Lumrahnya setiap perbuatan akan didahului oleh proses berfikir secara sedar. Tetapi kebiasaaan melakukan sesuatu perbuatan secara berulang2 akan menyebabkan kita cenderung bertindak di bawah paras sedar. Contohnya seseorang yg sentiasa memulakan hidangan makanannya dgn bacaan bismillah akan terbiasa dgn bacaan itu setiap kali hendak makan. Kadang2 dia sendiri keliru adakah dia sudah membaca bismillah atau belum, wlaupun org lain mendengar dia telah pun membacanya. Ini adalah salah satu contoh perbuatan di bawah sedar. Begitu juga seseorg yg sentiasa membiasakan dirinya berzikir. Dia akan cenderung menyebut secara spontan kalimah2 yg baik spt masyaAllah, subhanallah, Allahuakbar apb terkejut, tersepak sesuatu atau terjatuh. Pada satu sudut, pemikiran bawah sedar ini perlu dielakkan dan dibendung drp menjadi tabiat, kerana ia mampu mengurangkan nilai ibadah dlm perbuatan kita.
Selain kebiasaan melakukannya, kemalasan utk mgkaji dan meneliti juga menjadi sebab kpd kita melakukan sesuatu ibadat secara di bawah sedar. Kita selesa utk berbuat dgn apa yg kita terima sejak kecil. Dan tdk pernah terlintas bhw cara yg kita buat itu kurang tepat dgn cara yg sebenar. Lebih malang apb ada yg (1) cenderung berselindung di sebalik perkataan khilaf dan (2) selesa menggunakan status org awam utk mengelak diri drp mgkaji ketulenan fakta. Dua sikap ‘malas’ ini boleh mnyempitkan pemikiran dan memudarkan agama dari rupa parasnya yg asli. Kerana kita cenderung utk berpegang dgn mana2 pendapat ulama, tanpa mahu utk membanding2kan hujah dan berpegang kpd pendapat yg lbh kuat dan dekat dgn ajaran sebenar Islam.
Dalam kebanyakan hal, kita tdk tahu sgt pun ttg apa yg kita perbuat; adakah ia termasuk dlm khilaf, adakah ia benar2 tulen atau adakah ia mempunyai sandaran yg kuat. Byknya kita sekadar mengikut (taqlid buta) tanpa langsung mahu meneliti dan mengkaji utk mengetahui apa sebab atau punca sebenar kita berbuat begitu. Itu satu kelemahan kita yg patut diperbaiki.
Berbalik kpd topik asal. Sikap sebegini (hanya menerima tanpa mahu mengkaji) boleh menjuruskan seseorang kpd pemikiran bawah sedar, terutama apb ia menjadikan perbuatannya (amalan/ibadat) itu sbg satu kebiasaan.
Antara contoh yg ketara ialah ketika berdoa slpas solat. Kbanyakan makmun hanya tahu mgaminkan doa imam, wlaupun mereka sendiri tdk faham content doa berbahasa Arab yg dibaca oleh imam itu. Majoritinya hanya akan menyambut bacaan doa imam dgn ucapan “amin ya Allah” (kabulkanlah ya Allah). Sedang dia sendiri tdk pasti apa sebenarnya yg dia ’amin’kan itu. Kalau boleh dibuat contoh begini;
Ada seorg kaya hendak berbakti kpd masyarakat. Dia membuat pengumuman supaya semua org miskin dtg berjumpanya, utk ditolong dan dikabulkan segala hajat dan impian mereka. Maka datanglah seorg miskin kpd org kaya tadi utk meminta hajat. Org kaya pun bertanya, “Apakah yg engkau hajatkan?". Maka si miskin pun menghulurkan sepucuk surat kpd org kaya itu sambil berkata, “Inilah hajat sy, harapnya tuan boleh perkenankannya”. Org kaya td pun membuka lipatan surat itu dan membacanya. “Sy boleh tunaikan hajat saudara ini, tetapi saya nk tahu kenapa saudara inginkan benda ini?”. Jawab si miskin, “Sebenarnya sy sendiri tdk tahu apa isi kandungan surat itu, tetapi apa yg ditulis itulah yg sy mahu”. Balas si kaya, “Bagaimana kamu berkehendakkan benda ini sedang kamu pun tdk tahu apa isi surat ini?”.
