Saturday, June 09, 2007

Kalaulah......

Langkahan sudah mula goyah. Penat badan menanggung beban yg di bawa makin terasa. Sy memaksa diri meneruskan perjalanan yg masih belum pasti di mana hentinya. Jam sudah hampir 2 pagi. Sudah tdk ada org berkeliaran, hanya kenderaan yg belum jemu meredah malam. Belum tahu lg di mana tmpat utk tdo. Mungkin ada masjid yg sudi menerima kehadiran sy, atau mgkin terpaksa tdo di kaki lima jalan spt mlm2 yg lain atau mungkin sy bertahan sehingga subuh. Sy melalui sebuah eskalator. Hairan juga kerana eskalator itu masih berfungsi wlaupun sudah lewat mlm. Nak kata ada sensor pun, tak pula nampak sesiapa yg berdekatan. Ntah mengapa sy spt ditarik utk menaiki eskalator itu, wlaupun sy tahu laluan di bhgn atas sudah ditutup dan sy terpaksa turun semula nanti. Takdir Tuhan, suatu yg mengejutkan menanti di bghn atas.

Betapa terkejutnya sy apb terserempak dgn seekor kucing yg tersepit di celah escalator. Menjerit2 (baca:mengiau2) meminta tolong. Sy dpt rasakan penderitaan dan seksa yg ditanggungnya. Sebelah kaki dan ekornya tersepit, tetapi eskalator masih tak henti bergerak. Kadang2 ia mggelupur cuba melepaskan diri (atau mungkin kerana sakit). Kadang2 ia sekadar menjerit2 shj. Spt berkongsi kesakitan yg dialami, sy mengumpul keberanian utk menolongnya. Tetapi dlm keadaan sebegitu, ia mencakar dan mggigit apa shj yg mendekatinya. Sy segera turun ke bawah. Mencari kayu atau apa shj yg boleh di gunakan. Misi menyelamat mesti disegerakan. Alhamdulillah mudah sj kayu dijumpai. Sy menolak kucing itu dgn kayu utk melepaskannya dari tersepit. Pelbagai cara dicuba, tetapi sy hanya mampu melepaskan ekornya shj. Seperti hampir separuh kaki hdpannya tersepit ke dalam celahan eskalator. Lama sy mencuba. Setiap kali sy menolaknya dgn kayu, ia akan mengiau2 dg kuat, mencakar dan mggigit2 kayu tersebut. Mungkin tindakan sy itu menyakitkannya. Tapi apa boleh buat, ia akan mati sebelum pagi jika dibiarkan begitu. Perasaan sy ketika berbelah bagi. Namun sy tetap mengumpul kekuatan utk terus menolaknya dgn kayu, wlaupun tahu tindakan itu sgt menyakitkannya.

Melihat keadaan kakinya yg tersepit, sy merasakan spt agak mustahil utk melepaskannya. Sy tdk boleh terus mencuba sampai ke pagi, perjalanan sy masih jauh. Akhirnya dlm keadaan serba salah, sy beredar dari situ. Perit rsnya meninggalkannya dlm keadaan terus menjerit2 kesakitan. Apa boleh buat, mungkin sudah ajalnya begitu.

Sy mempercepatkan langkah meninggalkan kwsn itu. Sy tak suka mndgr suara kucing itu mengiang2 di telinga. Apb makin jauh, rasa menyesal dan bersalah mula menguasai diri. Seakan2 sy tdk mencuba dgn sepenuh hati utk menyelamatkannya. Seakan2 ada cara lain utk melepaskan kucing itu. Seakan2 sy mampu utk menyelamatkannya jika sy terus mencuba. Sy mula terfikir utk berpatah balik ke tmpat td. Tapi apa boleh buat, perjalanan mesti diteruskan. Perasaan mula bercmpur baur. Kesian, menyesal, rasa bersalah, rasa kecewa dll. “Kalaulah aku tolak kuat sket, tentu kaki kucing itu akan terlepas”, “Kalaulah aku berani lebih sikit, tentu aku mampu buat lbh drp td”, “Kalaulah aku……..

Begitulah kita sbg manusia. Kita selalu akan menyesal kerana tdk mencuba dgn bersungguh2. Sy kira begitulah yg akan terjadi apb kita dihadapkan dihadapan Tuhan nanti. Ketika itu kita akan menyesal dgn segala perbuatan kita yg lalu. “Kalaulah aku solat lbh sket hari tu, tentu hari ni boleh timbang”, “Kalaulah aku zikir lebih sket hari tu, tentu pahala aku lebih berat”, “Kalaulah aku sedekah byk sket hari tu, tentu aku tak jadi mcm ni”, dan Kalau lah hari tu aku…….. Mungkin itulah kata2 kita apb melihat amalan2 kita yg sedikit dan terlalu byk kekosonagn di bhgn amal. Biarlah kita menyesal di dunia, jgn nanti kita menyesal di akhirat.

