Friday, May 04, 2007

TAHU VS FAHAM

Yang dikatakan dakwah itu bukan sekadar menyampaikan dan mnyebarkan maklumat islam kpd org lain. Tetapi yg lebih patut diberi penekanan ialah dari sudut memastikan topik dakwah ataupun maklumat islam itu difahami dgn mendalam oleh mad’u (golongan sasaran). Kita tdk mahu hasil drp apa yg kita terangkan, mad’u sekadar mendengar, berfikir sedikit dan kemudiannya membuat keputusan sama ada utk bersetuju atau menolak pandangan itu. Jika mad’u itu diibaratkan sbg tetamu, kita tdk mahu mereka sekadar dtg menjenguk di pintu rumah, tetapi lebih drp itu kita mengharapkan mereka memasuki ruang tamu dan menyelongkar ke dalam setiap ruang bilik dan dapur. Supaya nanti mereka sedar serta menghayati kecantikan dan kebersihan rumah itu; bukan sekadar menilainya dari dinding luar yg sudahpun pudar catnya. Hal sebegini perlu dipasakkan dgn kefahaman, bkn hanya seruan dan ajakan semata.

Banyak org mampu bercakap dan menulis, menyeru org ramai kpd amal ma’ruf dan nahi mungkar. Tetapi menjadikan seseorg itu sekadar ‘dengar dan terima’ atau sekadar ‘baca dan terima’ tdklah byk membantu mencorakkan cara fikir mereka ke arah yg lbh baik. Yg sepatutnya kita utamakan ialah bagaimana utk memahamkan mad’u itu kpd topik dakwah yg dibawa. Bagaimana sesuatu hukum itu dijatuhkan, dari sudut mana sesuatu isu itu dibincangkan, golongan mana yg terlibat, apa dasar dan rujukan, apa konsep dan kaedah yg digunapakai? Jika perkara2 ini dpt difahamkan dgn baik kpd mad’u, maka proses merubah seseorg ke arah yg lbh baik akan menjadi lbh mudah. Kerana FAHAM membolehkan seseorg itu berdikari dlm proses utk berubah. Ini berbeza dgn seorang yg hanya TAHU menerima apa yg didgr dan dibaca. Kadang2 dia bersetuju dgn apa yg sampai kpdnya bukan kerana dia faham, tetapi kerana dia menerima dari sumber yg dia yakin. Dgn kata lain, dia bertaqlid tanpa faham. Pada peringkat ini mereka masih belum mampu berdikari. Pendakwah mesti meluangkan lebih masa dan tenaga utk berterusan memberi peringatan dan melakukan follow up.

Kita mengharapkan apa yg diucap atau yg ditulis bukan sekadar berlegar2 di dalam otak mad’u, tetapi lbh dari itu kita mgharapkan mad’u mampu berfikir bagaimana utk mengaplikasikan ilmu itu dlm kehidupan. Kerana dibimbangi sikap ‘baca dan terima’ atau ‘dgr dan terima’ ini akan menjerumuskan seseorg kpd penyakit malas berfikir. Tambahan pula dgn lambakan majalah dan web ilmiah, menjadikan ramai org mengambil ilmu sebagai suatu hidangan makanan tetapi tdk berusaha untuk mencerna dan menghadamkannya dgn baik. Maka jadilah mereka golongan yg byk ilmu dlm ruang dan skop yg tersendiri (makna kata dlm perkara2 yg dia pernah jumpa dan baca shj). Apb terserempak dgn situasi lain, maka dia gagal utk mengaplikasikan ilmunya. Wlaupun masalah tersebut tumbuh dari akar yg sama.

Cthnya, kita biasa di ajar oleh ustaz, bila ragu dlm solat, terkeliru sama ada 3 atau 4 rakaat, ambillah yg yakin dan tinggalkanlah yg syak. Maka kita pun anggaplah masih 3 rakaat dan menambah lagi satu rakaat. Kebanyakan kita cuma faham setakat yg diajar. Langsung tdk mahu berfikir dan cuba mengaplikasikannya dlm masalah lain. Konsepnya ialah apb bertembung antara yakin dan syak, maka pililah yg yakin dan tinggalkanlah yg syak, kerana yg syak tdk dpt mghapuskan yg yakin.

