“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzaab: 21)
Anda tdk perlu melanjutkan bacaan jika anda tdk bersetuju bhw rasulullah saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.
---------------------------------------------
Kita sedar dlm agama ini ada pelbagai pendapat ulama yg mungkin berbeza2 wlaupun pada isu yg sama. Perkara ini kita namakan khilaf. Khilaf ini terjadi disebabkan perbezaan pandangan dan ijtihad yg dibuat. Kita tahu mereka telah sedaya upaya merujuk kpd quran dan sunnah sebelum memutuskan utk mengeluarkan sesuatu ijtihad. Tetapi yg kekal maksum hanyalah rasul saw. Selain drp rasul, wlau sebesar manapun darjat ilmunya, ia tetap terdedah kpd salah dan silap. Maka hendaklah kita bersedia utk mengikut ijtihad yg lbh kuat apb mengetahui pandangan yg selama ini kita pegang adalah kurang kuat.
Ada golongan agama yg berpendapat boleh membuat tambahan dlm ibadat, asal saja ia suatu yg baik. Maka mereka berdoa slpas solat jenazah wlaupun jelas nabi tdk melakukan yg demikian. Kata mereka tambahan ini (berdoa slps solat jenazah) suatu perkara yg baik. Takkan berdoa pun salah?
Kita semua tahu cara ibadat ini hanya sahih jika diambil drp nabi saw shj. Tdk boleh mana2 golongan agama walau sebesar mana sekalipun darjatnya, mereka suatu cara atau bentuk ibadat yg tdk ada di dlm sunnah. Ibadat adalah urusan Tuhan dan disampaikan melalui ajaran rasul, sedang kita hanyalah pengikut.
“....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya .....” (Al-Hasyr: 7)
Cuba kita telusuri ibadat yg selama ini kita amalkan. Adakah sama dgn yg di ajar oleh nabi? Paling mudah kita melihat kpd amalan asas kita iaitu solat fardhu. Telah sahih nabi saw tdk melafazkan niat (iaitu membaca usolli) ketika hendak memulakan solat. Niat adalah perbuatan hati. Tidak disunnahkan bagi seseorang jika hendak melaksanakan suatu ibadah, sama ada solat, puasa atau zakat untuk mengucapkan atau melafazkannya. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati setiap orang. Mungkin ada yg kata, “Kita ni org melayu, kalau baca usolli tu nanti senang la sikit niat nk masuk, takkan la lafaz usolli pun bida’ah?”.
Malah masyur juga dikalangan kita yg membaca surah An-Nas ketika hendak memulakan solat. Nabi saw tdk pernah mengajar hal ini kpd sesiapa. Kata mereka ini semua utk mengelakkan was-was syaitan di dlm solat. Lagipun yg dibaca itu adalah satu surah drp al-quran. Tidakkah itu amalan yg baik?
Nabi juga tdk membezakan tatacara solat antara lelaki dan perempuan. Umum hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang" (Riwayat al-Bukhari). Tetapi ramai drp kita cuba utk memperkemaskan lg tatacara solat yg nabi ajar. Maka di ajar kpd kaum wanita semasa angkat takbir, rukuk dan sujud, lengan mesti dirapatkan ke tubuh dan anggota yg renggang mesti dirapatkan; sedangkan ini semua tdk diajar oleh nabi. Tapi kononnya apa yg mereka buat itu lbh sopan dan beradab.
Sahih juga bhw nabi saw tdk menyapu muka slpas mberi salam di dlm solat. “Eh, ikut suka aku la nk sapu muka pun, benda kecik je tu, bukan batal pun solat kalau sapu muka”.
Begitu juga hadis nabi sahih menyatakan bhw nabi membaca 'Astaghfirullah' sebanyak 3 kali slps solat tanpa tambahan al’azim atau tambahan lain. “Ye la nabi istighfar 3 kali je slps solat, tp kita ni byk dosa, kena la istighfar lbh byk, yg byk tu dh tentu lbh baik”.
Para pembaca sekalian,
Kalau Allah mahu, Dia boleh mghidupkan nabinya sehingga ke hari ini. Soal nyawa adalah kuasa mutlak Allah taala. Namun yg demikian tdk terjadi; kerana yg mnjadi tajuk penting dlm perkara iman ini bknlah terletak pd batang tubuh nabi, tetapi apa yg dibawa dan diajar nabi kpd kita. Itulah yg perlu kita ikut dan amalkan. Sebab itulah para ulama mensyaratkan tiga perkara besar dlm ibadat: (1) ibadat mestilah mempunyai akidah yg sahih, (2) ibadat mestilah ikhlas kpd Allah dan (3) ibadat mestilah sama spt yg ditunjukkan di dlm quran dan sunnah.
Malah di dlm khutbah jumaat semalam pun khatib telah mengingatkan bhw amalan ibadat ini sekalipun ikhlas tetapi jika tidak betul maka ia tidak diterima. Begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima, sehinggalah ianya menjadi ikhlas dan betul (Khutbah jumaat masjid An-Nur, 26 Oct 07).
Sama juga dlm bab beriman kpd rasul. Cinta shj tdk mencukupi melainkan kita turut ikut apa yg diajar. Sekadar mengikut juga dianggap kurang, melainkan adanya perasaan cinta dan sayang; sehinggalah perasaan cinta dan ikut itu menjadi satu di dlm hati kita.
Kebanyakan kita pd hari ini kurang merasa kemanisan mengikut rasul. Maka kita cenderung utk menambah, mengurang atau membuat sedikit kelainan terhadap apa2 yg telah pun ditunjuki rasul melalui hadisnya yg sahih. Dgn alasan kelainan yg dibuat itu kecil shj, itu perkara furuk, malah tdk pun membatalkan ibadat.
Di sini kita tdk mahu membincangkan ttg betul atau salah, sah atau batal, kecil atau besar dan bida’ah atau tdk bida’ah. Tetapi kita ingin mengajak semua pembaca melihat kpd suatu sudut yg lain.
Bayangkan, anda mempunyai seorg isteri. Suatu pagi, isteri anda menghidangkan secawan teh kpd anda. Anda minum seteguk dan berhenti. Kemudian anda ambil satu sudu gula, tambah ke dlm cawan dan kacau. Slps itu barulah anda meminumnya sehingga habis. Sepanjang anda meminum teh itu, anda langsung tdk memberi komen atau kritikan kpd isteri anda. Tetapi, perbuatan anda menambah gula ke dlm air itu sudah cukup utk memberi mesej yg jelas kpd isteri anda bhw teh yg dibuatnya itu kurang manis, kurang sedap atau tdk cukup rasanya. Serasa anda, adakah perbuatan anda itu menggembirakan isteri anda atau mengguris hatinya? Anda ada jawapannya.
