Wednesday, April 04, 2007

Mualaf Wajib Kekalkan Nama Asal Bapa Tanpa Menggunakan bin ‘Abdullah’

Nabi saw menukar nama2 buruk individu yg menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat ‘bin’ mereka. Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan sehingga ke beberapa peringkat. Umpamanya dlm kitab Riyadh al-Salihin, al- Imam Al-Nawawi menyebut: “Amir al- Mukminin, Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza…. ‘Abd al-‘Uzza bermaksud hamba berhala al-‘Uzza. Jika dilihat nama datuk nabi ‘bin Kilab’. Kilab bermaksud anjing-anjing. Islam tdk mengubah sesuatu hakikat yg pasti.

Ada yg cuba mengaitkan isu ini dgn akidah. Seakan Fatwa Perlis tdk fikir ttg akidah. Bimbang jika bapanya bernama dgn nama syirik maka akan menjejaskan akidah anaknya yg menganut Islam. Alangkah lemah cara berfikir spt itu. Tidakkah dia tahu, bapanya itu bkn sahaja bernama dgn nama yg syirik, bahkan pengamal kesyirikan. Apakah jika Gopal a/l Subramaniam yg menganut Islam maka setelah nama Gopal ditukarkan kpd Marwan umpamanya, maka Subramaniam yg tdk meredhai Islam ini juga hendak ditukar? Maka setiap kali kita berjumpa Subramaniam, kita kena panggil dia ‘Wahai Abdullah’, kerana bimbang jika dipanggil Subramaniam maka rosak akidah anaknya Marwan?

Kesyirikan tiada kaitan dgn semua itu! Kalau kerana nama Subramaniam menyebabkan akidah Marwan rosak, apakah jika Subramaniam ke kuil, anaknya yang masuk Islam menjadi kufur? Tidakkah itu lambang pemikiran yg langsung tdk faham konsep akidah!

Islam ialah agama menghormati dan memelihara hak manusia. Islam ialah agama yg tdk pernah menipu hakikat. Seorang bapa, walau siapapun dia, dia tetap bapa. Sebab, benihnya yang sah itulah yg menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anak yg lahir itu berkait dgnnnya. Slps itu adanya hukum berhubung dgn hak, perkahwinan dan harta. Menolak bapa yg hakiki, atau menidakkannya seakan dia tdk wujud boleh menyebabkan kekeliruan keturunan manusia, bercelaru dlm perkahwinan dan penafian tanggungjawab kekeluargaan. Sedangkan Islam adalah agama penegak keadilan hak dan penyebar kesejahteraan insan.

Ringkasan dari Utusan Malaysia Online 01/04/2007 (bahagian rencana)

Artikel asal ditulis oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

p/s: rasanya hujah ini cukup kuat utk menolak kritikan panelis yg lantang mengkritik keputusan Majlis Fatwa Perlis di dlm Forum Islamofobia yg berlangsung di Chancellor Hall baru2 ini.

7 comments:

Lim Kok Weng said...

Wa manyak sokong meh..
Itu akidah talak affect sama itu nama parents lo.
Kalao nama itu bapak pun kina tuka, itu macam aaa, itu nama ibu pun mau kena tuka ma. Itu Muslims bila mati kasi 'bin' nama ibu lo.
Manyak susah ma.

Hamba Allah said...

