Sunday, June 10, 2007

Lain Sisi: Part 2

Berbalik pd soal dakwah. Kadang2 kita berlembut, kadang2 kita berkeras. Semuanya bergantung kpd situasi dan keadaan. Kadang2 kita tgk seseorg itu menyampaikan sesuatu yg contradict dgn apa yg pernah dia ucapkan. Kenapa? Sama ada dia tersalah, atau dia mengubah pendiriannya, atau dia melihat pd sudut yg lain. Perspektif yg berbeza memerlukan penilaian yg berbeza. Jd jgn cepat salah anggap. Ada org bercakap dan menulis secara umum. Tetapi individu yg terasa akan melenting seakan2 tulisan dan teguran itu ditujukan khas utk dirinya. Teringat sy dgn lirik lagu ni;

usah pandang pohon yg sebatang
tapi renung hutan yg terbentang
yg merimbun dan juga yg mghijau
ada makna rahsia yg tersembunyi

Jgn lah melihat masalah dlm konteks diri kita shj, tetapi cubalah mendongak utk melihat apa kesannya pada manusia keseluruhannya.

--------------------------------------------------

Kadang2 kita tgk org tu pkaiannya lusuh dan nmpak kotor. Maka kita cepat utk mengata yg bkn2. Tp jika diteliti, dia tu mgkin seorg yg miskin, dlm almarinya cuma ada beberapa helai pakaian shj. Pakaiannya bukannya kotor, tetapi warna yg lusuh menjdkannya kelihatan kotor. So, bagi yg berdozen2 pakaian dlm almari tu jgnlah berkata ikut sedap mulut shj. Cubalah memahami org lain.

Pada satu sisi, kita melihat lelaki yg tuck-in bajunya sbg seorg yg segak, kemas dan bergaya. Tapi tahukah anda pada satu sisi yg lain, ada kajian yg mengatakan perempuan tertarik (baca: suka) utk melihat bentuk bhgn depan dan punggung lelaki. Sama spt lelaki yg teruja melihat bentuk pd bhgn dada dan punggung perempuan.

Sy pernah terlibat dlm perbincangan ttg bolehkah pasangan yg bercinta (belum kahwin) saling membantu mengejutkan pasangannya bangkit solat subuh. Jika si perempuan bangkit awal, maka dia akan kejutkan buah hatinya dgn membuat panggilan telefon. Begitulah sebaliknya jika si lelaki pula yg bangkit lbh awal. Ramainya akan kata tdk boleh. Niat mereka dipertikaikan. Kalau betul ikhlas nk kejut solat subuh, kenapa hanya kejutkan buah hatinya shj? Kenapa tdk kejutkan mak ayah dirumah? (walaupun kebiasaannya mak ayah yg kejutkan mereka). Kenapa tak kejutkan rakan2 yg lain? Benar, niat akan menjadi pertikaian apb kita spt memilih bulu utk kejutkan org2 tertentu shj. Tetapi cuba lihat dari sudut lain pula. Katakan anda ada wang sebanyak RM10,000...dan anda mempunyai 5 org kawan yg mempunyai sakit barah yg memerlukan perbelanjaan besar utk operation. Mampukah anda menolong kesemua kawan anda itu? Mustahil. Anda hanya akan memilih salah seorg yg plg anda sayang shj. Itu tdk bermakna anda tdk sayangkan kawan anda yg lain. Tetapi hanya setakat itu shj kemampuan anda. Maka tdk patut utk org lain kata “Kamu tdk ikhlas menolong, jika ikhlas, kamu sepatutnya tolong kesemua sekali”.

Dulu sy pernah dipertikaikan kerana tindakan sy mengambil kerusi kpd seorang freshie prempuan ketika hari pendaftaran pelajar baru. Ketika itu sy menjadi fasilitator. Menjadi isu kerana sy hanya menolong si perempuan itu shj, sy menyuruh pelajar lelaki mengambil sendiri kerusi mereka. Kelihatannya spt ada affair. Sebenarnya kita mesti bijak membaca suasana. Kalau dah nampak air muka freshie tu macam blur, tak tau nk duduk di mana, tak tau nak ambil kerusi kat mana, nampak malu2, tangan sarat memegang beg dan files...maka cepat2la hulurkan bantuan. Masalah timbul apb org lain tdk melihat dari sudut yg kita lihat.

