Sebenarnya saya mahu melupakan blog ini buat seketika. Sy ingin memperuntukkan lbh masa utk sesuatu yg lbh penting dan berfaedah. Tetapi beberapa persoalan yg dilemparkan kpd sy memaksa sy menulis sedikit, sekadar menjawab persoalan tersebut. Sy tdk mahu persoalan itu terlalu lama tdk berjawab. Namun sy tdk ingin menyentuh secara panjang lebar. Tdk juga ingin menyentuh secara spesifik dan mendalam ttg masalah2 yg ditimbulkan. Diharap jawapan yg agak umum ini mampu sedikit sebyk meleraikan persoalan yg tersimpul.
Isu niat solat
Semua ibadat - termasuk solat,puasa, zakat. etc hendaklah bermula dgn niat. Maka niat adalah perkara asas yg utama dan terpenting dlm proses ibadat. Memandangkan ia adalah perkara plg asas, maka sepatutnya ia juga adalah perkara plg mudah atau senang utk dilaksanakan. Kesukaran utk berniat dlm memulakan proses ibadat yg dihadapi oleh sesetangah atau mgkin kbanyakan org adalah berpunca drp kekeliruan antara maksud niat dan melafazkan niat.
Niat adalah perbuatan atau urusan hati. Secara mudahnya, segala ibadat yg dibuat secara sedar atau disengajakan, bermakna ibadat itu dilakukan dgn niat. Melafaz niat adalah perbuatan mengucapkan atau melafazkan kata2 spt usolli fardu ..... atau nawaitu shoum... etc. Ini bukan erti niat yg sebenar. Sesetengah org kelihatannya spt sgt sukar utk berniat. Sehingga terpaksa mengulang-ulang niat. Ini sesuatu yg mustahil sebenarnya. Niat itu tdk sukar, yg menjadi sukarnya apb mereka cuba utk mengatur perkataan atau maksud lafaz niat itu dlm hati mereka. Cthnya ketika mengangkat takbiratulihram “Allahuakbar”. Kesukaran timbul apb mereka cuba menyusun makna lafaz niat “shj aku solat fardu zuhur 4 rakaat krn allah taala” itu di dlm hati seiring dgn lafaz “Allahuakbar”. Hal demikian mmg sukar dilakukan. Tetapi itu bkn niat spt yg dituntut oleh syarak. Niat itu hanyalah lintasan hati. Sesuatu pekerjaan yg dibuat secara sedar dan disengajakan sudah tentu si pelakunya mempunyai niat, wlaupun dia tdk melafazkan niat tersebut. Cuba kita lihat 2 kes dibawah;
1) Sy menolak cawan yg berada diatas meja itu jatuh ke lantai.
2) Sy ingin mengambil sesuatu diatas meja, tetapi tgn sy tertolak cawan itu jatuh ke lantai.
Kes pertama adalah perbuatan yg disengajakan. Maknanya sy memecahkan cawan itu dgn niat - wklaupun sy tdk melafazkan apa2 ucapan. Kes kedua pula adalah perbuatan yg tdk disengajakan. Maknanya sy memecahkan cawan tanpa niat. Begitulah juga dlm hal ibadat. Jika kamu sengaja melakukan ibadat itu, maknanya kamu melakukannya dgn niat. Adalah sgt2 mustahil seseorg mendakwa dia tdk mempunyai niat atau niat tdk masuk dlm hati, sedangkan dia sudahpun berdiri di atas sejadah dan berada di dlm saf – melainkan dia mengigau bangun berjalan ke tempat solat.
Sesetengah org mendakwa perlunya dihadirkan satu persatu makna niat itu dlm hati. Perlu dihadir dlm hati ttg jenis solat, bilangan rakaat dan utk siapa solat itu disembahkan. Sebenarnya otak kita mampu menggerakkan diri kita melakukan sesuatu dgn pantas, wlaupun kita merasakan tindakan itu spt tdk melaui proses berfikir yg cukup. Cthnya begini; apb kita ternampak nyamuk hinggap di lengan kiri, secara cepat kita akan menampar nyamuk itu dgn tgn kanan kita. Itu bkn perbuatan spontan, tetapi perbuatan yg telah melalui proses berfikir yg cepat. Terlalu cepat sehingga kita merasakan seolah2 itu perbuatan spontan. Mungkin tindakan kita itu mengambil masa yg kurang drp satu saat. Tetapi otak kita telah pun menterjemahkan proses tindakan kita itu dgn selengkapnya;
Sasaran: nyamuk di lengan kiri.