Sekarang cuba bayangkan, nabi berada di depan anda, mengajar bagaimana utk melakukan solat jenazah. Kemudian nabi sendiri menjadi imam, kita dibelakangnya menjadi makmun, nabi takbir kita pun takbir, nabi membaca doa kpd jenazah di dlm solat dan kita turut membaca sptmana yg diajar, nabi menutup solat dgn memberi salam dan kita pun memberi salam. Nabi selesai di situ, tetapi kita dibelakang menyambungnya dgn membaca doa. Pada ketika itu, adakah doa yg kita baca itu suatu ibadat atau suatu pghinaan terhadap rasul? Apakah ia suatu kegembiraan atau baginda akan merasa terhina dgn perbuatan kita itu?
Atau cuba anda bayangkan, nabi mengimani kita di dlm solat fardhu. Ketika nabi saw ingin mengangkat takbirratulihram...makmun dibelakang sok sek sok sek (membaca surah An-Nas), sok sek sok sek (membaca usolli). Sedang nabi hanya sekadar bertakbir ‘Allahuakbar’ shj. Apakah cara makmun atau cara nabi yg lebih sempurna? Adakah kita menganggap nabi ketika hidupnya dahulu, tdk prihatin ttg masalah was-was solat, sehingga baginda terlupa mengajar kita utk membaca surah pelindung drp gangguan syaitan?
Ini bukannya soal amalan yg ditambah itu betul atau salah. Kita tdk pertikaikan dari sudut itu, ttp kita melihat dari sudut sikap terhadap rasul. Apakah kita merasakan tdk cukupnya ajaran rasul? Sehingga perlu kpd penambahan yg lain. Tidakkah kita pada awal perbincangan telah bersetuju bhw nabi saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan.
Perbuatan menambah atau mengubah cara ibadat yg diajar oleh nabi saw adalah suatu gambaran seolah2 apa yg diajar nabi itu tdk cukup sempurna, tdk berapa sesuai dgn kita; sebab itulah ditambah bacaan2 tertentu spt bacaan ‘usolli’ supaya niat solat menjadi lbh sempurna dan lbh sesuai dgn kemelayuan kita.
Padahal telahpun sempurna agama ini sejak lama dahulu, tanpa perlu lg kpd sebarang penambahan. Apa yg tdk menjadi agama ketika nabi hidup, ia juga tdk menjadi agama setelah nabi wafat. Tugas kita sekarang ialah mewarisi ajaran nabi dan mengekalkannya spt mana ketika ia diturunkan.
Begitulah juga dlm hal ibadat2 yg lain. Kita tdk hendak berbicara ttg betul atau salah. Ttp kita hendak semua melihat dlm diri masing2, sejauh manakah rasul itu terletak dlm hati kita. Sejauh manakah sikap kita dlm mentaati rasul. Apakah telah sampai kita kpd sebenar-benar iqtikad dan pengakuan bhw rasul saw itu adalah sebaik2 ikutan. Atau kita sekadar mengucapkannya di mulut, kemudian mengikut mana yg berkenan shj.
Saya kira kita ini kurang merasa cinta dan mengikut rasul adalah kerana apb membaca atau mendengar hadis2 nabi saw, kita tdk merasakan ianya betul2 diucapkan oleh nabi, sebab itu kita meremehkannya. Seolah2 nilai ucapan nabi itu sama shj spt ucapan insan-insan yg lain.
"Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya" (An-Najm: 3-4).
Para pembaca sekalian, sama2lah kita perbetulkan iqtikad kita, sehingga mnjadi kejap di dlm hati bhw petunjuk rasul adalah yg terbaik. Tidak salah utk beristighfar sampai 100 kali pun slpas solat, tetapi hendaklah kita tetap mengatakan apa yg ditunjukkan dan diamalkan oleh nabi itu adalah yg terbaik, walaupun hanya sebanyak 3 kali.
Hendaklah kita cuba sedaya upaya utk mentaati ajaran dan petunjuk rasul, walaupun hanya pada bab menyelati jari kaki ketika berwuduk. Kerana yg demikian itulah ukuran kecintaan kita terhadap rasul.
Mungkin akan ada yg mempertikaikan apa yg telah disebut. “Ye la, sesetengah tu mmg la tak de dlm sunnah, tp tak semestinya tak boleh buat, ustaz pun ramai yg buat”. Setiap org ada sandaran dan rujukannya dlm beramal. Apb kita balik ke akhirat nanti, kita akan ditanya ttg amalan kita dan siapakah sandaran kita dlm melakukan ibadat. Ada yg bersandarkan ustaz, ada yg bersandarkan tok guru, ada yg bersandarkan tok imam dan bermacam2 lg. Tetapi kita menyandarkan amalan kita hanya kpd nabi saw. Kerana kita yakin apa yg dibawa oleh nabi adalah yg terbaik, wlaupun dari sudut akalnya kelihatan kurang berbanding amalan org lain.
Bukan yg utama di dlm ibadat ini jumlah sikit atau byknya amalan, tetapi yg penting ialah sama spt sunnah. Ada dikalangan para sahabat rasulullah ingin bersolat malam terus menerus, ada yg ingin berpuasa sepanjang masa dan tidak mahu berbuka serta ada yg ingin menjauhi wanita dan tidak ingin berkahwin selama-lamanya. Kemudian nabi saw datang kpd mereka dan berkata:
“Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling takwa kepadaNya. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Wallahua'lam...
11 comments:
Isu yang diutarakan memang menarik. Apa yang saya tulis ni mungkin sekadar tambahan sedikit isi kepada entry yang ditulis.
Saya bersetuju bahawa kita sememangnya kena mengikut segala ajaran Nabi (dalam masa yang sama, kasih kepada baginda). Dalam masa yang sama juga, kita hendaklah mengkaji 'asal-usul' sesuatu perkara (tambahan) sebelum menerimanya bulat-bulat.
