangkut paut dengan iman dan kemahuan. Seseorg itu boleh mendengar berpuluh-puluh siri kuliah pengurusan cinta secara islam dan membaca bermacam-macam buku atau artikel tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tetapi pada akhirnya, ilmu dan kefahaman itu belum tentu dapat menundukkan hatinya drp terjebak secara salah ke alam percintaan yg penuh ranjau ini. Akur kpd batas pergaulan dalam hubungan cinta itu sangat bergantung kpd kekuatan iman dan mujahadah terhadap nafsu.

Wallahua’lam.

UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu

Kupendamkan perasaan ini,
Kurahsiakan rasa hati ini

Melindungkan kasih yang berputik,
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Ilahi,
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini,
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi,
Untukku menghadapi resahnya hati ini

Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu,
Di hati ini aku rindu padamu

Tulus sanubari menantikan hadirmu,
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu,
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman,
Insan yang berkasih


In Team - Kasih Kekasih

Tak perlu aku ragui,
Sucinya cinta yang kau beri

Kita saling kasih mengasihi,
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui,
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi,
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan,
Syariat tetap membataskan

Pelajari ilmu rumahtangga,
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau menyintaiku
Bersabarlah sayang,
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan,
Dengan ikatan pernikahan
Di sana kita bina,
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita,
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu,
Moga jodoh berpanjangan


Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata.

5 comments:

Anonymous said...

xde orang komen ke part ni. ramai yg sensitif kot. takpun sebab terkena batang hiddung sendiri.haha.takpe biar aku je yang komen. aku setuju sangat. cinta, setia, jujur. tiga serangkai tu memamng penting dan tak bole dipisahkan. itu adalah basic dlm hubungan cinta dan rumahtangga.cewaah, macam pengalaman plak aku ni.

aku macam penah dengar je tagline kat bawah tu. kerana cintaku saerah ke? haha.layan~.bestkan drama tu. walaupun jibek tu terencat akal, tapi dia ada value cinta,jujur, dan kesetiaan yang tinggi.respek ar lakonan jibek tu. menitis air mataku.huwaaa~

danialle said...

haa..mmg dari cite Kerana Cintaku Saerah pun.tp satu yg ko tertinggal.komitmen. jibek tu bukan main2 je dgn saerah tu, tp dia berusaha dan bekerja dengan komitmen utk membahagiakan cinta hatinya =)

tintaHati said...

Takutnya bila ada org kata, 'berani tanggung dosa semata-mata kerana itu'...

Adoii dosa yg sedia ada pon tak tertanggung....semoga Allah mengampuni mereka dan memberi hidayah pd mereka.

Ada satu kata-kata yang best nak kongsi kat sini. Kata-kata ini dipetik dari sebuah kitab yg ditulis oleh saudara Fauzil Adhim, “Cara untuk belajar menjadi isteri yang terbaik hanyalah melalui suami. Cara untuk menjadi suami yang terbaik hanyalah melalui isteri. TIDAK BISA MELALUI PACARAN. Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacar terbaik bukan suami atau isteri terbaik”.

Anonymous said...

bknnya org lain tak nk bg komen..tp mayb part ni too complicated to talk about. biarlah Dia je yg tahu.

Asma' said...

akn bahagia ker sesuatu hubungan walaupun hubungan tu berakhir dngn perkahwinan sekiranya diawal perhubungan dah x diredhai Allah??
fikir2kan dan selamat beramal....=)