Saturday, April 21, 2007

Sutrah

Selesai shj imam memberi salam, ramai yg berpusu2 bangun utk keluar. Keadaan menjadi sesak disebabkan ruang solat yg agak terhad. Ditambah pula dgn makmun masbuk yg masih ramai di belakang. Saya bangun utk solat sunat. Berdiri di belakang seorg yg sedang duduk berzikir dan terus bertakbir. Selang beberapa ketika, lelaki itu terperasankan sy yg sedang solat di belakangnya, cepat2 dia mengengsot ke hadapan, memberi ruang kpd sy. Mungkin dia bimbang posisinya itu mengganggu sy. Sedang sy sengaja solat di belakangnya.

Ketika itu tiada tiang atau ruang berdekatan dinding utk dijadikan sutrah (pembatas). Oleh itu sy menjadikan lelaki itu sbg sutrah, agar tiada org yg melintasi lingkungan ruang sujud sy. Disamping melaksanakan suruhan spt yg terkandung di dlm hadis nabi saw.

Mungkin dia tdk tahu. Dia tak mahu solat sy terganggu kerananya…

3 comments:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

1) Rasulullah SAW berdiri berhampiran dengan sutrah, dan jarak di antara Rasulullah SAW dan sutrah pembatas (sutrah) di hadapannya ialah 3 hasta (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

2)Jarak di antara tempat sujud dengan sutrah itu ialah cukup untuk dilalui seekor anak kambing (al-Bukhari dan Muslim)

3) Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan kamu. Sekiranya dia tetap mahu menlintas di hadapan kamu, maka lawanlan dia kerana dia ditemani syaitan (Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, sanadnya Jayyid)

4) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sutrah, hendaklah dia mendekati sutrahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya (Abu Daud, al-Bazzar, dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh adz-Dzahabi dan an-Nawawi)

5)Kadangkala baginda saw memilih berhampiran tiang yang ada di dalam masjidnya

6) Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada sesuatupun yang membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di hadapannya, lalu solat menghadap tombak tersebut, sedang para manusia bersolat di belakangnya (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)

7) Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut. (al-Bukhari dan Ahmad)

8) Kadangkala baginda SAW solat menghadao ke tempat di mana Aisyah RA tidur. ( al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la)

9) Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak kambing melintas di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim. Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi)

10) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya (untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan. (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah)

Dari Nafi’, dia berkata: “Bahwasanya Ibnu ‘Umar jika tidak mendapati jalan menuju ke salah satu tiang dari tiang-tiang masjid, dia berkata kepadaku: “Palingkan punggungmu untukku.”(Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (1/ 279), dengan sanad shahih.)

Permasalahan-Permasalahan Seputar Sutrah

[a]. Sutrah ketika sholat dapat menggunakan apa-apa yang berada di arah kiblat seperti tembok, tongkat, atau tiang dan tidak ada pembatasan tentang lebar sutrah.

(b)Ukuran sutrah yang mencukupi bagi orang yang shalat, sehingga dia bisa menolak bahayanya orang yang lewat, adalah setinggi pelana

Sedangkan orang yang mencukupkan sutrah yang kurang dari ukuran itu dalam waktu yang longgar tidak diperbolehkan.

Dan dalilnya dari Thalhah, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Artinya : Jika salah seorang dari kalian telah meletakkan tiang setinggi pelana di hadapannya, maka hendaklah ia shalat dan janganlah ia memperdulikan orang yang ada di belakangnya.”(Muslim dalam Shahih-nya no. (499)

Dari ‘A`isyah -Radhiyallahu ‘anha-, dia berkata: “Pada waktu perang Tabuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam- ditanya tentang sutrahnya orang yang shalat, maka beliau menjawab: “Tiang setinggi pelana.”"(Muslim di dalam Shahih-nya no. (500).)

Dan dari Abu Dzar, dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Artinya : Jika salah seorang dari kalian berdiri melakukan shalat, maka sesungguhnya dia telah tertutupi jika di hadapannya ada tiang setinggi pelana. Jika tidak ada tiang setinggi pelana di hadapannya, maka shalatnya akan diputus oleh keledai atau perempuan atau anjing hitam.”(Muslim di dalam Shahih-nya no. (510))

Ukuran panjang pelana adalah sepanjang (satu) hasta. Sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Atha`, Qatadah, ats-Tsaury serta Nafi’.(Mushannaf Abdurrazzaq (2/ 9, 14, 15), Shahih Ibnu Khuzaimah no.(807), Sunan Abu Dawud no. (686))

Sehasta adalah ukuran di antara ujung siku sampai ke ujung jari tengah.(Lisanul ‘Arab (3/ 1495).)

[d]. Sesungguhnya sutrah (tabir penghalang) disyariatkan bagi imam dan orang-orang yang sholat secara munfarid (sendiri) baik sholat wajib lima waktu maupun shalat sunnat

[e]. Sutrah makmum mengikuti sutrah imam, maka diperbolehkan melewati makmum apabila ada hajat (kepentingan).

utk bacaan lebih detail, boleh masuk ke page ini
http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1265&bagian=0

atau boleh juga dptkan buku yg bertajuk Al-Qawl Al-Mubin Fii Akhthaa Al-Mushalliin, Edisi Indoensia atas Kekeliruan Praktek Ibadah Shalat, Oleh Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan bin Salman,

http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/20/sutrah-sunnah-yang-dilupakan/

danialle said...

wah, byk nye dalil =)

thanks

soaljawab.wordpress is a very good effort from you. keep up bro.

danialle said...

http://danialle.blogspot.com/2006/10/solat-mengikut-sunnah.html