Jamaah Islam
Semua org pasti dpt menerima bhw kerja scr kolektif itu lbh baik drp bekerja scr sendirian. Jika dlm hal2 keduniaan pun kita menekankan ttg kepentingan 'teamwork', sudah tentu kerja2 yg bersangkut paut dgn agama dan hari akhirat lbh menuntut kerjasama scr berkumpulan. Persamaan dan kesatuan dari sudut pemikiran sudah tentu akan lbh memudahkan pelaksanaan gerak kerja yg dirancang. Sb itulah dimana2 tmpat kita akan lihat wujudnya persatuan atau jamaah islam. Misinya ialah utk memartabatkan islam di tempat jamaah itu ditubuhkan. Jasa dan sumbangan mereka dlm pembangunan islam dan persekitaran yg sihat tdk dpt dinafikan walaupun ramai yg bersikap prejudis terhadap org yg berlabel dgn nama persatuan islam.
Namun saya pelik bilamana ada org yg seolah2 menganggap individu2 yg mgkritik jamaah menolak jamaah. Jgn terburu2. Mengkritik kesalahan tertentu bukan bermakna menolak secara total. Jamaah islam bknnya sebuah institusi kebal yg bebas dan berkecuali drp kelemahan dan kesalahan. Mengkritik bukannya menghentam. Teguran bknnya ancaman. Perkara sebegini tdk terjadi melainkn yg ditegur membaca kritikan itu dgn sentimen perasaan tanpa mahu melihat kpd masalah dan isu yg dibawa.
Sy sendiri mgkritik beberapa perkara yg sy tdk bersetuju. Tetapi tdklah bermaksud sy menolak konsep berjemaah. Siapa pula yg bodoh utk menolak kenyataan bhw berkumpulan itu lbh kuat drp berseorangan? Cumanya kita tak dpt nk terima apb timbulnya perbandingan antara jemaah dgn jemaah yg lain. Seolah2 mganggap satu jemaah shj yg betul dan selainnya tdk syarie. Alasannya ialah jemaah kami yg bertapak dahulu. Pertama skali kita hendaklah faham bhw jemaah islam bknnya agama islam; yg mana mesti wujud satu agama islam shj. Maka tdk boleh kita kata hanya satu jemaah islam shj yg mesti diwujudkan di satu2 tmpat sptmana hanya satu shj agama islam yg diterima. Jamaah islam hanyalah satu wasilah dakwah, maka timbulnya byk jemaah hanya akan membuka lbh byk peluang dan ruang dakwah utk dimanfaatkan. Berbilang jemaah dari sudut cara dan pelaksanaan dibolehkan asal sj tdk berbilang dari sudut perpecahan.
Kemudian kita hendaklah tahu bhw jamaah2 Islam hari ini juga bukanlah jamaah yang dimaksudkan oleh hadis sahih yang menyebut ttg "jamaah kaum muslimin" yg mana jika keluar dari jamaah berkenaan maka dihukumkan sebagai terkeluar dari agama. Kita amat sedih apabila ada lidah2 yg masih mengucapkan "sesiapa yg keluar atau lari dari jemaah ini, maka dia mati dlm jahiliah". Inilah kesannya jika terlampau ingin menuntut ketaatan dan kesetiaan sehingga sanggup mggunakan apa shj hadis yg berkaitan dgn jemaah tanpa mahu melihat maksudnya yg sebenar.
Bai'ah yg dibuat oleh jamaah2 islam pula tdklah sampai kpd makam Bai'ah Kubra, kerana skrg tdk ada daulah dan khalifah islam. Bai’ah skrg adalah suatu bentuk akujanji shj yg mana tdk sampai kpd memberi ketaatan yg berlebihan kpd pimpinan. Malah kita sbg pelajar juga terikat dgn akujanji dgn pihak universiti.
Asas dakwah
Apb sy memperkatakan ttg dakwah fardiah, bknlah bermakna sy memperkecilkan dakwah scr berjemaah. Cuma kita nk kena sedar bhw dakwah ini perlu lahir dr kefahaman dan bknnya sekadar ikut2. Jika seseorg itu ada kesedaran utk berdakwah scr fardiah maka sudah tentu dia tdk akan menolak apb diajak berdakwah scr berjemaah. Namun belum tentu seseorg yg aktif berjemaah akan terus berdakwah apb berjauhan drp rakan2 seperjuangannya. Itulah kepentingan dakwah fardiah yg mnjdi asas kpd dakwah scr kolektif. Pendakwah mesti berfikrah dgn fikrah islam yg tulen, dan bknnya dgn fikrah jemaah. Mgkin sb itulah Hassan albana pernah mengingatkan para ikhwanul muslimin bhw gerakan mereka bkn sebuah badan kebajikan, gerakan mereka bukanlah sebuah parti politik dan gerakan mereka bkn juga gerakan spt gerakan yg selainnya, ttp gerakan mereka ialah gerakan fikrah dan dakwah. Kerana dakwah islam itu hanya akan berlangsung di atas jln fikrah dan kefahaman yg benar shj.
