Monday, November 19, 2007

Kekuatan Iman

Kalau ada yg perasan, di sini antara org yg paling kerap melaungkan azan Subuh di masjid ialah seorg mualaf. Malah pada waktu solat yg lain pun tdk sedikit bilangan dia melaungkan syiar agama itu. Jika tdk azan pun, dia antara org yg kerap berjemaah di masjid. Saya kadang2 hairan, bagaimana seseorg yg belum genap setahun islamnya mempunyai kekuatan utk mengamalkan islam dgn sebaik itu.

Kalau di tempat sy, org yg bertanggungjawab menguruskan masjid ialah seorg yg tua, yg mana tdk keterlaluan utk sy katakan usianya sudah hampir dgn kematian. Dialah yg dtg awal ke masjid memasang kaset bacaan al-quran, dia yg mnjadi bilal dan dia jugalah antara yg kerap menjadi imam solat. Sekali lg sy hairan, bagaimana org yg spt ini mampu bangun setiap pagi yg dingin utk melaungkan azan, mengejutkankan org lain yg masih lena.

Namun solat jumaat tdk dilakukan di masjid itu. Masjid yg ditunaikan solat jumaat adalah lbh besar dan cantik, walaupun designnya kurang sempurna. Mungkin kerana arkitek dan engineernya tdk begitu prihatin terhadap perkara ini. Masjid ini terletak di tempat yg agak tinggi. Kalau tak silap, perlu menaiki tdk kurang dari 25 anak tangga utk sampai ke ruang solat. Jenis tile yg digunakan juga agak licin, terutama semasa hujan. Tapi bukan pasal masjid ni yg sy nk kisahkan sebenarnya.

Pernah suatu masa, ketika dlm perjalanan pulang dari kedai, sy singgah di masjid tersebut kerana kebetulan azan asar sedang dilaungkan. Ketika sy sedang menaiki tangga masjid, sy dapati ada seorg lelaki tua yg sedang bersusah payah memanjat tangga itu. Dia tdk perasan kehadiran sy di situ. Apb mendekati belakangnya, saya semacam terkaku seketika, terbantut niat sy utk membantunya menaiki tangga. Dia seorg yg sgt tua, menggunakan tongkat yg spt kerusi (berkaki empat), begitu bersusah payah sekali utk sampai ke ruang solat. Sehingga sy dpt mendengar suaranya yg memberi motivasi kpd dirinya sendiri; “Sikit lagi, sikit lagi”. Fikiran sy antara sedar dan tdk, melayang memikirkan betapa jauhnya perbezaan iman antara kami. Benarlah sebagaimana yg dimaksudkan oleh Izzudin Abdul Salam bhw kadar pahala tdk diukur atas banyaknya ibadat, tetapi ia diukur atas kadar susah melaksanakannya.

Ini jelas menunjukkan bhw amal soleh itu tdk bergantung kpd kekuatan jasmani, tetapi ia bergantung kpd kekuatan iman. Hanya iman yg kuat mampu menjana amal yg berkualiti. Sebab itu seorg yg kuat fizikal dan aktif bersukan belum tentu mampu menekuni ibadah ritual dgn baik. Walhal solat hanya terdiri drp beberapa pergerakan ringan dan ringkas shj. Kita pelik apb melihat ramai yg berusaha menjaga kesihatan diri, tetapi mereka malas dan langsung tdk ada inisiatif utk menjaga kesihatan hati dan iman. Ibadat pun dilakukan sekadar utk melepaskan tanggungjawab shj. Hasilnya, yg memenuhi masjid2 adalah terdiri drp golongan tua shj. Golongan muda pula lbh ramai yg memenuhkan padang bola berbanding ruang solat masjid.

Jika ditanya mana yg lbh penting, pasti semua menjawab kesihatan iman lbh penting, tetapi keutamaaan tetap diberi kpd penjagaan fizikal dan kecantikan. Sebab kita hari ini lebih risau tentang apa yg org lain nilai terhadap diri kita melebihi apa yg Allah nilai. Sebagaimana jasad memerlukan latihan dan senaman supaya sihat, maka lebih-lebih lagilah hati kita ini memerlukan latihan kerohanian yg terdiri drp pelbagai ibadat sunat. Kekuatan iman inilah yg kita guna utk mempertahankan diri drp godaan syaitan. Kerana musuh yg satu ini tdk dpt dilihat dan lantas tdk dpt ditentang mggunakan kekuatan fizikal.

Iman itu juga bukan sekadar pengakuan, tetapi ia mestilah diterjemahkan dlm bentuk amal soleh. Banyak bercakap ttg akidah, ibadat, halal dan haram tdk berguna jika tdk disusuli dgn pengamalan terhadap apa yg diucapkan. Iman juga tdk pernah sunyi drp ujian. Ujian dan musibah yg melanda adalah salah satu bentuk pembuktian iman. Berjaya atau gagal bergantung kpd sejauh mana kuatnya mujahadah kita. Kerana ujian ini selalunya selari dgn kehendak nafsu, yg mana nafsu itu kuat mempengaruhi hati dan fikiran kita. Maka jgn senang2 mengeluh, “Kenapa la aku ni malas nk beribadat, kenapa la aku ni byk buat maksiat, kenapa la aku ni solat tak khusyuk”. Kerana yg dikatakan iman itu bukanlah sesuatu yg senang dikecap, tetapi ia memerlukan kita melawan nafsu dan memaksa diri menelusuri suatu jalan yg penuh dengan halangan dan rintangan. Itulah kesusahan yg perlu ditempuhi utk sampai ke dlm daerah iman.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?” (al-Ankabut:2).