Cthnya, slps solat maghrib kita pergi makan sambil bersembang. Tdk lama kemudian terdengar azan isyak. Kita keliru sama ada masih ada wudhuk atau telah terbatal. Ramainya akan berwuhduk sekali lagi. Tapi jika kita aplikasikan konsep tadi, sepatutnya kita tdk memperbaharui wuduk. Kerana kita yakin kita ada wuduk (semasa solat maghrib), cumanya kita keliru (syak) adakah wuduk telah terbatal atau tdk. Yg syak tdk dapat mghapuskan yg yakin. Hal ini boleh diluaskan dlm byk cabang. Boleh diguna pakai utk menentukan keislaman seseorg, menentukan kesalahan jenayah, masalah tawaf, masalah kebersihan pakaian, masalah jual beli, etc. Jadi jgn sekadar ambil tahu shj, tapi cuba utk ambil faham.

Setiap drp kita hendaklah menjadi agen kpd tersebarnya maklumat islam, bukannya sekadar ‘mghalang’ org melakukan mungkar. Menghalang org memerlukan kuasa. Malangnya tdk semua org punya kuasa. Jadi yg mampu kita lakukan ialah memberiTAHU dan memberi keFAHAMan. Memberitahu itu ibaratnya menyuap makanan, manakala memahamkan ialah mencernakan makanan. Jangan sekadar menghalang dan jangan sekadar memberitahu. Tetapi hendaklah kita memahamkan mereka kenapa yg mungkar itu tercela dan mesti dijauhi. Kita mahu semua org faham ‘falsafah’ dosa dan pahala. Kenapa ini salah, siapa yg melarangnya, apa balasannya, apa kesannya dan apa alternatifnya? Menghalang dan menyekat org drp berbuat mungkar tdklah byk memberi manfaat kpd pembentukan sahsiah diri individu. Ia tdk lebih drp mewujudkan satu kumpulan atau individu yg sentiasa mencari peluang berbuat mungkar, mendiamkan diri apb disekat, dan melakukannya bila berpeluang. Tindakannya bergantung kpd suasana. Suasana mampu mengubah tindakan zahirnya, tetapi tdk mampu mengubah level pemahamannya terhadap mungkar dan dosa; malah tdk banyak membantu menjana imannya pun.

Suatu perbuatan yg kurang bijak jika hanya memberitahu hukum dan mengemukakan dalil2 quran dan hadis shj. Yang demikian tdk menggalakkan mad’u berfikir. Mereka yg kuat iman mungkin akan terima bulat-bulat. Sebab quran dan hadis tinggi dlm jiwa mereka. Yg masih jauh dari hidayah mungkin akan menolaknya ke tepi dahulu. Dan diantara kedua golongan itu ada satu golongan yg buntu. Sama ada tdk yakin dgn hujah yg diberi atau mungkin tdk mahu kepentingan diri tergadai. Apa yg cuba ditekankan di sini ialah sekadar TAHU tdk cukup kuat utk merubah seseorang. Tetapi dengan adanya FAHAM barulah langkah ke arah perubahan itu lebih meyakinkan. Kerana TAHU byk menimbulkan keraguan, tetapi FAHAM membentuk keyakinan.

Oleh itu kita mestilah bijak membezakan antara memberiTAHU dan memberiFAHAM. Supaya orang yg mendengar dan org yg membaca boleh bersama dengan keFAHAMan kita. Seterusnya dia mampu memberiFAHAM kpd orang lain pula, dan bukan kita hanya syok sendiri memberiTAHU.

9 comments:

MuslimUnited said...

very sempoi. u did it well bro. i like it.

SyncMaster said...

"Boleh diguna pakai utk menentukan keislaman seseorg, menentukan kesalahan jenayah, masalah tawaf, masalah kebersihan pakaian, masalah jual beli, etc." <- quote from danialle post.

macam mana tu nak guna dalam perkara tu? tak berapa clear la. tolong jelaskan boleh..

danialle said...

Post kali ini adalah kesinambungan dari post yg sebelum ini. Pd post sblm ini sy mengajak kita membuat kajian dan penelitian terhadap isu dan maklumat yg biasa kita amalkan supaya kita sedar dan faham kenapa kita berbuat sebegitu. Bukan sekadar ikut2.

