Tuesday, April 24, 2007

Jangan Pandang Belakang

Jam sudah mghampiri pukul 12 tgh mlm. Gelap dan sunyi. Hanya suara televisyen yg masih kedengaran. Aku, ibu dan adik masih asyik menonton rancangan tv. Tiba2 terdengar suara kambing mengembek di belakang rumah. Sayu je bunyinya, seperti sedang meminta tolong. Kami memandang wajah antara satu sama lain, mengharapkan salah seseorg dpt memberikan jawapan terhadap apa yg didengar itu. ‘‘Kambing sape plak yg tersesat di belakang rumah malam2 begini? Sape tuannya? Tak reti2 nak kurung dalam kandang ke?”.

Bunyi embekan itu makin kuat apabila diamati, menyakitkan telinga. Lebih tepat utk saya katakan itu bukan suara mengembek, tetapi suara merintih. Mampu meruntuhkan perasaan sesiapa shj yg mendengarnya. Rasa tak sanggup utk lama mendengar suara tersebut. Jika suara itu datangnya dari televisyen, sudah pasti akan ku ‘off’ kan televisyen itu skrg juga.

Tiada seorg pun yg berani pergi menjenguk ke belakang. Maklumlah dah gelap. Ditambah pula dgn kawasan belakang rumah yg agak ‘terbengkalai’ dan menyeramkan. Suasana kampung mmg begitu. Akhirnya dipekakkan shj telinga, membiarkan keadaan reda sendiri.

Lama-kelamaan, suara kambing itu semakin lemah. Sayup2 shj kedengaran. Pelbagai tafsiran bermain dlm kepala ku. Sengaja tak diluahkan kpd yg lain, bimbang menakutkan mereka pula. Kambing itu terus mengembek. Perlahan. Akhirnya aku tertidur dlm keadaan antara dengar dan tidak.

Besoknya, aku menjenguk ke belakang dari tingkat atas. Seekor kambing dewasa bersaiz agak besar kelihatan terdampar di kawasan semak. Tak pasti sama ada ia tidur atau mati. Sangkaanku ia telah mati. Ibuku meggesaku ke belakang, melihat apa sebenarnya yg berlaku. Aku menangguhkannya. Tetapi ‘kesibukan’ dgn kerja2 harian menyebabkan aku langsung terlupa. Hanya teringat apb hari sudah gelap. “Besok saja la, ibu”.

Besoknya, bau busuk sudah melarat sampai ke dalam rumah. Puncanya adalah dari kwsn belakang. Baunya begitu kuat wlaupun jarak antara kambing itu dan rumahku adalah dalam 4-5 meter. Pagi2 lagi ibuku sudah bising menyuruhku ke belakang menguruskan bangkai kambing tersebut. Takut nanti baunya makin kuat. Aku dgn perasaan berat hati pergi menjenguk kambing tersebut sambil menyerkup mulut dan hidung. Pun begitu, aku tetap lebih banyak bernafas melalui mulut berbanding hidung. Ibuku hanya memerhati dari jauh, berdiri berhampiran pintu belakang rumah.

Aku meneliti setiap inci jasadnya, dan kwsn sekitarnya. Tiada apa2 yg mencurigakan. Tubuhnya masih elok spt yg aku lihat pada hari pertama. Tiada lalat yg mengerumuninya. Tiada kesan serangan binatang liar. Tiada tali yg terjerut. Mungkin ia dipatuk atau digigit binatang berbisa. Atau mungkin ajalnya mmg telah sampai.

Aku mengambil kereta sorong. Bercadang utk mengangkat kambing itu ke dalam kereta sorong dan menyorongnya ke tempat pembuangan sampah. Aku cuba mengangkatnya dengan menarik tanduk dan tali di lehernya. Tak tergamak aku utk menyentuhnya. Wlaupun tanganku sudah pun berbalut dgn plastik, namun ntah mengapa aku tetap merasa jijik utk memegang tubuhnya.