Sebagai contoh psnambahan pada istilah "sahaja" pada niat apa-apa ibadah. Sedangkan dalam Bahasa Arabnya terus direct 'usolli' (aku bersembahyang) ataupun 'nawaitu' (aku berniat) tanpa perlu kepada istilah 'sahaja'. Bagaimana terjadi sedemikian, mengapa terjadi sedemikian, apakah kesannya, adakah elok atau tidak, itu semua perlu dikaji terlebih dahulu sebelum menerimanya (atau menolaknya) bulat-bulat.
Pada pandangan saya, segala yang Nabi bawa dan ajarkan kepada kita itu merupakan PATI minuman (berbanding minuman yang dihidangkan itu sendiri). Di mana PATI itu sangat pure/asli hinggakan tiada langsung perasa dan pewarna tiruan. Sebab itu ia nampak mudah, ringkas, dan kecil isipadunya. (Pati sirap 1.5 liter itu lebih mudah dibawa berbanding berbaldi-baldi air sirap yang boleh dibuat dengan semua pati sirap tersebut).
Masalahnya, kebanyakan kita ini tidak berkeupayaan nak minum pati tersebut secara terus. Maka perlulah dibancuh mengikut sukatan yang sesuai, disesuaikan dengan suasana, budaya, keadaan, golongan sasar, dan kapasiti individu yang sesuai.
Pati sirap misalnya. Mungkin ada golongan yang sesuai untuk 'makan' terus pati tersebut (sebagaimana pada air batu campur). Mungkin juga ada yang lebih suka dibancuh dengan air sejuk atau air suam (air sirap). Ada pula yang lebih selesa jika tambah limau (sirap limau). Ada yang lebih suka jika ditambah susu (sirab bandung). Perkara pokoknya ialah, yang penting minuman itu mengandungi sirap, biar bagaimana sekalipun tahap kelikatan bancuhannya.
Maka samalah juga dengan ibadah. Nabi membawa patinya. Ulamak pula menyesuaikan bancuhannya supaya mudah diterima oleh golongan/budaya tertentu.
Memang patut pun begitu. Kerana hanya orang yang hebat sahaja yang boleh teguk sebotol pati sirap secara direct tanpa ada rasa lain macam pada lidah dan tekaknya. Malah tak kena penyakit kencing manis pun. :)
Tetapi untuk orang kebanyakan yang 'biasa' macam kita, sukatan bancuhan yang sesuai amat diperlukan mengikut kapasiti diri masing-masing. Paling power nak telan pati pun kena makan ABC. Tetapi bukan semua orang pun yang boleh selalu makan ABC. Bukankah begitu?
Saya akui, memang lain orang, lain corak pembelajarannya, maka lainlah pemahaman masing-masing terhadap perlaksanaan sesuatu perkara / ibadah. Sebab itulah wujudnya khilaf dan seterusnya, mazhab.
Apa yang penting, kita cuba untuk membuat yang terbaik mengikut kemampuan kita, berdasarkan kefahaman kita. Jika dapt but betul-betul pure sebagaimana 'pati' yang dibawa Nabi, itu lebih baik. Tetapi istilah 'terbaik' itu pun bergantung juga kepada tafsiran individu. Bukankah pada zaman Nabi, ramai yng bertanyakan soalan "Ya Rasulullah, apakah amalan yang terbaik?" tetapi jawapan yang diterima oleh setiap orang itu berbeza-beza semuanya mengikut kesesuaian dan kapasiti individu?
Mana yang agresif, dijawab baginda amalan terbaik ialah berjihad. Tetapi ada pula yang disuruh oleh Nabi untuk pulang ke rumah untuk menjaga ibu dan ayah ketika perang kerana itulah yang "terbaik" untuknya. Jadi, mana satukah amalan yang terbaik? Maka dapat disimpulkan bahawa sebenar-benar 'yang terbaik' itu bergantung kepada kapasiti diri dan tahap kemampuan individu.
Sememangnya perbezaan pendapat (khilaf) ini merupakan situasi yang sangat unik. Pada satu sudut, ia tidak berapa elok kerana semakin menyebabkan suatu itu semakin lari keasliannya daripada hal yang asal (kerana berlakunya tokok tambah). Pada sudut yang lain pula, ia adalah sesuatu yang baik kerana dapat disesuaikan dengan suasana zaman sekarang (sebagai contoh ulamak yang tunggang terbalik nak tetapkan bab sembahyang di angkasa sana tu dek kerana isu angkasawan). Apa yang penting, masing-masing buat yang terbaik.
Tetapi semua ini hanyalah apa yang telah difahamkan kepada saya. Betul atau salah, itu saya pun tak tahu. Saya hanya menulis untuk berkongsi, sekadar untuk bertukar-tukar pandangan dengan si penulis. Mungkin penulis ada pandangnanya, atau lebih elok lagi, boleh memperbetulkannya jika terdapat apa-apa kesilapan, untuk dijadikan pedoman dan amalan ingat-memperingati bersama.
Semoga dapat menjadi satu pertukaran pendapat yang dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan (bukan label melabel betul tau salah sebagaimana pada entry yang 'dulu' oleh 'orang tertentu').
Sekadar berkongsi pandangan..
p/s: Saya suka baca entry you sebab isinya selalu mencetuskan (trigger) pandangan pada sudut yang berbeza-beza. Teruskan menulis..
Maaf, sy tdk dpt bersetuju dgn analogi pati sirap itu. Jika benar ajaran nabi itu adalah pati, maka pati itulah yg kita kena teguk. Kelemahan atau ketidakupayaan kita tidaklah sehingga membolehkan kita menukarnya menjadi sirap limau atau sirap bandung. Cuma kita diberi rukhsah (keringanan) utk mengurangkannya. Maknanya kita minum pati itu sebahagian shj, sebab tak mampu nk minum keseluruhannya. Baik, kita hentikan dulu analogi ini, takut ada yg tdk faham.
Sememangnya ajaran islam ini ringkas dan mudah, tetapi ia bukan kurang; sebaliknya ia cukup. Kita kena yakin ajaran nabi itu yg plg sempurna, tdk kurang dan tdk lebih. Terutama dlm bab ibadat khusus spt solat. Nabi menyuruh kita solat spt mana baginda solat. Malah hadis nabi juga mendetailkan cara nabi berwuduk satu persatu. Apa yg dibawa nabi ini adalah sempurna, lengkap dan secara umumnya sesuai utk semua org dan tempat. Maka tdk boleh kita mencampur adukkan atau mengadun ajaran nabi ini dgn alasan supaya ia menjadi lebih sesuai dgn tempat kita. Kerana yg demikian bermakna kita menolak kerasulan Muhammad utk sekalian alam. Dan ulama itu dikatakan pewaris nabi apb mereka mewarisi apa yg asalnya drp nabi, bukannya menambah sesuatu yg tdk ada pada asalnya.