Post kali ini pula umpama serampang dua mata. Sy cuba sentuh 2 golongan yg berbeza, pendakwah dan mad’u. Sy menyeru kpd pendakwah supaya lbh menekankan memberiFAHAM drp memberitahu dan menghalang. Kpd mad’u pula sy menyeru supaya tdk bersikap ‘baca dan terima’ shj. Mereka perlu berdikari utk mencari FAHAM dgn membuat study sendiri. Tetapi sikap berdikari itu tdk akan terbit dlm diri mad’u jika pendakwah gagal memahamkan dan menerapkan asas2 agama kpd mereka. Kerana apa yg pendakwah ucapkan belum tentu kena dgn situasi mad’u. Mad’u hanya akan mampu relatekan dgn situasi dirinya jika pendakwah lbh menekankan pada perkara konsep dan kaedah. Sebaiknya pendakwah mestilah terlebih dahulu memahami isu yg ingin disampaikan supaya nanti dia tdk sekadar menyampaikan, malah mampu menunjukkan jln utk mad’u berdikari dan bukan hanya tunggu utk disuap. Tak guna byk input kalau tak dpt menghasilkan output.

Baik, menjawab persoalan yg ditanya. Sy sengaja memberi satu cth shj supaya kita faham dan dpt belajar drp cth tersebut. Masalah lain sy sekadar memberitahu shj supaya pembaca berdikari mencari jwpnnya sendiri berdasarkan cth yg telah difahami.

Ok, kita ambil cth yg lebih real; kes azhar mansur yg dikatakan murtad tdk berapa lama dahulu. Konsepnya ialah yg syak tdk dpt mghapuskan yg yakin. Asal yg kita tahu azhar mansur ialah seorg islam. Tetapi ada ura2 mengatakan dia telah murtad. Mana satu yg betul ni? Asal yg kita tahu itu adalah yakin, ura2 yg kita dgr itu adalah syak. Maka kita berpegang kpd yg yakin dan tinggalkan yg syak.

Contoh lain. Seseorang yg dituduh bersalah tdk dijatuhkan hukuman sehingga dibuktikan kesalahannya. Kenapa? Kerana tuduhan itu hanya syak, pembuktian adalah yakin. Selagi bukti (yakin) tdk ada, maka tuduhan (syak) tdk diambil kira.

Contoh lain. Ada org yg mudah was2 ttg kebersihan pakaiannya. Ada najis ke tak ni? Kalau sekadar was2, tak perlu lah tukar pakaian bila nk solat. Yg yakinnya pakaian itu asalnya bersih. Was2 (syak) itu mungkin terbit apb kita masuk ke tandas atau duduk merata2.

Sekali lagi, syak tdk dpt mghapuskan yakin. Harapnya yg bertanya dpt faham =)

Anonymous said...

bagus artiel ni.ringkas.padat.tak meleret-leret.

setiap orang kena usaha lebih untuk naik dari tingkatan tahu ke tingkatan faham.

Anonymous said...

memang betul.kalau mad'u takpaham2, buat penat je kita kena asyik bagi buat folloe up. tu yang banyak sangat program dibuat. setiap minggu ada program dan cramah. tapi orang takberubah2 juga. insap sekejap je kot.

Genjo_Sanzo said...

I like the entry..
Especially the last 3 paragraphs.

Sebut mengenai faham, selain si penyampai perlu menjadikan si penerima itu faham, si penyampai juga harus memahami naluri semulajadi dan characteristic si penerima. Kalau dalam istilah presentation: "Understand who is our audience". Barulah corak pendekatan yang sesuai dapat dilaksanakan yang akan lebih memudahkan si penerima itu untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

Rasanya cukup setakat tu je kot. Kang tulis panjang-panjang kang, ada orang akan kata apa yang ditulis ni 'salah' lak. Dan mungkin aku jugak yang akan 'dipersalahkan' nanti.

Achik_Sufi said...

cabaran pendakewah memang banyak dari segi mental dan fizikal. bagusan tulisan mengenai prkr sebegini...cuma achik nak nasihatkan, dalam berdakwah kita mesti pandai memilih jalan dakwah kita mengikut kesesuain sesuatu tempat atau bangsa tetapi bukanlah jalan yg melencong dari syariat islam. hidup perjuangan islam!!!

Lim Kok Weng said...

Haiyaa.. Wa pining dikat ini question meh:

- Mistikah kita kina TAHU lulu(dulu) untuk FAHAM?

atau

- Mistikah kita kina FAHAM lulu(dulu) untuk TAHU?

danialle said...

tahu tak semestinya faham, faham bila dah tahu