Sunday, June 10, 2007

Lain Sisi: Part 1

Satu sisi kita teman
lain sisi kita saingan
apalagi soal perempuan
kerap terjadi perebutan

Lagu: Syuga-Lain Sisi

Pertama kali mendengarnya, sy tdk dpt menangkap dgn jelas apa yg ingin diceritakan melalui lirik lagunya. Mungkin kerana sy tdk serius mendengar, sambil membaca buku shj. Atau mungkin juga kerana rentak muziknya yg ‘relax’ mengganggu pghayatan sy terhadap maksud liriknya. Yg pasti ianya cerita cinta. Soal hati dan perasaan. Tapi sy gagal melihat apa hubungan lirik itu dgn tajuk lagunya. Lantas sy ulang dgrnya sekali lg. Kali ini lbh fokus. Ternyata kata kunci utk memahami lirik tersebut terletak pada 2 baris pertamanya. “Satu sisi kita teman, lain sisi kita saingan”. Spt menceritakan ttg 2 org lelaki yg berkawan rapat, tetapi pd masa yg sama bersaing utk merebut hati seorg perempuan.

Begitulah hakikatnya kehidupan, pada satu situasi atau keadaan yg berlaku, terdapat banyak sisi lain yg mungkin kita terlepas pandang atau sengaja tdk mahu melihatnya. Melihat pada sisi lain ini membantu kita utk lbh memahami persekitaran dan situasi yg berlaku. Namun kita kena bijak utk menyeimbangkan pandangan kita pd satu sisi dgn sisi yg lain. Atau mungkin juga atas tujuan tertentu, kita kena pandai utk memberatkan fokus pd satu sisi shj. Hmm..faham ke? Ok, kita tgk contoh…

Ada perempuan yg tdk menutup aurat, tetapi dia masih menjaga solatnya yg lima dgn baik. Pd satu sudut kita boleh bersngka baik dgnnya. Dia mungkin masih mencari rentak atau mgkin masih dlm transition mode utk mengamalkan islam secara keseluruhan. Mgkin kita perlu berlapang dada dgnya terlebih dulu dan approach terhadapnya perlu lbh longgar. Tetapi pd satu sudut yg lain, kita juga risau dan bimbang kemungkinan dia itu sudah bertahun2 dlm transition mode. Atau dlm bahasa lain, dia telah salah faham ttg kewajipan suruhan menutup aurat itu. Kemungkinan dia merasakan dirinya sudah cukup baik dan selamat dgn hanya menjaga yg lima itu. Maka suruhan lain diremehkan. Dalam pada masa yg sama, tindakannya itu mgkin akan mengelirukan non-muslim atau mualaf ttg ajaran sebenar islam.

Jadi apa yg patut kita lakukan? Sbg seorg muslim, apb melihat org lain melakukan kesalahan, dgn penuh rasa kasih dan kasihan kita ingin memberitahu dan membetulkan kesalahan mereka itu. Tetapi pd masa yg sama kita akan terperangkap dgn beberapa sisi yg wujud dicelah2 situasi ini. Kita akan mghadapi kesukaran utk menentukan sisi mana yg lebih tepat atau bagaimana utk synchronizekan antara sisi2 yg wujud.

--------------------------------------------------

Hikmah dlm berdakwah lbh sinonim dgn erti kata "mengenal golongan".

Mmg benar kita kena mengenal golongan. Mesti berdakwah dgn cara yg sesuai dgn golongan sasar. Tetapi realitinya tdk 100% begitu. Ramai yg tdk cuba melihatnya dari sisi pendakwah. Hikmah bukan dlm erti kata mengenal golongan shj, tetapi pd sisi lain kita melihat peluang yg muncul dan keterbatasan masa yg ada. Kita boleh bercakap ttg hikmah sepenuhnya jika kita mempunyai masa yg mencukupi. Dgn kata lain kita berpeluang utk mengkaji dan mengenali situasi golgn sasar dgn lbh mendalam sblm mengambil pendekatan terbaik utk berdakwah kpd mereka. Tetapi dlm keadaan mungkar yg berlaku dimana2, cukupkah masa pendakwah utk melihat setiap sudut terlebih dahulu dan mendalami situasi yg berlaku? Mustahil. Tak ramai yg berupaya menjadi pendakwah sepenuh masa. Banyaknya hanya part time. Kita terpaksa menumpukan masa utk pelajaran, kerja, keluarga dan diri sendiri. Jarang sgt kita jumpa org yg fulltime hidupnya adalah utk org lain. (Kalau ada pun mungkin ianya seorg doktor).

Kita mungkin tdk kenal org2 yg nak ditegur itu, tdk tahu dgn mendalam keadaan mereka, malah tdk mempunyai waktu yg byk utk menyibukkan diri dgn mereka. Namun hadis menyuruh kita menegur kesalahan yg kita nmpak, bkn membiarkannya shj. Dlm situasi ini, kita akan mengalami detik2 sukar utk berdakwah dgn hikmah dlm keterbatasan masa yg ada.