Tetapi di dlm sirah, nabi saw ada memberi kelonggaran kpd org2 badwi dengan kelonggaran yg tdk diberikan kpd para sahabat yg lain. Kelonggaran ini adalah dgn nabi memberi keringanan kpd mereka utk melakukan ibadat pd kadar yg minimum sesuai dgn keupayaan dan ilmu mereka. Perkara minimum yg wajib kita lakukan ialah amalan fardhu, yang boleh kita kurangkan mengikut kemampuan ialah pada perkara sunat. Memang tdk dinafikan kita tdk berupaya utk mengamalkan semua sunnah2 nabi saw. Melakukan ibadat pada kadar yg kurang drp sunnah adalah kelemahan dan kedaifan kita. Saya tdk ingin membawa perbincangan ini ke sudut ‘kurang’, kerana mmg kita semua kurang mengamalkan sunnah. Tetapi sy memfokuskan tulisan sy itu pada sudut ‘menambah’ apa yg telah sedia ada di dlm sunnah. Dan lebih mengecewakan apb kita menganggap yg ditambah itu lbh baik pula drp yg asal.
Sama2 kita mengambil pelajaran drp kisah Imam Malik ini; Seorang lelaki menemui Imam Malik dan bertanya mengenai tempat yg sepatutnya dia memulakan ihram. Kata Imam Malik: “Mulalah dari tmpat nabi berihram iaitu di Zu Hulaifah”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram dari Masjid Nabi, malah dekat dgn kubur nabi. Jawab Imam Malik: “Jangan buat, aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah”. Balas lelaki itu: Apa fitnahnya?!! Ia hanya jarak yang aku tambah. Jawab Imam Malik: “Apakah lagi fitnah yg lebih besar drp engkau melihat bhw engkau telah mendahului satu kelebihan yg rasulullah saw pada masa hidupnya kurang drp kamu”. Imam Malik menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan-akan lelaki itu menganggap dirinya dapat melakukan suatu ibadat yg lebih baik drp Nabi saw.
Benar, ada org yg nabi izinkan mereka berjihad dan ada org yg nabi tdk izinkan, malah nabi suruh dia pulang ke rumah menjaga ibunya. Jihad adalah ajaran nabi. Menjaga ibu bapa juga adalah ajaran nabi. Kedua2nya adalah sunnah drp nabi. Maka hal ini sudah termasuk dlm bab memilih keutamaan, sesuai dgn keupayaan diri dan kondisi semasa. Kita skrg bukan memilih keutamaan itu, tetapi kita sedang membincangkan ttg suatu amalan tambahan yg tdk ada contoh drp nabi. Apb bertembung suatu amalan yg mempunyai contoh drp nabi dengan suatu amalan yg tdk ada contoh drp nabi, maka wajib kita memilih yg pertama serta meninggalkan yg kedua. Kerana yg terbaik itu adalah apa yg ditunjuki sunnah.
Khilaf ini hanya diiktiraf jika ianya khilaf yg muktabar, iaitu khilaf yg berlaku apb masing2 mengemukakan dalil yg kuat berdasarkan quran dan hadis. Khilaf yg terjadi disebabkan kekeliruan atau salah faham terhadap maksud hadis atau ayat quran tdklah dikira sbg yg muktabar.
Dlm ibadat khusus spt solat, tdk byk terjadi di dlmnya khilaf yg muktabar, melainkan kebanyakannya adalah khilaf2 yg tdk mempunyai sandaran nas yg kuat. Tetapi kita tdk persalahkan org yg tdk tahu. Yang kita prihatin ialah pada org yg tdk mahu mengikut sunnah walaupun telah jelas padanya hadis yg sahih dan org yg suka menambah apa yg telah sedia ada dlm sunnah. Seolah2 utusan Allah itu hanyalah manusia yg lekeh, yg mana kita ini berhak mempertikaikan sama ada sesuai atau tdk ajarannya itu.
Terima kasih kerana memperbetulkan fokus saya. Sebelum ini saya hanya fokus pada 'penambahan' dalam bab-bab ibadah. Sekarang baru saya nampak apa yang ingin disampaikan oleh sdr. Fokus utamanya adalah pada sudut sikap kurang menghormati (atau dalam bahasa mudahnya, seolah-olah memperlekeh).
Saya bersetuju dgn sdr di mana kita perlu memilih sumber yang lebih sahih dan asli. Dalam masa yang sama, tidak boleh memperlekeh kan segala ajaran dan sunnah baginda.
Apa yang saya risau ialah jika dalam kita cuba nak menyatakannya, akan ada kutu-kutu yang menjawab seolah-olah menghina sunnah seperti contoh:
"Alaa.. Kalau nak ikut betul-betul sebijik semua sunnah, kenapa you tak naik unta? Kan Nabi takde nik moto atau kereta?"
Atau
"Macam tu kau tak payahlah makan budu atau cencalok. Nabi mana ada makan benda-benda tu.."
Kita yang dengar pun rasa tak sedap hati. Walhal perdu kepada sunnah ialah menggunakan kenderaan dengan sebaik-baiknya dengan kenderaan yang terbaik, dan tiada halangan dalam bab pemakanan selagi mana ia halal dimakan dan tidak memudaratkan.
Saya juga risau jika seseorang itu terlampau ekstrim hingga merosakkan imej sunnah itu sendiri. Berjanggut tapi selekeh, berjubah tapi buruk. Biar pun mengamalkan sunnah sebagaimana yang diajar, tetapi dalam masa yang sama, presentationnya seolah-olah memperlekeh Nabi. Walhal perdu kepada sunnah adalah kebersihan, kekemasan dan keterampilan yang elok.
Jadi pada pandangan saya, yang penting ialah kita cuba untuk menyampaikan perdunya, kerana itulah yang paling kukuh, paling sahih sumbernya, paling kuat hujahnya, dan paling basic. Pada sudut perlaksanaan dan penerimaan, itu mungkin berbeza-beza kerana setiap individu mempunyai pemahaman masing-masing berdasarkan cara pembelajaran masing-masing. Kalau kita dah beritahu, tetapi tidak juga mahu diikut, nak buat macam mana.