‘‘Ya, mmg sy tdk tahu isi surat itu. Yg saya tahu ialah saya mahu apa yg isi surat itu sebutkan”.
Pelik bukan. Begitulah kebanyakannya drp kita. Hanya tahu meng’amin’kan bacaan imam, mewakilkan imam utk meminta kpd Tuhan, tanpa kita tahu sedikitpun apa yg imam minta utk kita. Sudah tentu apa yg kita mahu tdk sama dgn apa yg imam mahu. Jadi apa salahnya ketika imam berdoa, kita juga berdoa.
Ramai juga org yg beristighfar slpas solat dgn menyebut kalimah astaghfirullahal’azim. Tetapi yg diketahui melalui hadis ialah nabi saw mengajar kita menyebut ‘astaghfirullah’ sebanyak 3x (tanpa ditambah dgn al’azim atau tambahan lain) sebagai zikir slpas memberi salam. Saya bawa perkara sebegini bukan utk menyatakan mana betul dan mana salah. Tapi lebih kpd menyatakan mana yg lbh sempurna mengikut ajaran nabi saw. Kan ke kita ni jenis yg sukakan barangan yg original. Kenapa tdk dlm agama juga kita mencari yg original? Yang terbaik ialah membaca istighfar slps solat sesuai dgn yg disebut di dlm hadis. Kalau mahu baca istighfar yg lbh panjang atau dgn ulangan yg lbh byk, eloklah dibaca pada tempat yg lain, agar kita bukan shj mendapat pahala beristighfar, tetapi juga mendapat pahala mengikut rasul saw.
Ada juga yg gemar beristighfar dlm keadaan berlagu. Mungkin lbh syok dan syahdu. Kalau kita sedar dan faham maksud istighfar itu, semacam kurang sesuai utk melafazkannya dlm keadaan berlagu. Yg lbh patut ialah istighfar dilafazkan dgn nada penuh penyesalan terhadap dosa yg telah dibuat. Mungkin ramai antara kita telah terbiasa atau terpengaruh dgn alunan lagu zikir munajat, sehingga kadang2 terlupa menyelitkan perasaan berdosa ketika beristighfar.
Saya lihat ramai pelajar yg gemar membaca bacaan mathurat (koleksi doa dan zikir yg mathur drp nabi saw) terutamanya slps solat subuh dan asar. Mereka gemar berkumpul dan membacanya beramai2. Daripada yg tak pernah kenal dgn mathurat, sehingga mereka menjadi mahir dan tdk perlu melihat teks lagi. Bimbang juga kebiasaan sebegini menjadikan mereka malas menyelidik lbh dalam lagi ttg bacaan meraka, kerana merasa cukup dgn kebolehannya mnghafal bacaan mathurat dgn lancar.
Sebenarnya banyak kelebihan, keistimewaan dan jaminan yg nabi saw beri kpd kita melalui bacaan2 tertentu yg terkandung di dlm mathurat itu. Berapa ramai yg tahu perkara2 sebegini? Adakah merasa cukup sekadar membaca mathurat sehingga habis?. Tahukah kita bacaan mana yg dpt memberi perlindungan drp terkena mudarat/musibah secara mengejut? Bacaan mana yg sesuai dibaca utk keluar drp rumah dan utk memulakan perjalanan? Bacaan mana yg apb dibaca dpt mencukupkan kita drp segala2nya? Bacaan mana yg sesuai dibaca apb tiba disuatu tmpat yg baru/asing? dan jgn terkejut jika ada juga bacaan yg berstatus lemah.
Apabila kita tahu kelebihan dan keistimewaan sebegini, maka kita akan beramal dengan faham dan dengan kehendak sendiri. Bukannya sekadar join halaqah yg dibuat. Bila tiada halaqah, maka rasa malas pun timbul. Sebab apa? Sebab amalan itu tdk sepenuhnya dtg dari pengaruh iman, tetapi ia dtg dari pengaruh suasana dan rakan2. Itulah hasil jika kita sekadar mengikut, tanpa mahu meneliti lbh jauh.
Bila kita mengkaji, kita akan dapati ada beberapa perkara yg tiada asalnya dlm ajaran islam, tetapi kita sudah lama dan terbiasa mengamalkannya. Contohnya kita disuruh membaca selawat apb nk makan ubat atau pun berselawat apb lupa sesuatu (dgn harapan bacaan selawat itu membantu kita ingat kembali perkara yg kita lupa). Sebenarnya nabi saw mengajar kita membaca bismillah apb hendak makan (ubat atau apa2 makanan pun) dan quran menyatakan “Sebutlah nama Tuhanmu jika engkau lupa”, bukannya berselawat.