Usaha pertamaku tdk berjaya. Aku berhenti apb melihat lehernya spt mahu terkoyak. Bangkainya terlalu berat utk aku angkat dgn cara sebegitu. Nak tak nak aku kena pegang juga tubuhnya. Itupun aku cuma memegang tanduk dan kakinya shj. Aku menarik dgn kuat. Aku ingin segera selesaikan tugas ini. Baru shj separuh badannya terangkat, tiba2 bahagian dadanya terkoyak; menampakkan bahagian dalam badannya yg sudah dipenuhi ulat. Aku dapat melihat dgn jelas ketika itu, puluhan atau mungkin ratusan ulat besar dan kecik memenuhi segenap ruang di dalamnya. Kesemuanya asyik menghurung daging pada bahagian dalam bangkai kambing tersebut. Hanya Tuhan shj yg tahu perasaan aku ketika itu. Loya, nk muntah. Tak reti aku nak ungkapkan perkataan yg sesuai utk menggambarkan keadaan sejijik itu.

Mustahil utk aku mengangkatnya ke dalam kereta sorong. Bangkainya sudah reput. Ia hanya kelihatan elok pd bahagian luarnya shj. Akhirnya aku mengambil keputusan utk menanamnya di situ shj. Aku mengambil cangkul dan mula menggali lubang di sebelah bangkainya. Tdk berapa dalam, namun cukup utk mengambus kesemua bghn jasadnya dan menutup baunya drp terus merebak. Aku berpuas hati dgn hasil kerjaku. Ibuku juga.

Aku berehat sambil menonton tv. Ibuku menyediakan minuman sejuk kpdku. Ibuku mmg begitu. Dia selalu menyediakan minuman atau memasak sesuatu kpd kami apb kami melakukan sesuatu pekerjaan yg disuruhnya. Sebagai upah mungkin, walaupun kami tdk pernah mgharap. Tidak lama kemudian, ibuku keluar dari dapur sambil membawa sepinggan hidangan kpdku. Aku melihat ke dalam pinggan tersebut. Mee goreng…

Arghh, tidakkkkk!!!!!!!

...................................................

Sempat juga saya mencuri masa utk menulis. Design tak siap-siap lagi. Dah takde idea. Nak kena rest kejap. Pasni sambung balik. Hopefully with new and fresh idea.

Saya menulis kisah ini setelah kerap menerima email dan tazkirah mengenai mati sejak kebelakangan ini. Malah kebelakangan ini juga saya pernah bermimpi menerima perkhabaran ttg kematian. Mimpi paling ngeri dalam sejarah hidup saya. Mungkin masanya belum sesuai utk saya berkongsi dgn pembaca semua. Atau mungkin akan disimpan di dalam diari hidup shj.

Saya membayangkan, kalau lah bangkai seekor kambing boleh jadi sampai begitu sekali hanya dalam tempoh kurang 2 hari, bagaimana pula dgn mayat manusia? Kulit kambing yg lebih tebal drp kulit manusia itupun mudah shj reput dan terkoyak walaupun baru mati. Baunya juga begitu busuk. Saya terfikir, kalau lah bau bangkai haiwan yg makanannya hanya rumput dan daun pun boleh jadi sebusuk itu, bagaimana pula dgn ‘bangkai’ manusia yg makan seba-serbi ini?

Ya Tuhan, hanya kepadaMu kami berserah dan bertawakkal

5 comments:

CiK BaWaNg said...

haha..nice one...terima kasih..awal2 bace tak perasan lagi penyampaian sebenar...

danialle said...

kali ni guna teknik penceritaan sepenuhnya. different approach. tapi tahap keseraman masih kurang. kena up lagi.heh

Anonymous said...

ada mesej rupanya cerita ni. ingatkan sje2 buat cerita. ingatkan ada hantu. rupanya kambig saje.haha. intro macam cite alam angker dah.

Sarah Mohd Shukor said...

salam wbt

entry ni dh lama tp yg ni yg sy teruja. mesejnya sgt tepat n sampai terus ke minda n hati. mati. bilalah pula turn kita. jgn sampai 2 penyakit manusia di akhir zaman ni hinggap dlm diri kita. cintakan dunia n takutkan mati.

tp kena jerit tidak waktu tgk mee gooreng tu? sbb teringat ulat tu ke or sbb tak suka mee?

danialle said...

sy suka mee, lbh2 lg kalau ibu sy yg buat. tang ulat tu, sampai skrg bole terbayang dgn jelas.