Sebagai contoh, sebagaimana yang ditulis oleh sdr berkenaan istighfar. Biarpun berlainan cara perlaksanaan dan pemahaman kita dengan yang dilakukan oleh mereka (yang menambah "al'azim", mahupun menambah bilangan melebihi tiga kali), jika perkongsian ilmu kita itu tidak mahu diikut, itu terpulanglah kepada mereka. Yang penting ialah kita telah menyampaikannya dan sekurang-kurangnya orang tersebut mengamalkan perdunya (beristighfar).
Kita mungkin berasa sedih kerana yang lebih elok itu tidak mahu diterima. Pun begitu, sekurang-kurangnya perdunya masih ada. Biarpun kita mungkin agak terkilan jika minuman yang dihidang itu ditambah gula sedikit, sekurang-kurangnya orang tersebut meminumnya hingga habis bersama dengan rasa asalnya (patinya). Bukankah itu lebih elok daripada tidak diminum langsung? :)
Sekadar pndangan..
Jelas berdasarkan riwayat yg kuat nabi beristighfar slps solat dgn membaca ‘Astaghfirullah’ sebanyak 3 kali. Ya, kita tdk pernah mempersalahkan org yg beristighfar selain dari cara itu. Kita cuma fokus kpd amalan yg terbaik. Dan fokus tulisan sy akan hilang jika kita cuba membandingkannya dgn org yg langsung tdk beristighfar atau lgsung tdk melakukan amalan2 lain. Sudah tentu org yg melakukan istighfar 100 kali slps solat itu lebih baik drp org yg langsung tdk beristighfar. Tetapi kekal cara dan bacaan yg lbh afdal adalah yg warid drp nabi.
Istighfar bukannya suatu ibadat khusus. Maka bebas seseorg itu utk beristighfar slps solat dgn apa cara sekalipun. Malah dalam bahasa melayu pun tdk salah. Cuma dlm melakukan kelainan itu, hendaklah tetap kita meyakini cara nabi adalah yg terbaik.
Asal dlm ibadat itu dilarang, melainkan ada dalil yg menghalalkannya. Dan asal dlm muamalat itu boleh, sehingga ada dalil yg mgharamkannya. Maknanya kita tdk boleh melakukan ibadat yg khusus melainkan ada dalil yg menyuruhnya, dan kita bebas melakukan apa shj dlm perkara muamalat melainkan ada dalil yg mgharamkannya. Sama juga dlm kes memilih kenderaan dan jenis makanan. Ini semua masuk dlm bab muamalat. Tapi kita skrg sedang membincangkan ttg bab ibadat.
Islam tdk dtg utk menyuruh org menaiki unta sebagaimana nabi menaiki unta. Islam tdk dtg utk menyuruh kita memakai jubah dan serban sebagaimana baginda memakainya. islam juga tdk dtg utk menyuruh kita sukakan labu dan bahagian bahu kambing sebagaimana nabi sukakannya. Ini semua bukan sebab turunnya agama.
Lain pula dlm isu janggut. Di situ ada hadis khas suruhan menyimpan janggut. Baginda nabi sentiasa cuba mgelakkan drp menyerupai yahudi dan nasara dlm erti kata perkara yg tak dibuat melainkan oleh org yahudi dan nasara shj. Ketika itu org yahudi tdk menyimpan janggut, maka nabi menyuruh org islam menyimpan janggut. Itu identiti muslim, supaya dpt dibezakan dan tidak menyerupai musuh. Tetapi serban, jubah, makan labu dan bhgn bahu kambing...ini semua tdk disuruh dlm agama.
Serban adalah budaya arab yg dipakai nabi sesuai dgn kearaban baginda. Tentu pelik jika nabi memakai baju melayu, berkain pelikat dan bersongkok di kalangan org arab. Ini dinamakan sunnah jibiliyyah. Ini bukan tuntutan dlm agama. Tetapi jika kita mangamalkannya sebab ingin menyamai org yg kita cinta (nabi saw), maka insyAllah ada pahala yg besar di situ.
Tentu ada sesetengah org yg tdk bersetuju apb ditegur ttg amalan tambahan ini. Kenapa hendak dibisingkan ttg amalan tambahan, sedang yg langsung tdk beramal pun ramai lg. Kalau kita ikuti sirah dan hadis nabi saw, kita akan dapati nabi menegur kedua2 belah pihak. Org yg tdk ikut islam nabi tegur, org yg ikut islam tetapi tdk sama dgn sunnah pun nabi tegur.
Mengabdikan diri kpd Allah itu bkn shj bermaksud tunduk membanyakkan ibadah kpdNya, tetapi ia juga bermaksud patuh kpd Allah mengikut cara yg Dia kehendaki. Dan yg plg tahu ttg kehendak Allah itu ialah rasullullah saw.
Kata nabi saw: ”Sesungguhnya orang yang paling bertaqwa dan paling tahu ttg Allah adalah aku.“ (Riwayat Bukhari)
Maka kadar yg nabi buat itulah kadar tertinggi taqwa, sebab nabi yg plg bertaqwa. Dan cara yg nabi buat itulah cara plg efektif utk mengenali Allah, sebab baginda lah yg paling mengenali Allah.
Amalan nabi lah yg terbaik, cara nabi lah yg terbaik dan petunjuk nabi lah yg terbaik; kerana nabi saw adalah sebaik2 ikutan. Perkara ini sgt simple sebenarnya, tetapi ramai yg gagal memasukkannya ke dlm hati. Semoga kita semua diberi hidayah dan taufiq supaya tetap beramal dgn jalan yg telah ditunjuki nabi saw.
perbincangan di sini sgt baik sebenarnya. mungkin nanti sy akan copy paste tulisan sy di bhgn komen ini utk diletakkan di main page blog, supaya nampak kesinambungan dan lbh mudah utk faham.
Terima kasih kerana sudi membalas komen saya. Sekarang baru saya nampak dengan lebih jelas dan luas berkenaan isu ini. Saya setuju dengan kata-kata sdr:
"Amalan nabi lah yg terbaik, cara nabi lah yg terbaik dan petunjuk nabi lah yg terbaik; kerana nabi saw adalah sebaik2 ikutan."
Semoga kita berusaha sedaya upaya untuk mengikut jalan yang terbaik sebagaimana baginda, contoh yang terbaik.