Assalamualaikum wbt
Knape laa isu sekecil ini diperbesarkan...dah lama kan kita mempraktikkn nama dibinkn ngan abdullah bg muallaf dan tidak timbul pun sebarang issue..tp bila dr asri timbulkn issue ni bnyk pula issue yg makin mengelirukn org ramai..lgpun panelis tu menyokong nama di binkn abdullah dan dia seorang muallaf.. dr dalil aqli pun mana lebih elok didengari oleh masyarakat ttng nama seorang muallaf contohnye 1) Marwan bin Abdullah 2) Marwan bin al-Uzza..sdgkn makna Abdullah ialah hamba Allah dan al-uzza ialah nama berhala.. can u see that?? walaupun tidak mengoyahkn akidah muallaf terbabik tp mengelirukn masyarakat yg lainnye..lagipun makna dah tak elok.. tulun laa faham situasi sebegini. tp peliknye kita yg dah dibinkn nama yg elok dan cantik menimbulkn issue sebegini yg sgt2 mengelirukn dan memeningkan masyarakat... Panelis tu juga mencadangkn lebih baik utk kita lebih memfocuskn kepada issue yg lebih besar contohnye gejala murtad yg berleluasa..pencerobohn israel yg semakin mengganas di palestin dan sekitarnye..masalah kejatuhan moral ummat Islam sekrang ini..hiburan yg berlebih-lebihan dan sebagainye daripada menimbulkn sesangsian dlm ummat islam sendiri.. macam mane ummat Islam hendak maju sedangkn kita sering menimbulkan issue remeh yg memeningkn???????? Please laa jgn besar2kn issue yg kecil..focus kepada mudharat yg lebih besar.. isu yg tiada kemudhratan dan sudah selesai jgn dihebohkn..lebih baik focus kepada amal ma'ruf nahi mungkar..Takbir!!! Allahuakbar...

danialle said...

alhamdulillah…saudara kemukakan satu pandangan yg baik. Cuma mgkin kita berbeza dlm hal ini. Apb sy postkan sesuatu, bermakna itulah pendapat dan pandangan yg sy pilih. Terpulang kpd masing2 utk tdk bersetuju dan mengikut pandangan yg dirasakannya lbh betul.

Dlm isu ini ada beberapa pengajaran yg kita boleh ambil…pertama skali, jgn lah org perseorangan terlalu lantang mgkritik keputusan sebulat suara ahli2 majlis fatwa perils yg terdiri drp lbh 12 org itu. Apb sesuatu isu itu dibincangkan oleh segolongan org yg berkelayakan, maka kebarangkalian melakukan kesalahan dlm memberi fatwa adalah kecil. Dan tdk tepat jika saudara kata isu ini adalah isu lama dan sudah lama selesai. Sebab majlis fatwa tdk akan membahaskan sesuatu isu melainkan ada rungutan, kekeliruan dan pertanyaan drp org ramai. Dlm sidang media, dr asri menjelaskan fatwa tersebut dikeluarkan bagi menangani masalah org bkn Islam yg sblm ini sering merungut dinafikan hak utk mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka apb memeluk agama Islam.

Yg sy peliknya, kenapa hanya Malaysia yg mggunakan bin Abdullah, sedang negara lain di dunia mengekalkan nama asal bapa mualaf itu. Ulama dan tokoh besar islam pun tdk membenarkan menukar nama bapa (antaranya Imam al-Tabari dan Dr. Wahbah al-Zuhaili). Sehingga Abu Bakr al-Jazairi dalam tafsirnya Aisar al-Tafasir menyebut: “Wajib membinkan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.”

Sememangnya isu ini agak mengelirukan masyarakat. Tetapi tdk patut utk kita mendiamkan diri dlm hal ini atas sebab ia mengelirukan org ramai. Yg sepatutnya kita lakukan ialah sebarkan dan memberi penjelasan supaya mereka faham. Kekeliruan timbul sebab tdk faham.

Mmg la kita kena focus kpd isu yg lbh besar. Tetapi itu tdk bermakna kita mesti pinggirkan isu yg kecil. Dan sy tdk pasti adakah sesuai utk kita katakan ‘isu kecil’ bg kes seorg anak yg menafikan nama bapanya sendiri yg telah bersusah-payah membesar, menjaga dan menyekolahkannya sejak dr kecil. Terpulanglah jika masih ada yg menganggapnya isu kecil. Takut nanti jd mcm kes isu kayu kokka dulu tu. ramai yg kata ianya isu remeh, sedang ia sbenarnya bersangkut paut dgn akidah seseorg.

