Nikmat Yang Ditanya...
Ketika itu sy terfikir…mengapa marah bila nikmat yg sedia ada hilang, sedang kita tdk pernah mghargainya ketika ‘ia’ hadir. Ramai antara kita yg terbiasa meninggalkan lampu bilik, kipas, komputer dlm keadaan hidup, wlaupun tdk mggunakannya utk tempoh yg lama; sama ada keluar ke kelas ataupun tidur. Biasa sj melihat manusia tidur, tapi lampu bilik dan komputer dibiarkan terbuka. Saya kira kita dah lama tinggalkan zaman kanak2 yg takut tidur dlm gelap, dan kita bknnya berada di BSKL utk membiarkan komputer sentiasa 'on' menerima update2 terkini pasaran saham.
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan…” (al-Isra':27)
.....................................................
“Alah, yuran hostel mahal, gunakanlah kemudahan yg ada ni sepenuhnya. Kalau tak buat rugi je kita kena bayar balik duit pinjaman nanti”.
Bukan masalah bayaran, tetapi sikap. Sikap sebegini lgsung tdk mncerminkan peribadi seorang muslim. Mungkin ramai yg ‘lupa’ bhw suatu hari nanti dia akan ditanya mengenai nikmat yg diperoleh.
Teringat kisah khalifah Umar bin Abdul Aziz. Wara’ dan amanahnya tdk hilang wlaupun mnjawat kedudukan tertinggi dlm negara. Pernah suatu malam, anak lelakinya dtg utk berbincang mengenai urusan keluarga. Lantas Khalifah Umar b Abdul Aziz memadamkan lampu yg sedang digunakannya melakukan kerja2 rasmi kerajaan.
"Kenapa ayah padamkan lampu? Bukankah lebih baik kita berbincang dlm keadaan terang". Beliau menjawab, "Lampu ini kepunyaan kerajaan, minyak lampu dibeli dgan wang kerajaan, sedang perkara yg hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga".
Kemudian beliau menyalakan lampu yg lain. "Sekarang lampu ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun dibeli dgan wang kita. Skrg bolehlah kita berbincang".
Mgkin sukar utk kita mencontohi Khalifah Umar b Abdul Aziz sepenuhnya. Tetapi sekurang2nya kita mencuba. Jgn jadi mcm sesetengah org yg merasa bangga apb berjaya mencuri masa ketika kerja; tidur, berborak, lepak di kedai makan apb boss tdk ada, bergayut mggunakan telefon pejabat, mggunakan kertas dan printer utk hal2 peribadi dan ramai juga yg balik kerja sebelum masa. Bolehkah melakukan semua ini? Tdk risaukah apb setiap perbuatan itu akan ditanya dan dipersoalkan di mahsyar kelak?
Mmg berat perasaan yg ditanggung utk berkeras dgn prinsip, terutama apb melihat rakan2 yg lain balik kerja jam 5, tetapi mnyuruh org lain punchkan kadnya pd jam 7. Kadang2 terfikir sendiri, “Mengapa aku tak buat spt mereka, senang2 je dpt bayaran 2 jam OT”. Melihatkan kawan2 masuk kerja lewat apb boss bercuti atau tidur apb boss keluar, jiwa ini meronta2 utk bersama dgn mereka. “Buat apa kerja, boss bknnya ada. Tdo lagi baik”. Tetapi apb mengenangkan gaji yg diterima itu keseluruhannya digunakan utk mbeli makanan dan minuman, sy berfikir byk kali. Tak berani utk saya katakan gaji itu halal jika sy melakukan perkara yg sama.
Pada minggu2 terakhir di pejabat, ramailah yg akan mggunakan kertas dan printer pejabat secara senyap2 utk menyiapkan final report. Sekali lagi sy terpaksa berperang dgn perasaan.
"Jangan menjadi manusia yg tdk berpendirian, tetapi tetapkanlah diri kamu, kalau mereka berbuat baik, kamu berbuat baiklah, kalau mereka berbuat jahat, hindarilah kejahatan mereka". (hadis Imam Tirmizi)
Teringat juga kata ulama: “Tetaplah dlm kebenaran wlaupun berseorangan, jgn kamu tewas dgn kejahatan disebabkan ramai org yg mengikutinya”.
'Campurkanlah susu yg hendak dijual itu dengan air sebelum menjelangnya subuh", kata si Ibu.
"Bagaimana mungkin aku melakukannya, sedangkan amirul mukminin (saidina Umar) telah melarang mencampur susu dengan air?", jawab puterinya.