Terima kasih sekali lagi.
Saya juga bersetuju hanyasanya sebaikx2 amalan adalah amalan yang mengikuti Nabi s.a.w .
Tetapi perlu jugak diingat Nabi pernah menyebut bahawa sebaikx2 generasi Islam adalah generasi sahabat kemudian selepasnye kemudian selepasx2 nye.
Apakah kome ingat para ulama ulama terdahulu sukex2 je uat amalam mawlid tanpa asas? Apakha Saidina Umar yg melaksanakan Azan 2 kali time Sembahyang Jumaat pkiq "azan skali hari Jumaat tak cukup" ?.
" Pada ketika itu, adakah azan yg kita baca itu suatu ibadat atau suatu pghinaan terhadap rasul? Apakah ia suatu kegembiraan atau baginda akan merasa terhina dgn perbuatan kita itu? "
Dan juga haru anda ingati.. Bila anda kata anda mengikuti Nabi. macam mana ikutan yang anda cakap tersebut?
Cedok je hadith manex2 dari 6 sunnan sittah? Bace Al-Quran lepas tu tafsir ikut suke hati?
Serupa juga kalo anda ade mase kelapangan bukak kitab Fiqh dalam Kifayatul Akhyar (aisey kitab pondokx2 lame) pade fasal Solat Sunnah membasuh telinga yg paling aula adalah 9 kali .. hah camane tu? padehal kite basuh 3 kali aje.
Huhhu aku suke ayat ni
"Setiap org ada sandaran dan rujukannya dlm beramal. Apb kita balik ke akhirat nanti, kita akan ditanya ttg amalan kita dan siapakah sandaran kita dlm melakukan ibadat. Ada yg bersandarkan ustaz, ada yg bersandarkan tok guru, ada yg bersandarkan tok imam dan bermacam2 lg. Tetapi kita menyandarkan amalan kita hanya kpd nabi saw. Kerana kita yakin apa yg dibawa oleh nabi adalah yg terbaik, wlaupun dari sudut akalnya kelihatan kurang berbanding amalan org lain."
Samalah macam Ilmu yg kome belajar gak. Yg ajar korang Newton Law`s tok guru korang yang belajar dari satu tok guru lain yg lain dan bersandax2 . Hatta semue lecturerx2 walaupun mereka dari latar belakang berbeza tapi nanti karang akan pergi ke sumber yang same iaitu Isac Newton.
Kalo ler ilmu dunia camtu boleh pulak korang kate bersandax2 sampai ke Isacc Newton.
Apatah lagi intipati ilmu agama yang kami tuntut di pondokx2 yg sanadnye tidak pernah putus dan rantaian sanadnye hatta still boleh dilihat sampai hari ini. (Itu kalo kome berminat lah leh pergi ke rubah tanrim di Hadramaut sampai ke Junjungan Nabi s.a.w
NI aku quote :
"
Atau cuba anda bayangkan, nabi mengimani kita di dlm solat fardhu. Ketika nabi saw ingin mengangkat takbirratulihram...makmun dibelakang sok sek sok sek (membaca surah An-Nas), sok sek sok sek (membaca usolli). Sedang nabi hanya sekadar bertakbir ‘Allahuakbar’ shj. Apakah cara makmun atau cara nabi yg lebih sempurna? Adakah kita menganggap nabi ketika hidupnya dahulu, tdk prihatin ttg masalah was-was solat, sehingga baginda terlupa mengajar kita utk membaca surah pelindung drp gangguan syaitan?"
Aku tak nak ckp banyak .. haha kerana aku terasa panas ati skit tgk tulisan hang yg seolahx2 menyalahkan semue umat Islam yang buat amalanx2 kat atas tu salah ("walhal berkapal kitab ulama yang telah memberi nas yg membolehkan amalanx2 tersebut dilakukan, malas nak sebut je karang huruf jawi ya ngan sin " korang sebut yasin padehal sebutan die weis. huhu kalo tak yaki silelah tanye kepada Mufti-mufti yg ade kat Tanah Melayu ni yer (owh kalo hang tanye yg kat utara tu semue tak leh").
Dgn ini aku mengubah skit style aku nye
Sebaikx2 manusia ialah Rasullulah s.a.w. . Dan sebaik2 pengikut Nabi s.a.w ialah para sahabat dan merekax2 yg mengikuti jejak langkah sahabat dan merekax2 dan seterusnya.
Usah anda risau pada mereka yang menambahx2 amalan yg ade asasnye dlm Islam "contoh berzikir seblum solat, bace doa dan sebagainye").
tapi risaulah anda berape ramai yg hatinye cinta kepada dunia. Anda sibukx2 risau ibadat orang tu sah tak sah (wajar tak wajar ) (sunnah tak sunnah) tapi anda biakpi kan merekax2 yg lalai dlm dunia.
>>> Tetapi perlu jugak diingat Nabi pernah menyebut bahawa sebaikx2 generasi Islam adalah generasi sahabat kemudian selepasnye kemudian selepasx2 nye.<<<
Pada post yg awal dulu pun sudah diceritakan ttg keistimewaan mereka ini. Xpe, kita ulang semula.
Sabda nabi saw: “Sebaik2 manusia adalah pada generasiku (sahabat), kemudian generasi setelah mereka (tabien), dan kemudian generasi setelah mereka (tabi’ tabien).” (HR. Bukhari dan Muslim).
Tiga generasi paling awal ini lah yg mendapat pujian dan pengiktirafan nabi saw. Berdasarkan hadis itu, boleh lah kita katakan bhw tiga generasi terawal itu (terutamanya para sahabat) faham ttg agama ini melebihi kefahaman orang2 yg datang sesudah mereka. Maka boleh juga kita mencontohi amalan mereka jika terdapat kekeliruan pada maksud quran dan hadis. Dan secara umumnya, sy tdk dapati adanya amalan tiga generasi terawal ini yg bercanggah dgn amalan nabi saw.
>>> Apakah kome ingat para ulama ulama terdahulu sukex2 je uat amalam mawlid tanpa asas? <<<
Walaupun sy tdk mengatakan sambutan maulid itu salah, tetapi sy benar2 tdk tahu asasnya. Dan sy tdk ketahui adanya sambutan maulid oleh tiga generasi yg awal itu, sedang merekalah yg lebih baik.