Kesimpulannya, bertindak dan beramallah dengan sedar dan faham. Jangan sekadar mengikut org dan jangan biarkan kelaziman melakukan sesuatu menghanyutkan kita ke dimensi separa sedar.
6 comments:
Haiyoo..Ala satu lagi itu 'kibiasaan' yang paling teluk meh. Itu habis meeting baca sulah Al'Asr, tapi latang semua meeting manyak lambat wo. Poh kih tiang punya olang..
kibiasaan? hahahah.. takde bahasa laen ka. yg tu pon tak reti eja ka
lim kok weng, kalau anda mampu, eloklah mengeja dan berbahasa dgn bahasa yg lebih baik. jangan sengaja jadi bahan ketawa dan tumpuan org. wlaupun nampak kecil, tapi benda2 mcm ni seeloknya dielakkan.
yg part analogi berdoa tu best. memang tak patut aminkan doa saja. imam mintak secara umum je. kita nak mintak secara specific.
Salamun'alaikum akh danialle...mashaAllah...jazakumullahu ahsanal jaza' utk entry yg sgt bermakna utk peringatan ana...na'am...ana setuju apa yg antum cuba utarakan this time..because i'm speaking based on my real experience...suatu masa dulu...ana seperti muslim lain...typical muslim...(suka taqlid semata-mata tanpa berusaha utk mencari dalil/hujah)..tapi alhamdulillah..satu peristiwa di pusat persediaan ana sblm ana tinggalkan malaysia cukp memberi kesan yg mendalam..profound effect, i would say...
Alhamdulillah, dari situ ana lbh berhati-hati dlm menerima sesuatu...in fact, Allah pun ckp.."apbl dtg seseorang drp kamu membawa satu berita...kajilah ia dulu..." (afwan, ana lupa maksud the whole ayaah..mybe my brain is too exhausted now...extremely tired..anyway..no worries mate)
Ana cuma nak tahu...kalau kita teruskan juga amalan membaca ma'thurat beramai-ramai...adakah termasuk dlm bida'ah? inshaallah..rasanya ramai juga yg tahu kelebihan drp membaca kalimah2 yg dimuatkan dlm al-ma'thurat...tp ana pun tak pasti..kenapa ianya masih menjadi amalan kebiasaan....Allahu a'laam...pls correct me if i;m adhering to the wrong concept...i'm always a life-long learner....so, don't hesitate to correct me...i would really2x appreciate it..jazakumullahu khayran katsiran...
Thanks heaps in advance...
Ukhtil mukhlisah,
Ukhti Yusrina~
Monash, Australia
sy tak suka nk berkeras dlm mslh bid'ah ni. terutama bila discuss pd tmpat yg semua org awam bole baca. tentu boleh menyebabkan mereka terkeliru. lagi pula ramai sahabat2 sy yg melakukan bacaan mathurat secara beramai2 sbg rutin harian. jadi agak sukar utk berkeras dlm hal ini. perkara ini spt menarik rambut dalam tepung.rambut tak putus, tepung tak berselerakan.
ada yg yakin dgn hujah ulama2 yg mengatakan zikir beramai2 (termasuk mathurat) tu bid'ah, ada juga yg tak yakin dgn hujah itu. ada juga yg lgsung tak tau hujah, hanya taklid atau ikut org ramai. ada yg suka berhujah kononnya ini perkara khilaf tanpa mahu membandingkan mana hujah yg lbh kuat.
setiap org dgn pegangan dan kefahaman masing2. secara umumnya kita akan beramal dgn kadar ilmu kita. kita doakan sjlah org2 yg tak tahu itu suatu masa nanti akan bertemu dengan kebenaran. dlm pd ms yg sama kita bertanggungjawab memahamkan mereka. bkn berdiam diri shj.
suatu amalan yg bid'ah pd pandangan kita belum tentu ianya bidah pada perbuatan org lain. mungkin pembaca akan lebih senang faham jika membaca post sy yg ini;
http://danialle.blogspot.com/2007/03/apakah-sikap-kita-apb-berbicara-soal.html
Post a Comment