------------------------------------------

Sekadar secebis kisah perjalanan sy baru2 ini. Byk pengajaran yg sy dpt drp perjalanan selama 3 hari itu. Rasa tak selesa apb sesuatu perkara berlegar2 dlm minda. So sy luahkan je la kat cni. Wlaupun mungkin tak byk memberi manfaat kpd pembaca.

Rukhsyah (keringanan) yg diberi kpd org yg musafir hanya akan terasa hikmahnya apb ada kesukaran yg ditempuhi. Seseorg mgkin tdk terasa sgt keistimewaan solat jamak dan qasar jika dia bermusafir dgn menaiki kereta atau kenderaan sendiri. Tidak ada bas yg perlu dikejar, tdk ada brg yg perlu dirisaukan hilang, dan tdk ada ketidakselesaan yg perlu ditanggung. Tdk byk yg mampu sy rancang utk perjalanan kali ini. Byknya sy hanya berserah kpd Tuhan utk menentukan. Di mana tmpat tidur, di mana tempat solat, di mana tmpat mandi, semuanya diluar kawalan sy. Kadang2 tidur dan mandi di masjid, kadang2 tidur berhamparkan suratkhabar lama dan kotak2 terpakai. Tidur2 ayam sekadar melepas penat shj. Kalau silap landing, akan adalah guard yg akan kejutkan jam 3,4 pagi. Marah2 krn tmpat tersebut tdk boleh tdo. Maka bgn lah dlm keadaan mamai beralih tempat mencari port lain pula.

Gerai makan pula menjadi tmpat istirehat. Ordernya hanya sepinggan nasi dan segelas air, tetapi duduknya hampir sejam. Disebabkan terlalu penat dan mengantuk, sy pernah bercadang utk mengunci pintu restroom (toilet) hotel dari dlm utk sementara. Niat hati nk tdo skejap dlm tu. Maklumlah tandas hotel. Dah la luas, bersih dan cantik pula. Nasib baik la sy tak buat kerja gila tu. Kadang2 tiket bas habis, kaunter dh tutup, terpaksa bergantung kpd nasib shj dgn harapan ada lah seat bas yg masih kosong. Duduk atas tangga pun jadi la, asalkan perjalanan dpt diteruskan.

Pada masa2 dan situasi begitu baru la kita rasa kesusahan yg ditanggung org lain. Tak semua org yg hidupnya sempurna. Ketika kita mampu tdo atas katil yg empuk, ramai lg yg hanya tdo di atas lantai simen berselimutkan suratkhabar shj. Ketika kita sedang bergembira dgn hidup kita, masih ada lg org yg kerjanya menyelongkar tong sampah mencari barang2 terpakai utk dijual.

Ucaplah Alhamdulillah. Bersyukurlah, kita masih bernyawa dan masih mampu mengecap nikmat yg bertali arus. Berterima kasihlah kpd Yg Memberi ketika Ia masih memberi. Jgn sampai kita terpaksa menagih kasihNya ketika Ia mula menarik nikmat pemberianNya.

3 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam danialle,

smlm sy miss utk berkunjung ke sini. hari ni tgk2 dh penuh dgn updet terkini. masya allah. byk nye masa lapang. bagus2. masa digunakn dgn baik.

sepanjang-panjang cerita ni, sy terasa ngilu baca part kaki kucing tu tersepit di escalator tu. misti berdarah-darah kan. tp apa2pun, sy ada sedikit nasihat. jgn byk berkalau-kalau. kalau ni pembuka ruang utk syaitan. tp cukuplah berkalau-kalau ni sekadar utk 'repair' diri. jgn lebih2. nanti dtgnya was-was.

sy x layak nak nasihatkn lebih pasal ni. apapun sy tau, awk tau kalau yg mcm mana yg boleh bawak manfaat, dan kalau yg mcm mana bawak mudharat.

danialle said...

hmm..sy makin gemar org memberi nasihat kpd sy. nasihatnya mengena atau tdk itu hal lain. kenal orgnya atau tdk pun itu hal lain. mayb sb sy jarang dinasihati kot. seriusly sy terpaksa mengulang dgr rakaman kuliah2 agama dlm pc ni utk mendgr nasihat.

danialle said...

byk ms lapang? ms digunakan dgn baik? hanya Tuhan yg tahu. sy sebenarnya tgh menahan diri drp menonton episod seterusnya cite house MD. dah copy dlm pc, sj tahan diri supaya tak tgk. cari masa yg sesuai la utk layan. time makan ke. bole buat 2 keje satu masa.