>>> Apakha Saidina Umar yg melaksanakan Azan 2 kali time Sembahyang Jumaat pkiq "azan skali hari Jumaat tak cukup" ?.<<<
Al-Imam al-Zuhri berkata: "Al-Sa`ib ibn Yazid memberitahuku: "Sesungguhnya azan [yang disebut Allah dalam al-Quran] yang pertama ialah tatkala imam duduk di atas minbar [dan kemudian ketika iqamah untuk solat dilakukan] pada hari Jumaat [di pintu masjid] pada zaman Nabi s.a.w., Abu Bakr dan 'Umar. Pada zaman pemerintahan Uthman, manusia bertambah ramai [dan jarak antara rumah bertambah jauh] Uthman telah memerintahkan agar dilakukan azan ketiga (dalam satu riwayat disebut: azan permulaan, dalam riwayat lain disebut: azan kedua) [di atas rumah [kepunyaannya] di pasar yang diberi nama al-Zawra'] maka azan pun dilaungkan di al-Zawra' [sebelum Uthman keluar, untuk memberitahu manusia bahawa waktu Jumaat telah tiba], dan kemudian tetaplah urusan tersebut, [dan manusia tidak menyanggahi keputusan Uthman tersebut, sedangkan Uthman telah disanggah orang ramai ketika beliau menunaikan solat dengan tamam di Mina]."
*Riwayat al-Bukhariy, Abu Dawud (lafaz hadith ini mengikut Abu Dawud), al-Nasa`ie, al-Tirmidhi, Ibn Majah, al-Syafi'ie, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi, Ahmad, Ishaq, Ibn Khuzaimah dan lain-lain.
Rumusan dari pendapat al-Syeikh al-Albani: Kita tidak mengikut perbuatan Uthman secara mutlaq tanpa memerhatikan hujah-hujah beliau, dan telah kita ketahui bahawa Uthman menambah azan kerana beberapa sebab yang rasional, iaitu bilangan penduduk Madinah yang bertambah ramai dan jarak antara kawasan perumahan yang semakin jauh dari Masjid Nabi, maka sesiapa yang mengikut pendapat Uthman secara taqlid buta tanpa memerhatikan sebab-sebab ini maka dia telah menyanggah Uthman, kerana jika sebab-sebab tersebut tidak berlaku, sudah tentu Uthman tidak akan menambah azan dan meneruskan sahaja azan yang dilakukan pada zaman Nabi, Abu Bakr dan 'Umar.
*Al-Ajwibah al-Nafi'ah, m/s 9.
Tambahan bilangan azan pada zaman Uthman dilihat menepati kaedah syarak: Ma La Yatim Al-Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib yang bermaksud: “Perkara yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib”.
Maka sesiapa yg ingin menambah pada perkara lain yg spt itu, wajib dia mendatangkan dalil dan hujahnya.
>>> Dan juga harus anda ingati.. Bila anda kata anda mengikuti Nabi. macam mana ikutan yang anda cakap tersebut? Cedok je hadith manex2 dari 6 sunnan sittah? Bace Al-Quran lepas tu tafsir ikut suke hati? <<<
Kebanyakan org yg mengaku islam akan kata rujukan mereka adalah quran dan sunnah. Barangkali jika ditanya kpd puak khawarij, muktazilah, syiah dan puak islam liberal pun mereka akan kata benda yg sama. Hari ini kita melihat percanggahan pendapat ulama/ustaz/golongan agama di seluruh dunia. Walhal masing2 mengaku rujukan mereka ialah quran dan sunnah. Jadi kita sepatutnya mengikut pendapat ulama yg bersandarkan kpd quran dan sunnah mengikut tafsiran salafussoleh (tiga generasi yg awal). Dgn kata lain; kita melakukan apa2 amalan yg ada contoh drp mereka. Dan jika mereka tdk melakukannya, tentu mereka lebih tahu sebabnya. Para sahabat nabi terkenal dgn sikap suka berlumba2 melakukan kebaikan. Jika benar kebanyakan yg kita buat ini baik, maka sudah tentu para sahabat terlebih dahulu melakukannya.
>>> Serupa juga kalo anda ade mase kelapangan bukak kitab Fiqh dalam Kifayatul Akhyar (aisey kitab pondokx2 lame) pade fasal Solat Sunnah membasuh telinga yg paling aula adalah 9 kali .. hah camane tu? padehal kite basuh 3 kali aje.<<<
“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Telah berwuduk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam (dengan membasuh) satu kali, satu kali”. H/R Bukhari 1/226.
“Dari Abdullah bin Zaid radiallahu ‘anhu berkata: Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berwuduk (membasuh anggota wuduk) dengan dua kali, dua kali”. H/R Bukhari 1/226.
“Dari Uthman bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berwuduk (membasuh anggota wuduk) tiga kali, tiga kali”. H/R Ahmad dan Muslim.
Tetapi nabi saw hanya menyapu sekali shj pd bhgn kepala dan telinga, walaupun anggota lainnya nabi menyapu sebanyak 3 kali.
Apa yg sy boleh buat kalau saudara cenderung utk membasuh sebanyak 9 kali dengan mengutamakan kitab fiqh tersebut melebihi hadis2 nabi saw. Itu urusan saudara. Sy sekadar menyeru kpd yg lebih baik, tanpa ingin membuka perbincangan ini kepada isu salah atau bid’ah.
>>> Samalah macam Ilmu yg kome belajar gak. Yg ajar korang Newton Law`s tok guru korang yang belajar dari satu tok guru lain yg lain dan bersandax2 . Hatta semue lecturerx2 walaupun mereka dari latar belakang berbeza tapi nanti karang akan pergi ke sumber yang same iaitu Isac Newton.
Kalo ler ilmu dunia camtu boleh pulak korang kate bersandax2 sampai ke Isacc Newton. <<<
Hukum pergerakan newton yg kedua menyatakan F=ma. Ini asalnya drp Isacc Newton. Kita menerima ajaran mana2 guru/lecturer yg mengajar kita bhw hukum newton yg kedua ialah F=ma, sebab ajaran itu sama dgn sumber yg asli. Maka kita juga menerima ajaran mana2 ulama/ustaz/golongan agama yg mengajar kita dgn ajaran yg sama dgn sumber yg asli iaitu hadis2 nabi yg sahih. Kita menyandarkan amalan kita kpd ustaz jika ustaz tdk memberitahu dalil ttg amalan tersebut. Tetapi jika ustaz memberitahu bhw amalan tersebut bersumberkan drp hadis sekian sekian...maka ketika itu kita telah pun menyandarkan amalan kita kpd hadis nabi saw.