Tindakan: tampar dgn tangan kanan.
Objektif: membunuh nyamuk.
Kesemua yg di atas itu bergabung menjadi satu dlm niat kita semasa bertindak menampar nyamuk. Bukan setakat itu sj, malah lebih lg;
Sebab tindakan: kerana gatal
Proses tindakan: tampar dgn cepat
Risiko: nyamuk lari, sakitkan diri sendiri
Dgn segala proses berfikir yg otak kita jalankan itulah maka kita bertindak menampar nyamuk itu dgn pantas, tetapi dgn kekuatan tamparan yg sederhana-sekadar cukup utk membunuh nyamuk, tanpa menyakiti diri sendiri.
Sekali lg, ini semua hanya berlaku dlm masa kurang drp satu saat. Dan masih juga dikatakan kita menampar nyamuk dgn niat.
Now, it’s your turn to relate it with the main issue.
Isu pakaian
Isu ini juga pernah sy sentuh. Kali ini kita pergi lbh dlm dgn menyentuh perkara prinsip pula. Di dlm islam, ada 4 jenis pakaian yg haram dipakai:
1) Pakaian yg tdk menutup aurat – spt ketat, singkat, jarang, terdedah etc.
2) Pakaian yg membawa lambang kekufuran – spt pakaian berlogo salib atau pakaian yg melambangkan agama lain spt pakaian sami atau pakaian paderi.
3) Pakaian yg membawa watak jahat – spt ada gambar tengkorak, devil, pemujaan etc.
4) Pakaian yg pelik atau terlalu berlainan drp org lain, yg boleh menyebabkan si pemakai menjadi perhatian org ramai – spt memakai custom superman/spiderman/santa claus ketika hari2 biasa.
Setahu sy ini sahaja lah jenis pakaian yg diharamkan. Maka syirik sesiapa yg 'mengharamkan' sesuatu yg halal atau harus pd pandangan syarak.
Sesetengah org mempunyai masalah dari sudut mentaliti. Contohnya dia menilai pakaian jeans termasuk dlm kategori no 3) iaitu pakaian yg membawa watak jahat. Maka dia memandang serong pd si pemakai jeans. Masalah mentaliti ini tdk menjadi hukum, wlaupun mentaliti itu dimiliki oleh seorg ustaz. Sudah cukup baik jika pakaian drp 4 unsur di atas dpt dielakkan dan kekemasan pakaian di jaga. Sekali lg sy ulang apa yg pernah sy tulis dahulu - dunia fesyen terlalu luas utk disempitkan dgn isu jenis dan buatan.
Wallahua’lam.
3 comments:
lama menghilang?kemana?
assalamualaikum....kak saya nak tanya sikit kalau orang yang pakai baju ada gambar raksasa macam godzilla tu macam mana boleh pakai tak? atau raksasa macam dalam cerita kartun ke? atau gambar dinosour ke? macam mana boleh tak dipakai?
wslm..sy tdk boleh jawab sama ada 'boleh' atau 'tdk boleh' utk memakai baju yg mempunyai gambar2 tertentu. apa yg sy tulis itu adalah prinsip umum yg perlu dijadikan kayu ukur dlm berpakaian. perkara ini agak subjektif dan bergantung kpd gambar itu sendiri. ada gambar yg menampakkan si pemakainya spt org jahat. namun ada juga baju dgn gambar yg lbh krg sama ttp cara lukisan dan warnanya menyebabkan aura jahat itu tdk timbul. contohnya ramai kanak2 yg memakai baju ultraman menentang raksasa, namun gambar raksasa itu tdklah mempengaruhi imej si pemakainya. perkara ini hendaklah dinilai sendiri apakah pandangan org ramai mengenainya. adakah dgn memakainya akan myebabkan org salah sangka dgn perwatakan anda. berijtihadlah sendiri....
Post a Comment