Tuesday, April 10, 2007

Permudahkan Urusan Solat

Pernah suatu ketika dua org kawan perempuan bertandang ke rumah. Berbual-bual, makan-makan. Mereka membawa bersama buah tangan berupa beberapa beg plastik berisi makanan. Lama tdk terserempak dgn situasi sebegitu; tetamu dtg sambil membawa buah tangan utk diberi kpd tuan rumah. Jarang sgt melihat amalan itu dipraktikkan, kalau kelihatan pun time kenduri shj. Sehinggakan kadang2 sy terlupa ttg kewujudan amalan tersebut. Dulu semasa masih di sekolah rendah, kerap juga melihat budaya sebegitu diamalkan. Terutama apb kawan2 ayah yg berbangsa cina dtg ke rumah. Ada saja buah tgn yg dikelek bersama.

Disebabkan rumah mereka agak jauh, dua orang kawan sy itu tumpang solat maghrib terlebih dahulu. Bilik di tingkat atas disediakan utk mereka menunaikan kefardhuan. Agak lama mereka di atas. Sy dan ibu menunggu dibawah, bersedia utk mghantar mereka pulang ke rumah. Tak elok la kalau anak dara lewat pulang, nanti apa kata jiran2, risau pulak mak ayah di rumah.

Ibu sy semacam menyindir (secara bergurau) apb mereka turun ke bawah. “Ishkk…lamanya berzikir”. Heh. Kedua2nya hanya mampu tersengih. Termasuklah sy.

Selang beberapa waktu, sy bertanya kpd salah seorang drp mereka, “Apa yg lama sgt buat kat atas tu?”. Balasnya, “Kain telekung ada satu je, kami bergilir-gilir”. Sy agak terkesima dgn jwpnya. Dari apa yg sy lihat, mereka sudah pun berpakaian menutup aurat dgn sempurna. Sorang berbaju kurung, bertudung dan berstoking tgn. Sorang lg berjubah dan bertudung labuh. Kedua2nya memakai stoking kaki. Agak pelik apb mereka masih lg memerlukan kain telekung apb bersolat. Sedang tdk nmpak yg kurang pd pakaian mereka.

Setahu sy hanya Malaysia dan beberapa negara di rantau Asia Tenggara shj yg mggunakan kain telekung ini. Kebanyakan negara2 lain spt di Eropah, hanya memakai pakaian yg sedia mereka pakai shj. Itu menjadikan solat lbh mudah diamalkan. Dan kadang2 pakaian mereka (wanita) seharian lbh cantik dan bagus drp kain telekung. Firman Allah swt:

"Wahai bani Adam, pakailah pakaian kamu yg indah setiap kali kamu ke tempat ibadah (untuk mengerjakan solat)...." -al-A'raf:31-

Cuma mungkin perlu diambil perhatian pd bhgn kaki, terutamanya apb diregangkan. Stoking tebal (sport sock) mungkin boleh menyelesaikan mslh itu. Apa2 pun sy tetap bersangka baik dgn mereka. Kemungkinan pakaian mereka tdk cukup bersih utk dibawa bersolat. Hmm...kalau boleh jgn lah sampai menyusahkan diri sendiri dlm mengamalkan islam, semata2 utk mengekalkan tradisi melayu.

p/s: Antara mempermudahkan dan memudah-mudahkan…beza tu =)

13 comments:

d ordinary me said...

hmm mungkin sebab dah terbiasa pakai telekung, jadi walaupun dah pakai proper tetap nak pakai telekung tu jugak...

ikut orang la, yang mana mudah kan...

-tapi lebih mudah kalau tak pakai telekung, tak perlu ibuk sibuk nak lipat balik...Cuma kalau pakai baju kurung make sure pakai sarung tgn nanti bila angkat takbir, lengan baju tu jatuh kan...aurat terbuka plak.

Anonymous said...

Waaa.. Ini macam, manyak lagi kina belajar lo. Itu pebuatan kina tau mau kasi utama mana satu lo, itu culture atau leligion.. Wa puche tau..

Anonymous said...

negara kita ni iklim khatulistiwa. panas lembap. kalau dah pakai elok tak perlu la nak sarungkan telekung lagi. berpeluh plak nanti. camane nak khusyuk, tak gitu?

Anonymous said...

dengar2 cerita perempuan ni bila berjemaah kat masjid, depa suka jarak-jarakkan saf.sebab panas.ntah ye ke idak, tak tau la pulak teman.sebab teman ni orang laki.