Sy bknlah hendak membela dr asri sgt. Sb fatwa itu dikeluarkan oleh majlis fatwa perlis, bknnya fatwa dr asri berseorangan. Panelis forum islamofobia tu juga suruh kita focus kpd isu yg lbh besar. Gejala murtad yg berleluasa, pencerobohn israel di palestin, masalah kejatuhan moral umat Islam dan hiburan yg berlebih-lebihan. Dan yg sy faham..kritikan panelist itu adalah khas utk dr asri. Cumanya sy nk tanya, adakah isu2 besar yg panelis itu nyatakan, dr asri belum membincangkannya atau dr asri telah terlebih dahulu membincangkannya sebelum mereka. Siapakah yg terlebih dahulu bercakap dlm forum gerakan tajdid, forum islam liberal, kesesatan tarekat, dan berdebat dgn astora jabat? Cuba saudara dgr kuliah2 dr asri, betapa byk dia membincangkan isu2 global dan isu akidah, tetapi yg dihebohkan masyarakat cuma isu2 kecil ini shj. Dlm byk kuliah didapati dia mengulas isu iran, amerika, iraq, palestin dan lain2 dgn ulasan yg lbh baik dan ilmiah berbanding ulasan ahkbar tempatan.

Itu shj yg mampu sy kongsi. Kalau saudara tdk bersetuju juga, itu hak saudara. Cumanya kita menjaga adab dlm berselisih pendpat. Wassalam =)

Anonymous said...

ye,btol tu.aku setuju.dr asri banyak je bincang pasal isu semasa,kerosakan moral,kes rasuah dan gejala murtad.tetapi orang2x yg tdk sukakannya cuma mengfemeskan isu2x sampingan shj.

humaixi said...

ana sokong hujah dr asri. kenapa ya?? sebab, beliau menggunakan sirah nabi yg benar. bukan ikut amalan tradisi. inilah yang kita mahukan, setiap amalan kita bukan berpandukan tradisi semata2, atau ikut amalan org byk.. tetapi kita ikut apa yg Allah katakan dalam quran dan apa yg nabi dan sahabat2nya lakukan.. kemudian, kita ikut pendapat2 golongan terkemudian yg bersandarkan dalil yg sahih. kalau sekiranya kita menggunakan hujah "masyarakat yg dah biasa dgn keadaan sesuatu", maka sampai bila kita nak ajak masyarakat kepada apa yg nabi saw ajarkan???? kalau kita kata 'ramai orang islam dah amalkan benda ni".. kita jawab, "umat kristian lebih ramai dari umat islam, kenapa tak ikut umat kristian?"... kebenaran itu tetap kebenaran, bukanlah kebenaran itu di ukur pada bilangan orang yg mengikutinya.. walaupun kebenaran itu hanya mempunyai pengikut yg sedikit, tapi hakikat kebenaran itu tetap teguh dan tak boleh disangkal. bukalah minda, lapangkan jiwa.. Ya Allah, kurniakan kami petunjuk ke jalanMu yang lurus. Amin.. semoga kita berjaya.

lin said...

Orang melayu mana tahu masalah bukan melayu. Tu pasal bukan melayu kena rahsia bila masuk sebab ibubapa boleh sakit atau mati bila dapat tahu anak dia masuk islam, nama diaorang tukar jadi melayu. Macam tu juga bila orang islam masuk kristian, apa ibubapa dia rasa nama diaorang pun kena buang?! Tuhan lebih utamakan amalan buruk baik umat dia. Cuma perlis saja yang tahu dan ikut quran dan sunnah lain2 negeri jenis islam kafir sebab nama saja islam tapi tak tahu isi quran kot. Ramai melayu islam sekarang pun tak tahu nak cakap apa...tengok sendirilah kat pub, hotel, shopping center, taman2, sekolah, rumah...hancur...Bukan melayu memang stail hidup macam itu tapi bukan untuk orang melayu islam sebab agama u'all ajar baik-baik punya kasi orang melayu islam jadi elok dari bukan melayu/islam.

Anonymous said...

isu yg sangat baik...sebenarnya banyak juga faedah kita boleh kekalkan nama asal disamping nama arab yg baru... juga ada kebaikan jika nama muallaf di binkan dgn nama ibu bapa mereka..

cuba baca info di bwh

http://www.facebook.com/topic.php?uid=260705669460&topic=13287