Teringat satu program yg disertai lama dahulu. Satu yg bestnya hadir ke program ialah kita dpt melihat cara org lain berfikir dan belajar drp mereka. Yang tak bestnya bila mereka cuba mencorakkan fikiran kita mengikut fikrah mrk, tanpa mahu membuka ruang kpd perselisihan pendapat. Dalam program tersebut, setiap kumpulan diberi satu case study utk dibincangkan dan dikehendaki membentangkannya pd sesi berikutnya. Masa perbincangan yg diberi terlalu singkat dan tamat sebelum kesefahaman antara ahli berjaya dibentuk. Maka kami sekadar membahagikan subtopic yg ada kpd setiap org dgn harapan mereka mampu membentangkannya mengikut pandai masing2.
Idea dan pandangan yg dilontar tdklah mewakili suara kump scr sepakat, tetapi lbh kpd mengikut buah kepala masing2 shj. Giliran sy last. Sy mendapat subtopic mengenai etika berpakaian dgn distresskan kpd pemakain seluar jeans dan cap. Sy membentangkan subtopic tersebut dgn agak liberal dan lbh cenderung ke arah membenarkan pemakain jeans dan cap; dan lbh memberatkan isu aurat. Selesai shj pembentangan, facilitator membuat kritikan dan pggulungan. Fokusnya lbh kpd apa yg sy bentangkan. Isu yg dibentangkan oleh ahli2 lain tdklah disentuh sgt. Pandangan sy dikritik dan ditolak. Mereka tdk membenarkan pemakaian jeans dan cap. Itu semua tdk boleh. Alasannya seluar jeans adalah buatan amerika, dan nmpk tdk islamik mungkin. Sy tdk berhujah balas krn lgsg tdk menyangka pandangan sy akan totally ditolak. Lgpun konfrontasi bknnya cara terbaik dlm situasi tersebut. Sy melihat audience (pserta) yg lain, cuba membaca air muka mereka. Nmpak spt tdk ada lgsg yg bersetuju dgn sy. Kemudian bgn seorg pserta perempuan, berhujah utk menguatkan lg bhw pandangan sy itu salah.
Jumud. Itulah satu2nya perkataan yg sesuai utk mghuraikan fikrah mereka.
Dakwah hendaklah hidup di alam realiti. Ia bkn satu ucapan atau tulisan yg hanya terawang2 dan kelihatan sempurna di alam teori shj. Tetapi ia hendaklah diterjemahkan dlm bentuk amalan dan praktikal. Ia mesti seiringan dgn realiti kehidupan. Ia mesti berpijak di bumi yg nyata. Ia mesti hidup. Ia tdk boleh mati Jika tdk, dakwah hanya akan menjadi satu aktiviti yg memberi penat shj.
Di mana letaknya logik utk menghalang pemakaian seluar jeans dalam satu waqi’ yg mana bilangan perempuan yg memakai jeans hampir mengalahkan ramainya lelaki yg memakai jeans? Di mana rendahnya nilai jeans dikacamata perempuan2 yg masih lg gagal menutup rambutnya? Di mana hinanya jeans di satu tempat yg majoriti memakainya sbg pakaian rutin? Tdk ada. Tdk ada. Dan tdk ada. Mengapa perkara yg tdk ada ini yg nk diperjuangkan? Di mana hidupnya dakwah? Inilah ‘dakwah yg mati’.
Tujuan dan objektif pakaian ialah utk menutup aurat. Jika tujuan dan objektifnya sudah dilanggar, maka dimana lg relevannya utk mempersoalkan ttg jenis dan asal buatannya? Isunya sudah menjadi isu aurat, bkn lg soal jenis dan buatan. Itu yg sepatutnya diperjuangkan. Bila kita tak nmpak isu utama, sibuk pula memanipulasikan isu lain, maka matilah dakwah.