Keterikatan
Tdk kurang juga yg mempertikaikan apb dibawa isu2 kecil dan sampingan spt membaca surah an-nas dan usolli sblm solat, solat hajat berjemaah, isu wuduk dan lain2. Beginilah, sy sendiri tdklah mengulas panjang ttg isu2 yg disebut secara spesifik, tetapi sy lbh membawa kpd perspektif yg lain. Sb kita tahu panjang mana pun hujah yg diberi, akhirnya kbanyakan kita akan buat kesimpulan, “Ini perkara khilaf, pilih mana2 pendapat pun xpe”.
Sememangnya dari segi furuknya nmpak kecil perbuatan spt membaca surah annas, usolli dan wuduk itu, ttp pada usulnya ia suatu perkara yg besar. Ini ada sangkut paut dgn akidah.
Bekas ketua majlis fatwa arab saudi, As-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ra berkata: "Sesiapa yg beriqtikad adanya petunjuk lain yg lbh baik drp petunjuk nabi saw, sesungguhnya dia menjadi kafir".
Perkara usul inilah yg cuba nk diketengahkan ke dlm minda pembaca, perkara furuk yg disentuh itu tdk lbh melainkan hanya sbg contoh utk memudahkan pemahaman dan penerangan shj.
Tetapi begitulah lumrahnya manusia. Keterikatan kita kpd seseorg, persatuan atau sesuatu akan menyebabkan kita gagal mengangkat quran dan sunnah pd tingkatan yg tertinggi dlm kehidupan kita, sehingga kadang2 tanpa sedar kita menolak kebenaran yg dtg kpd kita.
Umpama seorg yg sedang asyik bercinta. Keterikatan hatinya kpd si kekasih akan membutakan mata hatinya terhadap halal haram yg dia sedia maklum. Keterikatan hati kpd wang ringgit akan membenarkan amalan rasuah dlm kehidupan seseorg. Keterikatan kpd persatuan akan menyebabkan seseorg menutup mata terhadap kesalahan yg berlaku. Keterikatan kpd ustaz atau guru menyebabkan seseorg tdk dpt melihat salah pd gurunya itu melainkan semuanya betul belaka. Keterikatan yg spt inilah menyekat hati dan akal manusia drp menerima kebenaran serta mghalang kita melihat sesuatu pada nilaian yg adil. Sehinggalah kita mampu mengikat hati kita terhadap al-quran dan sunnah dgn simpulan yg lbh kuat berbanding simpulan2 selainnya.
3 comments:
Itulah kdg2 terjadi bila seseorang menggabungkan diri dlm jamaah Islam tanpa memahami terlebih dahulu konsep berjemaah dlm Islam.. sekiranya seseorang bnr2 faham tntg konsep berjemaah dan tuntutannya, kepentingan dan matlamatnya, pasti hidup secara berjemaah itu insyaAllah akan menjadi lbh baik buat dirinya dari bergerak secara sendirian.. juga insyaAllah, pastinya dia tidak memilih untuk mengasingkan diri dari jemaah Islam..
Rasulullah SAW adalah pengasas utama kpd jamaah Islamiah bg umat akhir zaman. baginda SAW dan para sahabat telah membuktikan betapa kekuatan bekerja secara kolektif dgn organisasi dan gerak kerja terancang pnting utk mencapai kemenangan dan menegakkan sebuah negara Islam yg bnr2 melaksanakan undang2/syariat Islam.
Tidak salah untuk mengkritik.. kita mengkritik untuk membaiki, bukan menjatuhkan.. untuk membaiki kepincangan dan menyelesaikan masalah.. untuk menyatu-padukan dan memastikan sesebuah organisasi itu terus maju, atas landasan yg bnr, sesuai dgn matlamat asal penubuhannya.. kritikan membina yg disandarkan pd niat yg ikhlas krn Allah SWT amat digalakkan dlm sesebuah organisasi juga penting dlm menegakkan Islam sepertimana yg terkandung didlm Al-Quran dan al-Hadith.
Antara matlamat umum organisasi Islam/jamaah Islam ialah :
1)Pengabdian diri kpd Allah SWT
2)menyeru kpd maaruf dan mencegah kemungkaran
3)menyampaikan risalah Islam
4)menghapuskan kekufuran dan fitnah dr berkuasa di bumi.