Sama juga halnya apb ada pendakwah yg menegur secara keras atau tdk berhikmah membuat teguran (disebabkan kurang ilmu). Pada satu sisi, perkara tersebut mmg tdk patut berlaku kerana ia boleh memberi imej buruk kpd golongan pendakwah sendiri. Jgn nanti sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Tetapi pd sisi yg lain, dakwah mesti dilakukan wlaupun diri sendiri belum sempurna. Jika semua org mahu mencari kecukupan ilmu dahulu, kemudian baru mahu berdakwah, maka habis rosaklah masyarakat.

Ada juga org bercakap ttg keburukan friendster dan perkara2 yg seangkatan dgnnya. Maka dibuatlah kesimpulan utk menjauhi friendster. Sememangnya apb kita focus pd satu sudut, maka sudut itulah yg akan nmpak benar, kabur dan tenggelamlah kebaikan yg ada pd sudut lain. Cuba fokus bercakap ttg kebaikan friendster pula. Bermula drp mengeratkan hub antara rakan2, menjalin ikatan persahabatn yg baru, mencari kenalan2 lama, keep contact with friends, share story and information w others etc. Sudah tentu kesimpulan yg dibuat akan bertentangan dgn apa yg disimpulkan pd awal td. Ia sebenarnya bkn masalah objek/subjek, tetapi masalah bgaimana objek/subjek itu dikendalikan. Baik kendaliannya, baiklah hasilnya. Sama spt televisyen. Ada baik dan buruknya. Adakah patut membuang televisyen jika keburukannya lbh byk drp kebaikan? Kitalah yg sepatutnya bertindak mengawalnya supaya hanya rancangan yg berfaedah shj ditonton.

p/s: Sy tak gemar penulisan yg panjang. Kalau boleh sy mahu meringkaskan tulisan sependek mungkin. Tetapi sukar utk melakukannya. Panjang tulisan tak semestinya baik. Sy lbh suka tulisan yg pendek tetapi padat dgn info. Sy pecahkan tulisan kali ni kpd 2 bhgn, supaya xpenat nk membacanya.

1 comment:

Anonymous said...

Berhubungan hal 'sisi', pada pandangan saya, cara termudah untuk berhadapan dengan situasi tersebut sudah pun mempunyai jawapannya pada diri kita sendiri. Tuhan menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian, maka pastinya sebaik-baik solution juga terdapat pada diri manusia itu sendiri.

Atas sebab itulah telinga dijadikan di sebelah sisi. Maknanya jika berlaku sebagaimana contoh yang diberi, kita perlu lebih banyak mendengar. Hanya setelah mendengar, barulah kita menoleh dan melihat supaya kita bersemuka dengannya dan memperoleh gambaran yang jelas terhadap apa yang diperkatakan oleh satu-satu sisi tersebut. Selepas itu, barulah kita menggunakan mulut.

It's just common sense. Dalam cerita seram, watak filem pasti bermula dengan mendengar bunyi yang bukan-bukan dahulu. Kemudian sifat ingin tahu menyebabkan dia ingin melihat dengan matanya sendiri. Setelah melihat dan mempunyai gambaran jelas terhadap hantu yang menyeramkan, barulah menjerit.

Memang benar pada sesetengah orang, keterbatasan masa itu menjadi penghalang. Pun begitu, kita perlu sedar, masa menjadi terhad kerana kita bertungkus-lumus untuk 'menguruskan masa', walhal masa tidak dapat diuruskan. Time will just continue to flow and we cannot manage/control it. The only thing that we can manage or control is ourself - pengurusan DIRI untuk menyesuaikan diri dengan peredaran masa.

Yang menyebabkan kita rasa masa menjadi terhad adalah kerana keterbatasan pada keupayaan diri kita sendiri. Kita sangat kurang pada kemahiran mendengar untuk menjadi a good listener, maka bertambahlah masa yang diperlukan untuk mendengar. Dan begitulah juga dengan kemahiran menilai situasi (melihat) dan menyampaikan sesuatu perkara dengan sempurna (berkata-kata).

Kesimpulannya, mungkin hikmah di sebalik kejadian anggota kita itu (satu mulut, dua mata dan dua telinga) menunjukkan bahawa berkata-kata (menegur) itu sememangnya lebih mudah berbanding mendengar dan melihat. Ataupun mungkin juga hikmah sebenarnya ialah kita perlu mendengar dan melihat dua kali (mungkin juga kedua-dua sisi) terlebih dahulu sebelum berkata-kata (menegur).

Entahlah.. Terpulang kepada perspektif masing-masing.

Sekadar tambahan..