Sama juga halnya apb kita tdk menerima layanan atau perkhidmatan yg sepatutnya dlm sesuatu perkara. Contohnya ada doktor yg kelihatan spt melayan atau merawat kita secara lebih kurang shj. Sudah tentu kita akan panas hati. Tetapi mungkin hari itu adalah hectic day bagi si doktor itu, dia mungkin penat, dia juga mungkin sakit tetapi memaksa diri utk terus bekerja. Maka prestasinya pd hari itu menurun, walaupun pd hari2 yg lain dia adalah seorg doktor yg baik. Jadi, jgn lah kita mudah marah dan melenting tanpa kita ambil tahu situasi yg dialami oleh org lain terlebih dahulu. Namun sy tak nafikan dgn berkeras (marah) blh mnyedarkan org ttg kesilapannya. Pandai2lah baca situasi masing2.

Utk entri kali ini sy hanya menyatakan kepelbagaian sisi yg wujud pd sesuatu perkara. Sy tdk berminat utk menyatakan sisi mana yg lbh betul. Sebab kita takkan mampu memuaskan hati semua org. Akan sentiasa wujud ruang2 pertikaian oleh org2 yg tdk sehaluan tanpa mereka mahu melihat kpd sudut yg lbh positif. Maka berfikir dan buat sajalah berdasarkan sisi dan penjuru yg kita rasakan terbaik. Cuma pastikan dlm setiap kerja buat, kita memaksimumkan manfaat dan meminimumkan mudarat; tanpa mengabaikan tujuan dan objektif kerja.

Konklusi: Sesuatu resolusi utk hal yg dibincangkan tidaklah mewakili semua situasi. Lain situasi lain konteksnya. Yang betul pd satu keadaan mgkin salah pd keadaan yg lain. Maka cukuplah sekadar menjadikan hal ini sbg pelajaran utk mencorakkan cara berfikir shj. Jgn lah sesekali mengambilnya sbg sesuatu yg tetap. Wallahua'lam.

6 comments:

danialle said...

maaf kalau ada bhgn yg anda tdk dpt faham. org2 tertentu shj yg akan faham :)

me said...

sy suka pendapat anda..
sesuatu yang sy dah lama pegang. be open minded, the obvious might not be true, and the might be a hidden explanation.. jangan cepat jump into conclusion, rite?

Puteri Ezza said...

Saya juga suka dengan entri ini. Bernas. Saya faham kesemua bahagiannya :-) Salam persahabatan. Terima kasih kerana telah berkunjung ke blog saya ye.

danialle said...

to intankamaruddin:
you are very the rite <- haha, mcm penah dgr ayat ni dlm filem apa ek...diva popular kot.

to puteri ezza:
salam persahabatan kembali :)

Sarah Mohd Shukor said...

salam danialle,

sy rasa sy pun faham keseluruhannya. sy suka sesuatu yg ditulis yg dtg dr hati org yg menulis. so benda tu menjadi 1 teguran yg halus. masuk terus.

sy sllu ada monolog dgn diri sy sndiri. n dlm byk2 tu adlh 1 benda yg sy cakap pd diri sndiri, jgn tgk 1 benda tu ikut persepsi kita je. cuba fikir apa persepsi org lain akn terfikir. tp klu kita tau apa yg kita buat tu spatutnya boleh je dilihat dr persepsi yg kita fikirkn, abaikn je mulut2 yg terus fikir2 tntg persepsi kita ni adlh tak baik. contohnya isu awk tolong freshie dgn beri kerusi pd dia. hmm. x terjangkau akal nk expect org akan fikir yg ini normal je tp as long as kita tau kita bertindak sbg pemudah cara utk ke'blur'an freshie tu, why not. myb i'd do the same if i were in ur shoes.

iEn said...

itulah manusia.. yg masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2 :)