Percayalah. Mana2 kumpulan yg menyeru kpd keseragaman dlm hal2 yg kecil dan remeh, pergolakan dan perpecahan menanti dgn pasti. Menuntut keseragaman sehingga mgabaikan perbezaan cara didikan, budaya, cara hidup dan cara fikir adalah satu kesilapan yg besar. Inilah masalahnya apb pimpinan yg syadid cuba memaksa ahli yg lain menelan aliran syadidnya tanpa rela, dan bknnya scr qudwah. Benar, kita semua inginkan kesempurnaan dlm dakwah. Kesempurnaan bukan hanya pd ungkapan semata. Tetapi ia mestilah diterjemahkan dgn membaca situasi golongan sasar.
Bagaimana utk memastikan dakwah itu hidup? Fokuslah pd sasaran dan bijak membaca suasana. Siapakah golongan sasaran yg ingin kita dakwah? Kbnyakan mereka bukan kaki masjid, mereka jarang2 membaca quran, mereka tdk peduli sgt ttg nasib agama, dan ada dikalangan mereka yg merasakan agama ini menyusahkan. Itulah sasaran kita. Itulah golongan yg nk diperbetulkan. Kita bukannya nk perbetulkan org2 yg selalu ke masjid, yg tdk nmpak sgt salah dan silapnya sehingga isu seluar jeans pula yg perlu diketengahkan. Kita berhadapan dgn golongan yg perlu diketengahkan hal dosa dan pahala, spt isu aurat dan couple.
Kita mesti bijak membaca suasana. Demikian dakwah akan menjadi lbh efektif. Ada yg buat usrah pukul 4,5 pagi. Kata mereka ini semua tarbiyah. Sama juga dgn usrah slps subuh. Kalau kbanyakannya tdo jam 2,3 pagi, jgn kata nk berusrah lpas subuh, nk bangkit subuh pun liat. Kalau dh mengantuk, nk serap ilmu pun susah, nk bg full commitment pun susah, maka contribution pun kurang. Bila kita tdk bijak membaca suasana, maka dakwah hanya menjadi sekadar cukup syarat shj. Efektifnya kurang, hasilnya pun kurang.
Ada juga org kata kita mesti ikut mazhab Syafie shj. Tak boleh campur2 mazhab. Nanti jd caca merba. Utk berkata sebegitu mmg mudah, tetapi tdk realistik. Dlm dunia skrg, internet adalah media utama sumber ilmu. Pengajian di masjid dan surau boleh dibilang kehadirannya. Belajar melalui internet lbh relevan dan flexible dr segi isu dan masa (walaupun mgkin kurang dr segi keberkatan). Itu adalah realiti. Maka mari kita bercakap berdasarkan realiti. Org membaca, faham dan mengamalkan apa yg dia yakin. Patutkah seseorang itu mgabaikan ilmu yg diperolehinya atas alasan ilmu itu tdk bersumberkan drp mazhab syafie? Seseorg yg membca perbahasan ulama ttg sesuatu isu, dia faham dan dia yakin berdasarkan dalil dan hujah, maka adakah patut ia mengabaikan pembacaannya itu? Selama manakah kamu mampu utk menolak penerimaan akal tehadap dalil dan logik yg dibaca, sehingga hendak berkeras dgn mazhab Syafie (wlaupun tdk pernah membaca satu pun kitab karangan Syafie). Sedarlah, kita tdk berada di sekolah yg pengetuanya adalah imam Syafie. Bacalah suasana.
Tujuan dakwah adalah utk menyatakan kebenaran dan membetulkan org, bknnya nk menang atau tunjuk siapa lbh hebat. Jika dgn mnyatakan kbenaran itu myebabkan org makin jauh drp kita, maka apa salahnya jika perlahankan sdikit rentak atau berundurlah sementara. Carilah waktu lain yg lbh tenang utk kmbali semula. Jgn terlalu bertegas, atau berkeras utk mengatakan kita benar, nanti akibatnya org akan lari dr kita. Jika suara kita sudah tdk mahu didgr, maka objektif utama dakwah (perbetulkan org) sudah pun tersasar.
Jika cubaan pertama gagal dan mendapat tentangan, maka turunkan gear dahulu, redakan suasana. Yg benar tetap benar, ia tdk akan lapuk dek zaman. Maka tdk menjadi kerisauan kpd kita ttg akan hilangnya kebenaran itu. Ia hanya masalah persepsi dan penerimaan org terhadap kebenaran itu shj. Mungkin hari ini mereka menolak, suatu hari nanti mereka terima. Siapa tahu.