RATNA RAHIM said...

ermm..mungkin mereka dah terbiase pakai telekung kot...cik bawang ini duduknye merantau di tpt orang..solat pon tepi kaki lima saje..telekung pon kalau ada bawa..pakai..kalau tidak..cume pakai saje coat,jaket n sbgnye..tapi kain di bahagian bawah mesti ada..sbb risau kalau2 stokin terpendek atau terjarang...

Anonymous said...

so observant....

d ordinary me said...

Betul cik bawang, stoking pun kena la pakai yang tak mudah 'stretch' dan tak jarang. Tudung pun kena pinkan pada baju, takut bila sujud dia jatuh sampai ke leher...

Anonymous said...

kenapa bawa isu ni jika ada kemungkinan yang mereka pakai telekung tu sebab bimbang pakaian tak cukup bersih. kan Islam mengajar kita bersangka baik. walaupun akhir artikel anta ada menyebut demikian, ana tetap tak setuju artikel ni ditulis. you lelaki mana tahu hal2 perempuan.

danialle said...

Sy kira saudari/saudara tdk dpt menangkap main point tulisan sy itu. Sy sbenarnya mengajak kita berfikir dan mgharapkan kita tdk terlalu mengikut budaya dlm beribadat shingga membebankan diri sendiri. Hendaklah kita pandai membezakan antara adat dan tuntutan syariat. Terpulang la...anda berhak menilainya. Lgpun sy tdk menulis supaya org bersetuju dgn sy. Kerana sukar utk memuaskan semua org.

“kenapa bawa isu ni jika ada kemungkinan yang mereka pakai telekung tu sebab bimbang pakaian tak cukup bersih.”

Hmm..kenapa ya? Sebab sy tdk menulis artikel itu utk tatapan mereka ‘berdua’ shj, tetapi sy menulis utk semua org. Mungkin mereka berdua memakai telekung kerana pakaian mereka tdk bersih, tetapi bgaimana pula dgn org lain. Mungkinkah ada org yg menganggap telekung itu suatu kewajipan?. Di kampung sy, sesetengah org akan pandang pelik jika kita tidak memakai kopiah/songkok ketika solat berjemaah. Seolah2 kopiah itu satu kewajipan pula. Itulah yg sy cuba leraikan sbenarnya. Terlalu kerap mgamalkan budaya dan adat sehingga ada yg mengaggapnya sebahagian drp kwajipan agama pula. Takut nanti suatu hari org akan mganggap wajib memakai baju melayu, kain pelikat dan kain telekung apb nk solat.

Pun demikian sy tdk lah meng’haram’kan telekung. Tulisan sy hanya berkisar pd situasi memilih mana yg sukar dan mana yg lbh mudah dlm memenuhi tuntutan menutup aurat ketika solat. Dan sy bukan mempersoalkan ttg kbersihan pakaian. Jd jgn lah hilang fokus dlm perbincangan ini. Kalau nk persoalkan ttg kbersihan, hendaklah pandai bezakan maksud kotor dan najis, kerana tdk semua kotor itu membatalkan solat.

Bila bertembung antara adat dan tuntutan syariat, dan kita terpaksa memilih salah satu drp dua, mana satukah yg patut kita utamakan?

Anonymous said...

tulisan kamu ni boleh menggalakkan orang lain tutup aurat dengan lengkap. aku selalu tengok budak perempuan keluar dari masjid tapi pakai tak tutup aurat pun. apa mereka ni faham tutup aurat masa solat saje ke.

Anonymous said...

pakaian di luar adalah pakaian solat.

Anonymous said...

kalau pakaian tak bersih, pakaian tu ditanggalkan ke nanti waktu solat pakai telekung?

danialle said...

hendaklah di bezakan antara pakaian tak bersih/kotor dan pakaian bernajis. yang tidak boleh dibawa bersolat adalah pakaian bernajis. pakaian yang tak bersih atau kotor seperti kena lumpur, debu, peluh tetap boleh dibawa bersolat jika kita tiada pakaian ganti yang bersih.

namun seelok-eloknya biarlah pakaian yang hendak digunakan sewaktu solat itu bersih.

dalam masalah saudari, SEELOKNYA tanggalkanlah pakaian yang tak bersih tu, kerana saudari mempunyai telekung sebagai ganti. namun, tidak menanggalkannya tidaklah membatalkan solat, melainkan pakaian itu ada najis.