Ringkasannya, apa yg ingin sy kongsikan, pemerintahan negara yg wujud skrg bukanlah yg melaksanakan undg2 Islam secara total. Justeru adalah wajib untuk adanya jamaah Islam yg bercita2 n berusaha menegakkan kmbali pemerintahan n daulah Islamiah, berdasarkan kaedah usul fiqh, “Tidak sempurna sesuatu yg kewajiban itu melainkan dgnnya, maka ia adalah wajib”
Tentang wujudnya banyak jemaah, tidk salah. Cuma mana2 organisasi lain yg baru ditubuh kan tdk perlu menentang jemaah yg sedia ada selagi mana ia masih berjalan di atas syariat Islam yg benar. Setiap muslim yg menyertai organisasi mestilah terlebih dahulu mengenal pasti sifat2 organisasi yg layak n patut diberi kepercayaan dan baiah.
Dan seseorang individu itu hanya blh berbaiah dgn 1 jemaah shj, seperti dlm sebuah hadith riwayat muslim dr abu said al khudry,
“apabila diberi baiaah kpd dua org khalifah maka hendaklah ia menyingkirkan yg berikut dr keduanya”
Dan apabila baiah tlh diberikan, hendaklah berpegang teguh pada baiahnya. Rasulullah SAW melarang keras umatnya klr dr jamaah yg mempejuangkan Islam sbgmana sabda baginda SAW dlm hadith riwayat Muslim,
“barangsiapa yg mati dlm keadaan memisahkan diri dr jamaah (muslimin) maka ia mati sbg mati jahiliah”
Hadith ini x mengatakan org yg keluar dr jemaah itu, maka terkeluar ia dr agamanya, tetapi sekiranya kita faham kesemua yg cuba sy sampaikan di atas, insyaAllah, kita faham maksd hadith ini.
“serigala akan mudah membaham kambing yg sendirian”..
"sesungguhnya Allah SWT jualah lbh mengetahui."
tentang perkara furuk dan perbahasan mengenai sunnah.. terbaca sy artikel bertajuk Sikap terhadap Rasul..
mmm.. bg saya, Rasulullah SAW sememangnya contoh tauladan terbaik.. x dpt dinafikan.. sunnah baginda yg terbaik.. cuma dr sudut pemahaman sy.. sy bagi 1 situasi sbg cnth.. ssh untuk sy ungkapkan..
Rasulullah saw beristighfar 3 kali lps solat.. ada kalanya sy beristighfar 5 kali.. 3 kali krn niat mengikut sunnah.. 2 yg lps tu hadir krn terkesan dgn istighfar yg 3 kali itu.. hanya rintihan hati hamba yg kerdil ini dihadapan Tuhan.. bukan bertujuan untuk membaiki atau beranggapan ada kurangnya pd sunnah baginda SAW.
sy ttp laksanakan sunnah. dan beriqtiqad baginda SAW tetap contoh tauladan terbaik.
pernah seseorg bertanya kpd saidina Ali ra.. apabila dia ternampak seseorg yg melakukan ibadah x mengikut sunnah. maka ditanya mengapa saidina Ali ra tdk melarang.. maka jwb saidina Ali ra bhawa beliau takut sekiranya beliau menghalang seseorang itu dr mengingati Allah SWT..
tanggungjawab kita sbg daie mengajak yg maaruf (kpd kebaikan) dan mencegah yg mungkar(yg bertentangan dgn Al-Quran dan Hadith).. juga seorg daie itu mempermudahkan urusan hamba Allah yg lain.. terutama mad'unya..
moga Allah SWT mengampuni dosa2 sy dan memperbetulkan sy sekiranya sy silap.
terima kasih kerana memberi pandangan.
alhamdulillah, sy kira sudah cukup baik jika saudari atau setiap muslim yg lain dpt menerima dan beriqtikad bhw apa yg ditunjukkan nabi saw itu adalah contoh perbuatan yg terbaik dlm ibadat. selepas dari itu, terpulanglah jika ingin juga menambah sesuatu lbh drp apa yg sedia nabi tunjukkan. sy tdk katakannya salah. cuma sy tdk berani nk katakan baca 5x tu lbh baik drp 3x. sebab nk kata sesuatu ibadah itu baik atau elok, mesti ada hujah. dan sy berani katakan beristighfar 3x itu yg terbaik kerana ada sandaran hadis. dan sy suka pilih utk lakukan yg terbaik.
sy lbh membawa perkara ini ke sudut sikap dan perasaan terhadap rasul. sebab itu sy sarankan supaya kita cuba betul2 bayangkan nabi saw mengimani solat kita.kita mengikut setiap pergerakan solat baginda. kemudian baginda beristighfar 3x selepas solat. pada ketika itu, jika saudari merasakan tdk mengapa jika nabi saw mendengar saudari beristighfar sbyk 5x, maka teruskan shjlah.
ajaran seorg nabi dlm perkara ibadat tdk sama dgn ajaran seorg guru dlm perkara akademik.jika dlm akademik, mungkin melakukan latihan melebihi apa yg disuruh oleh guru itu lbh baik. namun dlm perkara ibadat, yg TERBAIK itu adalah betul2 mengikut satu persatu apa yg diajar oleh rasul saw.
Post a Comment