>>> Apatah lagi intipati ilmu agama yang kami tuntut di pondokx2 yg sanadnye tidak pernah putus dan rantaian sanadnye hatta still boleh dilihat sampai hari ini. (Itu kalo kome berminat lah leh pergi ke rubah tanrim di Hadramaut sampai ke Junjungan Nabi s.a.w <<<
Saya tak tahu apa motif saudara menulis ayat di atas. Adakah saudara ingin memberitahu bhw bacaan an-Nas dan usolli sebelum solat itu mempunyai sanad yg sampai kpd nabi saw?
>>> Aku tak nak ckp banyak .. haha kerana aku terasa panas ati skit tgk tulisan hang yg seolahx2 menyalahkan semue umat Islam yang buat amalanx2 kat atas tu salah ("walhal berkapal kitab ulama yang telah memberi nas yg membolehkan amalanx2 tersebut dilakukan, malas nak sebut je karang huruf jawi ya ngan sin " korang sebut yasin padehal sebutan die weis. huhu kalo tak yaki silelah tanye kepada Mufti-mufti yg ade kat Tanah Melayu ni yer (owh kalo hang tanye yg kat utara tu semue tak leh").<<<
Sy tdk ingin menyalahkan sesiapa. Malah telah pun ditekankan dlm tulisan sy itu bhw sy tdk ingin bercakap ttg salah atau betul. Kita bukan ingin menolak pendapat ulama/ustaz.kita juga tdk ada aniat utk mghina golongan agama. Kita menghormati mereka atas kealiman mereka. Tetapi terdapat pelbagai pendapat ulama yg berbeza2 dlm sesuatu isu. Mana satu yg paling betul utk diikuti? Maka kita hanya mengikut ulama yg menyandarkan pendapatnya pada dalil quran dan sunnah mengikut tafsiran salafussoleh. Dan sy benar2 tdk tahu bhw bacaan surah an-nas dan usolli itu ada contoh drp nabi dan para sahabat.
>>> Usah anda risau pada mereka yang menambahx2 amalan yg ade asasnye dlm Islam "contoh berzikir seblum solat, bace doa dan sebagainye").
tapi risaulah anda berape ramai yg hatinye cinta kepada dunia. Anda sibukx2 risau ibadat orang tu sah tak sah (wajar tak wajar ) (sunnah tak sunnah) tapi anda biakpi kan merekax2 yg lalai dlm dunia.<<<
“Amr bin Syu’aib ra berkata: Telah datang seorang Badwi kepada Rasulullah saw menanyakan masalah wuduk lalu Rasulullah saw memperlihatkannya tiga kali, tiga kali dan baginda bersabda: Itulah bilangan wuduk, maka barangsiapa menambah dari itu maka ia telah berbuat keburukan, pelanggaran dan kezaliman”. (H/R Ahmad, Nasaii dan Ibnu Majah)
Kita lihat pula komen Imam Zahabi terhadap Waqi’ ibn Jarrah dlm salah satu kitabnya.
Waqi’ ibn Jarrah adalah seorg alim besar, guru kpd imam Ahmad dan imam Syafie. Tetapi sahabat Waqi’ telah menceritakan bhw Waqi’ ini gemar berpuasa dan mengkhatamkan al-quran pada setiap hari.
Imam Zahabi di dlm salah satu kitabnya memberi komentar terhadap amalan Waqi’. Kata Imam Zahabi: “.....telah sahih nabi saw melarang drp berpuasa setiap hari (kecuali puasa ramadhan) dan telah sahih baginda melarang membaca (mengkhatam) al-quran kurang drp tiga hari. Agama itu mudah, mengikut sunnah itu lbh afdal...."
Kalau kita fikir, kita akan jd bingung. Kenapa la nabi saw larang org berwuduk lebih 3 kali? kenapa la nabi larang org puasa dan khatam quran setiap hari? Kan ke semua tu benda baik? Kenapa la nabi dok sibuk kat org yg nk buat byk amal ni? Kenapa nabi tak fokus kpd org2 yg langsung tak beramal atau org2 yg buat maksiat tu?
Dan nabi saw itu lebih tahu ttg urusan agama ini. Kita hanya mewarisi apa yg ditinggalkannya.
kesimpulannya beginilah...berdasarkan post sy yg asal, kita akan dapati objektif utama tulisan itu ialah mengajak semua pembaca beriqtikad bhw nabi saw adalah sebaik2 contoh dan ikutan, terutama dlm aspek ibadat. jika anda telah setuju bhw cara nabi saw adalah yg terbaik, maka slps itu terpulanglah kpd anda utk beramal dgn apa cara pun yg anda yakin. motif utama sy ialah meyakinkan pembaca bhw apa yg nabi tinggalkan itu lbh afdal drp selainnya.
boleh atau tdk, salah atau betul, bida'ah atau tdk..ini semua di luar minat sy utk memperbincangkannya.
aku setuju dengan hujah ko.tapi aku rasa pelik la.takkan baca istighfr 3x lebih baik drp istighfar 10x??
kalau sekali baca kita dapat satu pahala. 3x baca dapat 3pahala. 10x baca dapat 10 pahala la. lagi banyak la bagus.
aslkm..
secara umumnya memang la lagi byk baca, lagi byk pahala. tetapi PADA TEMPAT2 TERTENTU yg mana nabi saw tunjukkan cara bacaan dan bilangannya, maka yg ditunjukkan itulah yg terbaik. contohnya istighfar slps solat sbyk 3x.
ada bacaan yg nabi ajar 3x, ada bacaan zikir lain yg nabi ajar supaya kita baca 7x, ada yg nabi ajar baca 33x, 33x dan 34x. contohnya bacaan tasbih 33x, tahmid 33x dan takbir 33x. bole rujuk post bulan februari - Lebih Baik Drp Khadam?
adakah nabi meletakkan bilangan 3x, 7x, 33x, 33x dan 34x itu hanya utk suka2? atau sebab nombor2 tu cantik dan ade 'ong'? tentu skali tdk. jadi boleh kita faham bhw ini semua urusan wahyu. jika 3x yg nabi saw baca, 3x jugalah kita baca. kerana yg baik itu adalah dgn mengikut rasul dan tdk menyanggahi apa2 yg ditunjukkannya. wallahua'lam.
Post a Comment