Kita kerap melihat cermin utk menilik rupa paras dan fizikal kita. Tetapi kita kurang melihat Quran utk menilik hati dan iman kita. Apakah benar2 telah terpantul ajaran al-kitab itu pada perlakuan dan perangai kita?

6 comments:

Anonymous said...

Entry yang sangat menarik, terutama sekali pada bab 'kekuatan semangat'.

Bolehkah sdr tolong huraikan lagi berkenaan definisi 'IMAN' itu sendiri berdasarkan perspektif dan pemahaman sdr untuk dikongsi bersama?

Sememangnya kalau ikut standard, istilah Iman itu sendiri cukup definisinya jika dirujuk pada buku-buku teks sekolah. Tetapi ada kemungkinan juga sesetengah orang mempunyai kefahaman yang berbeza-beza berkenaan pemahaman istilah 'Iman' itu melalui corak pembelajaran yang lain.

Sekadar cadangan.

danialle said...

wallahua'lam. sy juga byk tahu ttg iman hanya melalui pengajian di sekolah shj. kalau di sekolah kita diajar iman itu adalah keyakinan dgn hati, pengikraran dgn lisan serta pengamalan dgn anggota badan. Iman bertambah dgn ketaatan dan berkurang dgn perbuatan maksiat. bagi sy definisi iman itu sudah cukup baik.

dan iman ini juga tdklah bergantung sgt kpd ilmu. tetapi ia lbh bergantung kpd latihan kerohanian dan kemahuan. kalau seorg tu MAHU beriman, dgn sedikit nasihat dan tunjuk ajar pun sudah cukup utk dia beriman. tetapi kalau dah mmg TAK MAHU beriman, nasihat la mcm mana pun, mereka tetap tdk akan beriman.

cthnya, bilal bin rabah. diseksa dan diletakkan batu di atas dadanya, tetapi dia tetap menyebut "Ahad, Ahad..". Tapi berbeza dgn org kafir pd zaman nabi saw. mereka cabar nabi tunjukkan mukjizat, kemudian barulah mereka akan beriman. lantas nabi tunjukkan mukjizat. nabi panggil bulan, mereka nampak bulan itu datang, dan mereka menyaksikan sendiri nabi membelah bulan. akhirnya mereka tetap tak beriman juga, malah menuduh nabi sbg tukang sihir.

kita juga boleh faham iman itu melalui hadis ketika mana malaikat Jibrail dtg berjumpa nabi saw dan bertanya ttg islam, iman dan ihsan. kalau tak silap sy, hadis tu adalah hadis ke-2 dlm hadis 40 imam nawawi.

Jibrail said, 'Tell me about iman.' Muhammad saw said, 'That you affirm Allah, His angels, His books, His messengers, and the Last Day,
and that you affirm the Decree, the good of it and the bad of it.'

mungkin saudara atau pembaca lain juga boleh berkongsi apa yg difahami mengenai iman.

Anonymous said...

Maaf,

Untuk bab yang ni, saya terus-terang mengatakan bahawa saya tak tahu. Yang saya tahu hanyalah sebagaimana dalam buku teks sekolah sahaja. Saya sangat berminat untuk mengetahui jika ada pemahaman versi lain berkenaan istilah tersebut. (Saya suka kumpul banyak versi pandangan orang lain pada sudut yang berbeza-beza).

Cumanya, saya masih agak kabur bagaimana ingin dikaitkan istilah tersebut pada istilah yang sama yang terdapat dalam Surah Al-Asr. Pada pandangan sdr bagaimana?

danialle said...

setahu sy berdasarkan apa yg sy faham drp syarahan dr zakir naik, beliau mengatakan apa yg disebut dlm surah al-asr itu adalah kadar minimum iman/amalan utk ke syurga.

wallauhua'lam.

Anonymous said...

Menarik..

Saya ingin tahu betul apa sebenarnya yang dimaksudkan olehnya dengan istilah "kadar minimum". Syarahan tu boleh refer online tak? Jika ya, boleh tolong kongsikan linknya? Ataupun, jika sdr sudi, boleh saya minta tolong sdr huraikannya mengikut pemahaman sdr?

danialle said...

Sebenarnya perkara ini tdklah dihurai panjang oleh Dr Zakir Naik. dia hanya mengulas pendek pada sesi soal jawab shj. Sekadar itu shjlah yg sy faham; melakukan suruhan sepertimana di dlm surah al-asr itu adalah jaminan kita masuk ke syurga.

saya tdk tahu jika ada link utk lecture tersebut. tetapi rakaman lecture tersebut ada dlm laptop sy ini. cuma sy tdk tahu lecture yg mana satu dia ulas ttg hal ini. dan sy tdk berkesempatan utk melakukan review.