"Orang-orang lain juga telah mencampurnya. Kau campur saja. amirul mukminin tidak akan tahu”.
Puterinya menjawab, "Jika amirul mukminin tidak tahu, Tuhan amirul mukminin pasti tahu".
Manusia mgkin tdk dpt mengawasi kita setiap masa, tetapi mustahil akan ada yg terlepas pandang drp pengawasan Allah. Sebab itulah kita kena sentiasa berjaga2 dgn setiap perbuatan kita. Bimbang nanti perbuatan itu akan ditanya oleh Tuhan di akhirat nanti, sedang kita tdk mpunyai alasan yg baik utk mnjawabnya. Ambillah pengajaran cerita dari hadis sahih muslim ini. Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Suatu mlm Rasulullah saw keluar dr rumah, tiba2 baginda bertemu dgn Abu Bakar dan Umar. Baginda bertanya , "Mengapa kamu keluar rumah mlm2 begini?" Jwb mereka "Kami lapar, ya Rasulullah!" Kata Rasulullah saw, "Aku juga keluar kerana lapar." Mereka bertiga pun pergi menziarah ke rumah seorg sahabat Anshar. Apb melihat Rasulullah saw berserta dua sahabat dtg menziarahinya, dia berkata, "Tdk ada org yg lebih bahagia dariku hari ini, kerana kedatangan tamu yg mulia". Lalu dia pergi mengambil setandan kurma utk diberi makan kpd nabi dan sahabat. Dia juga menyembelih seekor kambing dan dihidangkan kpd mereka bersama susu. Setelah semuanya kenyang dan puas, Rasulullah saw berkata kpd Abu Bakar dan Umar, "Kamu tdk keluar dari rumah melainkan kerana lapar dan kamu tdk pulang melainkan sesudah kenyang. Demi Allah, kamu kelak akan ditanya pada hari kiamat tentang nikmat yg kamu peroleh ini." –tamat ringkasan hadis-
Hadis ini mengingatkan kita supaya berhati2 mggunakan nikmat dan rezeki yg dikurniakan. Jgn sampai ada pembaziran yg menampakkan kita sbg hamba yg tdk reti bersyukur. Kalaulah satu hidangan makanan pun ditanya, bagaimana pula dgn nikmat2 yg lain? Berapa byk pula pertanyaan yg akan disoal nanti. Nikmat sihat, nikmat senang, nikmat pandai, nikmat anggota badan, nikmat air, elektrik, udara, etc. Belum lg ditanya nikmat islam dan iman. Ini menyebabkan sy kadang2 berfikir ttg perbuatan2 lalu. Betapa byk nikmat yg telah dikufuri. Dulu pernah juga merokok. Ntah apa la yg nak dijawab apb ditanya ttg sebatang rokok yg dihisap.
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yg mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya” (al-Zalzalah:7-8)
9 comments:
muroqabah = merasa diri sentiasa diawasi Allah
Nikmat itu wujud dlam pelbgai bentuk.
Cuma kita ni yang selalu sangat merungut...(cakap kat diri sendiri)
Bila tenggelam dalam air yang hitam, buat kita langsung tak perasan kan titik putih yang betul betul berada di depan mata kita sendiri...
SENYUM!!!!
"..mengapa marah bila nikmat yg sedia ada hilang, sedang kita tdk pernah mghargainya ketika ‘ia’ hadir."
mengapa word ia dijadikan 'ia' eh??
kan ke 'ia' tu lbh luas maknanya. boleh tuju kpd objek, keadaan/situasi dan juga manusia =)
saye ni tnggal dekat dormitory yg semuanye provided..dan yuran juga exceptional atas sbb "program dasar pandang ke timur"..so bile bace en3 neh..terfikir saye pon salah sorang yg byk menyumbangkan ke arah tu..trime kasih..kalau orang tak ingtkan kengkadang kite neh tak ingt...n nk mintak kebenaran..saye nk paste en3 neh dekat forum batch saye boleh? buat peringtan kawan2 lain
ye, boleh cik bawang..silakan. mmg entry ni free je. tapi bilanya nk ajar sy masak masakan yg simple, best dan mengenyangkan. asyik masak megi je ni.haha
dulu pernah merokok?? nk kena rotan ni!!
erk, sapekah itu? sy sudah insaf. jgn rotan sy. hoho~
salam
tulisan yang menarik..
baru sedarkan bnyk benda yang kita terlepas pandang atau buat2 tak endah walau dah tau hukumnye..teruskan dengan penulisan nta.
Post a Comment