Normalnya, pndakwah akan menghadapi suatu masa sukar berperang dgn perasaan sendiri. Terutama apb niat sucinya utk menyatakan kbenaran dan perbetulkan org disalah tanggap, tdk diterima, malah diperlekehkan. Provokasi2 yg diterima drp org2 yg tdk sehaluan dgnnya akan mnyebabkan dia mula hilang kawalan diri dan mula meniru rentak org yg menentangnya itu; berbahasa kasar, bercakap seolah2 melepaskan perasaan, berhujah tanpa hikmah, dan mula mencari kemenangan sehingga lupa matlamat asal dakwah serta hilang fokus terhadap golongan sasar. Jika terjadi sebegitu, maka rosaklah imej pendakwah, hilanglah nilai ajaran yg dibawa.
Sememangnya org yg bersalah akan terasa dan terguris dgn kbenaran yg dinyatakan. Maka utk memuaskan hatinya, dia akan mencari dan mbongkar setiap kesalahan dan kelemahan org yg mbawa kbenaran itu. Segala salah yg kecil diperbesarkan, semua aib yg kabur diperjelaskan, dgn harapan imej pndakwah itu menjadi buruk dan tdk layak utk berdakwah. Oleh itu pendakwah mestilah sabar dgn provokasi dan tentangan sebegitu. Jgn sampai mengikut rentak mereka. Dan jgn sampai perangai dan tindakan kita menyebabkan org ragu ttg kbenaran yg kita bawa.
4 comments:
Salam wbt
Sy penah hidup dlm keadaan isu jeans dipertikaikan dgn hebat. yg mempertikai adlh org yg bergerak membawa dakwah. sy terfikir, adkh mereka tak cuba utk memahami dan dgn senang2 mejatuhkan hukum bg org yg dikira bergerak dlm dakwah adlh 'futur' jika tidak memenuhi garis panduan berpakaian? andai ini didengar oleh mereka yg kurang memahami, misti dh lama mereka ni ditolak tepi drpd kehidupan org lain. misti ada rasa 'takut' dlm hati mereka dgn pemikiran 'org2 dakwah' ni. ini la dia bila isu remeh dipandang besar. lain la klu isu solat etc yg mmg perlu dipandang berat.
semoga ada penyelesaiannya, utk mereka yg hebat berdakwah, kita dan juga mereka yg masih belum kenal apa itu dakwah.
tak sangka sarah org pertama yg beri komen. igtkan dh xde org nk singgah kat blog ni. maklumlah dh lama sgt tak update.
Pada pandangan saya, ada kemungkinan mereka mempertikaikan isu jeans ini adalah kerana fesyen jeans pada tahun-tahun era 80an adalah jenis ketat macam style band rock kapak. Sebab itu pada mereka ia tidak patut dipakai kerana menampakkan bentuk tubuh.
Pun begitu, sekarang ini sudah ada banyak jenis fesyen seluar jeans. Bukannya jenis ketat sahaja. Yang longgar-longgar jenis terlondeh nampak seluar dalam pun ada. Tapi takkanlah itu yang nak kita pakai. Ye tak? Pakai lah mana yang sesuai dengan keselesaan (selesa ketika memakai, juga selesa mata orang memandang).
Dengan kata lain, sebagai pendakwah, kita bukan sekadar hanya perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama, malah perlu di 'top-up' ilmu berkenaan isu-isu semasa yang pelbagai seperti fesyen, rancangan TV, politik semasa, games, etc. Barulah kita boleh "MENYELINAP" masuk untuk ditambah sedikit 'pengisian' terhadap komunikasi yang bersangkutan dengan minat seseorang.
Sekadar pandangan..
benar. pendakwah mesti peka dgn hal2 sekeliling. tak boleh sekadar berteori shj. kadang2 realiti hidup ini tak seindah spt yg kita harapkan.
bg sy, cukuplah kita tekankan soal aurat dan kekemasan shj dlm isu pakaian. dunia fesyen terlalu luas utk disempitkan dgn isu jenis dan buatan.
Post a Comment